[ Bab 85 ] DBS

Romance Completed 253440

Dah pukul 11 malam tapi tetamu masih ada yang belum pulang. Terutamanya Imran dan Haiqal. Seorang teruna terlajak, seorang lagi ayah baru, masih dalam pantang. Tak ada hal nak balik lewat katanya. Tapi masalahnya sekarang, cik abang pengantin dah penat, nak tidur, bila geng nak balik ni?

Khairil masih berfikir, benarkah Puteri akan ke Australia seperti yang dikatakan Datok Zamri, jika benar, dia sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya mommy tidak ada crimes partner buat masa ni. Tidaklah dia akan mendesak Khairil berkahwin dengan Umaira.

"Berapa lama pantang, Qal?”

“Siapa? Aku ke bini aku?”

“Eh, ada beza ke?” Khairil pamer wajah tua 4 tahun dari usianya. Dahinya berkerut bercantum kening.

“Bini aku pantang, 44 hari. Tapi aku kena pantang 100 hari.”

“40, 44 hari tu aku faham. Yang 100 hari tu apa?” Ah, pening macam ni. Habis tu, kalau Umaira bersalin nanti macam-mana, berapa hari dia nak kena berpantang.

“100 hari tu pantang suami, nanti bini kau bersalin, kau kena puasa 100 hari. Ingat tu, nak dia sihat, kau kena kuat.” Haiqal menepuk bahu Khairil. Hilang dah muka hensem Khairil mendengar penerangan Haiqal.

“Serius ah? Ni pun aku dah kena puasa kurang-kurang tuk 1st trimester ni, nanti bersalin, kena puasa lagi? 100 hari? Lama tu.” Bulat matanya.

“Relax lah Khai, afasal cam gelojoh jer.” Imran mencelah. Kalau sayang isteri kenalah berkorban. Kan anak kau tu. Bebel Imran dalam hati.

“Hei, that’s not what I mean. Aku bukannya apa, aku baru perform berapa kali je kot, lepas tu duduk jauh, sekali lekat, terus kena puasa 3 bulan.” Khairil ketawa. Kau belum kahwin Im, nanti dah kahwin dengan orang yang kau cinta, baru kau tahu dia punya penangan.

“Dah wife kau subur, teruslah lekat. Tengok punggung dia pun tahu dia perempuan macam-mana. Adik-beradik pun ramai.”

“Amboi amboi amboi, sampai ke punggung bini aku kau intai eh Im. Lebih lah kau. Kalau ya pun, simpan ayat tu dalam hati kau jer, tak payah cakap depan aku. Sentap tau.”

“Sudahlah nak sentap. Bini kau kan, aku tak akan rampaslah, kecuali kau buang dia.”

“Memang tidaklah aku nak buang. Sebab tahu nanti kau yang ambil.” Khairil dah angin semacam.

“Kalau masa kau buang dia, aku dah kahwin, aku sanggup ceraikan wife aku tu, dan kahwin dengan dia. Muka dia tu macam orang susah, kau tau tak?” Imran ni memang cari hal lah.

“Apa pula macam orang susah, suami dia kayalah. Aku mampu tanggung dia.”

“Ishk kau ni, Khai. Muka dia tu, macam orang susah, susah untuk dilupakan, terbawa ke mimpi.” Alamak! Imran bagi pick-up line ke?

“Eh, sudah sudah. Aduh, tak payah gaduhlah. Benda boleh bincang kot. Kaupun satu Im, tak habis-habis nak sakat Khai.”

“Untunglah satu, kalau ada 2 ke 3, mahu botak agaknya kepala Khai. Hahaha!” Imran ketawa lepas. Dia seronok bergaduh mulut dengan Khairil. Bukannya apa, Khairil kalau fasal Umaira, dia memang jadi macam bukan Khairil si stone cold yang dia orang kenal. Si hati batu, si mamat muka ketat. Fasal Umaira terus lembik, terus emosi, terus sensitif. Mamat jiwang rupanya. Mamat dalam hati ada taman. Hahaha! Ketawa Imran meletus lagi.

Okay. Imran mengalah. Kalau Izzuwan boleh move on, tak akanlah Imran tak boleh. Kalau Izzuwan boleh doakan kebahagiaan Umaira, tak akanlah Imran tak boleh, ya tak? Imran jauh lebih matang dari Izzuwan. Imran tak tikam sahabat sendiri dari belakang, Imran tak komplot nak runtuhkan rumah tangga Khairil. Imran bergerak solo, dan terus solo sampai jodohnya sampai.

“Kasihan tengok Umaira tu, Khai. Penat tu. Pergilah berehat.” Cantik Umaira harini, macam patung Barbie. Dengan kain kembang, meleret-leret di lantai, crown dan veil berenda-renda, entahlah, Imran tak tau nak menyebutnya, tapi cukuplah dia katakan yang Umaira sangat cantik. Penuh kesopanan. Dia pernah memarahi ibunya kerana menuduh Umaira perempuan tak baik. Ikut Khairil ke hotel, bercuti dengan Khairil, sebab dia tahu mereka sedang hangat bercinta. Orang bercinta memang akan luangkan masa bersama, kalau Umaira bercinta dengan diapun, dia akan culik Umaira dan bawa dia bercuti jauh-jauh. Maldives ke, Korea ke, tak adalah Bukit Tinggi macam Khairil. Lepas tu kantoi.

“Mommy banyak kenalan, kan?” Umaira cuba mengingati setiap mak-mak datin yang menyapa dia.

“Mommy kan level-level Puan Sri propa, siapa tak kenal dia.”

“Tak baiklah abang ni. Auntie Mariam tinggal kat mana? Esok boleh jumpa? Tak puas berborak. Tadi ayah kata, esok ajak auntie Mariam makan tengahari kat rumah along.”

“Ah, boleh. Eh abang nak mandi dululah. Sayang nak ikut?” Umaira sedang membuka beg toiletries nya, mengambil tisu muka dan spray Meeracle Luxury Cleansing Milk, membersihkan make-up di muka.

“Sayang, nak ikut tak?”

“Ya?” Matanya memandang encik suami.

“Nak ikut tak?”

“Nak. Pergi mana?” Umaira mengangguk laju. Ke mana saja yang nak Umaira ikut ni?

“Mandi. Jom.”

“Abang ni!”

Khairil ketawa. Dia melangkah ke bilik tidur.

“Sayang!!” Kemudian dia kembali ke ruang tamu. Jeritannya memeranjatkan Umaira, dia bingkas bangun.

“Kenapa?”

“Sayang tengok tu!” Khairil menuding ke bilik tidur. Umaira kulum senyum. “Apasal, cantikkan tuala itik bentuk love tu.” Peliklah Khairil ni. Cantik apa deco honeymoon suite ni. Siap ada kelopak bunga lagi.

“Memang lah cantik. Tapi masalahnya, abang puasa, kenapalah dia orang buat hati abang macam ni.”

Umaira malas nk layan, dia kembali ke ruang tamu. Ada-ada saja Khairil nilah. Asyik cakap puasa saja, dahaga sangat ke? Umaira ketawa sendiri.

Dia nampak ayah berbual dengan mommy tadi, tapi tak tahu apa yang mereka bualkan. Dia juga tak sangka Dato Zamri menghantar Puteri ke Australia untuk sambung belajar. Errmm harap lepas ni tak adalah sesiapa nak mengganggu perkahwinan mereka. Dia kan berhati lembut, kalau dipujuk rayu selalu, dia bimbang dia akan menyuruh Khairil kahwin saja dengan Puteri. Dia tidak mahu Khairil terus bergaduh dengan mommy dan daddy.

Tak sabar hendak berjumpa dengan auntie Mariam. Banyak yang hendak ditanya. Tentulah pasal Khairil. Apa yang Khairil suka makan, Khairil suka buat. Hendak bertanya dengan mommy, oh, takutnya. Muka singa mommy tu, menyeramkan bila dipandang. Mohon si kecil dalam perut ni tak terikut muka singa mommy.

Izzuwan ada menghantar meseg ucap tahniah. Alhamdulillah, Izzuwan dah boleh terima hakikat Umaira sudah menjadi isteri Khairil. Izzuwan janji dia tidak akan kacau Umaira lagi, harap betullah.

“Solat?”
“Ya.”

Bau nasi tomato ibu menambat selera Umaira. Rindunya dengan nasi tomato ibu. Last ibu buat, semasa daddy datang merisik. Dia menonong ke dapur rumah along, meninggalkan Khairil di ruang tamu bersama ayah.

“Kak Long masak?”
“Ibu, kak Long tolong-tolong jer.”

“Sihat Khai?”

“Alhamdulillah. Sejak tukang urut dah ada tidur sebelah ni ayah, sengal-sengal badan semua dah hilang.” Khairil tersenyum.

“Dah tak puasa ke?”

“Eh? Puasa ayah. Haha! Mana ayah tahu ni, ayah ni memang macam nujumlah.” Rasa tak pernah bercerita tentang puasa pada ayah atau keluarga Umaira.

“Jadi ke Mariam nak datang sini?”

“Jadi. Tadi baru meseg minta location.”

Haji Noordin pun hendak berjumpa Mariam. Dahulu sewaktu muda mereka selalu berbual. Mereka saling mengenali, dia sebenarnya ingin bertanya kenapa Mariam tidak berkahwin dengan Sufrie, tapi terasa macam kepochi pula. Jangan masuk campur urusan orang Noordin. Lagipun peristiwa sudah berpuluh tahun, masing-masing sudah berkahwin. Jangan diungkit peristiwa lama, takut ada luka yang berdarah kembali.

Kehadiran auntie Mariam dan uncle George di rumah along, sangat ditunggu. Masing-masing rasa berbangga bila ada mat saleh datang ke rumah. Uncle George pula lancar berbahasa Melayu, tak ada pelat di mana-mana. Katanya disebabkan sudah biasa semasa ada Khairil di rumah, mereka terus berbahasa Melayu, walaupun Khairil sudah pulang ke Malaysia.

Bertanya tidak mahukah pulang ke Malaysia dan membina kehidupan baru di sini, jawapannya, masih banyak urusan di London, dan mungkin akan difikirkan nanti. Khairil tahu, tentu punca utama adalah mommy. Mommy bukan suka auntie Mariam ada di sini, dekat dengan Khairil.

"Bila-bila Umaira nak datang ke London, auntie terima dengan berbesar hati."

Sedang mereka asyik bercerita tentang masa kecil Khairil ketika di London, terdengar suara orang memberi salam di luar rumah. Siapa yang datang? Along ada tetamu lain ke? Khairil menjengah ke tingkap kaca. Bob di luar sudah membuka pagar. "Daddy?" Buat apa daddy kat sini, siapa beritahu daddy? Auntie Mariam ke?

"Ah, Sufrie, mari masuk." Ayah yang ajak? Ayah ni, tak nampak ke muka auntie Mariam dah berubah tu? Auntie Mariam sebolehnya tak nak berjumpa daddy, entah kenapa, berkali-kali dalam meseg nya dia memberitahu jangan beritahu daddy yang mereka berjumpa.

"Maria.." Mommy pun ada?

"Buat makan-makan tak ajak I ke, Noordin? Family gathering kan, I kan mother in law your daughter."

"Oh.. you my daughter's mother in law, ke? Your act tak macam mother in law lah Maria, macam strangers adalah."

Aduhai ayah, kenapa cakap macam nak lancar perang dengan mommy. Nanti yang susah adalah Umaira, yang nak kena hadap Puan Sri kekwat tu. Suasana yang tadinya meriah tiba-tiba terus bertukar sepi. Masing-masing mendiamkan diri dan cuba melarikan diri dari duduk bersama Puan Sri kekwat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience