[ Bab 66 ] DBS

Romance Completed 253377

Sayup-sayup Khairil mendengar bunyi ketukkan di pintu. Dia bingkas bangun. Duduk sekejap di katil dan terus mencapai singlet di hujung katil. Mana baju melayu yang dipakai malam tadi, ah sudah, ketukkan makin kerap.

Suiz lampu ditekan. Pintu dibuka. Dia menjengah muka. Ayah? Ibu?

“Ya, ayah?”
“Suboh dah nak masuk ni Khai. Jom berjemaah, Khai jadi imam ya?”
“Oh, baik. Khai mandi dulu.” Katanya sambil tersengeh.
“Umaira tidur lagi?”
“Aah tidur.”
“Tak payahlah bang, biar Khai solat dengan Umaira jer dalam bilik. Kasihan pengantin baru.”
“Ishk mana boleh. Khai ni satu-satunya menantu lelaki dalam rumah ni.”
“Susahlah cakap dengan abang ni.” Ibu tinggalkan ayah seorang di depan pintu bilik.
“Kamu pakai kain batik Umaira ke Khai?” Eh? Ia ke? Alamak, Khairil tak perasan tadi, main sarung saja.
“Yeke ayah? Haha!” Dia tertawa bila menoleh ke kaki, dia pakai seluar baju melayu, bukan kain. Ayah memang sengaja nak bergurau.
“Terkena, kan? Dah jangan lupa kejut Umaira, ayah tunggu ya.”

Pintu ditutup semula. Aduhai.. malu lah. Risau juga kalau pakai seluar terbalik ke. Diapun lupa, tak tengok cerminpun kalau-kalau ada bekas gigitan nyamuk di mana-mana. Untunglah pakai singlet saja tadi, kalau tak berbaju, lagi teruk agaknya kena sakat dengan ayah.

Khairil tengok Umaira nyenyak tidur. Kasihan pula nak dikejut. Dia mengambil handphone di meja sisi katil. Instagram dibuka, sebelum tidur dia ada post sesuatu, gambar suiz lampu dengan caption, ‘switch off-gudnite from newlyweds’. Dan dia tergelak baca komen Imran. Tulah orang suruh kahwin tak nak.

Dia naik ke atas katil dan duduk dekat dengan Umaira. Nak dikejut sang puteri yang sedang nyenyak itu terasa kasihan. Polos tidurnya. “Sayang..” Kejutnya perlahan. “Jom bangun, ayah tunggu solat Suboh.”

Mata dibuka. Perlahan dan kemudian besar. Bila mata bertentangan, cik isteri cepat menyorok dalam selimut. Malu agaknya. Apa ada hal, diapun masuk sekalilah dalam selimut. Pinggang cik isteri dirangkul kemas. Tangan mula nak merayap sana sini, tapi tangan cik isteri memegang erat tangannya.

“Jom bangun, sayang. Ayah dah ketuk pintu tadi.”
“Ermm..”
“Abang mandi dulu ya, ke sayang nak mandi sekali?”
“Tak nak..”
“Ishk dia ni, tak baik tau membelakangkan suami.” Tapi tak apalah sayang, belakang pun cantik, putih bersih bersinar kulitnya.
“Awak mandilah dulu.”
“Awak?”
“Alaa.. mandilah dulu.” Cik isteri malu ni, bercakappun dalam selimut.
“Kenapa panggil awak, kalau tak panggil abang, abang geletek nanti.” Tangannya mula mencuit pinggang.
“Ok ok. Abang mandi dulu. Nanti saya mandi.”
“Mandi sekali kan senang. Jimat masa.”
“Ya ke? Takutlah.”
“Apa nak takut, malam tadi tak takut pun?”
“Malu..”
“Malam tadi tak malupun? Abang dah tengok semuanyakan, nak malu apa?”
“Apa abang ni? Dah pergi mandi.” Khairil memang sengaja nak mengusik. Seronok lihat Umaira malu-malu. Comel. Tak tahu nak gambarkan comelnya Umaira. Yang dia tahu Keira Knigtley saja. Kata Imran Umaira cantik, macam Mira Filzah. Haiqal kata semanis Neelofa. Tapi Khairil tak kenal, dia belum sempat Google.

Mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Senanglah ada bilik air dalam bilik. Tak perlu keluar beratur nak mandi.

Umaira masih menyorok dalam selimut. Bila dia pasti Khairil sudah memasuki bilik air, dia mencapai pijama satin yang dihadiahkan Juita, disarung ke badannya.

Usai bersolat sunat semalam, mereka berjanji akan sentiasa jujur dalam perkahwinan mereka. Berkali-kali juga Izhan memohon maaf padanya, andai mommy ada menyakitkan hati Umaira. Dia juga minta Umaira bersabar dengan kerenah mommy. Dan sama-sama berdoa moga Allah membukakan hati mommy untuk merestui perkahwinan mereka.

Dia suami yang baik. Dia juga minta izin dahulu, andai Umaira masih belum bersedia untuk menjadi isteri sepenuhnya, dia tidak akan memaksa. Tapi Umaira memang tak sanggup nak tengok wajah hensem yang macam merayu minta disayangi, Umaira pun hendak merasa pelukkannya. Umaira pun hendak menikmati cintanya.

“Bangun dah?”
“Ermmm..”
“Ibu ayah kata, sayang kalau penat, bom meletup kat sebelah pun tak dengar. Ni tak penatlah ya? Senang je bangun.”
“Mana ada..” Umaira kerut dahi. Umaira macam tu ke? Rasanya tidak.
“Ayah kata kalau susah bangun, jiruskan air.”
“Sampai hati ayah. Mana ada sayang macam tu. Eh, saya..” Aduh tersasullah pula. Dia terus mencapai tuala dan melangkah pantas ke bilik air.
“Sayang!” Panggil Khairil.
“Ya?”
“Jangan lupa niat mandi tu.. Bukan mandi biasa.” Khairil ketawa.
“Abang ni.. “ Ah kenapa suka buat Umaira malu ni..

Selesai mandi, Umaira memakai baju kurung dan terus memakai telekung. Encik suami sudah tidak ada di dalam bilik. Umaira melangkah keluar bilik. Semua sudah sedia untuk solat berjemaah. Masing-masing tunggu Umaira saja.

“Lambatlah kakak ni. Bob nak sambung tidur ni.” Bob membebel.
“Eh sekejap. Abang Khai, semalam berjaya tak?”

“Berja... addduuuhhhh...” Aduh lebamlah lengan macam ni. Kuat betul sepit ketam Umaira.
“Mengadalah Bob ni. Cuba jadi macam kembar, elok diam jer.”
“Bob cuma tanya, berjaya tak abang kejut kakak malam tadi. Yang kakak cubit abang tu kenapa? Ingat Bob tanya apa?”
“Aah, tak baik buat suami macam tu kakak. Garanglah kakak ni.” Uda tertawa.
“Lain macam kan dah kahwin ni.” Angah pula menyampuk.
“Ayah.. tengoklah abang ni.”
“Sudah, sudah. Jom solat. Iqamat Bob.”

Beginilah suasana di rumah Umaira, kalau cuti sekolah, hari raya ke, adik-beradik Umaira memang suka mengusik. Yang selalu jadi mangsa usikkan, tentulah Umaira, dah dia seorang sahaja adik perempuan.

“Uda rasa cemburulah..” Semua mata memandang Uda. Mereka sekeluarga bersarapan bersama, jadi lebih meriah bila ada orang baru dalam keluarga mereka.
“Dulu elok jer kakak cedukkan nasi, tuangkan air. Ni dah kahwin, dia layan suami dia jer.”
“Alah-alah Fattah Amin merajuk ke?” Umaira mengusik Uda, dia memang suka memanggil Uda dengan panggilan Fattah Amin.
“Fattah Noordin lah, bukan Fattah Amin. Sama macam murid kat Sekolah Uda, ada diorang panggil Cikgu Fattah Amin, ada macam Fattah Amin ke? Patah hati adalah.”

“Dia dah jadi isteri Khai, tentulah dia layan suami dia. Baru sehari bagilah chance.” Along bersuara.
“Kakak dah kahwin dah Ngah. Tak ada chance kita nak belasah orang.”
“Aah kahwin dengan budak lelaki yang kita nak pukul dulu tu kan, ingat tak? Eh? Terlepas cakap pulak.” Angah tutup mulut.
“Kakak dah tahu..” Umaira senyum memandang Khairil yang diam saja.
“Dah tahu? Ah, bolehlah bukak cerita.” Angah meneguk air.
“Dulu, Angah dan Uda selalu ikut kakak, senyap-senyap. Tengok kakak sengeh-sengeh kat budak lelaki kat tingkap bilik tu, ishk masa tu, kalau budak tu turun bawah Angah dengan Uda dah siap dah nak pukul budak tu. Muka sombong betul, adik kita pulak tersengeh-sengeh tunjuk gigi rongak dia."
“Tapi kau dapat gak tumbuk dia Ngah, aku belum dapat ni, tangan gatal pulak rasa ni.” Uda ketawa lepas.
“Berani eh nak tumbuk suami kakak.” Suami? Alahai Umaira ni.
“Hilang dah malu dia tu, kalau tak semalam asyik cakap malu, takut. Apa agaknya Khai dah buat sampai kakak dah tak malu, tak takut.” Along Harris pula menambah. Khairil pula yang malu sekarang ni.
“Ok, Bob jangan cakap apa-apa.” Umaira nampak Bob macam nak bersuara. Bob tu tak boleh ada saja dia nak usik. “Bob nak tambah nasi, apa kakak ni.”

“Kakak, lebam tangan abang Khai kakak cubit pagi tadi.” Luqman yang duduk di sebelah Khai menunjuk ke lengan Khai. Khairil sudah menukar baju selepas solat Suboh pagi tadi. Dia memakai t-shirt Polo kegemarannya.
“Tak apa-apalah.” Khairil dah tak tahu nak cakap apa.
“Nanti abang Khai buat kat kakak lebih sikit, buat tanda banyak-banyak.” Semua mata memandang Hafiz. Eh eh, si kembar ni kalau sesekali bersuara, terlebih bijak pula. Kalah orang dah kahwin.
“Kau Fiz. Mana belajar ni?”
“Orang kata nanti abang Khai cubitlah kakak.” Hafiz membetulkan ayatnya, ngeri juga bila lihat muka angah dan uda. Kemudian mereka semua ketawa.

Walau keluarga mereka tidak kaya, tapi mereka kaya dengan kebahagiaan, kemesraan. Tengok saja sedari tadi tak kering gusi ketawa. Makan bersama, berkumpul bersama. Walau mereka ramai, tapi tidak nampak mereka saling mencemburui, ada saja gurauan memeriahkan suasana. Jauh jika hendak dibandingkan dengan keluarga Khairil. Makan bersama? Jarang sekali. Kalau makanpun, lebih gaya mat saleh dengan sudu garpu, pisau. Khairil mengeluh kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience