[ Bab 89 ] DBS

Romance Completed 253377

Khairil rasa macam tak nak balik rumah, manakan tidak, setiap kali balik, topik perbualan, Umaira akan menyuruh dia berkahwin dengan Puteri. Dia sangat berharap dia mampu bersabar dengan Umaira. Dia tak mahu Umaira tertekan dan kesihatannya terganggu.

“Khai dah beritahu Umaira, yang Khai akan ke Tokyo, dan ke Sibu lepas ni?” Dia kena hadiri seminar di Tokyo, dan kemudian melihat projek di Sibu. Awalnya dulu dia ingin membawa Umaira berehat di Sibu, tapi kandungannya sudah semakin besar, lebih lagi dengan keadaan sekarang, dia harus berfikir banyak kali.

“Sementara suruh dia tinggal dengan Haris, kalau tak minta Hana datang temankan dia.” Hana? Ermm ok juga, Hana tentu suka jumpa Umaira.

“Cuba Khai ikutkan apa yang Umaira mengidam tu. Kalau susah nanti daddy carikan. Apa yang dia nak sangat tu?”

Khairil senyum senget. Dia memang tak bercerita lagi dengan Tan Sri Sufrie tentang permintaan Umaira, yang sebenarnya permintaan mommy. Kalau dia ikutkan kehendak Umaira, jawapannya dia akan berkahwin dua. Dia tak pernah terfikir hendak beristeri dua. Lagilah berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cinta, yang dia anggap macam adiknya sendiri.

“Kalau dia mengidam nak makan kimchi kat Korea, Khai terus bawa dia ke Korea, daddy. Kalau mengidam nak makan bakso Jakarta pun, sekarang juga fly ke Jakarta, kalau kata mengidam nak makan macaron kat London, pun Khai tak kisah. Ini dia mengidam Khai kahwin dengan Puteri. Hari-hari dia merengek suruh Khai kahwin dengan Puteri. Rasa macam nak pergi cari Puteri sekarang ni, benam dia dalam air.”

“Ya Allah. Umaira mengidam Khai kahwin dengan Puteri? Mana dia dapat idea ni?”

“Daddy rasa?”

“Mommy?”

“Ialah tu. Dia kata dia nak jadi menantu yang baik, menantu yang mommy restu, mommy cuma akan bahagia kalau Puteri jadi menantu dia. Tak akanlah Umaira pandai nak cakap tu semua kalau bukan mommy yang suruh.”

Tan Sri Sufrie mengeluh panjang. Maria, Maria. Kenapalah sampai macam tu sekali kamu buat kat anak menantu.

“Kalau mengidam yang ni, tak payahlah Khai ikut. Ni bukan mengidam namanya, ni mencari penyakit. Nanti daddy call Datok Zamri. Rasanya mereka dah berapa bulan tak balik Malaysia, seronok kat Australia tu. Entah-entah dah berkenan orang sana.”

“Tak apa daddy. Khai tahu nak buat apa nanti. Biar Khai yang settle kan. Mommy tu, cuba-cubalah daddy nasihatkan. Khai penatlah, mommy kacau rumah-tangga Khai. Ingatkan dia baik dengan Umaira dia dah ok, rupanya ada maksud lain. Kadang rasa macam nak duduk jauh dari sini. Jauh dari mommy.”

Kasihannya pada Khairil. Betul juga, dahulu semasa tinggal di London, isterinya kurang mengganggu Khairil, tapi bila anaknya sudah pulang ke Malaysia, dia selalu nak masuk campur dalam kehidupan Khairil. Agaknya kena bawa jumpa Ustaz, buang segala yang hitam dalam badan, tinggalkan yang putih bersih saja.

Sejak Umaira tidak sihat, Tan Sri Sufrie sudah jarang makan di rumah Khairil. Khairil pun kadang-kala membeli lauk dari luar. Tidak mahu Umaira masak, jika dia lebih banyak berkhayal, dikhuatiri nak potong sayur, terpotong jari pula.

Hari ini Khairil belikan Umaira tom yam kung dan brownies dari Luvlytaste. Juita yang order kan, favorite Umaira katanya. Dia nampak Umaira berselera makan. Mungkin lepas ni dia mesti lupa tentang Puteri. Bosan dibuatnya jika tidak ada perbualan lain, selain dari isu Puteri. Agaknya dalam kepala Umaira sekarang hanya tertulis ‘Puteri’ errmm bimbang pula jika anaknya terikut perangai Puteri, atau apa orang kata ‘terkenan’ huh minta dijauhkan.

“Abang.. abang dah fikir apa yang sayang minta tu?”

“Minta apa? Kahwin dengan Puteri? Kenapa, sayang nak payung emas ya?”

“Sayang cuma nak jadi menantu mommy...”

“Abang nak tanya ni, kalau abang kahwin dengan Puteri, then mommy hanya nak Puteri as her daughter-in-law, can you accept it? No more sayang, no more Khairil. Boleh ke?”

“Tapi mommy kata, mommy akan terima sayang..”

“Itu dia cakap sekarang, esok lusa hati mommy tu bila-bila boleh berubah.”

“Abang kahwin lah dengan Puteri..”

“Ialah, ialah. Penatlah abang. Nanti abang jumpa mommy. Suruh mommy pergi meminang Puteri tu. Nak sangat bermadu. Esok lusa, susah nak jumpa suami sendiri, jangan salahkan sesiapa. Entah-entah anak pun susah nak jumpa Abi dia, masa tu jangan sayang nak salahkan abang, sebab semuanya sayang yang desak.” Khairil kemudian ke bilik kerjanya. Meninggalkan Umaira berfikir sendiri, mungkin ada betulnya kata-kata Khairil. Kalau kata-kata mommy hanya manis di mulut, apakah nasib diri dan anak yang di dalam kandungannya. Ketika itu, mengeluh sudah tiada gunanya.

Dia cuma ingin menjadi menantu yang mommy sayang. Dia ingin mommy sentiasa mendoakan Khairil, kejayaan Khairil dan kebahagiaan Khairil walaupun bukan dengannya. Adakala dia juga terfikir, adakah tindakannya ini bodoh, dan bakal menjerat dirinya sendiri.

Dua tiga hari berlalu, Khairil tidak bercakap dengannya. Balik kerja, makan dan kemudian duduk di bilik kerja. Marah agaknya suaminya itu. Salahkah tindakkan dia itu? Pada siapa dia harus mengadu, pada siapa dia ingin meluahkan perasaan. Dia tidak mahu bercerita perihal rumah-tangganya pada orang lain.

Segelas kopi pekat disua pada Khairil yang leka dengan laptopnya. Dia duduk di hadapan Khairil. Apa yang hendak dia cakap. Minta maaf?

"Abang... marah kat sayang ke?"

"Errmmm.."

"Abang tak nak cakap eh?"

"Kemas baju, esok abang hantar balik kampung."

Balik kampung? Kenapa, Khairil memang nak berkahwin dengan Puteri ke? Hatinya mula sedih. Khairil bangun dan meninggalkan Umaira sendirian di bilik kerjanya. Mata Umaira bulat ketika terpandang di laptop Khairil. Suaminya itu sedang melihat baju pengantin? Ya Allah... kenapa hati dia tiba-tiba jadi sangat sedih sekarang ini, bukankah ini yang dia mahukan.. supaya Khairil berkahwin dengan Puteri.

Dia mengusap perlahan perutnya yang tegang. Sakit yang dirasa setiap kali hendak bergerak dengan kandungan yang besar, tapi saat ini, sakit di hatinya mengatasi segalanya. Sakit itu semakin bertambah bila dia terpandang sekeping kad jemputan yang tertulis nama pengantin Khairil Izhan dan Puteri Qaisya. Oh hati, kenapa kau harus bersedih.

"Kenapa nak balik kampung?" Tak puas hati rasanya, kalau nak berkahwin pun tak perlulah hantar Umaira balik kampung, Umaira boleh membantu apa yang boleh.

"Abang tak nak sayang tengok abang nikah nanti. Abang takut abang tak boleh."

"Abang memang nak kahwin dengan Puteri?"

"Eh sayang ni, dah berapa bulan ni, sayang duk paksa abang kahwin dengan Puteri, tiba pula tanya abang macam tu? Ah, jangan sayang. Mommy dah pergi meminang dah tu. Sayang jangan buat abang malu dengan Dato Zamri."

"Mommy dah meminang?" Mommy dah meminang? Jadi betullah Khairil akan kahwin dengan Puteri? Aaahhh... menangislah hati.

Badannya direbahkan ke katil. Kepalanya sakit tiba-tiba. Hendak menangis, tapi dia tahu Khairil sedang memerhatikan dia. Jadi dikuatkan hatinya.

"Abang.. boleh picitkan kaki?" Rasanya sepanjang dia mengandung, dia belum pernah meminta Khairil memicitnya, biasanya suaminya itu akan sentiasa prihatin tanpa perlu disuruh.

"Kaki dah bengkak ni.." Airmata yang ditahan akhirnya tumpah juga.

"Abang nanti kalau dah kahwin jangan lupakan sayang ya."

"Itu abang tak boleh janji, tapi abang cuba. Abang tak tahu macam-mana permainan mommy, mahupun Puteri."

"Tapi abangkan suami, abang kena adil."

"Errmm..."

---

Setibanya di kampung, ayah dan ibu menyambut baik. Ibu bukan main gembira lagi, siap sudah nasi tomato kegemaran Umaira. Soto Jawa pun ada. Tengok Umaira berselera makan, buat hati Khairil terusik. Makan minum isterinya itu kebelakangan ini tidak terjaga, runsingkan perkahwinan Khairil dan Puteri.

"Lama Khai outstation nanti?" Khairil menoleh mencari Umaira sebelum menjawab soalan ayah.

"Dua minggu ayah, seminggu kat Tokyo, lepas tu ke Sibu. Projek ada hal sikit, ada barang sangkut."

"Lama juga tu. Bagus juga Khai bawa Umaira balik sini, ibu tu sebok nak jaga, dah berapa kali ajak ayah ke KL. Perut dia tu, besar macam masa ibu mengandungkan si kembar tu. Manalah tahu anak kamu kembar."

"Alhamdulillah ayah, dua sekali kan. Mesti riuh rumah."

Khairil memang sudah berbincang dengan Angah Farid untuk membiarkan Umaira tinggal di kampung. Biarlah Umaira menenangkan fikirannya di kampung. Ada ibu dan ayah yang boleh menjaga. Tidaklah Khairil risau tentang kesihatannya.

"Kad check-up ada dalam beg tu ayah. In case saja, harap tak ada apa-apa."

"Ialah. Umaira tahu kamu pergi outstation ni?"

"Tahu.." Umaira tak tahu ayah, Umaira fikir Khairil tengah buat persiapan perkahwinan dengan Puteri. Tak akanlah Khairil nak kahwin dengan Puteri. Ishk minta simpang lah wei, Khairil hanya mahu Umaira tinggal di kampung, jauh dari mommy. Mungkin sampai Umaira bersalin. Dia tidak kisah jika dia kena berulang-alik ke Kulai setiap minggu, asalkan Umaira tenang di kampung. Serabut kepala saja duduk di KL asyik bercakap tentang Puteri. Puteri pun dia call tidak berjawab. Mungkin sedang bergembira tinggal di Australia. Mommy nya saja yang lebih sudu dari kuah. Mengada-ngada pada benda yang tak ada. Agaknya Puteri pun dah lupa pada dia.

Daddy ada memberitahu dia, mommy sebok bertanya daddy mahu ke mana, dua minggu. Daddy pun bosan tinggal di rumah, jadi dia ingin mengikut Khairil.

"I nak cari isteri muda."

"Tak cukup satu ke?"

"Khai boleh pula you suruh kahwin dua. I kenapa tak boleh? Ingat I dah tak kuat? I ingat nak ajak Khai ke Australia cari Zamri. Nak pinang Puteri untuk diri I sendiri. Tak payah jadi menantu lah, jadi wife muda lagi bagus rasanya. Hari-hari Puteri boleh berkawan dengan you."

..

Share this novel

MommyZahra
2020-10-24 20:30:39 

ha lawak la daddy ..jadikan puteri bini no 2 hari2 boleh kawan ngan datin


NovelPlus Premium

The best ads free experience