[ Bab 62 ] DBS

Romance Completed 253377

Imran sudah habis meneroka setiap sudut di rumah agam milik keluarga Khairil. Sepanjang dia tinggal di JB, dia menetap di situ. Rumah lama tinggalan keluarga. Masih elok sebab ada yang menjaganya. Ada sudut-sudut yang kelihatan seram untuk di dekati. Rumah nya besar namun tiada penghuni. Kawasan tanahnya luas entah berapa ekar, namun hanya tukang kebun yang menjaganya.

“Besar betul rumah ni, kenapa tak ada yang tinggal kat sini?”

“Masing-masing dah pindah KL, nenek balik Sabah lepas arwah atok meninggal. Rumah ni katanya dulu rumah orang Belanda, orang kaya Belanda, moyang aku beli sebab diorang nak balik Belanda. Lama dah rumah ni, mungkin dah
1 abad, aku pun tak tahu."

“Patutlah kulit kau lain macam putih dia. Mix Belanda rupanya.” Imran mencapai mug berisi air kopi lalu disisip perlahan.

"Wei, rumah ni rumah orang Belanda, bukan aku ada keturunan Belanda." Khairil geleng kepala. Apa sajalah Imran ni.

“Seram rumah kau ni, besar tapi kosong.”

“Daddy kata rumah ni dah ditukarkan ke nama aku, sebagai waris tunggal lelaki. Aku harap sangat, dan aku juga selalu berdoa, andai jodoh aku bersama Umaira, aku harap aku ada anak yang ramai. Macam family Umaira. Kalau belah aku, daddy anak tunggal, mommy 2 beradik, aku pun ada Khairina je.”

"Kalau dibiarkan tak ada orang duduk rumah ni, nanti jadi The Haunted Mansion. Seram tau." Imran ketawa kuat, ketawanya bergema di ruang tamu. "Hah kau tengok. Kau memang patut ada anak ramai, biar rumah ni berseri dengan suara anak-anak kau. Tapi kau pun duduk KL nanti, rumah ni tinggal sepi. Still become The Haunted Mansion."

Imran agaknya dah terbawa-bawa dengan cerita seram di tv.

"Eh, Khai. Aku nak tanya ni. Aku nampak cincin kat jari Umaira, cincin emas putih tu, bukan ke cincin yang kau nak beri pada budak perempuan tocang dua tu? Akupun ingat-ingat lupa rupa cincin tu, tapi hari tu Umaira adalah kasi aku tengok, Tiffany and Co. betullah kan? Dah tak nak cari ke budak perempuan tu?"

Umaira ni pun, boleh pula nak tunjuk pada Imran. Tak surprise lah macam ni.

"Tak nak dah cari.."

"Serius ah? Carilah, manalah tau cantik macam Umaira, boleh aku cucuk jarum."

"Tak nak cari, sebab dah jumpa.." Tuturnya perlahan, memang tak mahu Imran dengar, tapi telinga capang Imran cepat menangkap.

"Dah jumpa? Maksud kau? Kenapa kau tak hadiahkan kat budak tu? Dia tak cantik eh? Dah kahwin? Ke badan dia besar? Ke...?" Imran kemudian diam. Dia mengurut dagunya yang berjanggut halus dan nipis. Macam ada sesuatulah Khairil Izhan ni. Boleh tak kalau dia hendak meneka.

"Tak sengaja jumpa. Tak sengaja jatuh suka. Jatuh cinta." Khairil baru hendak mencapai mug air kopinya, bila Imran terus menerpa dia.

"Maksud kau, Nurin Umaira, budak perempuan tu? Budak perempuan yang kau nak cari tu? Wah! What a coincidence." Itulah juga yang cuba ditekanya tadi.

"Tu namanya 'jodoh' bro."

"Dia dah tau?"

"Belum. Kau jangan nak pandai-pandai beritahu dia. Aku nak surprise dia nanti."

"Haha! Mesti romantik malam pertama kau. Agaknya dia boleh terima tak kau budak lelaki muka ketat. Jangan tak ada kejadian menarik malam tu sudahlah, bro. Kot dia terkejut, spoil first night kau."

Khairil buat muka menyampah dengan kata-kata Imran. Janganlah cakap yang bukan-bukan. Khairil dah plan macam-macam untuk surprise kan Umaira tentang berita ni. Dia nak tunjukkan gambar zaman kecil Umaira tu, dia juga nak tunjukkan gambar dia waktu tu. Umaira pun pernah sebut, budak lelaki muka ketat, maksudnya Umaira masih ingat pada dia. Maksudnya, Umaira pun ada hasrat untuk menemui dia.

"Betullah kan. Perancangan Allah itu sehebat-hebat perancangan." Imran berdiri dan masih berfikir.

"Satu dua tanda tanya
Banyak persoalan yang terlintas
I wonder how to tell you this
Aku malu padamu"

Khairil menyanyi perlahan.. Orang hati dah suka, hanya sekadar menanti 2 hari sahaja lagi. Esok rumah agam milik neneknya pasti akan riuh dengan suara anak-anak Khairina.

"Eh, suara kau tak sedap, tak payah nak menyanyi, konon nak jadi Khai Bahar. Kau tu Khai Izhan, ke Khai Sufrie. Aku masih tak puas hati ni, macam-mana kau boleh tahu, Umaira budak perempuan tu? Cepatlah cerita." Imran duduk berhadapan dengan Khairil. Dia hendak mendengar cerita. Sanggup Khairil merahsiakan perkara sebesar ini dari dia. Kalaulah Khairil beritahu awal-awal, mungkin dia tak akan biarkan hatinya terjatuh suka pada Umaira, sampai perlu memujuk hatinya yang sakit.

"Mula-mula dia panggil aku mamat muka ketat tu, aku dah rasa sesuatu pada panggilan tu. Aku teringat pada budak perempuan tu. Panggilannya sama. One more coincidence, sikap clumsy dia. Budak perempuan tu pun, dulu clumsy, selalu jalan tak tengok depan, selalu jatuhkan bekal makan. Then one day, orang aku hantar gambar Umaira kat depan rumah nenek aku ni, masa dia kat Nusajaya dulu. So aku siasatlah, macam-mana Umaira boleh tahu rumah family aku ni, sebab dia lama duk pandang rumah ni. Means dia tahu rumah ni, rumah siapa and ada rahsia. So dari situlah aku tau.

Dan kalau kau nak tahu lagi, daddy dengan ayah Umaira tu rupanya bersahabat baik. Ayah Umaira pernah selamatkan daddy dari lemas kat sungai hujung kampung ni. Hubungan yang kami ada ni, kuatkan? Sebab tu, dari pertama kali jumpa, dan bila aku tahu siapa dia, aku memang nak kahwin dengan dia. Biarlahpun kalau mommy aku masih tak setuju."

Imran mengangguk-angguk kepalanya. Memahamkan duduk cerita. Salute lah my friend. Tak sangka Khairil bertemu jodoh dengan crush zaman kanak-kanak. Cerita macam ni wujud rupanya, bukan sekadar dalam drama tv. Atau rekaan novelis. Hah! Imran memang tak sangka.

"Aku harap kau akan berbahagia hingga ke Jannah. Dapat anak ramai, kembar ke, macam adik Umaira tu. Aku nak buat dramalah cerita kau ni. Jumpa producer tv."

"Eh, kau jangan nak pandai-pandai. Dah lah, aku nak masuk tidur. I need a beauty sleep. Khairina pesan jangan tidur lewat, nanti muka tak berseri. 2 hari je lagi, eh, sehari setengah jer, tidur aku akan ada bantal peluk baru." Khairil buat ketawa lelaki gatal. Dia menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya. Meninggalkan Imran sendirian di ruang tamu. Dia hendak tidur, dia hendak mimpi yang indah. Sebelum itu dia hendak bermunajat pada Allah, memohon agar segalanya dipermudahkan. Agar hati Puan Sri Maria terbuka untuk menerima Umaira. Semoga hati Puteri redha dengan pernikahannya, menerima bahawa mereka berdua memang tiada jodoh. Izzuwan juga. Memohon agar Umaira tidak akan pernah berubah hati, hanya mencintai dia seorang.

---

Sementara itu di rumah Umaira, lain pula suasananya.

Umaira leka melihat orang memasang hiasan di bilik tidurnya. Mini pelamin sudah siap, cantik dan berseri. Pandai cinta hatinya memilih corak pelamin, simple tapi sangat cantik. Tunggu bunga segar sampai esok, lagilah berseri nanti.

Umaira kemudian keluar mencari superhero nya. Tentulah ayah kesayangan. Haji Noordin sedang leka minum kopi. Umaira datang mendekat. Bagai tahu ada yang ingin anaknya itu tanyakan, Haji Noordin mendekati anaknya.

"Ya anak ayah, mesti ada apa-apa ni? Gaduh dengan Khai ke?"

"Ishk tak adalah ayah. Khai baik-baik saja. Ayah rasa sempat ke semuanya ayah?"

"Apa tak sempatnya, tengah tunggu nikah sajakan. Khai tu rupanya ada ramai kawan ya, macam-macam orang dia kenal. Cepat saja urusannya. Ayah rasa dia memang dah bersedia awal, dia cari orang-orang yang boleh menolong dia. Jadi urusan semua lancar."

"Ayah ok ke semua keluarga Khai yang sponsor?"

Errmm... Ayah kemudian melabuhkan punggungnya di pangkin berhampiram rumah. Menyentuh soal keluarga Khai yang sponsor, memang Haji Noordin kurang setuju. Nurin Umaira satu-satunya anak perempuan keluarga, dia mahukan majlis yang perkahwinan yang meriah buat anaknya itu. Impiannya bukanlah perkahwinan yang sebegini. Perkahwinan yang kelam-kabut dan tergesa-gesa. Mungkin nanti bila majlis persandingan, dia akan rancang dengan teliti.

"Nanti majlis persandingan, ayah akan buat yang lebih meriah ya. Semua perbelanjaan pernikahan ni, ayah kira sebagai duit hantaran. Ayah tak akan minta yang lain dari keluarga Khai, ayah dan ibu dah ada duit sendiri untuk perkahwinan kakak." Haji Noordin menepuk mesra satu-satunya anak gadisnya. Umaira sekadar tersenyum, kadang terasa malu bila ayahnya melayan dia bagaikan anak kecil, sedangkan dia sudah pun berusia lebih 20 tahun.

"Macam-mana dengan calon menantu ayah. Dia okay ke kakak kahwin dengan orang lain?" Masih juga ingin tahu, siapakah calon menantu pilihan ayahnya. Anak orang kampung di sini ke, atau anak kenalan ayah?

"Nak tahu cerita?" Haji Noordin memandang Umaira. Umaira apatah lagi, mengangguk dengan laju.

"Kami bertemu di airport beberapa bulan lalu. Tak diduga Angah tumbuk muka dia, nasiblah dia tak balas pukulan Angah, dia cool dan masih waras bertanya, kenapa dia ditumbuk. Dari situ membawa dia ke rumah Along, ujian pertama, menjadi imam solat Zuhor. Along puji bacaan solatnya. Tak puas hati dengan ujian pertama tu, ayah nak uji dia lagi. Ayah paksa dia tinggal di sini selama seminggu. Kasihan juga tengok dia masa nak buat keputusan tu, bila ayah kata ayah dah tolak 6 pinangan, dia terus setuju." Haji Noordin menarik nafas panjang. Penat rasanya bercerita, dahulu sewaktu bergelar guru, petah sahaja dia mengajar anak murid. Kini mungkin kerana usia yang semakin meningkat, dia tidak larat hendak bercakap banyak.

Umaira pula seakan kenal akan lelaki yang ditumbuk di airport. Adakah ayah bercerita tentang lelaki yang sama dengan yang di fikirannya?

"Seminggu kat sini, dia nampak tak kekok duduk di kampung. Ayah ajak dia ke kebun, berpanas terik, mencangkul, bersihkan kebun, dia tak merungut penat. Kerjanya pun laju tak nampaklah yang dia tak pandai nak buat semua tu, gayanya macam dah biasa. Ayah kejut dia bangun pagi, tak kiralah 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi, dia bangun dan selalu segar. Tak nampak dia menguap tersengguk ketika Tahajjud atau Suboh. Jadi apalagi yang hendak ayah dan ibu uji, adik-adik kamu pun sangat senang dengan dia."

"Cop cop" Umaira memintas kata-kata ayahnya. Hatinya tidak boleh menahan hendak bertanya, adakah Khairil Izhan yang ayahnya maksudkan. Lelaki itu pernah menghilang seminggu lebih, adakah dia kehilangannya itu kerana mengikut ayah pulang ke kampung?

"Orang yang ayah maksudkan ni, adakah orang yang sama yang kakak fikirkan?" Dia cuba untuk tidak terus meneka Izhan, dia cuba bermain teka-teki dengan ayahnya.

"Kakak rasa?"

"Kalau orang yang sama, kenapa ayah kata ayah dah ada calon menantu?"

"Itu sebabnya, kalau kakak susah sangat nak buat pilihan. Atau teragak-agak nak beritahu kami tentang pilihan kakak, ayah beritahulah ayah dah ada calon menantu. Ayah harap Khai adalah lelaki yang terbaik untuk kakak. Dapat membimbing dan bersama kakak hingga ke Jannah. Ayah setuju dengan pilihan kakak. Ayah doakan anak ayah kekal bahagia dengan Khai."

"Ibu pun setuju."

"Bob pun setuju."

Entah bila ibu dan Bob berdiri di hadapan, Umaira tidak perasan. Dia asyik hendak tahu siapakah calon menantu ayah. Sudah jelas sekarang, calon menantu ayah dan calon suami pilihannya adalah lelaki yang sama. Sudah jelas juga, kehilangan Izhan dahulu rupanya dia di sini menyahut ujian ayah. Syukurlah, Izhan telah lulus cemerlang. Banyak pertanyaan yang sedang mengasak fikirannya. Imam Harun?

"Seminggu Izhan kat sini, ada ayah perkenalkan dia dengan orang kampung?" Dia seolah perasan yang Imam Harun sudah kenal lama dengan Izhan.

"Boleh kata ramailah yang kenal dia. Imam Harun kata, kalau ayah tak nak jadikan Khai tu menantu, dia terlebih rela nak kan Khai jadi menantu dia. Ramai je anak-anak gadis duk mengintai Khai kalau ayah bawa dia ke warung Pak Jonit tu, atau kalau Bob bawa dia main takraw. Kegilaan ramai jugalah."

Oh, begitu rupanya. Sudah menjadi perhatian orang kampung. Imam pun berkenan dengan Izhan? Untuk Asiah ke?

"Kawan-kawan Bob suka dengan abang Khai tu kak, dia kan sporting. Lagilah bila dia dengan baik hati belikan net dengan bola takraw baru. Funder kelab takraw."

"Ishk, sudahlah. Dah lewat ni. Pergilah tidur. Dah siap dah bilik kamu tu, tinggal tukar cadar je kemudian nanti. Tidur awal, tingal malam ni dan malam esok, lepas tu anak ibu dah jadi isteri orang. Bukan ke Khairina dah pesan, kena tidur awal, nanti mata tak bengkak."

Ibu mencium dahi Umaira. Ayah tersenyum lebar. Dan Bob pula, sudah memaut lengannya dan terus menariknya masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik.

"Seminggu abang Khai kat sini, dia tidur dalam bilik kakak. Cubalah kakak tengok-tengok kalau ada barang kakak yang hilang ke, manalah tahu kalau abang Khai ambil buat souvenir ke. Atau dia ada tinggalkan apa-apa nota ke." Bob ketawa kuat. Sebenarnya Bob pun sekadar bercakap, dia rasa tak mungkinlah Khai nak ambil barang kakaknya, tapi manalah tahu, kan.

Bob masih terusan ketawa, suaranya masih kedengaran walaupun Umaira sudah menutup pintu. Betul ke apa yang Bob cakap? Izhan ada ambil barang Umaira ke? Aduh, Umaira tepuk dahi. Khai ada buka almari baju Umaira ke? Khai ada tengok yang dalam laci ke? Baju kecik, seluar... Arghhh! malunya lahai kalau Izhan ada tengok semua tu.

Diari! Dalam laci. Izhan ada baca diari Umaira ke? Diari zaman sekolah menengah. Double malulah kalau Izhan baca. Cerita tentang crush dan jiwa remaja. Nanti Umaira nak tanya dengan Izhan sendiri. Umaira belek phone, tidak ada mesej dari Izhan. Ia, mereka sudah berjanji tidak akan berhubung di waktu malam, dikhuatiri tidak boleh tidur kerana asyik berbalas mesej.

Sudah tidur agaknya lelaki itu. Umaira tidak sabar hendak menunggu siang, kerana banyak persoalan yang hendak ditanyakan kepada Khairil Izhan. Rupanya lelaki itu banyak menyimpan rahsia. Apalagi rahsia yang Umaira tidak tahu, akan dia korek semuanya dari Izhan nanti.

Tidak sabarnya hendak menanti siang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience