[ Bab 91] DBS

Romance Completed 253377

"Reen.." Khairil menarik hujung baju Khairina. Dia dah bagi cadangan, tapi adiknya itu tidak mahu membantu pula. Bukan susahpun, buatkan hantaran saja, tak perlu tahu siapa yang kahwin. Semuanya berbayar.

"Reen tak nak buat selagi abang tak beritahu siapa yang nak kahwin. Abang jangan macam-macam eh, bukan Reen tak tahu yang kak Maira suruh abang kahwin dengan Puteri. Mommy tu dah pukul canang dah beritahu kat kawan-kawan dia, betapa baiknyalah menantu skandal dia tu, dah bagi green light kat abang kahwin dengan Puteri. Baru saja tadi Datin Zaiton kepochi pasal ni. Sakit telinga Reen ni, abang."

"Kalau macam tu, Reen buatlah hantaran tu untuk abang dengan Puteri macam yang mommy dah kepoh tu."

"Eh abang ni tau, cakap tu kan macam doa. Nak sangat ke kahwin dengan Puteri tu, dah tak sayang kak Maira ke?"

"Dah kak Maira kamu kan yang bagi abang lesen poligami. Bukan salah abang. Okaylah tu, mungkin kak Maira nanti boleh bimbing Puteri jadi perempuan baik-baik."

Khairina rasa nak halau saja abang dia dari butik Qaireen Qaseh. Semak pula asyik bercakap pasal poligami. Ini kalau ada suaminya Idham, tentu seronok mereka berdua berborak.

"Abang.. andai kata abang kahwin dengan Puteri, elok sebulan dua, kak Maira bersalin, lepas tu dia minta abang lepas kan dia, macam-mana? Mungkin sekarang dia cakap dia ok, sebab mommy push dia. Lepas tu abang putih mata, kak Maira tak dapat, baby pun tak dapat, dapatlah si Puteri senget tu."

"Haalloooo sister.. Mulut tu abang cubit nanti. Choi lah." Khairil raup muka. Pergh panas hati betullah dengan Khairina ni. Kalau bukan adik tadi memang makan penampar. Ugh, mati hidup semula pun, dia tak akan lepaskan Umaira, dia sanggup lah habis akad nikah, terus ceraikan Puteri dari hilang Umaira dan baby dalam kandungannya. Bukan dia tidak pernah menjeling semasa doctor scan kandungan baby nya, walau sudah berjanji tidak mahu tahu, jantina ataupun kembar atau tidak.

"Reen, please lah Reen. Abang bayarlah Reen."

"Tengoklah nanti."

"Eh mana boleh tengok-tengok. Planning lagi 2 minggu je ni. Tak nak lambat-lambat, sementara masih dalam mood nak kahwin baru. Nanti kak Maira dah nak bersalin." Khairil tersengeh. Kahwin baru? Ishk. Kalau ikutkan seronok jugakan kalau dapat kahwin dua. Macam lagu Seniman Tan Sri P. Ramlee tu, mulutnya bernyanyi-nyanyi. Dia dan daddy dah hafal dah lirik lagu tu, balik dari Sibu, asyiklah menyanyi bersama.

"Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga"

"Abang!!!" Belakang badannya dipukul Khairina dengan majalah. Geram dia mendengar abangnya menyanyi-nyanyi. Menggatal bunyinya. Dah tak ingat isteri dan anak yang bakal lahir agaknya. Lelaki semua samalah. Bebel Khairina di dalam hati.

Nak beritahu Imran tak ya? Mana pergi Imran agaknya, dah lama tak contact. Busy sejak ambil alih company Datuk Harun. Tapi Imran kena ada di majlis pernikahan tu nanti. Imran kena jadi saksi. Agaknya apa reaksi Imran kalau dia beritahu, Puteri akan berkahwin. Mesti Imran akan sebok nak plan, cara-cara hendak memikat Umaira. Boleh blah lah Im, gigit jarilah kau.

Pertemuan singkat dengan Puteri dan Izzuwan semasa di Sibu, membawa ke plan perkahwinan ini. Dan dengan perbincangan demi perbincangan bersama Dato Zamri, akhirnya kata sepakat dicapai. Alhamdulillah. Selepas ini, hatinya akan tenang. Hati mommy juga akan tenang. Tak perlu nak fikir nak jadikan Puteri Qaisya menantunya. Lagipun semuanya atas kehendak dan permintaan Puteri Qaisya sendiri. Tak ada pergaduhan, tumbuk menumbuk dan cedera mencederakan.

Handphone nya berbunyi. Whatsapp dari Puteri Qaisya dibaca.

Puteri Qaisya: Reen nak tolong ke abang?

Dia menjawab sepatah.

Khai Izhan: No.

Mencari tempat tersorok dan berbalas Whatsapp dengan Puteri.

Puteri Qaisya: Sewa baju pengantin tempat lain sajalah abang. Tak payah susahkan Reen.

Khai Izhan: I will persuade Reen until she do it.

Puteri Qaisya: Abang terus-terang sajalah pada Reen. Lagipun Puteri takutlah mommy abang marah.

Khai Izhan: Nop. Kalau beritahu nanti kantoi lah siapa pengantin lelakinya. Abang dah plan baik ni.

Ini adalah pernikahan yang dirahsiakan. Mommy CEO pun tak boleh tahu. Everything is surprise. Kalau semua dah tahu, taklah surprise namanya. Nasiblah Dato Zamri pun setuju. Terbaiklah uncle. Permudahkan urusan Khai, demi kebahagiaan semua.

“Reen, abang nak baju melayu color biru cair, sekali pandang macam putih, dua kali pandang biru.”

“Reen tak naklah abang, pergilah butik pengantin, yang sebok nak suruh Reen kenapa? Reen tak nak khianati kak Maira.”

“Apa pula khianati? Kak Maira yang setuju tau. Kalau tak percaya pergilah call. Abang call sekarang eh? Reen cakap sendiri dengan dia.” Oh jangan Khairina betul-betul nak call Umaira sudahlah. Umaira dah lama tak menyebut nama Puteri, difikirannya Umaira sudah lupa akan Puteri. Namun apa yang dia tidak tahu, Umaira kerap dapat Whatsapp dari nombor yang tak dikenali, yang selalu menghantar gambar tentang hantaran dan juga baju pengantin.

Majlis pernikahan seperti yang dirancangkan hanya akan dihadiri keluarga terdekat sahaja. Umaira pun tak perlu ada takutlah Mommy CEO meroyan nanti. Tapi di majlis persandingan, dia akan bawa Umaira dan semua adik beradik Umaira. Tentu meriah nanti. Akan dijemput juga sahabat baik Umaira di Mega Holdings. Sebagaimana meriahnya majlis resepsi dia dengan Umaira, akan meriah juga persandingan Puteri.

“Ok lah kalau Reen tak nak tolong abang, abang cari butik lain.”

“Reen buat untuk abang saja, untuk Puteri, pandai-pandai dia. Idea Reen hanya exclusive untuk kak Maira saja.”

“Tq sister. Ok abang chow dulu, ada date dengan Puteri.”

“Daddy nak Khai teman Puteri ke, daddy nak teman?”

“Khai pergilah. Daddy ada hal lain nak settle kan.”

Khairil mengambil Puteri di rumahnya. Puteri pun balik bercuti dari Australia. Pengajiannya belum habis. Masih ada setahun di sana, maka kerana itulah dia perlu segerakan pernikahan ini, sebelum Puteri kembali ke Australia.

Seronok juga mencari baju pengantin ni. Puteri kata, butik pengantin ni yang terbesar di KL. Dia tidak berpeluang ke butik pengantin dengan Umaira. Semua persiapan Khairina yang buat. Dia tahu pakai sahaja. Dia berkahwin dalam masa seminggu selepas kes tangkap khalwat di Kuala Terengganu, kemudian majlis resepsi pula, Umaira jauh di Sibu dan kemudian tidak boleh banyak bergerak.

Telefonnya berbunyi.. Khairina. Dah berubah fikiran ke?

"Abang!" Khairina terjerit di sana. Wah boleh pekak telinga Khairil macam ni.

"Siapa yang nak kahwin ni? Abang ke daddy?"

"Why?"

"Daddy baru call Reen, nak baju melayu sama macam abang. Peninglah Reen."

"Kalau abang kata bukan abang, Reen percaya?"

"Habis tu tak akanlah daddy dengan Puteri pula. Kalau daddy carilah yang lebih tua dari Reen."

"Kalau abang kata bukan abang, bukan daddy, Reen percaya?"

"Eh, geram pula Reen dengan abang nilah. Dahlah, makan malam kat rumah Reen hari ni." Dia nak korek rahsialah tu. Khairil jongket kening.

Puteri menggamit Khairil, sehelai baju ditunjuk. Cantik. Khairil tunjuk ibu jari tanda 'good'. Muslimah, mulutnya menyebut tanpa suara. Puteri ketawa.

Puteri Qaisya tidak pernah bersalah kerana cinta. Sebenarnya cinta ni, kita tak paksa dia datang, cinta tak mengenal siapa kita. Siapa kita hendak menidakkan kuasa Allah, ajal jodoh semuanya sudah ditetapkan. Entah kenapa, saat dia melihat Puteri Qaisya ketawa riang, hatinya terusik. Selama ini dia memang tidak pernah mahu mengambil tahu perihal Puteri Qaisya, walaupun gadis itu selalu mengunjunginya di London. Ada sahaja menemani Khairina. Tapi hari ini buat pertama kalinya, dia melihat senyuman Puteri Qaisya dari sisi yang lain, selain dari sisi bagaikan adiknya sendiri.

Orangnya cantik, manis. Jauh lebih moden dari Umaira, yang selalu bersederhana dalam setiap perkara. Harap suaminya nanti dapat membimbing dia ke jalan syurgawi.
Tiba-tiba hatinya menjadi rindu pada cinta hatinya. Sedang buat apakah dia ya. Biasa waktu-waktu begini, dia sedang sebok di dapur, memasak dan menunggu suaminya pulang dari kerja. Tapi sudah 3 minggu mereka berjauhan, Khairil belum lagi pulang ke Kulai menemui Umaira.

Namun apa yang Khairil tidak tahu, satu video berdurasi 1 minit sudah ditonton Umaira, diterima dari nombor yang tidak dikenali, yang DP nya tertulis Puteri Qaisya.
Video kemesraan Khairil dan Puteri sedang memilih baju pengantin. Video yang tidak tahu siapa yang merakam malah menghantar pada Umaira.

Sudah diulang video itu berkali-kali. Jadi betullah, abang akan berkahwin dengan Puteri. Jadi betullah majlis perkahwinan mereka sudah semakin dekat. Ah, kenapa aku harus sakit hati, kenapa aku perlu rasa cemburu dan marah, bukankah aku yang mengizinkan, bukankah aku juga yang memaksa.

Diusap perlahan perutnya yang sudah membesar. Sesekali terasa tegang, lebih lagi bila yang di dalam aktif bergerak. Jika dahulu, Khairil selalu memicit pinggangnya. Meletak bantal buat alas, memicit kakinya. Ah rindunya pada Khairil Izhan. Bagaimana perasaan dia, jika Khairil Izhan pulang ke rumahnya, selepas giliran isteri kedua. Boleh kah dia menyambut suaminya itu seperti seolah baru pulang dari kerja.

"Baby... Walau nanti Abi akan berkahwin lain, kita tak akan pernah berpisah dengan Abi ya. Selagi Abi sayang kita, selagi itu kita akan kekal sebagai keluarga. Mungkin suatu hari, Abi nampak kesetiaan kita."

Bagaimana jika dia paksa ayah menghantarnya pulang ke KL. Atau mungkin beritahu ayah, pergi ke rumah along, atau angah. Tapi dia tidak mahu Khairil marah. Khairil janji akan mengambil dia nanti.

Tapi hatinya ingin tahu..
..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience