[ Bab 68 ] DBS

Romance Completed 253377

Dari kecil Umaira memang tidak suka ke rumah Mak long, pasti ada saja yang tidak kena di mata mak long. Angah kata, mak long sebenarnya nak kan Umaira sebagai menantu, buat anak sulongnya, Zaid. Dah beberapa kali juga mak long bertanyakan tentang Umaira pada ibu. Tapi kalau mak long suka, kenapa mak long selalu saja cakap yang menyakitkan hati, sepatutnya mak long memuji.

Abang Zaid pun tak ada cakap yang dia suka. Kalau jumpa Umaira biasa saja macam sepupu yang lain. Tak pernah pun bertanya khabar atau menghantar pesanan. Itu yang Umaira selalu pelik dengan keluarga mak long. Kalau boleh mengelak, memang nak mengelak dari pergi ke rumah mak long tu.

Umaira terus menonong ke bilik sebaik pulang dari rumah mak long. Khairil melabuhkan punggung ke sofa. Ingatkan Puan Seri Maria saja yang selalu menuduh itu ini, rupanya mak long pun sama. Dia harap sangat jawapannya tadi tidak menyinggung perasan sesiapa. Dia sekadar hendak mempertahankan dirinya dan juga Umaira.

“Kamu mengandung ke Umaira?” Baru hendak menyuap nasi, hilang terus selera mendengar soalan mak long.
“Kau ni long, depan rezeki tanya soalan macam tu.” Ibu macam dah hilang sabar dengan mak long.
“Aku bukan apa, pernikahan tergesa-gesa sangat. Orang kampung pun dah mula bertanya. Umaira dah mengandung ke?”
“Jomlah kita balik ayahnya.” Ibu dah nak bangun namun ayah menahannya. Sudahlah macam tak ada hari lain hendak mengajak makan di rumahnya, masih banyak kerja di rumah yang hendak dibuat.

“Kita boleh pergi klinik buat checkup lepas ni, kalau nak puaskan hati semua orang. Maaf Khai bukan nak kurang ajar, tapi bila kata Umaira mengandung mesti anak Khai lah kan. Sebab kahwin tergesa-gesa dengan Khai. Tak akanlah Khai pak sanggup pula. Tapi sekadar nak beritahulah, Umaira masih suci sehingga malam tadi.” Bob angkat tangan tanda ‘good’ pada Khairil. Ayah senyum kecil.

Khairil tak berniat nak membuka cerita bilik tidur di meja makan rumah mak long. Tapi kesabarannya menipis bila acap kali mak long bertanya, adakah Umaira sudah mengandung. Maafkan abang, sayang. Abang tak terfikir orang kampung akan menuduh sayang sampai macam tu sekali.

“Terbaik jawapan abang tadi.” Bob turut bersandar di sofa. Mak long tu saja macam tu, pak long ok jer. Anak-anaknya pun tak adalah cakap banyak.
“Entahlah, abang geram sebenarnya.”

“Mak long kamu tukan presiden kelab membawang kat kampung ni. Macam-macam soalan lah ada dalam kepala dia.”
“Ayah pun best juga, boleh ajak mak long ke klinik sebelum balik tadi.” Luqman bersuara.
Ibu datang dari dapur membawa sedulang air. Ribena sejuk.
“Minum Khai buat sejukkan hati yang panas.” Seloroh ibu.

“Ayah cakap macam tu, nakkan mak long kamu tu rasa malu dengan tuduhan dia. Betullah apa abang Khai kamu cakap, boleh pergi klinik buat checkup. Eh, tapi Umaira memang belum mengandung kan? Masih su.. malu pula ayah nak menyebutnya.” Ayah ketawa kuat. Senang hatinya bersandar di sofa.

“Betullah ayah. Tak akanlah Khai nak aniaya first crush Khai.”

“Baguslah Khai. Masa kat London ada kamu buat macam-macam kat anak-anak mat saleh kat sana?”

“Khai old school, lagipun dia orang tahu Khai muslim. So dia orang hormat. Kalau pergi rumah kawan-kawan time festival ke, dia orang masak lain untuk Khai dengan auntie Mariam dan uncle George.”

“Baguslah macam tu. Biasanya orang dah biasa hidup bebas kat London ke, atau kat mana-manalah, cepat terikut budaya orang situ.”

“Auntie Mariam yang selalu ingatkan Khai. Solat, mengaji. Awal-awal dulu ramai tak boleh terima auntie Mariam sebab dia bertudung. Teruk juga nak start life kat sana, orang pulaukan kami. Tapi lama-lama dia orang terima. Kami cari kawan-kawan muslim, sama-sama belajar agama.
Tapi sometimes, bila nak lepak dengan member, dia orang suka pergi pub, disco, Khai jadi macam nak ikut ke tidak. Nak minum coke pun jadi was-was. So selalu lepak kat kedai halal. Tak banyak tapi adalah.”

“Kamu tak pernah minum?”
“Minum? Maksud ayah?”
“Minum air setan tu.”
“Oh, ingat minum apa, tak lah ayah. Tak pernah.” Khairil menghela nafas dalam.
“Bayangan budak perempuan tocang dua tu selalu muncul setiap kali Khai berhadapan dengan masalah. Dulu kena buli, kena paksa hisap rokok. Macam-macamlah. Bukan semua baik. Uncle George hantar Khai belajar Judo, biar Khai boleh pertahankan diri kalau kena buli.”
“Banyak pengalaman kamu hidup kat tempat orang. Dengar tu Bob, Luqman, Hafiz. Jangan terikut budaya orang barat tu.”
“Kalau kita kuat semangat, one day orang akan hormat dan ikut cara kita. Neighbours kat sana dah kenal dah kami.”

“Kenapa Khai tak panggil auntie Mariam, mama ke, mom ke? Diakan jaga Khai dari kecil.” Bagus soalan ibu tu. Ramai juga yang tanya Khairil sebelum ini. Tapi auntie Mariam ada jawapannya.
“Auntie Mariam yang tak bagi, dia kata dia nak Khai ingat, yang Khai ada ibu kandung kat Malaysia. Dia hanya ibu saudara yang menjaga Khai. Dekat rumah kami cakap bahasa Melayu, auntie tak bagi cakap English, dia kata dia tak nak Khai lupa pada tanah kelahiran Khai. Khai orang melayu, bukan orang British.”

“Baguslah Mariam tu.” Khairil jadi rindu pada auntie Mariam kesayangannya. Sihatkah dia? Uncle George?
“Bagus dan baiknya auntie Mariam, sampaikan nenek selalu cakap kat daddy, kenapa dulu daddy tak kahwin dengan Mariam. Kalau daddy kahwin dengan Mariam, tak lahirlah Khai, tak jumpalah Umaira.” Khairil ketawa.
“Seingat ayahlah, Mariam tu cantik orangnya. Lebih cantik dari Maria. Tapi Maria pandai menggoda, itu yang Sufrie terpikat.”
“Amboi ayahnya, bukan main lagi.”
Ayah ketawa mendengar kata ibu. Ya Khairil akui, kalau dari segi personaliti, memanglah mommy jauh lebih bergaya dari auntie Mariam. Auntie Mariam seorang yang low profile. Sangat bersederhana.

Khairil kemudiannya minta diri ke bilik untuk solat Zuhor. Sebaik memasuki bilik, dia melihat Umaira sudah memakai telekung. Mungkin Cik isteri sudah solat. Dia mencapai kain pelikat, dan menukar seluar.
“Sayang dah solat ya?”
“Belum. Tunggu abang.”
“Okay kejap. Ambil wuduk.”
Khairil kemudian ke bilik air dan mengambil wuduk.

Usai solat, Umaira berterima kasih pada Khairil kerana mempertahankan dirinya semasa di rumah mak long. Khairil sekadar tersenyum. Tuduhan pada Umaira, diapun merasa tempiasnya. Manakan tidak, yang dituduh itu isteri yang baru sehari dinikahi. Bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya.
Namun Umaira membebel juga kenapa perlu bercerita tentang perihal ‘malam semalam’. Padanya cukup sekadar memberitahu boleh pergi klinik untuk checkup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience