[ Bab 59 ] DBS

Romance Completed 253377

“Kakak, buat video call dengan abang-abang kamu.” Nurin Umaira tak salah dengar ke? Ayah suruh call ‘abang’ ganda dua?

“Abang long ke ayah?” Cuba memastikan apa yang difikiran.

“Abang-abang kan.. kakak ada berapa orang abang?” Ada 3 ayah, serius ke ayah suruh call semuanya? Termasuk Angah dan Uda? Aduh.. matilah kalau video call dengan Angah dan Uda sekali.

“Cepatlah.”
Ayah melangkah ke meja makan. Mungkin ingin mendapat sedikit privacy, Tan Sri Sufrie dan anaknya sedang berehat di ruang tamu.

Tangan menggeletar menekan nama ketiga-tiga orang abangnya di video call WhatsApp. Abang Long yang pertama menjawab. Abang Long ada pejabat sendiri, mungkin tidak ada masalah untuk dia menjawab panggilan video. Abang Ngah selalu kerja luar, mungkin susah nak menjawab panggilan video, Abang Uda pula seorang guru, mungkin sedang mengajar.

“Assalamualaikum.. Apa khabar adik perempuan along?”

“Waalaikumussalam.. sihat-sihat saja Abang Long. Abang semua sihat?”

“Sihat.. Eh, tu macam ayah? Kenapa buat video call dengan Along dan Uda sekali? Macam penting saja? Ayah ok ke? Kat mana ni?” Yang menjawab sihat, adalah Angah. Dahi yang berkerut buat Umaira kecut perut.

“Ayah yang suruh call. Ada benda nak bincang.” Ayah mengambil handphone di tangan Umaira. Umaira garu kepala yang ditutupi tudung. Saat dia memandang ke ruang tamu, matanya bertembung dengan mata Izhan. Muka cuak Umaira pamerkan. Satu senyuman dan kenyit mata Izhan hadiahkan. Konon boleh buat Umaira hilangkan rasa gemuruh yang teruk melanda hatinya saat ini.

“Agaknya Uda ada kelas, belum jawab lagi ni.. Kalau macam tu ayah beritahu kamu berdua dululah ya.”

Sebaik ayah berkata, Wajah Uda keluar di skrin. Kini ayah sedang menatap wajah tiga anak lelakinya.

Namun kemudian ayah melangkah keluar rumah. Mungkin tidak mahu Tan Sri mahupun Izhan mendengar apa yang mahu dibincangkan.

“Petang ni Tan Sri nak ke rumah kita, nak merisik adik perempuan kamu ni. Kita semuapun dah setuju kan dengan budak Khai tu.”

Umaira mencuri dengar. Dia berdiri di jenang pintu. Seketika kemudian baru dia teringat, berdiri di muka pintu, dengan membelakangkan Izhan yang duduk di sofa, sudahlah dia hanya berkain batik. Ishk, kan nampak bayang-bayang.. sudahlah Izhan tu asyik ajak kahwin saja. Umaira lantas mendekati ayahnya.

“Cepatnya nak merisik ayah? Puan Sri dah ok ke?” Dari suara macam suara Uda yang bertanya. Umaira memaut lengan ayahnya, lebih dekat untuk melihat wajah abang-abangnya. Rindu dia pada abang Uda. Uda jarang balik kampung, Uda juga jarang menelefon, mungkin Uda sebok dengan tugas seharian. Abang Long dan Angah, mereka selalu berjumpa, sama-sama bekerja dan tinggal di KL.

“Kakak dapat tawaran kerja di Sibu. Jadi si Khai tu, dia nak ada ikatan dulu sebelum kakak ke sana. Kalau dia ke Sibu tengok kakak, tak adalah kita semua nak risau. Target nak nikah dalam minggu depan.”

“Hah??!” Muka terperanjat abang-abang Umaira buat gemuruhnya makin kuat terasa. Janganlah ayah sebut pasal tangkap khalwat semalam. Tak sanggup dengar angah menjerit marah. Dari gaya angah macam di dalam kereta. Angah selalu akan ada banyak soalan di dalam kepalanya.

“Cepat sangat tu ayah. Kakak dah mengandung ke? Ni ayah kat Terengganu dengan kakak ke? Ibu mana?”

Kan dah cakap tadi, angah mesti akan banyak bertanya.

“Tak perlu fikir sampai ke situ, Angah. Lagipun kita semuakan dah setuju dengan Khai. Ayah rasa kita proceed sajalah. Lagipun Tan Sri akan uruskan semuanya. Dia yang minta cepat, bukan kita yang nak. Tak tahulah kalau budak Khai tu yang dah mengandung.” Ayah berseloroh. Namun ayah masih tidak menyebut tentang kes semalam.

“Kakak, ambilkan ayah air sejuk. Haus pula tekak.” Haji Noordin memandang Umaira. Sebenarnya ada yang ingin dikatakannya, yang dia tidak mahu Umaira dengar. Melihat Umaira sudah hilang di balik pintu, Haji Noordin menyambung kata.

“Sebenarnya, Tan Sri Sufrie tu, anak kepada majikan arwah atok dulu. Rumah agam tu. Ayah kenal sangat dengan Tan Sri tu. Itu yang bila kami berjumpa, terus sahajalah kami setuju dengan perkahwinan kakak, si Khai tu pula, rupanya budak muka ketat tu.. yang kakak suka intai dulu.”

“Ooo..”
Maka panjang lah oo si abang semua.

“Kakak tahu ke siapa Khai, ayah?”

“Dia tak tahupun Ngah. Dia pun macam tak faham macam-mana ayah kenal Tan Sri. Tapi Khai minta jangan diberitahu kakak, dia nak beritahu sendiri.”

Umaira datang dengan segelas air. Ayah pura-pura minum seteguk, tapi sebabkan air itu sejuk dan nyaman, jadi dua tiga teguk pula.

“Siapa-siapa yang boleh balik, baliklah. Ni merisik terus tanda. Tukar-tukar barang, bertunang tu sekali dengan nikah nanti. Jadinya apapun keputusan ayah dan ibu, ayah harap semua setuju ya. Dan jangan tak balik pula nanti kalau dah dibagi tarikh. Kamu tu Uda, sesekali baliklah kampung, jangan lebihkan sana saja. Ni seorang sahajalah adik perempuan kamu semua, seorang sahaja anak perempuan ayah.” Tanpa malu ayah mencium dahi Umaira. Si abang semua tahu, ayah memang sayang Umaira lebih, maklumlah satu-satunya permata hati ayah. Dan dari mereka semua kecil, dari sekolah rendah sampai ke masuk Universiti, pantanglah dengar Umaira diusik orang, cepat-cepat saja hendak menghadiahkan penumbuk pada si pengacau.

***

Umaira terasa macam pelik bila melihat kemesraan antara ayah dan Tan Sri Sufrie. Mereka nampak akrab, mesra dan tidak kekok berbual, bagaikan sahabat lama. Tapi ayah memang seorang yang peramah. Bekas guru. Ayah memang suka berbual. Umaira tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Dia duduk jauh dari mereka. Tidak mahu mengganggu perbualan mereka.

Dia nampak Izhan bangun dan menuju ke arahnya. Disebabkan kes perang dingin tadi belum selesai, dia tidak mahu bercakap dengan Izhan. Biarlah Izhan tu.. Umaira nak sambung merajuk.

“Sayang.. buatkan air orange sejuk, boleh?” Kerusi berhadapan dengan Umaira ditarik, dan Izhan melabuhkan punggungnya.

“Buatlah sendiri.” Mood merajuk masih on ya.

“Sayang... janganlah macam tu.” Jari Izhan merayap atas meja makan bagaikan ketam. Sedikit sahaja lagi dia dapat mencuit jari Umaira .

“Ishk dia ni. Tadi marah orang.”

“Mana ada marah. Tadi tu namanya sayang. Eh bukan, macam mana cerita P Ramlee tu.. Madu Tiga eh? Aku bukan marah.. nasihat..” Izhan ketawa kecil. Matanya dikenyitkan sebelah pada Humaira. “Jom kahwin.”

“Annoying laa asyik ajak kahwin.”

Humaira bangun juga, mengambil jug dan bekas gula. Dia menekan butang air panas di mesin Coway, buat larutkan sedikit gula. Botol Sunquick diambil. Diturut juga permintaan Izhan, hendak minum air orange sejuk.

Izhan mendekatinya, berdiri betul-betul bersebelahan Umaira.

“Sayang, I nak minta maaf..”

“For?” Nak minta maaf fasal tadilah tu. Umaira nak jual mahal sikit. Tapi kemudian dia seolah terdengar keluhan dari lelaki di sebelahnya. Terhidu bau perfume Izhan, Umaira dah rasa macam nak lebih dekat dengan lelaki itu.

“Kenapa mengeluh?” Mata mereka bertembung seketika. Cepat-cepat Umaira melarikan pandangan.

“I’m sorry, kalau cara I tak mengikut adat, not like your others proposal before.. berapa sayang? Enam kan? I cuma nak kahwin dengan you. Apapun yang I buat, semuanya sebab I nak kahwin dengan you. I’m falling in love with you. I will love you till Jannah. Thank you for accepting me in your life.”

Mana Izhan tahu fasal 6 pinangan?
“Belum terima lagi..” Umaira sengaja potong mood cintan cintun Izhan. Apa dia tak tahu ke Umaira dah panas muka ni, blushing dah. Izhan kalau bercakap dengan nada rendah dan romantik, memang buat kadar adrenalin dalam tubuh Umaira naik mendadak. Fuh!

“Eh? Why?”

“Ialah, tunggu family saya kata setujulah dulu. Atau tok kadi tanya saya masa nikah nanti, kamu setuju kahwin dengan mamat muka ketat tu, Umaira? Haa, tunggulah jawapan saya nanti. Setuju ke idok.” Umaira menuang air yang sudah dibancuh ke dalam gelas. Dia buat tidak tahu saja dengan apa yang dia tuturkan tadi. Seronok kadang dapat mengusik Izhan. Gelas di tangan ingin disua kepada Izhan, namun hampir saja gelas itu jatuh ke lantai, kalau Izhan tak menyambutnya, manakan tidak entah bila lelaki itu berada sangat dekat dengan dia.

“Haa! Kamu berdua tu belum boleh dekat macam tu, kena ada social distancing, tahu tak? Jangan macam-macam ya Khairil Izhan.”

Umaira cepat-cepat mengambil jug berisi air orange sejuk dan meletakkan atas meja makan. Kemudian dia bergegas pula mengambil beberapa biji gelas dan meletakkan di atas dulang, dah kelam-kabut jadinya kerja, dek kerana terkejut dengan Tan Sri Sufrie.

“Jemput minum..” Katanya berbasa-basi.

“Hamdan dah sampai tu.. Jomlah kita. Umaira nanti kemas barang ya. Lepas solat kita terus gerak ke airport. Tak gitu Khai?”

“Ya, ya, ayah.. eh, uncle.” Ah, Izhan meraba tengkuknya. Haji Noordin dan Tan Sri Sufrie ketawa kuat.

Bila ayah dan Tan Sri sudah ke hadapan, sempat Izhan berbisik pada Umaira “I’m not done with you.”
Umaira buat muka seposen, “Eei, takutnya” dan kemudian mereka sama-sama tertawa kecil.

Umaira, kenapalah comel sangat, kenapalah selalu saja buat jantung Khairil bekerja lebih keras. Dahlah tayang body kat pintu, selalu buat muka comel dia tu.. buat Khairil Izhan jadi tak menentu. Buatkan dia rasa nak lari ke pejabat agama dan merayu kahwinkanlah mereka segera. Khairil dah tak boleh nak menahan gelora perasaan sendiri. Khairi Izhan benar-benar dah jatuh suka pada Nurin Umaira. Nak kahwin!! Jeritnya hatinya kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience