[ Bab 49 ] DBS

Romance Completed 253377

[ Bab 49 ] DBS

Bersiap ala kadar namun setampan yang boleh untuk surprise si buah hati. Sehelai denim biru dipadankan dengan t-shirt berwarna kelabu. Topi baseball NYC disarung di kepala. Biarlah simple tapi segak dipandang.

Langkahnya panjang namun tidak tergesa-gesa. Helmi ada menghantar meseg padanya tadi, memberitahu di mana Umaira. Gadis kesayangannya itu sedang sebok melayan sahabatnya. Busy sungguh nampaknya dia.

Dari jauh dia sudah nampak Umaira, yang buat langkahnya tiba-tiba menjadi laju, bila ada Izzuwan di sebelahnya. Dia perlu segera mendapatkan buah hatinya itu. Sudah beberapa jam dia biarkan Izzuwan kembali rapat dengan Umaira, cukup itu sahajalah waktu yang diberikan. Sekarang adalah masanya untuk merampas kembali Umaira.

Tanpa memperdulikan sesiapa, Khairil berdiri di belakang Umaira, namun matanya menatap ke wajah Izzuwan. Senyum paksa diukir. Jarinya mencuit bahu Umaira beberapa kali, memaksa gadis itu untuk menoleh.

“Eh, awak?”

“Hai sa..” Belum sempat ayat sayang dilafazkan, seseorang tertumpahkan air ke t-shirtnya. Huh! Sejuk rasa badan.

“Imran?!” Terlopong mulut Khairil seketika. Imran buat apa di sini? Setelah sekian lama Imran hilang sejak pertengkaran mereka dulu, tiba-tiba mereka bertemu di sini.

“Khai? Kau buat apa kat sini?”

“Ni girlfriend aku, ni resort aku.. salah ke kalau aku ada kat sini? Kau pula lama hilang, tiba-tiba muncul kat sini?”

“Hah, aku ada seminar kat Primula, teringatkan butter prawn kat sini sedap tu yang aku check-in kat sini. Tak sangka pula ada barbeque.”

“Ooo.. butter prawn kat sini sedap..” Khairil dah menyampah sekarang ni. Ingat dia nak buat surprise, tapi nampaknya sudah terbalik, dia pula yang kena surprise. Sudahlah baju dah kotor dek air pink guava.

Mata sempat menjeling Helmi, menghantar bahasa isyarat, ‘kenapa tak beritahu Imran ada kat sini?’ Jawapan angkat bahu dari Helmi seolah memberitahu yang dia tidak tahu.

Imran kah yang Hamdan maksudkan dengan ‘seorang lagi’ tu? Ah pedulikanlah semuanya.

“Awak..” Suara itu menenangkan hatinya.

“Awak tak apa-apa ke?”

“I’m okay. Sikit jer ni.”

“Umaira teman pergi cuci ya, kotor dah baju ni.”

Hatinya jadi tenang melihat wajah kesayangannya itu. Seketika mereka berpandangan. Langsung tidak memperdulikan orang sekeliling. Rasa rindu yang menebal dalam diri, kalau dapat dizahirkan mahu saja dia peluk-peluk gadis cantik di hadapannya itu. Bibir mungil yang mengukir senyum itu, mahu saja dikucupnya. Ah, Umaira.. cepatlah jadi isteri Khairil yang sah, supaya Khairil boleh menyentuh kulit halus Umaira itu.

“Tak apa, sikit jer.”

“Sorry lah Khai, aku tak perasan kau tadi. Kau muncul tiba-tiba.” Imran pula rasa tak senang. Dia memang tidak sengaja tertumpahkan air ke baju Khairil, disebabkan dia terkejut melihat lelaki itu. Fikirnya Khairil mesti tidak akan dapat ke Terengganu, memandangkan saban hari, ibunya pasti akan menyusun agenda agar Khairil sentiasa bersama Puteri.

“Encik Khai, bila sampai?” Juita datang menyapa. Sebenarnya Juita juga penyelamat keadaan yang canggung sekarang ini.

“Petang tadi. Ingat nak buat surprise kat Umaira, rupanya I yang kena surprise. Gila punya surprise.” Khairil ketawa paksa. Jengkel hatinya dengan Imran dan Izzuwan yang berdiri bagaikan patung itu. Argh!

“Encik Khai nak makan apa-apa ke?” Helmi pula datang kononnya nak selamatkan keadaan juga.

“It’s ok Mie. Bukan kat ofis yang you nak serve I semuanya.”

“You are my boss, I’m your PA.” Helmi cuba buat lawak. Namun lawaknya tak berapa nak jadi. Tak tahu berapa HA nak bagi kat Helmi.

“Awak.. nak cuci dulu tak baju tu?”

“Umaira nak tolong?” Wajahnya didekatkan dengan wajah Umaira.

“Tolong teman sampai sinki.” Umaira cuba melarikan wajahnya sedikit.

“Teman I tukar baju? Boleh?”

“Lain macam saja bunyinya bos. Agak-agaklah kalau nak buat aksi 18sx, kat sini ada budak-budak lagi ni bos.” Ishk, Helmi ni, nak kena luku agaknya kepala tu. Menyebok sajalah.

“Jom, saya teman sampai chalet. Jue nanti aku datang semula. Jomlah.”

Nasib Umaira pandai ambil hati. Nasib Umaira masih nak layan dia. Sikap Umaira yang macam nilah yang buat semua orang tergilakan Umaira. Dahlah cantik, senyumnya manis, sentiasa berbaik dengan semua orang.

“Kenapa datang tak beritahu?”

“Kalau beritahu tak dapatlah nak tengok drama Umaira dengan ex-boyfriend.”

“Siapa? Awak maksudkan Izzuwan?”

Khairil cemek muka.

“Dia bukan ex-boyfriend sayalah. Dia tak pernah jadi boyfriend pun macam mana boleh jadi ex. Dia cuma ex-officemate.”

Mereka diam seketika. Namun kaki masih melangkah menuju ke chalet penginapan Khairil. Khairil pun tak mahu rosakkan mood Umaira, jadi dia tidak mahu bertanya lanjut.

“Tunggu sini ke, nak ikut masuk?” Senyum senget Khairil membawa berjuta makna.

“Tunggu sini.” Umaira pula tersengeh.

“Tadi kata nak tolong teman tukar baju. Tukar baju kat dalam. Kalau kat sini, jadi pak guard.”

“Ishk, cepatlah.” Umaira menolak sedikit Khairil. Dia ni memang banyak songehlah. Untung dah ni Umaira teman.

Umaira rasa dia perlu jelaskan perihal Izzuwan pada Khairil Izhan. Dia dan Izzuwan tidak pernah menjadi kekasih, memang benar Izzuwan suka padanya, tapi Izzuwan tidak pernah bersungguh, tidak mencuba jika dia menolak. Pada Izzuwan, kalau Umaira kata tak mahu, tidaklah lagi dia hendak memujuk atau bersungguh menjadikan mahu.

Tidak sampai 5 minit, Khairil sudah keluar dan menutup pintu. Kali ini dia mengenakan sehelai t-shirt biru muda round neck dan sehelai jacket denim. Apa saja yang dipakai Izhan, lelaki itu akan nampak segak di mata Umaira.

“Jom sayang..” Khairil sudah hendak melangkah, bila dilihatnya Umaira masih berdiam diri.

“Kenapa ni? Marah kat I ke? I’m sorry, kalau kedatangan I kat sini mengganggu you nak berseronok dengan kawan-kawan.”

“Sampai sekarang, saya masih tak boleh lupakan kata-kata Izzuwan pada saya. Hati saya sakit dan marah. Tapi dia tetap kawan sekerja saya, saya masih hormat dia sebagai supervisor saya.”

Melihat pada wajah sugul Umaira, buat Khairil susah hati. “It’s ok kalau you tak nak cerita. Jangan paksa diri. Jom.”

“Saya rasa maruah saya tak bernilai pada Izzuwan, walau dia dah kenal saya bertahun lamanya. Saya rasa terhina bila dia tanya berapa harga saya untuk satu malam, supaya dia juga boleh keluar dengan saya, macam saya keluar dengan awak. Awak rasa saya nak ke bercinta dengan orang yang sekali kita cakap tak mahu, langsung tidak mahu mencuba kali kedua. Tak ada usaha memujuk, malah bertanya kenapa.

Dia kata dia suka di mulut, tapi dia tak bersungguh di hati. Bila ada saingan baru dia nak menggelabah. Baru nak menunjuk yang dia juga seorang lelaki yang sedang bercinta. Rasanya masa tu dah terlambat untuk dia, sebab saya dah jumpa pilihan hati saya sendiri. Walaupun saya tahu, untuk memiliki lelaki itu akan ada banyak halangan di hadapan, tapi hati saya dah jatuh suka pada kesungguhan dia. Pada setiap pengorbanan yang telah dia lakukan untuk saya yang serba tak ada ni. Pada maruah diri dia yang dah tercalar demi mengejar cinta saya.”

Khairil terpegun dengan kata-kata Umaira. Rasanya tidak pernah Umaira mengaku tentang perasaannya sebegitu. Kalaulah dia sudah halal buat Khairil, pasti gadis itu sudah berada dipelukkannya sekarang ini.

“Awak..”

Khairil hanya berdiam sambil merenung mata Umaira. Are you wanna confess your love Umaira?

“Mahukah awak menyayangi dan mencintai saya sepanjang hayat awak?”

Ishk Umaira ni, cakap macam ni kat depan chalet pula. Patut cakap dalam bilik, boleh Khairil hadiahkan ciuman. Atau cakap di tepi pantai, boleh mereka berpegangan tangan.

“Mahukah you untuk sentiasa ada di sisi Khairil Izhan sehingga nafas terakhirnya di jemput Sang Pencipta? Atau sehingga ke Jannah? Kalau you sanggup setia, sekarang juga kita halalkan hubungan kita ini.”

“Pergi masuk meminang dulu.” Umaira kemudian tersenyum dan mula melangkah. Kakinya sedikit lenguh dek kerana berdiri sedari tadi.

“Sayang.. eh, apasal pergi sana.. sinilah.” Tangannya menunjuk ke arah chalet. Namun kakinya melangkah mengejar Umaira.

“Mengada eh.” Satu cubitan manja singgah di lengannya.

“Rindulah dengan jari ketam tu. Tak sabar rasa nak gigit jari tu. Umaira memang suka buat orang gilakan dia agaknya.” Khairil tertawa suka. Jika sedari tadi dia tertawa paksa, kali ini dia sangat bahagia. Dia tidak akan persoalkan lagi tentang Izzuwan pada Umaira. Apa yang dia dengar tadi dah cukup sebagai bukti yang Umaira juga sukakan dia. Ya dia tahu gadis itu memang sudah jatuh hati padanya, cuma kata-katanya tadi menambah kuat rasa cinta di hati.

“Kalau I masuk meminang, pastikan family you terima I tau.”

“Takutlah nak cakap dengan ayah, ayah garang. Lagipun ayah kata, ayah dah ada pilihan sendiri. Bagi saya cakap dengan ayah dulu ya. Ingat nanti kalau Puan Zulaikha dah masuk kerja, Umaira nak balik kampung. Nak ikut?”

“You nak kenalkan I pada family you?” Wah Khairil rasa teruja. Lagilah bila Umaira menganggukkan kepala.

“Of course I nak. I can’t wait.”

Sedar tak sedar mereka sudah sampai di tempat barbeque. Entah berapa pasang mata melihat ke arah mereka. Khairil juga gembira bila Umaira tidak menyorok tentang perasaannya. Mungkin mereka semua ni sahabat baik dia. Ya, kehadiran dia di sini pun dah membuktikan yang mereka bercinta.

“Amboi lamanya bos? Ingat dah lupa jalan nak ke mari.” Helmi, oh Helmi. Memang suka buat lawak ya?

“Itulah ingat tadi nak corner kat lain. Tapi tak mahulah kalau ada yang salah sangka lagi. Menuduh pada perkara yang tidak berlaku.”

“Okay. Can I announce something? Thanks to all of you, sebab sudi datang jauh-jauh untuk support Umaira. I’m sorry sebab maybe ada antara you all yang I tak kenal. Kalau bestie Umaira I cam muka dia. Yang lain tu, kita akan berkenalan nanti ya. Kalau ada yang tertanya, kenapa I kat ada kat sini, of course lah sebab cinta hati I ada kat sini. And biar I beritahu semua, selama ni, memang I yang tergilakan dia, memang I yang kejar dia, memang I yang nakkan dia. She’s my love at first sight, not my scandal.

Ok, kalau esok you all dah ada program nak ke mana, its all under me. Selagi Cik Umaira tak rasa rimas dengan I, I suka saja nak join you all.”

“Bolehlah bos belanja naik jet ski.”

“Boleh, nanti minta diskaun dengan cik pengurus ya.” Mereka sama-sama tertawa.

Khairil terpandangkan Hamdan yang baru sahaja sampai. Dia melambai tangan kepada Hamdan, lelaki itu datang mendekat.

“Saya nak beritahu yang Encik Imran pun ada check-in, tapi tak kesampaian.”

“Tak apa Hamdan. I ok jer. Nothing to worries.” Nothing to worries? Huh! Tengok tu, Imran bukan main seronok berbual dengan Umaira. Kalau ikut rasa jeles Khairil mahu dia sound saja Imran. Tapi dia kenal cool, dia tak mahu memalukan Umaira. Biarlah buah hatinya itu bergembira.

***

“Aku rasa Encik Khai tu jeles lah Maira.”

“Yeke? Takkanlah. Aku dah beritahu dia tadi aku dengan Izzuwan tak ada apa-apa.”

Umaira bermalam dengan Dayang dan Juita. Dayang cuma bawa anaknya yang kecil sahaja. Suami dan dua orang anaknya yang lain tidak ikut sekali.

“Tadi aku sempat menelek wajah tiga jejaka yang berebutkan kau tu. Izzuwan memang ada emosi frust. Ialah, dia dah tentu kalah sebelum berjuang. Memang dia tak pernah berjuang pun kan selama ni. Dia tu acuh tak acuh jer.”

Dayang menyelimutkan anaknya yang sudah lama terlelap. Dia kemudiannya duduk bersila menghadap Juita dan Umaira.

“Maksud aku Encik Khai tu jeles dengan kawan baik dia tu, Encik Imran. Dari mata kasar akulah, yang anak dah 3 ni, Encik Imran tu pun sukakan kau. Cahaya dari pandangan mata dia.. ada cahaya cinta..”

“Ishk merepeklah. Tak akanlah. Dah tentu Umaira ni makwe kawan baik dia, tak akanlah dia nak jatuh cinta pada makwe kawan baik dia sendiri.” Juita menidakkan apa yang Dayang katakan. Kalaulah ianya benar, tentu susah jadinya.

“Umaira cuma sukakan mamat muka ketat tu saja. Orang lain Umaira tak nak ambil tahu.” Umaira menutup mukanya dengan selimut. Malu pula bila dia berkata begitu.

“Ni aku nak pesan ni, Mai. Kau jangan terlebih layan si Imran tu, takut kang dia salah sangka. Dan risau kalau Mr CEO kita tu terlebih cemburu. Boleh jadi bergaduh pula nanti.”

“Macam cerita hindustan lah kisah cinta kau ni Mai..” Mereka tertawa suka. Tak habis mereka berborak bercerita itu ini, sampaikan sempat membawang tentang Tuan Mansor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience