[ Bab 51 ] DBS

Romance Completed 253377

Sesekali dia mencuri pandang ke arah Umaira yang sedang bermain dengan anak Dayang di kolam mandi kanak-kanak. Hatinya tersenyum suka, terlihat ciri-ciri keibuan Umaira, bila dia pandai bergurau dan melayan kerenah si kecil itu. Jika nanti mereka ada anak bersama, begitulah juga hararapannya Umaira akan menjaga anak-anak mereka.

“Haa.. beranganlah tu.” Satu tepukan di bahunya. Eh, Imran ni memang tak boleh tengok dia senang agaknya.

“Kau tak dengar ke, Helmi tu duk terjerit panggil kau. Lagi nak berangankan Umaira tu. Orang suruh kahwin tak nak.”

“Kalau ikut aku, sekarang juga aku nak kahwin. Tak sabar rasa nak peluk-peluk Umaira tu. Tapi daddy kata, tunggu lagi dua, tiga bulan.” Khairil teringatkan kata-kata Tan Sri Sufrie, yang mahu kes dia bawa lari Umaira reda sedikit.

“Dah. Tu ha si Helmi tu terjerit-jerit.” Muncung Imran menghala ke arah Helmi yang terlambai-lambai tangan.

“Bos! Jomlah lawan bola. Bos dengan Encik Imran, saya dengan Wan!” Jerit Helmi dari dalam kolam mandi. Ah, jadi gila nak mandi dengan baju macam ni. Dia tak bawapun baju yang sesuai untuk mandi. Kalau ada jersi, atau track suit dah lama dia terjun kolam tu. Ini pakaian dia mengalahkan orang nak ke shopping mall.

“Okay juga. Chance baik nak pukul kepala Izzuwan tu dengan bola.” Imran bangun dari duduknya. Dia memandang sekeliling. Pandangannya kemudian bertembung dengan Umaira. Dia tersengeh. Tali pinggang dibuka, zip seluar jeans yang dipakai dilorotkan.

“Wei! Pergilah ambil tuala kalau iapun nak tukar seluar.” Khairil menolak bahu Imran. Sebab dia berkata begitu, bila dia lihat Umaira dan Juita tak melepaskan pandangan dari melihat Imran. Ah, Imran ni memang sengajalah.

“Aku dah siap ngan seluar mandilah dalam ni. Bukan aku nak tayang seluar kecil aku. Ishk kau ni. Kau tu pergilah salin.” Imran memang dah sedia dengan seluar mandi sebenarnya, dia sudah mengagak Umaira pasti akan berada di kolam mandi. Jadi senang kalau dia nak bertukar baju.

Khairil terus berdiri di hadapan Imran. Sengaja matanya dibulatkan memandang Umaira. Dilihatnya si cantik itu tersengeh suka. Kemudian tangannya melambai seolah mahu dia datang kepadanya.

Mukanya basah dek percikan air. Ah, Imran sudah duduk berjuntai kaki di kolam rupanya. Memang sahabatnya itu sudah bersedia awal.

Dia berjalan ke arah Umaira yang sedari tadi tersengeh menayang gigi. Ishk, tak payahlah sengeh lama-lama, cemburu pula rasa hati.

“Sayang panggil abang ke?” Katanya berseloroh. Sengaja juga sebab ada mata-mata pengunjung resort yang sama-sama mandi di situ memandangnya.

“Jom.”

Jom? Umaira ajak pergi mana eh? Seronoknya. Hati banyak suka.

Dia mengikuti belakang Umaira. Gadis itu yang berbaju mandi muslimah nampak seksi bila ada bahagian badannya yang basah. Ialah diakan tadi bermain air dengan anak Dayang. Khairil menggeleng kepala berkali-kali. Beristighfar di dalam hati, cuba membuang perkataan ‘seksi’ dari fikirannya.

Umaira ke bilik pejabatnya. Khairil terus melabuhkan punggungnya ke sofa. Melegakan badannya. Biarlah mereka semua nak bersukaria. Dia nak bersendirian dengan Umaira. Banyak benda yang ingin dia bualkan dengan gadis itu.

“Nah.” Umaira menghulur sebuah beg kertas padanya. “Apa ni?” Dia mengambil beg kertas itu dan terus melihat apa di dalamnya. Sehelai jersi MU, siap dengan seluar pendek.

“Mana sayang tahu abang minat MU?” Khairil masih terbawa-bawa panggilan kononnya mereka sudah suami isteri. Seingatnya, dia belum pernah bercerita dengan Umaira tentang pasukan bola kegemarannya.

“Dari majalah ni.” Umaira menunjuk ke arah sebuah majalah. Oh. Khairil ingat, sewaktu dia baru menjadi CEO Mega Holdings majalah Business ada menemuramah dia. Dia langsung tak ingat. Ada majalah itu sebenarnya di rumahnya, tapi dia belum membacanya.

“Hensem.” Umaira tersengeh. Majalah Business sudah diribanya.

“Bakal suami Umaira mestilah kena hensem, segak, kacak. Barulah sepadan. Kalau tak, nanti orang kata macam beauty and the beast.”

“Tapi kalau hati dah suka, orang tu akan tetap nampak hensem, segak, kacak di mata kita. Walaupun dia beast.” Umaira masih tak lepas dari mem andang gambar Khairil di majalah.

“Sayang..” cuit Khairil. Umaira menoleh.

“Tengok yang betul kan ada depan mata, buat apa tengok gambar.” Keningnya dijongket-jongket kan.

“Lainlah. Yang ni encik mamat muka ketat. Tapi yang depan Umaira ni, dah tak tahu encik mamat apa..” Umaira ketawa kecil. Dia memang sangat rindukan masa awal perkenalan mereka. Rindu pada wajah tampan yang mukanya langsung tak ada senyum dan asyik nak marah saja.

“Nak ke kalau I buat muka macam tu semula?”

“Eh, tak tak.” Pantas Umaira menggeleng. Dia buat muncung itik. Aduh, buat jantung Khairil berdegup laju. Geram melihat muncung itik Umaira, rasa macam.. ishk.

“Cepatlah tukar baju. Nanti lama sangat orang fikir apa pula nanti.”

“Tukar kat sini jelah ya.” Tanpa menunggu lama Khairil terus membuka t-shirtnya.

“Ei!” Umaira terjerit dan terus lari keluar dari pejabat. Haha! Khairil ketawa kecil. Buka baju jer pun, bukan buka seluar.

Uh! Dah macam pemain bola dah pula dia membelek dirinya. Aduh! Macam kelakar lah.

“Sayang..” Dia memanggil Umaira yang setia menunggunya di luar.

“Seluar ni besar. You beli salah size ni. Nanti melorot time mandi macam-mana. Free show je. Ni bulu kaki pun nampak ni. You tak kisah ke orang lain tengok?”

“Helloo.. tadipun awak pakai seluar pendek kan. Tak pula kesah tentang bu..” Tak sanggup Umaira nak habiskan kata-katanya.

“Jom tengok kat mart depan, kot-kot ada jual seluar.”

Aah, ialah. Khairil baru teringat, kan kat resort ni ada kedai cenderahati. Dia ada juga ternampak ada jual t-shirt. Apalah, boleh sangat beli t-shirt tu saja. Kalau hati asyik teringatkan Umaira, benda lain terus jadi lupa.

“Ni salah you lah. Hantar gambar wefie dengan muka Izzuwan ada sekali. Tu yang I tak fikir panjang terus naik flight datang sini. Baju pun main capai jer.” Sempat dia membebelkan Umaira.

“Saya jujur. Tak mahu awak dengar kemudian hari, lepas tu awak mengamuk, merajuk.”

“I pernah mengamuk ke?”

“Manalah tahu. Saya takut orang marah-marah ni. Macam ayah, ayah dengan abang Ngah, garang.”

Ayah garang ke? Khairil tengok ok saja, tak adalah dia hendak menengking Khairil sewaktu Khairil di kampung hari itu. Khairil memilih sehelai seluar yang rasanya sesuai dibuat mandi. Untunglah kolam mandi resort ni tak mengenakan undang-undang ketat, kena pakai full swimming attire.

“Amboi Khai, lama kau salin kulit.”

“Nasiblah bakal isteri aku tu pandai serba-serbi. Memang tak salahlah pilihan aku tu. Dia dah siapkan baju hah, size baju akupun dia tau.”

Khairil sengaja sebenarnya kata begitu. Biar Izzuwan dengar. Biar juga Imran tahu dia dengan Umaira memang serius bercinta. Dia tidak ada niat hendak mempermainkan gadis itu.

“Sayang, dah settle ya?” Khairil cepat bertanya sebaik ternampak Umaira lalu.

“Dah.” Umaira mengangguk dan tersenyum. Terus sahaja menuju ke arah Dayang dan Juita. Malas nak berlama-lama dengan lelaki-lelaki yang mata asyik nak mencuri pandang tu. Lagilah dengan Izhan yang asyik nak ber’sayang-sayang’ dengan dia. Bukan dia tak nampak muka Izzuwan yang macam tak puas hati.

Mereka bersukaria di kolam mandi, sehingga matahari sudah terik di kepala. Pantai yang boleh dilihat dari tempat mereka bermandi-manda, sudah dipenuhi pengunjung.

Khairil diberitahu tadi, rakan-rakan Umaira hendak ke Pasar Payang. Biarlah mereka ke sana. Khairil tidak mahu ikut. Dia tidak mahu orang berkata yang dia asyik nak mengikuti Umaira ke sana sini, biarlah Umaira hendak bersama dengan rakan-rakan dia.

Biarlah juga kalau Izzuwan ada mengikut mereka ke Pasar Payang. Dia tidak punya hak untuk menghalang Izzuwan. Umaira belum lagi menjadi isterinya yang sah, jadi dia tidak boleh menghalang Izzuwan mahupun Imran untuk menyukai Umaira. Lainlah kalau Umaira sudah menjadi miliknya yang sah. Haram hukumnya untuk lelaki lain, mencintai isterinya.

Dia juga percaya pada Umaira, sudah dia berpesan pada Juita agar menjaga cinta hatinya itu. Supaya tidak ada perkara-perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka dan cemburu yang melampau.

"Aku tak sangka pula yang kau ni kuat cemburu, Khai." Khairil mengangkat mukanya memandang Imran . Nasi ditangan tidak jadi disuap ke mulut. Dahinya dikerut.

"Ialah. Kau dengar Izzuwan ada kat sini, kau terus terbang ke sini. Itu kalau kau tahu aku ada, tentu lagi teruk cemburu kau kan."

"Ah, betullah tu. Sikit lagi kau nak kena makan penumbuk. Kau hilang tak contact aku, tiba-tiba muncul dekat sini. Curious, kau tau tak?"

Imran hanya tertawa. Khairil Izhan, dia tahu sahabatnya itu sangat cintakan Nurin Umaira. Tak perlu untuk dia menjadi penghalang cinta mereka. Dia juga nampak Umaira juga cintakan Khairil, jadi untuk apa dia ada di antara mereka.

Cinta tak boleh dipaksa, Imran tahu.

"Aku kan ambil kursus kat Australia. Sekarang ni aku dah kerja dengan papa aku. Maybe dalam setahun dua lagi aku akan 100% incharge. Papa nak retire. Nak habiskan usia dengan beribadah. So, kau bolehlah ajar aku macam mana nak run the bisness."

Khairil mengangguk. Imran memang lahir dalam keluarga kaya. Serius dia katakan, mungkin keluarga Imran jauh lebih kaya dari keluarga dia. Selama ini, Imran hanya tahu menghabiskan duit keluarganya, perempuan sana sini, kelab mana yang dia tidak pergi, malah sewaktu mereka sama-sama belajar dahulu pun, mereka gelarkan Imran, player. Namun Imran yang dihadapannya sudah jauh berubah. Imran yang lebih matang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience