[ Bab 90 ] DBS

Romance Completed 253377

Sedari tadi matanya tidak lekang dari melihat handphone di tangan. Ke mana sahaja dia pergi, walaupun ke tandas, dia akan membawa handphone nya sekali. Risau jika encik suami menelefon dan dia tidak menjawabnya. Sudah beberapa hari dia menunggu panggilan dari suaminya, kenapa encik suami tidak menghubungi dia, sungguh ke sibuk dengan kerja, atau dengan urusan perkahwinan. Hatinya mula berbolak-balik. Jika sebelum ini, mulutnya asyik menyuruh suaminya berkahwin lain, namun beberapa hari ini, dia mula rasa menyesal dengan tindakannya. Dia rindukan suaminya, jika nanti sungguh suaminya berkahwin lain, dan mula mengabaikan dia, bagaimanakah nasibnya nanti. Bagaimana nasib baby yang aktif di dalam kandungannya ini.

Umaira mengeluh panjang. Menyesal sudah tidak berguna lagi. Pagi tadi dia mendapat meseg di Whatsapp dari no yang tidak dikenali, tapi DP tertulis Puteri Qaisya. Menghantar image gubahan barang hantaran dengan meseg -tq sis, terima Puteri -

Hendak dia membalas meseg itu, namun hatinya sedih sendiri. Jadi dibiarkan sahaja meseg itu. Biarlah, dia tidak mahu masuk campur tentang urusan Puteri Qaisya, dia hanya perlukan Khairil Izhan saat ini, ke mana menghilangnya.

"Kakak ok?" Pertanyaan ayah buat Umaira tersedar dari lamunan.

"Apa ayah?" Dipandangnya wajah ayah. Oh mungkin sebab siaran di tv tu, berita tamil.

"Kakak ok? Kaki ni jangan dibiar bergayut, bengkak nanti. Duduk berlunjur. Tengok ni pun dah kembang macam kaki Bob." Ayah tertawa kecil, namun kakinya diangkat ayah dan diletak di atas kerusi.

"Terima kasih ayah." Dia tersenyum kecil.

"Asyik tengok phone jer, tunggu Khai telefon ke?"
Senyum kecil tadi dilebarkan, sebagai jawapan.

"Pukul berapa kat Tokyo sekarang ni, entah-entah dah malam. Tidur agaknya suami kamu tu."

"Tokyo?" Keningnya berlapis. Tokyo, Jepun ke? Ke ada Tokyo lain, nama tempat dalam Malaysia?

"A'ahlah, bukan Khai ke Tokyo ke, ada seminar. Kakak lupa ke, dia kata dah beritahu kakak."

"Ialah ayah. Kakak lupa, ingat belum pergi. Patutlah tak call." Umaira mengangguk laju. Risau jika ayah banyak bertanya.

Khai tak adapun beritahu kakak, ayah. Kakak ingat Khai tengah sebok dengan urusan perkahwinan dia dengan Puteri. Sampai hati Khai tak beritahu kakak, ayah. Hatinya sedih.

"Apa yang belum pergi. Hari dia balik KL tu, flight dia malam tu juga. Dah berapa hari dah ni. Betul ke Khai ada beritahu ni? Ke kamu berdua bergaduh?"

"Apa ayah ni. Kakak yang lupa. Abang ada beritahu, mungkin kakak tak focus dengan apa yang dia cakap." Menipu lagi. Khairil pun menipu ayah, dia tidak ada pun memberitahu Umaira dia akan ke Tokyo, katanya hanya 'balik kampung'. Oh mungkin itu juga sebabnya kenapa dia dihantar pulang ke kampung, bukan suaminya sedang sebok hendak berkahwin lain.

"Berapa lama ayah?"

"Kata Khai dah beritahu, 2 minggu kan?"

2 minggu? Baru beberapa hari dia sudah gelisah dan rindu, dia harus menunggu 2 minggu untuk bertemu suaminya. Ya Allah, bagaimana nanti jika dia perlu berkongsi suami, mampukah dia sabar menunggu suaminya, yang mungkin akan dirampas isteri keduanya. Kenapalah aku perlu mengikut kehendak mommy. Kalau benar begitu jadinya, maka kekallah dia hanya sekadar skandal.

Hari ini sudah hari ke 5, satu meseg mahupun panggilan telefon dia tidak terima dari Khairil. Bila ditanya ayah mahupun ibu, dia selalu menjawab Khairil ada menelefon, juga ada menghantar meseg. Sebok sangatkah encik suaminya sampai lupa hendak bertanya khabar. Jikapun marah pada dia sekalipun, tanyalah khabar baby yang di dalam kandungan, sudahlah tidak beritahu apa-apa hendak ke Tokyo. Merajuk pula rasa hati.

Apa kata dari dia menunggu meseg Khairil yang tidak kunjung tiba, biar dia yang menelefon atau menghantar meseg. Buanglah ego. Walau dia tidak mahu mengganggu masa kerja suaminya,tapi dia tersangat rindu. Telefon diambil dan Whatsapp dibuka. Tidak tahu di Tokyo jam berapa sekarang, tapi di Malaysia sudah jam 10 malam.

- Assalamualaikum.. abang..

Tidak tahu apa yang harus ditulis, mesegnya terhenti di situ. Dan telefon diletak di sisi bantal. Wahai hati, bersabarlah. Moga-moga, salamnya itu mendapat balasan.

----

Kata-kata daddy siang tadi sangat mengganggu konsentrasi kerjanya. Laptop ditutup. Beberapa kali dia beristighfar dan menarik nafas dalam, dihela perlahan seolah membuang segala kekusutan di kepala. Mata pula tidak mahu lelap. Rindukah dia pada cik isteri yang cantik di Malaysia.

"Sampai bila nak buat Umaira macam tu? Dia kan mengandung, orang mengandung ni, jiwa dia sensitif. Kalau apa-apa berlaku, Khai ingat dekat kita nak fly balik Malaysia? You tu, nanti kena panik attack, daddy yang susah nanti. Sudah-sudahlah Khai, jangan diikut keras kepala tu. Kalau daddy cakap keras kepala macam mommy, Khai tak percaya."

Dia akhirnya on wifi di handphone. Tipulah dia tidak mengharap meseg manja dari isterinya. Dia bukan tidak mahu menelefon, selain ingin membuatkan isterinya faham erti berjauhan dengan suami, dia tidak mahu serabutkan kepalanya tentang isu Puteri yang selalu isterinya timbulkan.

Memandang satu-satunya meseg dari isteri yang dirindui, hatinya terusik. Itu saja yang dia tulis. Apa yang perlu dia balas. Argh, video call sajalah. Diapun rindu akan wajah bidadari syurganya dengan rambut panjang yang lurus hitam itu. Sejak berbadan dua ini, wajah sudah tembam dan badannya pun sudah berisi. Siapa agaknya yang memicit kakinya malam-malam, adakah ibu menjenguknya tidur, dan menyelimutkan kakinya, atau mengusap lembut pinggangnya yang selalu sakit.

Menunggu panggilannya diangkat, buat hatinya berdebar. 5 hari dia tidak bercakap dengan isterinya, rindunya diubati hanya dengan memandang gambar isterinya.

Melihat wajah kesayangan hatinya yang sudah tersedu menangis, hatinya sangat tersentuh. Apa yang mampu dia berikan hanya senyuman dan mini love hinggalah isterinya berhenti menangis. Untuk pertama kalinya setelah beberapa bulan, tiada nama Puteri yang keluar dari bibir mungil Umaira, buat hatinya tenang dan kerisauannya hilang.

"Lusa abang akan fly ke Sibu, projek ada problem sikit, so abang akan lama kat sana. Just take care, okay."

Umaira hanya mengangguk di sana.

"Kalau nak abang call lagi, jangan sebut nama perempuan tu."
Mata dah sembab menangis. Kasihannya dia. Tapi Khairil kena tegas, dia tidak mahu rumah-tangganya terus porak-peranda kerana Puteri mahupun mommy. Dia hanya ingin bahagia bersama Umaira dan anaknya yang bakal lahir.

"Nak beli apa-apa tak kat Jepun ni? Abangpun tak pandai nak jalan-jalan, harapkan daddy saja ni, daddy dah 2-3 kali juga ke Jepun."

"Tak nak apa-apa.." cik isteri sekadar menggeleng.

"Ingat, tidur jangan lupa selimut, pakai stokin. Jangan biar kaki sejuk, kalau pinggang sakit, minta mak picit eh. Jaga kesihatan, kalau tak nak fikir tentang diri sayang tu, fikir tentang baby dalam perut tu. Jangan lupa makan. Jangan banyak fikir, banyakkan zikir. "

Panjang pesanannya. Harap cik isteri dengar dan faham.

"Muka ada senyum, nampak."

"Eh, daddy tak tidur lagi ke?"

"Mana dapat tidur kalau dengar suara orang menangis. Ingatkan ada 'mak esah' ke kat hotel ni."

"Mak esah?" Khairil kerut dahi.

"Mak esah tu gelaran daddy untuk makhluk scary.. Hahahaa! Han... Uppss." Tan Sri Sufrie gelak besar. Mula-mula seram juga dengar suara orang tersedu-sedan, bila dibuka mata, oh rupanya tengah video call. Ialah, dah berapa hari tak telefon. Errmmm.. dia pun dah berapa hari tak telefon Puan Sri Maria, meseg pun tidak. Nampaknya macam saling tak merindui ni. Errmm.. dah patut kahwin lain aku ni, ada isteri pun macam tak ada.

Seronok tengok Khai dan Umaira, saling sayang menyayangi.. sayangnya sampaikan sanggup nak berkongsi suami kat orang lain. Kalaulah Maria macam tu, kan bagus.

Dari Tokyo hendak ke Sibu, mereka sengaja balik ke KL dahulu. Balik rumah Khai, simpan bag, dan ke Sibu keesokkan harinya. Menjadi betul anak dan daddy berjalan-jalan walau badan dah lembik kepenatan. Masing-masing berlagak bujang, sedangkan ada isteri yang menanti. Bagi Tan Sri Sufrie mahupun Khairil, selama ini mereka tidak pernah keluar bersama, bonding together. Teringat dia pada satu quotes yang pernah dibacanya, 'A son can change his father from being selfish to selfless'.

"Daddy, laparlah. Nak order ke, nak turun?"

"Turunlah. Jalan-jalan cari makanan."

"Tak penat ke? Khai dah letih kaki ni daddy."

"Apalah orang muda dah sakit kaki. Daddy kuat saja ni."

"Daddy tu sebab seronok, mommy jauh. Hahaha! Jamu mata saja kerjanya, dari Jepun sampai ke Sibu."

Mereka turun ke lobby. Niat hendak mencari makanan yang sedap-sedap di Sibu. Hampir seminggu di Tokyo makan, makanan Jepun. Lain benar seleranya. Tan Sri Sufrie memandang ke arah cafe hotel, besar kecil besar kecil matanya memandang, macam kenal, tapi betul ke pandangan dia.

"Eh sekejap, itu bukan Puteri ke?" Tangannya menarik lengan Khairil. Muncung menunjuk ke arah seorang perempuan yang sedang duduk berseorangan.

"Aah lah. Dia seorang ke?" Tapi ada 2 gelas di situ, ke dengan Dato Zamri?

Terbuntang mata saat melihat Izzuwan yang datang ke arah Puteri. Ishk, apa dia orang berdua buat di sini? Ada komplot jahat lagi ke? Tak sudah-sudah lagi ke nak meruntuhkan rumah-tangga dia?

Khairil dengan tidak bercakap banyak, terus sahaja menghampiri dan duduk di sebelah Izzuwan. Matanya memandang tepat ke arah Puteri.

"Bagus jumpa you all kat sini. Tak payah susah nak plan apa-apa, abang setuju dan abang akan masuk meminang Puteri, cukuplah jangan rosakkan rumah-tangga abang lagi. But, not for me, for Tan Sri Sufrie. Macam-mana Puteri setuju tak?" Tanpa Salam, Khairil terus sahaja berterus-terang. Tan Sri Sufrie pula sudah tepuk dahi, macam-mana pula Khairil boleh nak meminang Puteri untuk dia. Apa kata mommy CEO nanti. Ah, serabut kepala.

..

Share this novel

Ella Halim
2020-11-01 02:30:18 

hahaha pasti gila meroyan puan Sri maria

Aina Aini
2020-10-31 00:10:39 

saspennn

Aina Aini
2020-10-28 08:02:19 

sis best story u..tgh xcited nk tggu next chapter.


NovelPlus Premium

The best ads free experience