[ Bab 53 ] DBS

Romance Completed 253377

Sudah 2 hari berlalu. Umaira tidak peduli pada mulut yang bercerita tentang dirinya. Cukuplah dia ada rakan-rakan yang memahami. Malah Hamdan juga berpihak kepadanya.

“Saya tahu Encik Khai tu memang cintakan Cik Nurin. Dia yang bersungguh, saya boleh nampak tu, tak perlulah Cik Nurin nak risau atau pening kepala fikirkan tentang gambar tu ya.”

Umaira tak risaupun. Dia yakin pada jodoh yang telah Allah tetapkan buatnya. Jikapun banyak halangan dan rintangan, jika jodohnya sememangnya dengan Khairil Izhan, mereka pasti akan bersatu juga. Dia tidak mahu peningkan kepalanya dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan prestasi kerjanya. Akan dia serahkan tugas pengurus kepada Zulaikha yang akan mula bekerja tidak lama lagi. Kemudian dia akan pulang ke kampung untuk berehat. Dan mencari kerja baru di JB. Atau mohon saja ditukarkan ke cawangan Johor, bekerja di bawah seliaan Encik Fikri.

Dia sudah berkira-kira hendak menelefon Tan Sri Sufrie untuk memohon ditukarkan ke cawangan Johor. Namun belum sempat dia menelefon, dia yang menerima panggilan telefon.

“Umaira sihat?”

“Alhamdulillah, Tan Sri. Tan Sri dan keluarga, semua sihat juga?”

“Semua ok Umaira. Yang tak ok nya si Khai sajalah. Macam ni, saya nak offer Umaira jadi manager di cawangan Sibu. Ingat tak projek hotel yang baru di Sibu tu? Boleh Umaira ke sana dan uruskan projek tu untuk 2 tahun?”

Umaira terdiam seketika. Dia sangat berbangga untuk mencuba bekerja di tempat baru. Tapi memikirkan tempoh 2 tahun dan jarak antara Sibu dan KL dia harus berfikir 2 kali untuk bersetuju.

Dia runsing jika Khairil tidak bersetuju dia menerima jawatan itu.

“Jangan risau. Sebelum Umaira ke Sibu, uncle akan masuk merisik Umaira. Kalau sempat kita bertunang terus. Mesti Umaira risaukan Khai, betul tak? Nanti dia buat kerja gila ikut Umaira ke sibu.” Ada tawa halus yang dia dengar dari hujung sana. Ya, samalah yang mereka fikirkan.

Menimba ilmu di tempat baru, pasti menyeronokkan. Lagilah kalau Umaira dapat turun ke site melihat projek yang sedang dijalankan. Selama di Mega Holdings dia banyak bekerja di pejabat, namun bila bekerja di resort dia rasa seronok dapat melihat kehijauan alam, dan pemandangan sekeliling.

“Macam-mana?”

“Bagi saya fikir dulu, boleh?”

“Jangan fikir lama-lama. Kalau setuju uncle nak Umaira ke sana dalam 2 minggu lagi. Minggu depan Umaira dah boleh cuti dan beritahu family yang uncle akan datang merisik. Tapi jangan beritahu Khai tentang hal ni. Uncle tak mahu dia kelam-kabut. Dia tu fikirannya macam-macam.”

“Puan Sri setuju ke?”

“Jangan peduli semua tu. Janji anak uncle happy, uncle pun akan turut happy. Yang nak bahagia tu kamu berdua, yang akan bersama susah senang tu, kamu berdua, soal Puan Sri tu biarlah uncle yang uruskan. Ok Umaira?”

Umaira masih lagi berfikir. Patutkah dia bersetuju dengan tawaran Tan Sri Sufrie atau menolaknya. Atau mungkin dia perlu berbincang dahulu dengan keluarganya, atau Khairil Izhan?

Seperti yang dikata Tan Sri Sufrie yang dirisaukan kalau-kalau Khairil Izhan buat kerja gila ikut Umaira ke Sibu. Atau dia akan halang Umaira ke sana. 2 tahun bukan tempoh yang pendek.

Umaira sudah berkira-kira hendak bercuti. Jika dia tidak ke Sibu pun, dia memang akan berhenti kerja dan pulang ke kampung. Dia ingin mencari kerja lain. Mungkin menelefon semula Tan Sri Sufrie dan memohon ditukarkan ke cawangan Johor. Dia ingin dekat dengan keluarganya. Dia rindukan ayah dan ibunya.

Dia berbincang dengan Zulaikha, tentang kerja yang tertangguh, tentang beberapa projek yang telah dirancangnya. Juga tentang promosi resort dan sedikit selenggara yang perlu dibaiki. Orang kata, jangan tak ada idea selama mengganti Zulaikha, dia seolah tidak bekerja dan tidak tahu perihal resort.

Dia sudahpun menghantar borang cuti. Tidak tahulah, berapa hari dia akan bercuti di kampungnya. Dia perlu berbincang dahulu dengan ayah dan ibu, sebelum mengambil keputusan untuk ke Sibu atau tidak.

“Hai awak..” Umaira bersuara manja sebaik mereka berbalas salam.

“Hai sayang..”

“Hujung minggu ni, saya nak balik kampung, nak ikut tak?”

“Hahh? Nak bawa I jumpa family ke?”

“Ya.” Walau Izhan tidak nampak, Umaira mengangguk berkali-kali untuk jawapan YA itu.

“Wah seronoknya. I datang ambil ya. Umaira tunggu tau. Jangan booking flight. Wait for me.” Teruja sungguh Izhan mendengarnya. Oh, Umaira nak bawa dia jumpa family. Umaira langsung tak terkesan dengan gambar yang Puteri post di IG nya. Baguslah.

“Saya ambil cuti, sebelum mulakan kerja baru. Jumaat ni.”

“Okay. Jumaat pagi I sampai.”

“Kita picnic kat pantai nak tak? Saya buat sarapan.”

“Mestilah nak. Kalau pergi pejabat agama pagi tu pun, lagi I nak. Biar tutup mulut semua orang yang sebok duk nak mengata tu.”

“Ayah saya garang tau. Nanti dia tanya dah khatam Quran ke belum..”

“Alamak!” Sengaja Khairil berkata begitu. Apa yang Umaira tidak tahu, dia sudah lulus ujian calon menantu Pak Cik Noordin. Dia menantu pilihan.

Menjelaskan perihal gambar kemesraan mereka di IG Puteri pada keluarga Umaira, tidaklah seteruk mana. Rupanya Juita dan Dayang sudah dahulu menelefon Farid. Jadi tidak perlulah Khairil mahupun Umaira hendak menerangkan duduk perkara. Siapapun yang mengambil gambar itu sangat pandai memilih angle. Langsung tidak nampak Juita yang berada di sisi Umaira, juga anak Dayang yang dipimpin Khairil. Kalau hasad dengki sudah mempengaruhi hati, ada sahaja cara untuk menjatuhkan orang lain.

Pintu pejabatnya terbuka, Helmi dengan kelam kabut terus duduk di hadapan meja Khairil. Kenapa dengan Helmi? Baru jumpa hantukah?

“Bos!” Panggilnya dalam tercungap. Matanya yang membulat sebagai jawapan pada panggilan Helmi. Kerusi di hadapannya terus ditarik dan Helmi terus duduk.

“Bos nak tahu tak. Tadi, saya pergi gents kat tingkat 9"

"Pergi gents pun nak cerita ke? Apasal, kau ceret?"

"Sabarlah bos, orang nak cerita ni. Lepas tu saya terdengarlah satu perbualan ni, orang tengah bergayut telefon. Mula-mula saya tak ambil pusing, saya pun diam sajalah buat hal saya. Perut sakit. Agaknya orang tu tak tahu saya ada kat situ.”

Helmi menarik nafas. Bercerita tanpa henti, bertambah penat dibuatnya.

"Orang tu kata macam ni." Helmi kemudian bangun. Siap letak telefon di telinga. Seolah sedang membuat lakonan semula.

"You kena make sure yang Umaira terima jawatan Manager kat Sibu tu. Kalau tidak, sia-sialah saja I mohon transfer ke Sibu. You tolong I dapatkan Umaira semula, I akan tolong you, supaya Umaira lupakan Khairil."

Kemudian Helmi memandang Khairil. Khairil pula buat muka tak faham. Ya, Khairil memang tak faham sekarang ni. Siapa yang menelefon, dan siapa yang di telefon.

"Bos, faham tak?" Helmi dah rasa nak tepuk dahi bila dia melihat muka blur Khai.

"Entah. Siapa yang call tu?"

"Aduh lambatlah bos ni." Helmi duduk semula. Kertas nota di meja Khairil di capai, pen juga diambilnya.

"Sibu." Dia menulis perkataan SIBU dengan huruf besar. Ya Khairil tahu, projek di Sibu akan bermula dalam 2 minggu lagi. Beberapa nama sudah dipilih untuk menjadi pengurus awal projek itu.

Kemudian Helmi menulis lagi. 'Manager', 'Umaira' dan 'Khairil'. Wajahnya dibawa pandang ke arah Khairil.

"Maksud kau, Manager Sibu tu, Umaira? Eh, noncence lah. Tak akanlah aku tak tahu kalau dia calon manager kat Sibu tu. Projek tu akupun masuk meeting kot." Khairil sudah tersandar di kerusi. Ah pening kepala dibuatnya. Macam-macam hal terjadi sejak mereka bercinta. Siapa sahajalah yang dengki dengan mereka ni.

"Ialah bos. Last meeting hari tu, kan calon manager tu KIV. Tak ada nama lagi. Bos ingat tak, Izzuwan ada mohon transfer kan?"

"So, yang kau dengar phone call tu, Izzuwan lah? Dia bercakap dengan siapa?"

"Puteri!" Helmi yang turut emosi dengan perbualan telefon yang didengarinya, mengetuk tangannya ke meja. Tersentak Khairil dibuatnya.

"Saya dengar sampai dia habis call, memang dia ada sebut nama Puteri, dia panggil Puteri. Saya rasa, Izzuwan dengan Puteri tengah plan nak pisahkan bos dari Umaira. kalau Umaira ke Sibu, projek tu 2 tahun bos. Itu kalau tak ada problem, kalau extend? Sanggup ke bos?"

"Kau serius ke, Umaira? Nurin Umaira? Nurin Umaira Mohd Noordin? Kalau Umaira yang itu, tentulah aku tak setuju. Aku kalau boleh nak dia dekat dengan aku, ni nak jauhkan lagi beribu batu dari aku. Ah, siapa punya plan ni? Daddy ke?"

"Saya dah selidik dah bos. Saya dah tanya-tanya.. Puan Seri yang masuk campur. Dan lagi, open flight dah booking atas nama Nurin Umaira."

Jadi sebab itukah dia nak balik kampung? Nak perkenalkan Khai pada keluarganya. Dan kemudian dia akan ke Sibu, tinggalkan Khai seorang diri di KL? Aggreement untuk projek di Sibu, contract 2 tahun. Umaira.. Khairil bingung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience