[ Bab 74 ] DBS

Romance Completed 253440

Senyum paksa terlakar di bibir. Genggaman tangan Encik suami sedari keluar kereta semakin kuat terasa. Umaira memegang tangan Khairil. Dia tahu Khairil Izhan akan menyebelahi dia walau di dalam apa jua keadaan, tapi makin lama sakit pula terasa.

“Abang..” Bisiknya perlahan.
Mata bertentangan. “It’s okay” Senyuman terukir di bibir.
“Senyum kat rumah nanti sayang, kat sini abang tak boleh cium.” Mata masih kukuh berpandangan. Angin cinta menyapa wajah. Tanpa sedar Khairil mengucup mesra tangan Umaira.

“I love you, dear.”
“I love you, too.”

Memandang Umaira yang penuh dengan cinta dan kasih, buat Khairil lupa akan pertengkaran di bilik meeting tadi.

“Serius lah, Nurin Umaira project manager? Tak boleh tukar orang lain ke? Khai tak izinkan isteri Khai ke Sibu. I’ll pay the contract penalty.”
Renungan mata Tan Sri Sufrie yang seolah sedang menyatakan sesuatu buat Khairil menghela nafas dalam. Dia tahu jika Umaira ke Sibu, dia tidak dapat hendak bertemu selalu dengan isterinya itu. Helmi sudah memberikan schedule appointment nya bulan hadapan. Puasa dan hari raya, dia akan berjauhan dari isteri.

“Let her go first. Your mom memang nak Umaira ke Sibu. Buat anak cepat, so menantu ayah boleh balik pada suaminya.”
“Rezeki di tangan Allah. Mana kita tau perancangan-Nya.” Nak dapat anak cepat? Memanglah Khairil pun nak, tapi siapa kita yang tahu perancangan Allah.

“Hai abang Khairil.”
Puteri menyapa dengan manja.
“Hai adik.” Balas Khairil selamba.
“Uncle, meet my lovely and beautiful wife, Nurin Umaira.” Umaira tunduk hormat pada Dato Zamri. Sebelum sempat Umaira hendak bersalaman dengan Puan Sri Maria, Khairil sudah menarik dia duduk. Khairil tidak mahu Umaira dimalukan oleh mommy nya sendiri, dia tahu dari riak wajah mommy nya jelas dia tidak suka kehadiran Umaira.

“Cantik isteri Khai.” Puji Dato Zamri. Dia ikhlas memuji, memang cantik dan ayu. Terserlah kelembutan pada senyumannya.
“Limited edition ni. Barang rare.” Khairil ketawa suka. Ya dia akui, dia terasa bangga setiap kali ada yang memuji kecantikan Umaira.

“Esok lusa kalau tak jaga badan, gemuk juga.” Puan Sri Maria sinis menyindir.
“Nanti Khai upahlah personal trainer. “ Umaira menepuk lembut tangannya ke peha encik suami, sekadar mahu menyabarkan lelaki itu, dia tidak mahu perang mulut berlaku di meja makan. Dia tahu Tan Sri Sufrie tentu malu.

“As promise this weekend, Umaira akan ke Sibu, so make a preparation, fasal document semua, nanti ada admin team yang uruskan.”
Perlu ke cakap kat meja makan ni daddy? Khai dah tak ada selera lah nak makan. Khai nak baliklah dengan Umaira, Khai tak puaslah nak bermanja-manja dengan Umaira, nanti dah kena tinggal.
“Ah, in that case, kami minta diri dululah ya, banyak preparations nak kena buat.” Khairil bangun dan menarik tangan Umaira.
“Sorry uncle, in fact, I can’t accept that my wife will go to Sibu, while our marriage belum sampai seminggu. Honeymoon pun tak sempat lagi.”

Tan Sri Sufrie hanya berdiam diri melihat Khairil dan Umaira berlalu. Kasihan Umaira, terpinga-pinga dia melayan perangai suaminya yang keras kepala tu. Tapi memang itulah yang Tan Sri Sufrie mahukan, dia tidak mahu Umaira terus dimalukan oleh isterinya. Lagilah ada Puteri sebagai regu yang terbaik.
Dia juga sudah susun cantik persiapan Khairil dan Umaira ke Sibu. Dia juga tidaklah kejam mahu memisahkan anaknya itu dari isterinya.

“Sejak kenal perempuan tu, Khai dah semakin kurang ajar.” Dengus Puan Sri Maria.
“Bukan dari dulu dia memang macam tu ke, setiap kali you argue dengan dia. You should support your own son, not other people’s daughter. Sebab tu dia lebih sayangkan Mariam.” Entah kenapa Tan Sri Sufrie rasa dia sudah tidak boleh berdiam diri. Sudah acap kali juga dia bertanya dan meminta maaf dengan Dato Zamri, hal jodoh dan pertemuan adalah ketentuan dari Allah. Lagipun selama ini, hanya Puteri Qaisya yang mencintai Khairil Izhan, anaknya itu tidak pernah menunjukkan minat.

“You yang izinkan dia ikut Mariam. Then you salahkan I?” Puan Sri Maria tidak mahu kalah dalam perbalahan ini. Dia berhak ke atas Khairil sebab Khairil satu-satunya anak lelaki dia.

“Memang I izinkan, sebab you selalu ignore dia. You marah dia, you tak ambil tahu hal dia. Sebab tu dari kecil pun dia dah pandai memberontak dalam diam. Susah senyum, pendiam. Bila dia datang pada you, bercerita tentang result sekolah, you suruh dia cari Mariam kan? So, what do you expect Maria?”
Ah, dah tak kira dah di mana, dan dihadapan siapa mereka bertengkar sekarang ini. Tahap kesabaran sudah semakin menipis.
“You nak Umaira ke Sibu, yes dia ikut kata you. Keputusan syarikat kalau berkaitan dengan Khairil Izhan sebok you nak masuk campur. Suka nak transfer kan orang sana sini. Kalau rasa nak kerja, I boleh je carikan jawatan yang sesuai kat Mega Holdings.”
Bohonglah kalau Tan Sri Sufrie tidak berasa malu bergaduh mulut dihadapan Dato Zamri, tapi dia perlu luahkan semua tu, dia mahu Puteri juga dengar dan faham kedudukan Khairil di mata Puan Sri Maria.

Makanan sampai ke atas meja. Kasihan Khairil dan Umaira, belum sempat lagi nak pesan makanan, ke mana agaknya anaknya itu membawa isterinya.

“Jom makan, Zam. Sorry aku tak bermaksud nak bertekak depan kau, Puteri. Kadang tu, geram dan tak tahan. Anak bukan ramai, 2 orang je.”

***
Melihat Khairil diam, Umaira pun diam. Dia rasa nak menangis tadi, mereka anak beranak bergaduh perihal dia. Tepatkah keputusan dia berkahwin dengan Khairil? Adakah mata dia sudah ditutup dengan kegembiraan berkahwin dengan budak lelaki yang selalu dia angankan ketika kecil, sehingga tidak nampak akan hati yang tidak suka, dan terluka.
“Abang..” Umaira memecahkan kesunyian, manakan tidak radio pun Khairil tidak on.
“Errmm..”
“Saya lapo..” Katanya dalam loghat Johor. Tangan kiri Khairil dibawa ke perutnya.
Ialah, mereka belum makan. Khairil geram dan terus memandu ke rumahnya. Tak ada apapun di rumah yang boleh Umaira masak.

Dia menoleh ke arah isterinya di sebelah. Umaira buat muka comel siap dengan pakej mini love.
“Terbabas nanti abang tengah drive ni.” Khairil sengaja mahu bersikap dingin dengan Umaira. Nak sangat ke Sibu kan? Nak sangat jadi project manager. Jadi project manager dengan anak-anak Khairil nanti sudahlah. Depan mata Khairil saja, buat nak kena berpisah lautan.

“Abang...” Umaira mengusap mesra peha Khairil. Dia tahu Khairil masih marah. Dia buntu idea hendak memujuk dan menenangkan hati encik suami.
“Jangan goda abang, let me drive safely.”
“Abangg...” Harkat panggilan abang itu sudah semakin meleret. Jari pula sedang menari di peha Khairil. Tak boleh tahan dengan jari Umaira yang menari-nari di pehanya, Khairil pegang erat. Nasib bawa kereta auto, tak perlu nak tukar gear.
“Abang marah saya ke?”
“Mestilah, sebok nak ke Sibu tinggalkan abang.”
“Daddy yang suruh. Daddy kata pergi dulu. Nanti daddy uruskan semuanya. Saya dah kata saya tak nak by. Saya nak sentiasa bersama suami. Saya pandai urut, nanti saya urut badan abang eh?” Umaira buat muka comel lagi. Sewaktu memasuki kereta, Khairil sudah tidak marah. Sudah dia buang kemarahan itu jauh-jauh. Dia tidak mahu kemarahan menguasai dirinya ketika memandu.
“Urut satu badan?”
“Boleh.”
“Betul ni satu badan, tak ada tempat yang terkecuali.”
“Boleehh.” Suamikan, dia halal buatku, aku halal buatnya.
“Tapi dengan syarat, abang pun kena urut saya.” Eh? Dia nak goda suami ke ni?
“Satu badan juga?” Tanya Khairil.
“Boleh.”
“Tak ada tempat terkecuali? ”
“Ia, boleh.” Khairil tersengeh. Pandailah Umaira ni memujuk. Jangan nanti bila dah balik rumah, Umaira tidur mati, memang siap dia. Khairil mengucup mesra tangan Umaira. Bagaimana nanti mereka hendak berjauhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience