[ BAB 78 ] DBS

Romance Completed 253377

Khairil masih melamun di tepi kolam mandi. Umaira sudah 15 minit mengintai, encik suami masih tegak berdiri bagaikan patung. Dengan tangan berpeluk tubuh. Bagaimana ya Umaira hendak memujuk. Tolonglah, Umaira dah tak ada idea.

Ada juga dia cuba Google, memang banyak yang dikongsi, tapi Umaira tak tahu nak mula memujuk dari mana. Dari balik makan malam semalam, hinggalah ke saat ini, sudah pukul 5 petang, masih sama sikapnya, diam, hanya sepatah dua bicaranya, hilang sudah kata-kata manis. Yang ada sekarang, Encik Mamat Muka Ketat. Huh!

Mana pergi honeymoon yang dijanjikan, akhirnya mereka duduk terperuk di dalam rumah. Membuang segala masa yang mereka ada. Esok dah kena masuk pejabat, lepas meeting Khairil akan pulang ke KL. Umaira? Tinggal keseorangan di sini.

Errmmm... boleh tak kalau dia nak kecilkan badan, dan menyorok dalam ludgage Khairil. Dia nak ikut balik KL.

Mandi lagi baik. Berwangi-wangian, dan keluar dengan Hana. Boring lah macam ni. Lantas dia naik ke atas, mengambil tuala dan membuka baju. Kaki melangkah ke bilik air. Tuala diselit di dada. Biarlah nak seksi pun, bukan ada encik suami nak lihat dia.

Tombol shower dipulas. Air mencurah keluar. Seketika kemudian, matanya terbuntang. Pantas dia berlari dan menjerit. Tuala dipegang kuat.

“Abang!!!”
Kaki dah terhentak-hentak geli.
“Abanggg!!!” Jeritnya lagi. Kali ini di luar pintu bilik. Eh, lambatlah Encik CEO ni. Cepatlah selamatkan Umaira.

“Apa dia?”
“Tu...” muncungnya sedepa menunjuk bilik air.
“Mana?”
Umaira menyorok di belakang Khairil.
Khairil membuka pintu kaca bilik mandi. “Air tak tutup ni sayang, basahlah abang.”
“Memanglah nak abang basah, basah dengan sayang.” Dia menolak Khairil Izhan ke bawah pancuran air.
“Hei basahlah. Abang dah hensem-hensem ni. Mana ada seluar lain.”
“Kita pergilah shopping.”
“Nak pergi shopping tu, nak keluar guna seluar apa?”
“Seluar tidur kan boleh?” Umaira balas pandangan Khairil. Tangannya memeluk Khairil. Harap cara pujukkan dia berjaya, jangan Khairil lagi marah sudahlah.

“Encik Izhan sayang Nurin Umaira tak?”
Hanya renungan yang Khairil berikan. Badan dah habis basah.
“Sayang ke tak?”
Masih diam tidak menjawab. Membiarkan air membasahi muka.
“Kalau kata sayang, dapat apa?”
“Dapat ni..” Umaira tunjuk mini love di jari.
“Kalau jawab tak, dapat apa?”
Umaira tayang senyum. “Dapat ni.” Satu ciuman singgah di bibir Khairil.

“Kenapa buat abang macam ni?”
“Kenapa abang buat sayang macam ni?” Umaira dah mula sebak. Hatinya tiba-tiba menjadi sangat kecil dan sangat terasa dengan soalan Khairil.
Mood nya dah hilang nak memujuk Khairil. Entah kenapa, dia mula menangis. Mula perlahan dan kemudian terdengar esak tangisnya.

“Sayang.. kenapa nangis ni?” Luluh pula rasa hati lelakinya bila melihat cik isteri begitu. Itulah yang dia tidak mahu esok, bagaimana jika dia melihat airmata Nurin Umaira ketika menghantarnya ke airport. Mampukah dia memujuk hati yang sedih.
“Tak apalah.” Umaira melangkah keluar dari bilik mandi. Walau dia sendiri sudah basah, namun dia tetap keluar. Kaki dibawa melangkah ke bilik di sebelah. Pintu terus dikunci dan dia menangis teresak di sebalik pintu.

“Sayang... buka pintu ni sayang..” Khairil mengetuk pintu. Tombol dipulas berkali-kali.
“Sayang, please, abang tak tahu kunci kat mana.. please sayang.. Sorry, abang minta maaf, abang tak patut biarkan sayang.. abang salah.. sayang...” Pintu diketuk berkali-kali.

Kepalanya pening kerana menangis. Tubuhnya sejuk dek tuala yang basah. Badannya terjelepuk ke lantai.
“Sayang! kenapa tu?” Aduh! Mana kunci ni? Khairil dah kelam kabut mencari. Maafkan abang, sayang. Segala laci dia buka. Bawah! Dia berlari ke bawah. Dia ada terpandang gugusan kunci di laci tv. Mungkin itu. Cepat! Baju dan seluarnya basah, langkahnya jadi licin.

Tangannya menggeletar mencuba kunci yang ada. Sesekali dia menggigil sejuk. Kuatnya penghawa dingin. Tombol berjaya dipulas, tapi pintu tidak dapat dibuka, tersekat di dalam. Khairil tiba-tiba terasa sesak nafas, dadanya sakit, pandangan mula kabur. Nafas cuba ditarik perlahan. Jangan sekarang, jangan! Not now!! Khairil menjerit sendiri.

Dari celahan pintu dia nampak belakang Umaira yang sudah terbaring di lantai. Bagaimana hendak ditolak pintu ni. Dia tak mahu mencederakan cinta hatinya. Namun dia terpaksa.
“Maafkan abang, sayang.”
Pintu dibuka setakat tubuhnya lolos. Cepat dia mengangkat tubuh Umaira ke bilik tidur. Walau bajunya sendiri basah, tapi kesihatan isterinya lebih penting.

“Sayang.. bangun..” Lelah Khairil. Nafasnya kembali tersekat. Dia kembali beristighfar di dalam hati. Jangan.. dia tidak boleh diserang panik sekarang ini. Umaira harus diutamakan.

“Hana! Datang sini sekarang” Telefon terus diletak. Nasiblah telefon tak dibawa ke bilik air, kalau tidak mau basah sekali. Baju, seluar.. tudung.. ah! Khairil nak buat apa ni? Tak akanlah nak ke hospital dengan tuala tu?

Apa yang terfikir pantas dia buat, tubuh Umaira dicempung dan langkah laju ke tingkat bawah. Hana tiba dengan wajah terpinga. “Kunci pintu.” Khairil menyuruh. “Hospital, cepat.”
Hana tidak banyak bertanya terus memandu laju. Nasiblah dia dah survey jalan ke hospital terdekat, 2 hari lepas. Tapi kenapa dengan Cik Nurin, jatuh kolam ke? Tapi kenapa Encik Khai yang basah?

Ini kalau dia kepochi dengan Ishaq dan Hamdan, mahu kecoh jadinya. Hana memandang Encik Khai yang terlelap di sofa. Dan Cik Nurin yang terbaring di katil. Lama juga Cik Nurin tidak sedarkan diri, hampir 2 jam. Telefon Encik Khai asyik berbunyi. Entah siapa yang menelefon.

“Belum bangun?”
“Belum.” Hana geleng kepala.
“Telefon berbunyi dari tadi.” Hana tunjuk handphone di sofa.
“Oh. Thank you.”
Puteri? 3 miss called? Dia nak apa? Semaklah. Marahnya sendirian. Dari pening fikirkan Puteri, baik dia bersolat dahulu.
“Solat” Katanya pada Hana dan terus memasuki bilik air. Dia sudah meminjam sejadah tadi, biarlah dia bersolat di bilik sahaja.

Bagusnya, solat 5 waktunya tak tinggal. Orangnya caring dan nampak setia. Bertuah Cik Nurin. Sanggup buat apa saja untuk Cik Nurin. Hana bermonolog sendirian, memandang Encik CEO yang hensem itu.

“Cik Nurin...”
Khairil yang sedang melipat sejadah, terus mendapatkan Umaira. Alhamdulillah, sidia sudah membuka mata.

Sebaik mata dibuka, dia melihat Hana. Sekeliling dipandang, drip air di tangan menunjukkan dia berada di hospital.
“Sayang...” Wajah yang ingin dilihat datang mendekat.
“Abangg.. Sayang minta maaf..” Airmatanya tumpah lagi. Ya Allah, berdosanya dia pada suaminya itu. Dia cuba bangun, tangan Khairil dicapai. “Sayang minta maaf..”
“Syyhhh.. dah dah. Malu tengok Hana.” Khairil berseloroh.
“Abang tak tukar baju? Baju basahkan tadi?”
“Tak apalah. Lagipun kan memang tak ada seluar lain. Ok je, dah keringpun.”
“Kenapa bawa pergi hospital? Abang pakaikan baju?”
“Aah. Main capai jer.” Khairil ketawa kecil, dia tak mahu bercerita, tapi banyak pula soalan Umaira.
“Macam mana buka pintu?”
“Ada kunci kat bawah, nasib baik jumpa.”
“Oh yang dekat tv tu ya? Doktor cakap apa?”
“Eh, banyak pula soalannya ya. Sayang tu tak sihat, tidurlah.”
“Doktor belum check ke?”
“Doktor kata gastrik berat. Angin.”
“Jangan-jangan Cik Nurin pregnant tak?” Hana menyampuk. Ialah, Cik Nurin ada tanda-tanda orang mengandung, pening-pening, berselera makan, moody.
“Awal lagi, kalau by next week okay. Dah tanya doktor tadi.”
“Oooo...” panjang ooo Hana.
“Hana belikan makanan ya.” Hana bangun dan meminta diri untuk membeli makanan, seingat dia Encik Khai belum menjamah makanan sedari sampai ke hospital.

“Assalamualaikum...”
Pintu di buka dari luar. Khairil dan Umaira memandang ke pintu yang terbuka. Ramzi? Izzuwan? Siapa yang beritahu mereka Umaira ada kat sini? Jengkel Khairil melihat Izzuwan.

“Umaira kenapa?” Izzuwan terus mendekati Umaira, tidak diendahkan langsung Khairil.
“Nampak kereta yang Hana bawa tu kat bawah, kebetulan saya tengok anak saudara accident motor, tu yang bertanya kat kaunter. Tak sangka Puan yang masuk hospital. Mabuk ke?”
“Mabuk?” Khairil pandang semacam.
“Maksud saya, mabuk mengandung. Jangan salah faham Encik Khai.” Ramzi ketawa. Khairil menarik nafas lega. Ada mabuk dia kata, jangan tuduh macam-macam ya. Umaira tak buat kerja gila tu.
“Gastrik.” Jawab Khairil sepatah.

“Ermm.. awak tahu kan, yang perut awak tu sensitif, tak boleh tak makan, tak tahan makan yang bukan-bukan.” Wah, wah. Caring sangat kau ni Izzuwan. Tak nampak ke muka Encik Khai dah merah macam udang kena goreng menahan geram tu. Kalau nak caring pun tunggulah Encik Khai balik KL nanti. Macam-macam jenis caring boleh buat dengan Umaira. Banyak masa yang pastinya Izzuwan tak akan lepaskan walaupun sesaat. Ini sahaja peluang yang ada untuk dia menunjukkan yang dia cintakan Umaira, sejak hari pertama Umaira lapor diri di department yang sama dengannya.

“Puan ada gastrik ya? Jangan risau Encik Khai, kami akan jaga makan minum Puan nanti. Inshaa Allah kami akan tengok-tengokkan. Jangan risau ya.” Ramzi yang memang tak tahu menahu tentang kisah cinta bersegi-segi selamba sahaja menenangkan Encik CEO. Umaira hanya mampu tersenyum kelat. Izzuwan pula entah apa yang dia sukakan tersengeh menayang gigi.

***

“Itukan skandal Encik Khai. Mula bercinta dengan Encik Wan, tapi bila Encik Khai masuk kerja, tup-tup dia jadi perempuan Encik Khai pula. Hidung belang, Encik Khai kan lebih kaya.”

“Wei, mulut puaka kamu semua ni, jangan tabur fitnah, tak baik.”

“Apa pulanya Ramzi. Betullah tu. Encik Wan sendiri cakap dia masih cintakan Cik Interior Designer tu.”

“Oh, patutlah aku tengok Encik Wan kalau pandang Puan Umaira semacam saja. Macam pandangan menusuk kalbu.”

“Kekasih dikebas orang!”

“Nanti aku cuba bual-bual dengan Puan, kita tak boleh dengar cerita orang saja. Kita kena tahu yang benar. Baru tidak fitnah namanya.” Betul tu Ramzi. Kalau Ramzi tak bersihkan nama Umaira, selamanyalah mereka semua akan salah sangka. Umaira tak pernah bercinta pun dengan Encik Wan, dan Umaira tak kahwin dengan Encik Khai kerana hartanya. Mereka telah berjodoh sedari kecil.

Meeting jam 3 petang. Masing-masing sabar menunggu. Projek di Sibu kali ini, bukan sebarangan projek. Pembinaan hotel bertaraf 5 bintang itu, menelan jutaan ringgit. Projek pertama yang harus Khairil uruskan dan terpaksa pula bekerjasama dengan Izzuwan.

Sebaik discharge dari hospital, Umaira terus ikut Khairil ke pejabat. Walau badannya masih lemah, tapi dia perlu akur dengan komitment kerja Khairil. Dia faham Khairil ada tanggungjawab lain selain dari dirinya.

“Ini my wife. Mungkin ramai yang sudah dengar macam-macam cerita, tapi dia bukan skandal. Kami sudah berjodoh dari kecil. We met after almost 20 years kami berpisah, then we fall in love again and we married. So stop spreading the untrue story.”

Ringkas, dan dia nak semua orang faham. Cukup-cukuplah, dia penat orang bercerita benda yang tidak benar. Serasa mahu buat press conference saja untuk jelaskan semua. Dia mahu orang berhenti bercerita, dan menyokong perkahwinan dia. Lagipun meeting pasal projek, pasal busines bukan pasal hal peribadinya.

“Any question? Hal kerja ok, hal peribadi tak payahlah ya.” Khairil ketawa. Sekejap lagi dah nak balik KL. Tanggungjawab di Sibu dia serahkan pada Izzuwan. Dia harap Izzuwan dapat menjalankan tugas tanpa prajudis dan tiada niat khianat pada dia mahupun company. Satu lagi please stay away from my wife.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience