[ Bab 84 ] DBS

Romance Completed 253377

Puan Sri Maria:
Punggungnya dihempas ke sofa. Sedari tadi hatinya bukan kepalang geram. Boleh mereka semua tertawakan dia. Suaminya pun sama naik persendakan dia. Sakit hati dibuatnya.

“Tak payah nak tarik mukalah Maria. Tu semuakan gurau.”

“Gurau pun bertempatlah, sukalah nak kahwin lain?”

“Eh kalau ditanya pada I , of course lah I suka. Tapi you tak paksa I kahwin lain, you paksa anak you yang tak suka kahwin lain tu, yang kahwin lain. Eh, berbelit-belit jadinya.” Tak terkesanpun kata-kata Tan Sri Sufrie pada Puan Sri Maria. Dia hanya mencemek muka.

“Dah sampai sini, sekejap lagi nak bersiap, make-up artis you datang pukul berapa? Berdandan nanti mengalahkan pengantin.” Bebel Tan Sri Sufrie.

“You dah kenapa sekarang ni, suka nak buat I sakit hati, eh?”

“Dah you yang selalu buat orang sakit hati, you tak perasan ke?” Tan Sri Sufrie berlalu tinggalkan isterinya.

“You! Nak pergi mana?”

“Turun bawah, cari bini muda.” Tanpa pedulikan isterinya yang sedang bercekak pinggang, Tan Sri Sufrie keluar dari bilik hotel yang ditempah untuk bersiap-siap.

Awalnya dia ingin membuat majlis di rumah sahaja, namun memikirkan si isteri yang cerewet, baiklah buat di hotel. Bayar dan kemudian balik tak perlu berkemas. Semua wedding planner dan pihak hotel yang selesaikan.

Puan Sri Maria mengambil telefon. Contact list Puteri ditekan.Tak sabar menunggu panggilannya dijawab.

“Auntie...” Suara Puteri merenggek manja di hujung sana.

“Puteri takutlah nak datang, kalau abang Khai tolak Puteri macam-mana?”

“Don’t worry lah. You datang dengan papa you kan, sorok belakang Datok Zamri lah nanti. Then you pujuk Khai, minta maaf pada dia, buat macam orang betul-betul dah insaf. Auntie yakin, Khai mesti tak marah.”

“Betul ke auntie?”

“Sure. Sekarang ni kita kena pura-pura buat baik. Pura-pura macam dah insaf, kita pelan-pelan ikut cara dia orang, mesti tak ada yang syak. Then lepas tu, barulah kita cucuk semula.”

“Bijaklah auntie ni. Kita nak guna Izzuwan ke?”

“Nanti, bila perempuan tu mula meroyan, sebab suami dah kena kebas, barulah suruh Izzuwan pula cucuk perempuan tu.”

“Maksudnya, abang Khai boleh jadi milik Puteri seorang?”

“Ishk tentulah boleh. Auntie tak sukalah budak kampung tu jadi menantu auntie.”

“Thank you auntie..” Suara manja Puteri Qaisya buat hati Puan Sri Maria gembira. Baginya Umaira bukan setaraf untuk dijadikan menantu. Umaira tidak pandai shopping barang-barang mewah, Umaira tidak pandai holiday tempat-tempat terkenal, Umaira tentunya tidak pandai bergaul dengan mak-mak Datin kenalannya. Lainlah Puteri Qaisya yang tentunya lahir dalam keluarga kaya, dengan bisness berjuta-juta.

Matanya merenung meseg yang diterima. Hatinya semakin geram serasa bagai hendak dibaling sahaja handphone nya itu. Sudah acap kali dia memberi amaran kepada Mariam agar tidak pulang ke majlis resepsi Khairil, tapi degilnya tetap mahu datang. Dia tidak suka Mariam mengganggu kemesraan Puteri dan Khairil. Tentu sahaja Mariam akan menyokong Khairil dan Umaira.

‘Kak, saya dah janji dengan Khai..’
Rintihan itu jika dibaca orang lain, tentu jatuh kasihan, tapi pada dia, ermm tidak terkesan langsung. Begitulah hidup Puan Sri Maria, dia umpama ‘angkuh seperti merak’.

‘Aku kata TAK boleh! Ishk kenapa degil sangat kau ni?’

Hanya untuk sekali Mariam ingin melihat persandingan Khairil. Dia rindu pada anak saudaranya itu, manakan tidak, dia menjaga Khairil bagaikan anaknya sendiri, sementelah dia tidak dikurniakan cahaya mata. Hanya pada Khairil tempat dia menumpang kasih sebagai seorang ibu, di tempat asing jauh dari tanah kelahiran sendiri.

Puan Sri Maria tahu, adiknya itu sudah tiba di Malaysia. Jikalau Khairil yang tahu, sudah pasti dia akan pergi mengambil Mariam. Kadang kala ada juga dia menyalahkan dirinya sendiri kerana menyerahkan Khairil di bawah jagaan Mariam, sudahnya Khairil lebihkan Mariam dari dia, ibu kandung Khairil sendiri.

Senyum manis paksa terlakar di bibir. Sesekali dia menjeling ke arah keluarga Umaira yang sedang bergelak ketawa. Annoying. Sudahlah ramai, buat penuh meja tetamu. Hate them! Ya, dia bukan tidak kenal ayah Umaira, Noordin itu sewaktu muda pernah berkawan baik dengan suaminya, dan selalu mengusik dia dan Mariam.

"Hai Maria." Noordin? Puan Sri Maria pamer muka menyampah. Apa kelas kau nak tegur aku? Kau fikir dah berbesan dengan aku, kau ada hak bersuara ke?

"Masih sombong macam dulu. Tapi masih cantik."

"Kau nak apa?" Masih dengan cengehnya.

"Kalau nak kau, kau dah jadi isteri Sufrie, lagipun kau dah jadi mak mertua anak aku. Apa kata kita berbaik saja, Maria? Sudah-sudahlah kau nak benci aku dan keluarga aku." Hei kalau diikutkan hati, mahu dia menengking Noordin, tapi memikirkan tetamu yang ramai, dia menahan amarahnya yang sedang mendidih.

"Menjadi juga ilmu Pawang Hitam yang kau tuntut tu kat Sufrie."

Wajah Puan Sri Maria terus berubah. Sungguh dia tidak menyangka Noordin akan berkata begitu. Dan bagaimana Noordin tahu, rahsia yang disimpannya berpuluh tahun.

"Jangan pandai-pandai nak menuduh aku Noordin."

"Aku tak tuduh, aku nampak sendiri. Bukan sekali, tapi banyak kali. Aku dulukan suka kat kau, tapi kau mana nak pandang aku. Aku selalulah curi-curi ikut kau, sampai ke rumah Pawang Hitam tu. Sufrie suka Mariam, tup-tup kahwin dengan kau. Eh, tapi thanks lah pada kau, dek selalu mengejar kau sampai ke rumah Pawang Hitam, aku berkenalan dengan isteri aku, jiran Pawang Hitam jer."

Besar kecil besar kecil saja Haji Noordin di mata Puan Sri Maria. Ishk, memang Noordin ni nak kena agaknya. Kau dan ayah kau dari dulu memang selalu nak menyusahkan aku.

"Jangan kau punca ayah aku meninggal dunia, sudahlah Maria. Aku tahu kau benci ayah aku tu, sebab dia guru mengaji Khairil kan. Ke sebab kau panas Khairil selalu mengaji itu sebabnya kau hantar dia duduk dengan Mariam?"

"Eh, boleh tak kau berambus dari sini?" Suaranya dicuba seperlahan yang boleh tapi sangat tegas dan kasar. Jarinya digenggam erat menahan rasa marah yang sangat. Hendak dijerkah lagi, rupanya Noordin sudah berlalu ke meja keluarganya.

Dia tidak buat semua itu, dia sudah lama meninggalkan semua ajaran Pawang Hitam, mungkin suatu ketika dulu dia begitu, kemudian dia sedar dan takut. Dia tidak lagi melakukan perbuatan syirik itu, dan tiba-tiba Noordin mengingatkan dia pada perkara lalu.

Pengantin sudah memasuki dewan persandingan. Dia akui Nurin Umaira sangat cantik. Lihatlah anggunnya dia dengan baju pengantin kembang, vail yang labuh, make-up yang simple tapi sangat manis. Ah, tapi kalau Puteri yang pakai tentu lebih cantik. Hati hitamnya cuba menidakkan kecantikkan Umaira. Pasti sepadan bersama anak lelaki tunggalnya, yang ternyata segak dengan tuxedo biru muda, tampan dan bergaya.

Mana Puteri ni, belum sampai lagi ke? Dia perlukan Puteri untuk menemankannya melayan tetamu.

"Cantiknya menantu you, Maria."

"Wajahnya manis, lembut, sejuk mata memandang."
Dia tidak ambil peduli akan pujian.

"Dia kan, dulunya skandal Khairil? Perempuan yang Khairil bawa sampai hotel tu?"

"Ialah, itu you all kata sejuk mata memandang, perempuan macam tu? Belum apa-apa dah sampai hotel." Inilah masanya hendak memburukkan menantu sendiri, peluang tak datang selalu. Hati hitamnya suka.

"Jangan-jangan dia guna pengasih pada Khairil tak? Senang-senang kahwin, aku dengar dah pregnant, sebelum nikah ke?" Pengasih? Noordin ajar anak dia guna pengasih ke? Guna-guna?

"Kalau, ini kita cerita kalaulah ya. Kalau your son nak pasang 2nd wife, let me know, I ada anak perempuan, cuma sekarang kat Singapore, further study."

"Kalau anak Puan Sri Maria nak pasang 2nd wife, tentulah Puteri pilihannya, auntie June." Puteri mengusik dari belakang Puan Sri Maria.

"My darling Puteri, kenapa lewat sampai? Cantiknya, macam nilah baru Khai terpikat."
Puan Sri Maria menarik Puteri jauh dari sahabat-sahabatnya.

"Ingat pesan auntie, kena pura-pura dah insaf, minta maaaf kalau boleh sampai keluar air mata. Tunjukkan you betul-betul rasa bersalah dengan apa yang you dah buat, okay. Nanti auntie back-up lah."

Tetamu yang datang memang asyik memuji isteri Khairil, lagilah tetamu yang dia dah kata jangan datang, tapi tetap datang menunjukkan muka.
Mariam yang dibenci. Mariam yang bakal merosakkan semua rancangannya. Mariam yang sudah diberi peluang menumpang kasih Khairil, tetap mahu ambil kesempatan atas keluarganya. Setiap bulan sepanjang Mariam menjaga Khairil, tidak sekali suaminya terlewat membayar upah jagaan. Nafkah untuk anaknya, duit sekolah, makan dan minum, tempat tinggal. Khairil bukan diserahkan kepada Mariam tanpa mengambil berat soal kewangan, pendidikan. Yang semua orang tahu, menuduh dia sengaja menyerahkan Khairil kerana dia tidak mahu menjaga Khairil ketika itu.

Dan Khairil pula, bila mendengar Pak Mustapha dah meninggal dunia, terus tak nak balik Malaysia. Merajuk. Trauma.

Hei... geramnya dia bukan kepalang.

"Abang Khai..." Puteri menarik hujung tuxedo Khairil.

"Khai, Puteri nak cakap tu." Terpaksa membantu bila Khairil langsung tidak mahu memandang Puteri. Matanya dibesarkan bila Umaira memandangnya, seolah memberitahu Umaira agar memujuk Khairil. Walau wajahnya nampak serba-salah, Umaira memaut lengan Khairil dan cuba memujuk.

"Abang, tengah majlis ni, jangan marah-marah."

"Abang Khai.. Puteri minta maaf. Kak Umaira, Puteri minta maaf ya, Puteri ikut sangat perasaan Puteri masa tu, kak Umaira tak apa-apakan? Semuanya ok, kan? Baby ok, kan?"

Kak Umaira? Geli mendengarnya. Pandai pula Puteri ni, tak jalan dengan Khairil, Umaira pula jadi umpan. Puteri memegang tangan Umaira, dan berusaha memujuk.

"Uncle pun nak minta maaf ni, Khai. Khai maafkanlah Puteri yang naif ni. Lepas ni uncle akan hantar Puteri further study kat Australia, biar dia jauh dan tak kacau Khai dan Umaira. Uncle betul-betul minta maaf."

"Papa!" Puteri pula melenting, Australia? Aduh, habislah rancangan mereka.

"Ya. Cukuplah kamu kat sini mengganggu perkahwinan orang lain. Next week fly ke Australia."

"Habis tu siapa nak jaga papa nanti?"

"Papa ikut sekali duduk Australia dengan Puteri. Puteri jaga papa, papa jaga Puteri." Datok Zamri ni bila pula dia buat keputusan nak hantar Puteri ke Australia?

"Auntie...." Puteri dah hampir menangis.

Ah, lain yang dirancang, lain pula sudahnya ni. Habis rosaklah, Puan Sri Maria punya plan. Seperti lirik lagu Ya Habibi Ali Baba tu, 'Bikin rosak ana punya program.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience