[ Bab 80 ] DBS

Romance Completed 253377

Masa berlalu adakalanya terasa cepat, adakalanya bila terlalu rindu sangat perlahan rasanya. Berpuasa dikejauhan, cuaca dan suasana sangat berlainan, tapi Umaira bersyukur kerana dia tidak berseorangan, Hana sentiasa ada bersama. Sentiasa menemani dan sentiasa menceriakan sepinya.

Teringin hendak buat video call dengan Izhan, berbuka puasa di mana agaknya dia hari ini. Sudah masuk 2 minggu Umaira di Sibu, kerjanya lancar, memandangkan dia hanya perlu melakar pelan dan tidak perlu ke site. Izzuwan pula tidak adalah mengganggu dia sangat selepas dari pertemuan makan malam mereka. Harap sangatlah yang Izzuwan betul-betul sudah melupakan cintanya dan tidak lagi mengganggu Umaira dengan senyum jahatnya.

Panggilan Face Time nya dibalas. Nampak wajah tampan encik suami, Umaira sudah suka. Rindunya terubat. Bertambah segak dengan songkok dan baju melayu siap sampin songket dipinggang.

"Abang ada majlis lah sayang."
"Wah hensem nya suami sayang."
"Mestilah. Sayang buka puasa dengan Hana?"
"Aah, dengan Hana, kat rumah jer. Malas nak keluar."
"Abang tak boleh lama, orang tunggu, nanti malam call ya."
Bulat matanya saat terpandang Puteri di belakang Khairil. Ishk, ada sajalah Puteri tu. Dahlah hari pertama puasa, dia berbuka puasa di rumah Khairil. Ingatkan Khairina, rupanya Puteri bukan main happy lagi siap nak pegang-pegang Encik suami Umaira.
"Okay. Kirim salam kat Puteri ya. Beritahu dia, tolong jauh sikit dari suami sayang."
"Jangan risau, kalau dia datang dekat, abang jentik kepala dia." Matanya dikenyit untuk isteri tersayang. Rindunya nak peluk Umaira. Dah 2 minggu tak jumpa. Tak apa, tak lama lagi Umaira akan balik dan menetap terus di KL, dia hanya perlu bersabar sedikit sahaja lagi.

Hana kata, lagi kita benci orang tu, lagi sakit hati kita. Buang jauh-jauh rasa benci, rasa cemburu, buat biasa saja, jadi hati kita tak sakit. Duduk berjauhan, kita kena saling mempercayai, trust each other. Jadi, Umaira tak boleh cemburukan Puteri, Khairil juga tidak boleh cemburukan Izzuwan. Kena percaya pada pasangan, barulah hidup aman dan harmoni. Bijaklah Hana ni.

Namun berlainan pula dengan Puteri. Bermacam cara dia lakukan untuk cuba menawan hati Khairil, tapi rancangannya gagal. Auntie Maria pun dah rancang macam-macam, tapi Khairil nampaknya macam tak terkesan dengan rancangan mereka.

Hari ini, dia bertegas hendak mengikut Dato Zamri ke majlis amal. Dia tahu, ada Khairil di situ, dia nak duduk sebelah, dia nak bermanja-manja, dia hendak ada paparazi, bloger atau jurukamera dari apa majalah sekalipun yang merakam gambar mereka. Dan dia juga sudah mengupah orang untuk mencuri ambil gambar dia, dia mahu gambar yang menampakkan kemesraan antara dia dengan Khairil, dia mahu ada yang post gambar kemesraan mereka di media sosial. Dia mahu Umaira cemburu dan marahkan Khairil. Dia mahu Umaira tarik balik surat perletakkan jawatannya, dan terus tinggal di Sibu dengan Izzuwan.

Dan bila gambar yang menunjukkan kemesraan mereka tersebar di media sosial, Khairil Izhan tidak mengendahkannya. Dia tidak melenting, dia juga tidak marah-marah. Tenang sahaja dia, langsung tidak terkesan dengan apa yang ditulis. Cuma adalah yang dia update di IG story nya;
'Di bulan mulia ni, kita jangan mudah percaya pada apa yang kita sendiri tak melihatnya.
Kecantikan memang menarik perhatian, namun 'kebaikan' menawan hati.
Kerana hakikatnya kecantikan itu, bukanlah ada pada wajah, melainkan cahaya yang ada di dalam hati.
I'm a married man, who will always to be loyal and love my wife.
For my wife, I love you, to the moon and back, to infinity and beyond forever and ever.'

Puteri bengang. Izzuwan pula entah kenapa, tidak membantu dia untuk memujuk Umaira dari berhenti kerja. Izzuwan gagal dalam tugasnya. Auntie Maria pula tidak habis-habis membebel padanya, jangan sesekali lepaskan setiap peluang yang ada. Mahu tidak mahu, Puteri perlu berhadapan sendiri dengan Umaira. Meminta Khairil Izhan dari tangan Umaira sendiri. Dia harus ke Sibu, sebelum Umaira pulang ke KL. Di KL tentunya dia tidak akan dapat berjumpa Umaira tanpa Khairil.

Kebencian terpancar jelas di wajah Puteri saat dia terpandang Umaira yang sedang berjalan masuk ke restoran. Apatah lagi ada Izzuwan di belakangnya. Lelaki itu, sudah dapat peluang berdua dengan Umaira terus lupa pada rancangan mereka. Rancangan jahat untuk meruntuhkan rumahtangga bahagia Umaira dan Khairil. Berbagai cara dia lakukan untuk menggoda Khairil, namun lelaki itu seolah tidak menyedari kehadiran dia, geram dia semakin bertambah. Dia dengan penuh api kemarahan terus mendekati Umaira.

"Eh perempuan!" Sapanya sambil menghadang jalan.
Kening berkerut melihat Puteri. Ada Khairil Izhan sekali ke? Matanya mencari-cari.
"Cik Puteri." Umaira senyum manis, walau dia sebenarnya terperanjat dengan kehadiran Puteri di situ. Malah Hana yang berjalan di sebelah Umaira, terasa ada aura kebencian di wajah si cantik yang seksi di hadapannya.

"Tak payah nak cari-cari suami kau kat sini, dia tak ada. Engkau ni, suami jauh kat KL, kat sini kau berpoya dengan lelaki lain eh."
Mabuk ke apa si Puteri ni? Kenapa mengamuk tak tentu fasal ni. Meroyan ke apa? Bila masa Umaira berpoya dengan lelaki lain? Lainlah perangai Puteri Qaisya yang ini. Biasanya Puteri Qaisya kan sangat berlemah lembut, bagaikan pijak semut pun tidak mati.

"Cik, bulan puasa ni, tak baik marah-marah." Hana cuba menenangkan keadaan. Risau pula kalau perempuan gila itu menyerang Cik Nurin.

"Puteri!" Izzuwan pun tak senang tengok Puteri mengamuk di tengah restoran, lagilah sudah nak masuk waktu berbuka puasa.

"I tak boleh senanglah tengok dia ni. Kat KL I dah lah tak dapat nak goda Khairil, kebal betul dengan cinta dia. You pula kat sini, bukan main happy lagi eh, sana sini dengan perempuan ni. Ingat I ni apa?" Kenapa dengan Puteri, dia salah makan ke tadi? Naik hantu tiba-tiba. Izzuwan pun tak tahu Puteri Qaisya datang ke Sibu, dan semata-mata hendak menyerang Umaira.

"Eh, bukan memang you nak I selalu dengan Umaira ke?" Dia yang tak dapat nak goda Khairil, orang lain pula yang dia persalahkan. Hei, melampaulah Puteri Qaisya ni.
"Sabar. Tak baik bulan puasa ni. You puasa tak Puteri?" Izzuwan cuba menenangkan. Risau juga dia kalau-kalau Puteri keluarkan pisau ke, pistol ke. Eh, dah macam drama tv pula.

"Dah tak boleh sabar dah. I nak kahwin dengan Khairil, tapi perempuan ni tak izinkan. Bermadu pun I tak kisah, janji Khairil Izhan jadi suami I."

"Stop it, Puteri. Kita bincang elok-elok ya. Mari kita buka puasa dulu." Izzuwan risau dengan mata yang memandang, lagi risau kalau ada yang merakam dan share di media sosial. Puteri Qaisya, seorang model terkenal, anak seorang Datok terkemuka di KL mengamuk di bulan puasa. Oh tidak, Izzuwan kecut perut memikirkannya.

"Dah, dah. Jom kita duduk sana." Izzuwan menarik Puteri. Namun Puteri dengan kekuatan yang dia ada, menolak Izzuwan ke tepi dan kemudian menyerang Umaira.

"Aku benci dengan kau!" Terus menolak Umaira.

"Cik Nurin!" Hana menerpa Umaira yang sudah terduduk di lantai.

Sakit punggung dibuatnya. Terhentak kuat pula tu. Tangan Hana dia sambut, dan dia cuba berdiri. Terasa sangat sakit di bahagian perut, menyucuk-nyucuk. Umaira pegang perutnya.

Ramzi yang baru sampai terus sahaja membantu. "Kenapa ni?" Mereka ada jamuan perpisahan untuk Umaira, lepas ni Umaira dah nak balik KL dan berhenti kerja.
"Zi, mari tarik perempuan gila ni dari sini."

"Jangan kacau aku!" Sekali lagi Puteri menolak Umaira. Dan kali ini, darah pekat membasahi seluar Umaira.

"Hanaaa..." Umaira rasa nak pitam tengok darah di seluarnya.
"Eh, Cik Nurin!"
"Umaira.." Izzuwan mula panik. Aduh bala apa ni, matilah dia kalau Encik Khai mengamuk nanti. Ya Allah, apa yang aku dah buat? Inikah caranya untuk aku dapatkan Umaira, dengan seksa dia begini?

Izzuwan tanpa fikir panjang terus mencempung tubuh Umaira. Baru setapak dua dia berjalan, bajunya di tarik Puteri. "You dah kenapa nak tolong dia? Biarkan dia, mati lagi baik!"
"Eh, kalau apa-apa jadi pada Umaira, apa yang I dapat? You seronok dapat Khairil, I dapat apa? Gilalah you ni."

"Kau sambung bergaduh, Umaira beri pada aku." Seorang lelaki yang sangat Izzuwan kenali, terus mengambil Umaira dari pangkuan Izzuwan. Tergamam Izzuwan. Seorang lagi lelaki separuh usia memandangnya tajam. Hana juga kenal lelaki muda itu.
"Kereta kat mana? Jauh ke dekat?"
"De dekat" Jawab Hana tergagap.

Izzuwan hanya mampu memandang. Bajunya pula habis kotor dek darah Umaira.
"You ni memang dah gilalah Puteri, you fikir dengan buat macam ni you dapat Khairil ke? Akal letak kat mana?!"
"Kalau I tak boleh dapat Khairil, Umaira pun tak boleh!" Jerit Puteri.

"Masuk. Pangku dia." Mereka masuk kereta dengan pantas, lelaki itu terus memandu laju.
"Papa call uncle. Hana call Encik Khai." Arahnya. Hana panik tengok Cik Nurin yang tidak sedarkan diri. Kasihannya pada Cik Nurin, banyak sungguh dugaan yang perlu dia hadapi.

"Encik Khai! Ada perempuan gila tolak Cik Nurin, darah banyak ni Encik Khai. Saya rasa betullah Cik Nurin ni pregnant."

"Perempuan gila? Habis tu kat mana ni?"

"On the way pergi hospital. Ya Allah, benda jadi sekelip mata je Encik Khai. Perempuan tu marah-marah kata goda Encik Khai kt KL lah, nak bermadulah. Tadi Encik Izzuwan dah gaduh dengan perempuan gila seksi tu, tapi dia tolak juga Cik Nurin, dua kali. Encik Izzuwan angkat Cik Nurin tadi, lepas tu Encik Imran datang tolong." Hana bercerita tanpa fikir apa reaksi Khairil di sana yang mendengar. "Encik Khai! Hallooo!!!" Putus ke?

"Kenapa awak call macam tu? Tahu tak berapa jauh Sibu dengan KL? Boss awak tu, dia tak boleh dengar berita panik macam ni, mesti dia tengah sakit dada kat sana."
Oh yeke, Hana tak tahu. Patutlah masa Cik Nurin sakit hari tu, Encik Khai macam sesak nafas.

"Papa dapat call Uncle?"
"Dapat, dia ada dengan Khai."
Nak jadi cerita, Imran dan Datok Harun kebetulannya hendak makan di restoran yang sama, mereka ada business trip di Sibu. Sebaik ternampak macam ada pergaduhan mereka hampir tidak mahu masuk, tapi terdengar nama Cik Nurin dan Umaira, Imran laju mendekati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience