[ Bab 43 ] DBS

Romance Completed 253377

PINTU bilik pengurus diketuk. Sudah ditanya pada Hamdan, Umaira di mana. Sempat juga dia berbincang dengan Hamdan tentang cctv di rumah Umaira. Sekarang ini, dia hanya perlu dapatkan kunci.

“Boleh masuk?” Dia menjenguk. Cinta hatinya itu ada sedang meneliti fail di atas meja. Banyak juga kerjanya, dah macam CEO. Sana sini ada fail tersusun kemas di kabinet.

Umaira panggung wajah. Sekarang ni, masing-masing tidak tahu siapa yang sedang merajuk dan siapa yang perlu dipujuk. Tapi, Umaira kan perempuan, biarlah Khairil Izhan yang pujuk Umaira. Kan dia selalu ‘be a gentleman’.

“You...” Perlahan sahaja suara Khairil. Tak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.

“Sorry.. Banyak miss-called. Terlelap tadi lepas mandi.” Memang banyak kali Umaira call, namun satupun tidak diangkat. Manakan tidaknya, iPhone nya itu masih tersimpan di dalam beg sandangnya.

Sewaktu mengambil iPhone tadi, dia sempat menukar pakaian. Habis perfume sebotol di spray di badan. Biar harum sikit baunya.

Merenung mata redup Umaira memang mengasyikkan. Lagilah bila gadis itu tidak melarikan matanya. Khairil sangat berharap, ada perkataan ‘sorry’ atau ‘maaf’ dari pandangan mata lelakinya. Biar Umaira tahu, dia tak mahu gadis itu mencerut wajah manisnya itu.

“Sayang.. I’m sorry.. Jom teman I jalan-jalan.” Dia mengambil sebatang pen yang memang ada di atas meja. Di cucuk-cucuknya lengan Umaira dengan pen itu. Beberapa kali sehingga gadis itu menepis.

“Ishk.”

“Tak suka pakai pen eh, I guna jari, boleh?” Khairil meletak pen di meja, kini jari telunjuk nya pula di bawa mengusik lengan Umaira.

“Eh dia ni..” Umaira bingkas bangun. Tak senang dia dengan usikkan Khairil.

“Kenapa lari tadi?”

“Nature call lah sayang. Lepas tu terlelap. Sorry lah, tak sengaja.” Dia membuat isyarat ‘sorry’ dengan kedua belah tangannya.

“Ada 2 hari je lagi nak spend time dengan you. Janganlah merajuk. Nanti dah balik KL susah dah nak jumpa.. Please..” Kalau tak jalan juga pujuk macam ni, tarik saja tangan dia bawa keluar.

Dia lihat Umaira mengambil telefon di atas meja. Menyimpan di dalam poket seluarnya. Dengan muka yang masih tidak mahu senyum dia kemudian berjalan ke arah pintu.

“Jom.”

“Yes!” Khairil melompat suka.

“Janganlah merajuk, rugi masa berharga kita.”

“Habis tu, siapa yang cari fasal sebenarnya?”

“Ialah. My bad. Sorry ya sayang..” Sengaja dia menyenggol bahu Umaira. Dia nampak cinta hatinya itu tersenyum.

Umaira pun tak mahu nak merajuk lama-lama, kang kalau Encik CEO kesayangan tak nak pujuk, macam-mana. Kalau dilabel perempuan kuat merajuk lagi tak best.

“Sayang, tadi you borak apa saja dengan Imran?”

“Abang Im kata..”

“Abang Im, eh? Gelilah dengar..” Khairil Izhan buat-buat cuit telinga.

“Ok lah. Encik Imran tadi kata awak ni duda anak satu. Betul ke?”

“Tak nak cerita fasal tulah. Sensitif.” Buat muka sedih. Dengan harapan Umaira tidak akan bertanya lanjut. Dia tak nak nanti bila Umaira tau, Umaira akan kata dia permainkan Umaira pula.

Mereka berjalan beriringan. Apalah perfume yang Umaira ni pakai agaknya, bau nya segar sahaja. Ah, kau tu sebenarnya dah kemaruk bercinta, kentut pun bau wangi. Semuanya indah, mata dah dibutakan dengan keasyikkan aura cinta seorang perempuan.

Ya betullah kan.. cinta itu buta.

“Esok nanti ada orang akan pasang cctv kat depan rumah you dengan kat belakang. Nanti esok kunci rumah bagi kat I.”

“Kenapa nak kena bagi kat awak kunci rumah? Bukan kat Hamdan?”

“Eh, you lebih percayakan Hamdan dari I ke?”

“Kalau awak duplicate kunci rumah saya macam-mana?”

“Haah! Bagus juga idea tu, Cik Umaira.” Khairil petik jari. Kemudian tangannya dibuat-buat mengurut dagu. Seolah sedang berfikir rancangan jahat.

Namun sebenarnya betul apa yang Umaira katakan. Asal rencana memang hendak mendapatkan kunci pendua rumah sewa Umaira. Cctv hanya alasan. Khairil Izhan ada rancangan jahat sendiri. Hanya masa sahaja yang bakal menentukan samada rancangan itu akan atau tidak dilaksanakan.

Usai makan malam bersama, Umaira dan Khairil mengambil angin malam, menyusuri pantai. Imran sudah lama pulang ke chalet, mengantuk katanya, penat driving dari KL ke Kuala Terengganu.

“Macam-mana boleh tahu saya kat sini?” Sesekali Umaira mencuri pandang lelaki di sebelahnya itu. Si tinggi lampai itu sentiasa segak dan kemas, walau hanya mengenakan t-shirt dan seluar jeans. Tak pernah nampak cela di mata.

“Cari. Tanya orang, upah orang, paksa orang, pukul, tumbuk..”

“Seriusly?” Sampai kena pukul tumbuk orang ke?

“Sorry, should be 2-3 hari lepas Iagi I dah datang sini, bila dah tau you kat mana. Tapi biasalah, mama buat hal lagi. Then papa pula nak gantikan my cousin tuk jadi CEO Mega Holdings, errmm.. I should be ada kat ofis by this Monday. Otherwise I akan kena pecat or being replace.”

Humaira berhenti langkah. Serasa berat dugaan yang lelaki ini tanggung demi untuk mencari dan berada di sisinya saat ini.

“Why?” Khairil turut berhenti. Angin dingin mula menyapa tubuh. Angin pantai Laut China Selatan.

“Tak risau ke kalau kena pecat? Sebab saya?”

“Bukan nak cakap besar, but I don’t care kalau kena pecat ke, replace ke. I tak nak kekayaan family I kalau hidup I dikongkong. Kita boleh bina hidup sendiri, boleh balik London. Boleh juga pindah tempat lain, bumi Allah ni luas Umaira, yang penting kita usaha cari rezeki.”

Memang bumi Allah ini luas, tapi yang Umaira risaukan adalah restu keluarga. Dia yakin, keluarganya akan dapat menerima Khairil Izhan, tapi dapatkah keluarga lelaki itu menerima dia.

“Puan Sri kan tak suka saya..”

“But I love you. I really love you, and will be always love you, Umaira.”

“Restu keluarga tu penting.”

“Semua orang restu kita. Cuma mommy seorang saja, lama-lama dia akan terima. Kita sabar and doa.” Khairil berdiri di hadapan Umaira. Cuba untuk menerangkan lagi.

“I betul-betul cintakan you. I kejar you, I cari, I buang ego lelaki I untuk you. I sanggup buat apa saja untuk dapatkan you. Kalau sekarang terpaksa tarik tangan you, bawa lari pergi mana-mana pun I sanggup. Sebab sekali I jatuh cinta, I nak cinta I itu dibawa sampai akhir hayat I. Till Jannah.”

Oh my. Ayah.. lelaki di hadapan Umaira ini sangat cintakan Umaira ayah. Tolong terima dia dalam keluarga kita.

“Tapi Puan Sri..”

“Look here, Umaira.” Bahu gadis itu dipegang, sekadar mahu Umaira memandang wajahnya.

“Yang nak bahagia tu kita, bukan Puan Sri. Selama I duduk London, mommy tak pernah ambil tahu, dengan siapa I keluar, dengan siapa I berkawan, I makan ke, balik lambat ke, tidur rumah kawan ke. She never ask, she never call. Mommy tak hadir pun majlis convo I, dengan alasan dia ada meeting persatuan. You imagine, I graduate sekali jer, meeting tu boleh jer postpone. Do you want me to respect her, for all yang dah jadi?”

“But, she still your mom. Dia yang lahirkan awak. Restu dia akan lebih membahagiakan kita.”

“Kalau macam tu, sampai bilapun lah kita tak boleh kahwin.”

Khairil meneruskan langkah perlahan. Kedua tangannya di bawa memegang tengkuknya. Argh, dia mengeluh.

Umaira mengejar perlahan. Bukan dia tak faham masalah Khairil, tapi dia mahu jika mereka benar ditakdirkan akan bersatu hingga ke akad pernikahan, biarlah seluruh keluarga mereka merestui. Setiap perempuan pasti mengidamkan sebuah perkahwinan yang meriah walau sederhana. Dirai seluruh sanak saudara. Dia tidak mahu ada masam muka di majlis perkahwinannya nanti.

Dia tahu Khairil juga inginkan perkara yang sama. Tidak bolehkah perkara ini dibawa berbincang lagi. Lagipun mereka baru sahaja kenal. Tak perlu rasanya hendak tergesa-gesa. Sekurang-kurangnya biarlah mereka lebih mengenali sesama sendiri.

“Dah nak balik ke? Dah lewat ni.” Jarum pendek sudah melepasi angka 12. Langsung tidak sedar masa berlalu.

“I hantar, nanti esok pagi I ambil.” Sanggup nak hantar, nak ambil. Istimewanya seorang Nurin Umaira pada mata Khairil Izhan. Anak jutawan, yang petik jari ramai perempuan nak berdamping dengannya. Tapi dia hanya mengejar Nurin Umaira gadis biasa yang serba sederhana.

“You masuk, kunci pintu, baru I balik resort.”

“Saya dah dekat 2 minggu kat sini, tak ada apa-apalah, awak baliklah dulu. Kang nanti tak ingat lorong macam tadi.”

“Tadi tu saja nak manja-manja. Ingatan I kuatlah, sekali jer dah boleh hafal. Lagipun I dah setting kat Waze jalan balik ke resort tu. Tak sesat punyalah. Dah pergi masuk dulu.”

“Ok. Jumpa esok ya.”

Umaira kata jumpa esok? Aduhai, Umaira dah malu lagilah dengan senyum senget di bibir Khairil. Tanpa menoleh, Umaira terus mengunci pagar, membuka grill, pintu dan kemudian terus hilang di dalam rumah. Dia mengintai sedikit di sebalik langsir tingkap, lelaki itu masih berdiri sambil berpeluk tubuh, bersandar di kereta.

Bahagiakah aku nanti dengannya, jika keluarganya tidak merestui hubungan ini. Sungguh benarkah aku mencintainya, atau ini hanyalah mainan hatiku sendiri.

Walau Umaira tahu malam sudah larut, namun tangannya tetap menekan sesuatu di Whatsapp.

- Ayah.. Kakak bingung..

Beberapa saat kemudian dia menerima mesej balas.

- Kakak tak usah risau.
Ayah dan ibu dah ada calon suami yang sesuai untuk kakak. Kali ini kalau mereka masuk meminang, ayah dan ibu akan setuju.

Hah?! Terus tak boleh tidur Umaira dibuat dek jawapan ayahnya. Sudah beberapa kali dia ulang baca.

Beberapa kali juga cuba untuk menyoal balik, namun tangannya jadi terketar dan tidak berdaya. Tanpa sedar airmatanya jatuh menitik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience