[ Bab 87 ] DBS

Romance Completed 253377

Rasanya dah sebulan juga Puan Sri Maria perhatikan perubahan pada Tan Sri Sufrie. Balik kerja lewat, balik dah siap mandi. Terdetik di hatinya ingin menyiasat adakah benar daddy CEO itu sudah berkahwin lain.

Bukan dia tidak bertanya pada si driver, tapi jawapannya tak tahu sahaja. Hairannya setiap kali pulang, daddy CEO akan menaiki kereta yang sama tetapi bukan kereta milik syarikat mahupun milik dia sendiri. Grab car? Ah, tak kanlah.

Hujung minggu pun selalu sahaja tak lekat di rumah. Main golf lah, jumpa Datok itulah, inilah. Sebenarnya, ke mana agaknya dia? Hari ini, Puan Sri Maria akan menyiasat. Dia sudah upah driver lain, bimbang jika penyamarannya dikesan.

“Tan Sri ke kedai baby Puan Sri.”

“Kedai baby? Buat apa dia ke situ?”

“Nampak macam beli baju baby, mainan.”

Baru sebulan buat perangai, tak akanlah dah ada anak? Argh! Kahwin dengan janda anak kecil ke? Tak apa, sabar dulu. Puteri pun pesan, mommy CEO kena banyak sabar, jangan terus terjah. Puteri walaupun jauh di Australia, tapi masih menghubungi dia. Dan mereka masih akrab, masih merancang itu ini. Cuma rancangannya entah bila hendak dilaksanakan.

Kawasan ni, bukan rumah Khairil ke? Masih tidak berpuas hati, dia tetap ikut sehingga dia nampak dengan matanya Tan Sri Sufrie berhenti di hadapannya rumah Khairil. Errmmm.. beli barang untuk bakal cucu ke? Dah besar ke perut Umaira tu, yang dah sebok nak beli baju semua?

Tak apa, esok kita ikut lagi, sampai puas hati, dan sampai jumpa apa yang disembunyikan.

Dan esok, dan esoknya lagi, Puan Sri Maria mengekori Tan Sri Sufrie dalam diam. Ermmm.. dia suruh driver balik, dia ikut Khairil balik rumah, dan dari rumah Khairil dia naik kereta lain. Bijak sungguh. Ada bini muda ke di rumah Khairil? Buat teman perempuan mengandung tu?

Sudah hampir seminggu, akhirnya Puan Sri Maria tidak mahu ikut lagi. Kali ini, dia memang terus ke rumah Khairil. Kereta Khairil sudah di parkir. Loceng di tekan. Khairil menjengah muka di pintu.

“Mommy?”

“Tak nak jemput mommy masuk?”

“Sorry, jom masuk mommy.” Gate automatik di buka.

Puan Sri Maria masuk dengan wajah terperanjat, pura-pura yang dia tidak sangka daddy CEO ada di rumah Khairil. “You?”

“Kenapa? Ingat hantu?”

“I thought you kat rumah bini muda.”

“Ah, bini muda I duduk sini. Sebab tu selalu ke sini.”

“Oh you selalu kat sini? Tak belikan bini muda you rumah lain ke?”

“Tak perlulah. Rumah Khai ada bilik lebih, lagipun boleh tengok-tengok menantu I tu.”

“Mommy duduk dulu, lepas solat nanti makan sekali. Umaira masak sambal udang petai hari ni. Lawan dengan kacang masak lemak, sambal belacan, ikan kering. Ikan goreng pun ada.” Khairil suka setiap menu yang Umaira masak, lagilah kalau lauk kampung, bertambah-tambah makannya.

Ooo sebab tu dia selalu tak balik makan, dia dah kenyang makan kat sini.

Melihat anak, suami dan menantunya solat berjemaah, hatinya terusik. Tapi kalau dah hati hitam tu tebal, dan susah dikikis, perasaan terusik tadi sekejap sudah bertukar lain. Kalau dia berbuat baik pada Umaira, melayan menantunya itu dengan mesra, tentu dia boleh memujuk Umaira izinkan Khairil berkahwin lain. Yes! Brilliant idea, Maria.

“Sedap Umaira masak.” Khairil tidak jadi menyuap nasi ke mulut mendengar kata-kata mommy.

“Betul ke mommy?”

“Betul, sedap. Kena dengan selera mommy. Lagipun lama dah mommy tak makan lauk kampung macam ni. Patutlah daddy selalu tak makan kat rumah, makan air tangan Umaira ya?”
Mommy ikhlas ke? Umaira kelu lidah nak bersuara.

“Daddy memang, selalu bertambah kalau makan.” Khairil teruja mendengarnya, langsung tidak menyedari ada rancangan lain yang tersirat.

Beberapa minggu berlalu, tidak nampak muslihat Puan Sri Maria. Dia melayan Umaira dengan baik. Malah dia juga menemani suaminya ke butik kanak-kanak membeli pakaian buat bakal cucu yang akan lahir tak lama lagi. Walau Khairil beberapa kali menyatakan curiga pada Tan Sri Sufrie, lelaki itu sentiasa menidakkan.

“Mommy tu something fishy lah daddy.”

“Taklah. Dia dah ok tu. Dia cakap dengan daddy, dia dah mula sayang Umaira.”

“Alhamdulillah. Lega betul Khai dengar. Umaira pun kata mommy layan dia baik. Siap nak teman pergi check-up.”

Tapi sebenarnya Tan Sri Sufrie pun kadang-kala rasa ada yang tak kena, cuma dia tak mahu Khairil risau.

“Mana Puteri ni? Lama dah tak contact.” Rungutnya di dalam hati.

Puan Sri Maria tidak akan melepaskan peluang keemasan, bila dia dapat menemani Umaira check-up. Inilah masanya untuk dia memujuk Umaira. Umaira pasti akan mengikut katanya, dia tahu menantunya itu berhati baik.

“Perut ni bulat besar macam ada kembar, dah masuk 7 bulan, kan?” Puan Sri Maria memegang perut Umaira.

“Yeke mommy, kembar?” Wajah teruja Umaira pamerkan. Berbunga hatinya mendengar kata-kata mommy CEO.

“Umaira bahagia jadi menantu mommy?”

“Bahagia. Terima kasih mommy terima Maira dalam family mommy.” Dari layanan mommy beberapa minggu ni, dia yakin mommy sudah menerima baik dia dalam keluarga.

“Tapi mommy belum bahagia..”

“Maksud mommy?” Hatinya sudah berdebar.

“Mommy akan lebih bahagia kalau Umaira dapat pujuk Khai, kahwin dengan Puteri.”

Hah?

“Mommy?”

“Macam-mana Umaira, nak sangat Khai jadi suami, macam tu juga mommy nak sangat Puteri jadi menantu mommy. Nanti Umaira bersalin, Puteri boleh tolong jaga baby. Kita akan jadi keluarga yang paling bahagia.”

Hati Umaira bagaikan ditikam saat mendengar kata-kata mommy. Mommy nak dia pujuk Khairil untuk berkahwin dengan Puteri? Sungguh ke apa yang dia dengar.

"Mommy nak sangat bermenantukan Puteri. Mommy tak akan kacau Umaira lagi, mommy tak akan campur urusan keluarga Umaira, kalau Umaira dapat pujuk Khai, kahwin dengan Puteri. Mommy yakin, Khai boleh berlaku adil."

"Tapi mommy.." Hatinya sudah dilanda banjir, airmatanya seakan mahu tumpah. Tidak terfikir dibenaknya, mommy akan berkata begitu, sejak Puteri ke Australia, dia hidup bahagia dengan Khairil. Izzuwan pun tidak mengganggu dia, kalau adapun hanya meseg dari Imran, itupun sudah berminggu lamanya. Diapun tidak lagi mendengar khabar Imran.

"Mommy boleh harapkan Umaira, kan? Umaira akan pujuk Khai kahwin dengan Puteri?" Tidak tahu hendak menjawab apa, lagilah bila Puan Sri Maria menggenggam tangannya erat. Umaira hanya mampu mengangguk perlahan, walau hatinya sudah remuk.

Dia berbaring di sofa. Kepalanya berat dengan permintaan mommy.

Telefonnya berbunyi. Meseg dari mommy? Ini adalah meseg yang pertama dia dapat dari mommy. Meseg yang meminta agar dia dapat memujuk suaminya berkahwin lain.

- Jangan lupa pujuk Khairil ya. Mommy tak akan buat majlis besar-besaran, nikah saja cukup, asalkan Puteri jadi menantu mommy.

Umaira hanya memandang sepi meseg itu.

....

Share this novel

MommyZahra
2020-10-21 21:08:28 

jangan biarkan duri menikam dlm rumahtanggq

MommyZahra
2020-10-21 21:07:19 

xpayah layan mesej mcm..ikut logik akal la humaira..bagi tau jer la khai

MommyZahra
2020-10-21 21:07:18 

xpayah layan mesej mcm..ikut logik akal la humaira..bagi tau jer la khai


NovelPlus Premium

The best ads free experience