[ Bab 83 ] DBS

Romance Completed 253440

Majlis resepsi di kampung Umaira berlangsung dengan sangat meriah. Walau Umaira tidak boleh banyak bergerak, namun mereka tetap melayan tetamu dengan mesra. Ada juga terdengar mak long membebel akan kandungan Umaira, tidak habis-habis mahu menuduh, Umaira sudah mengandung sebelum bernikah. Biarlah apapun yang orang nak kata, yang pastinya Umaira dan Khairil tahu, Allah akan sentiasa ada bersama orang-orang yang benar.

Majlis terus dijalankan sebabkan semua kad jemputan sudah diedar. Lagipun Khairina dah aturkan semuanya. Umaira tak perlu nak bersusah apapun. Semasa pulang dari Sibu, Tan Sri Sufrie menyuruh terus ke Johor. Biarlah Umaira berehat di kampung, dan ditambahkan lagi dia ingin meminta maaf dengan sahabatnya. Cuma perihal Puteri Qaisya tidak dicerita dengan penuh. Hanya menyatakan, Umaira terjatuh ketika ke restoran. Helmi juga sudah mencari di internet, media social, nampaknya tidak ada yang posting apa-apa, mungkin masing-masing sebok nak berbuka puasa.

Dato Zamri juga sudah ke Sibu berjumpa dengan pemilik restoran, memohon maaf dan meminta rakaman cctv, jika ada. Dia juga tidak mahu nama baik dia dan anaknya rosak kerana peristiwa itu.

"Serius lah, budak London ni buat kakak bunting pelamin?" Uda buat muka tidak percaya. Jarinya menuding ke arah Khairil. Khairil dah rasa semacam. Ishk nasiblah kau tu abang ipar aku.

"Macam melampau jer ayat kau, Uda. Kau ingat aku tak power ke?" Khairil terasa bengang pula dengan kata-kata Abang Uda Fattah.

"Tak, aku bukan apa Khai. Hebatlah macam tu. Akupun dulu masuk bulan ke dua, baru wife aku pregnant. Paling cepatlah antara Angah dengan Along. Rupanya kau lagi cepat eh, baru sebulan kot. Pergh, syabas lah. Macam ni barulah Haji Noordin's family." Uda ketawa kuat. Dia memang dah simpan ketawa teruja itu dari dia mendengar berita Umaira mengandung. Tak sabar rasanya dia hendak menepuk kuat bahu Khairil. Dan ya, dia telah tunaikan impian itu, dia bersungguh menepuk bahu Khairil dengan asyik menyebut 'hebat.' Tak dapat tumbuk muka Khairil, dapat tepuk kuat jadilah.

"Tercabar pula kita ni, kau kahwin nanti cari isteri yang subur." Si kembar Hafiz bersuara sambil melihat ke arah Bob dan Luqman. "Kau sekalilah." Luqman tak puas hati.

"Eh, tak akanlah kamu berdua nak cari isteri kembar juga?" Ayah menyampuk. "Nanti tersalah isteri macam-mana?"

"Takut isteri tersalah suami pula ayah." Bob ketawa. Tapi sekejap sahaja tawanya, bila kepalanya dicuit Angah. "Sebok menyampuk orang tua berbual."

"Alaa angah ni.." Bob tarik muka. Dan mereka semua ketawa suka. Umaira pula, mukanya merah menahan malu. Dia bukan tidak biasa mendengar seloroh rumahtangga abang-abangnya. Tapi kali ini, dia rasa sangat lain, lagilah melihat Khairil yang menjongket-jongket keningnya dengan senyum entah tak tahu bermaksud apa.

"Sayang boleh?"
Penat belum hilang, dari Kulai terus bertandang ke KL. Hanya selang sehari.
"Boleh, tapi penat sikit."
"Sikit tak apalah, kalau banyak abang risau juga."
"Abangpun rehatlah."
"Abang tidur sekejap boleh?"
"Tidurlah, sayang nak cari Khairina."
"Nak turun tangga ke?"
"Tak.. kat bilik depan saja."
Khairil mengangguk. Ialah diapun lupa, bilik Khairina depan bilik dia saja, kalau di banglow Tan Sri Sufrie.

Umaira melangkah perlahan, sebolehnya dia tidak mahu terserempak dengan Puan Sri Maria. Mommy CEO itu tidak pernah senyum padanya, mukanya mencerut masam. Entah apalah yang ada difikirannya, mungkin hendak ditolaknya Umaira jatuh ke tingkat bawah.

"Auntie, sini.." Tangannya ditarik seorang anak kecil. Comel.

"Kak Maira, tengok baju ni." Khairina menunjuk baju untuk resepsi esok. Wah, merelip-relip batu. Kembang kainnya. Silau mata memandang. "Cantiknya." Dia memuji.

"Untuk esok. Reen tempah khas untuk kak Maira dan abang Khairil. Kakak nak try?"

"Tak apalah Reen. Asalkan muat." Dia meraba perut, masih kecil.

"Tapi baju songket siang tadi, cantik sangat. Tenunnya sikit, simple tapi menyerlah bila dipakai. Rasa macam Puteri zaman dulu-dulu. Kak nak pakai lagi untuk photoshoot, boleh?"

"Boleh kak, cantikkan baju songket tenun biru tu. Tapi kan kak, Puteri tak payah sebut lah kak, annoying. Sebut Princess hihi.." Khairina ketawa. Ia, walaupun Puteri Qaisya itu sahabat baiknya, tapi dia terkilan kenapa Puteri Qaisya sanggup memperlakukan kakak iparnya sebegitu. Tidak ada cara lainkah yang Puteri mahu lakukan, dari berkasar dan membahayakan keselamatan orang lain.

"Esok kalau dia datang, Reen nak ganyang-ganyang dia." Khairina genggam penumbuk.

"Dia datang ke?"

"Mestilah tu, kak. Mommy mesti sebok suruh dia datang. Reen yakin, esok mesti dia propa saja lebih, minta maaflah, janji tak buat lagilah, buat baiklah. Kakak jangan sesekali percaya. Sebab, Puteri ni dia jenis kalau nak, mesti kena dapat. Akak bayangkan, tengah minggu exam, bila dia tahu Reen nak ke London tengok abang, boleh pula dia nak ikut, sampai Dato Zamri kena jumpa dekan, merayu tangguhkan exam untuk anak dia. Apa lepas exam dia tak boleh fly ke London ke, Reen cuti seminggu kot masa tu. Boleh jer tunggu dia."

"Oh, dia memang sukakan abang Khai lah ya?"

"A'ah. Tapi abang tak pernah suka dia. Dulu Reen pernah jugalah pujuk abang, pernah cakap dengan abang, Puteri tu suka kat abang. Tapi abang kata, Puteri tu sama macam Reen, dia anggap macam adik. Tak mungkin jadi isteri dia. Abang kata, abang percaya pada love at first sight. Selagi hati dia tak bergetar tengok seorang perempuan, dia yakin itu bukan jodoh dia. Abang selalu cakap, perempuan yang boleh porak-perandakan hati dia, itu bakal isteri dia. Diakan hati batu, haha! Mesti hatinya bergetar, dag dig dug di dalam dada.. masa tengok Kak Maira." Khairina menari-nari sambil menyanyi lagu Dag Dig Dug. Umaira hanya tersenyum.

Umaira selalu berhati baik. Dia juga sebenarnya merasa kasihan dengan Puteri. Ialah, Puteri pun cintakan Khairil. Mungkin pada Puteri, Umaira merampas Khairil dari dia. Sebagaimana tanggapan Izzuwan pada Khairil. Dan dia dalam diam, sudah memaafkan Puteri. Dalam solatnya dia selalu berdoa, agar Allah melembutkan hati Puteri untuk menerima takdir yang telah Allah aturkan buat mereka.

"Auntie Mariam tak balik ke Reen?"

"Tak tahu kak. Tadi Reen ada dengar abang on call, marah-marah. Dia kata, you promise me you will attend my wedding, tomorrow is the day. Macam tulah." Ajuk Khairina dengan gaya abangnya.

"Abang tu, sama macam mommy, suka marah-marah. Ingat dia tinggal dengan Auntie Mariam dia ikut cara Auntie Mariam, lemah lembut, macam kak Maira. Ini, sama asyik nak melenting jer." Khairina geleng kepala.

"Oh ya, kak. Habis majlis esok, pihak hotel ada bagi honeymoon suite untuk abang dengan kakak, jadi boleh rest kat sana."

Umaira kembali ke biliknya. Melihat Khairil tidur dengan tenang, hatinya menjadi lega. Dia tahu suaminya itu penat. Sejak keluar dari hospital, Khairil menjaganya dengan baik. Turun naik tangga, dia sanggup dukung. Nasiblah dapat suami gagah perkasa dan sanggup buat apa sahaja untuk isteri.

Kakinya dilunjurkan ke katil. Dia juga ingin berehat. Esok satu kali lagi hari penting dalam hidup dia. Dia harus bangun dengan segar. Dia mahu kelihatan cantik di sisi Khairil, di hadapan semua tetamu kehormat ayah dan ibu mertuanya. Dia mahu mendengar pujian, dia mahu ibu mertuanya bangga punya menantu yang cantik dan manis seperti dia.

----

Barang-barang yang perlu sudah dimasukkan ke dalam beg. Ubat, skincare, baju persalinan, katanya akan bermalam di hotel sahaja dan kemudian baru balik ke rumah mereka.
Ayah ada menghantar meseg, pagi-pagi sudah bergerak ke KL, berkampung di rumah Along. Ayah rasa tak sabar hendak tengok pakaian pengantin Umaira malam ni. Tentu lebih moden dari di kampung.

Umaira sudah bersiap hendak turun ke tingkat bawah, tapi dihalang Khairil.

"Sayang boleh turun sendirilah, abang." Dia boleh saja jalan perlahan menuruni anak tangga. Jika penat, dia boleh berhenti. Namun Khairil membesarkan matanya memandang Umaira, tanpa sepatah kata, dia terus mencempung isterinya itu dan membawanya turun, langkahnya perlahan takut tersalah pijak anak tangga.

"Abang.. malulah orang tengok."

Ramai saudara-mara sebelah Khairil di tingkat bawah, dan hampir ke semua mata memandang mereka.

"Syyhh.. diam, nanti abang tak focus, kita sama-sama jatuh."

"Untunglah dapat suami boleh dukung isteri." Terdengar satu suara.

Khairil dudukkan Umaira di wheelchair. Mencuit manja hidung Umaira. Tersipu malu Umaira dibuatnya. Bila mata mereka berpandangan, Umaira hadiahkan senyuman semanis gula tahap diabetis pada Khairil. Khairil memegang dadanya.

"Abang tak tahanlah dengan senyuman tu, sayang."

"Alah kamu ni Khai, baru angkat isteri sekejap sudah penat." Nenek mengusik.

"Bukanlah nek, senyum tu, Khai tak tahanlah. Khai puasa ni, nek."

"Puasa? Tadi sarapan dengan nenek, kan?"

"Bukan puasa makan nek, ni puasa lain. Puasa" Khairil cuba menekankan perkataan 'puasa' itu buat nenek faham. Umaira sudah kulum senyum. Dia faham maksud 'puasa' Khairil itu. Ishk, buat malu saja beritahu semua orang.

"Khai kena puasa untuk 1st trimester ni, nek." Katanya perlahan dan mengeluh.

"Alah, nenek dah lama puasa."

"Itulah Khai suruh kahwin, nenek tak nak." Khairil ketawa. Nenek juga ketawa. Nenek buat lawaklah.

"Daddy pun dah lama puasa, Khai." Tan Sri Sufrie berdiri di sebelah Khairil.

"Apalagi, daddy kahwin lah lain." Sebaik bersuara Khairil menoleh ke arah Tan Sri Sufrie, namun matanya bertembung dengan mata Puan Sri Maria.

"Sorry, mommy." Khairil tahan ketawa, namun tawanya tidak dapat ditahan, bila Idham yang berdiri di belakang mommy sudah terhambur tawanya.

Ketawa mereka memenuhi rumah, hanya Puan Sri Maria yang diam tidak berkutik dengan wajah singa nya.

Apa agaknya yang ada difikiran mommy CEO itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience