[ Bab 96 ] DBS

Romance Completed 253377

Khairil memandang sekeliling. Ada yang tak kena pada rumah dia. Rasanya semalam dia letak baju kotor di dalam bakul. Dia belum sempat basuh. Tapi kenapa hari ini, bajunya sudah di ampaian. Errmmm.. pelik siapa pula yang mengemas rumahnya. Ada air orange di dalam peti sejuk. Khairil ingat-ingat dia tidak ada membuat air. Ada juga barang dapur di kabinet. Dia tidak ada membeli apa-apa, tong sampah pun dah kosong. Rasanya kelmarin dia ada buat mee segera cup, dibuang di dalam tong sampah di dapur.

Errmm.. pelik ni, sehari dua ni, dia balik pun sekejap saja untuk mandi dan bersalin baju, kemudian dia akan bergegas semula ke hospital.

Nombor security dicari. Tentu ada yang nampak sesiapa datang. Tak akanlah Khairina, kalau adiknya itu tentu sudah menelefon. Tak akanlah juga daddy. Daddy selalu sahaja bersama dengan dia. Ibu bapa mertuanya? Mereka bukan ada kunci rumah diapun. Mommy ke? Macam pelik pula bunyinya. Tapi seingat dia, mommy memang ada menyimpan kunci rumah. Eh, tak akanlah mommy, ia tak? Mommy tu ibaratnya insan terakhir yang nak diteka.

“Ada perasan sesiapa datang rumah saya ke hari ni?”

“Seingat saya, Puan Sri ada datang pagi tadi.”

Pelik tapi benar ni, Mommy? Siap berkemas lagi. Mommy ada letak apa-apa ke? Ah runsing pula memikirkannya. Fikir positive sajalah, mungkin mommy nak berbuat baik. Mungkin mommy dah menyesal. Terima kasih jugalah mommy dah kemas rumah, Umaira dan baby pun dah boleh balik rumah sehari dua lagi, tak lah Khairil kelam kabut.

Esoknya di pejabat dia tak sabar hendak bercerita dengan daddy CEO.
“Dad, mom datang rumah Khai, tolong basuhkan baju, kemas dapur. Do you believe it?”

Tan Sri Sufrie kerut dahi. Seriously? Maria? Satu habuk kat rumah pun dia tak pernah lap, lagikan nak berkemas rumah Khairil yang boleh tahan besar juga tu. Kemudian dia kembali sebok membuat kerja, pura-pura mengabaikan saja kata-kata Khairil. Konon masih marah dengan mommy CEO.

“Dad, sampai bila nak marah mommy? Sudah-sudahlah dad. Orang kata, dah tua-tua ni, tak payahlah merajuk lama-lama. Orang kata eh dad, bukan Khai yang kata.” Khairil buat muka selamba.

“Pandailah cakap daddy. Dia tu sendiri boleh tahan merajuk. Ni daddy nak kata, ‘Mengata dulang paku serpih’.” Budak duduk London bertahun tu, pandai ke peribahasa Melayu.

“Ialah tu, anak daddy kan? Anak mommy. Huh, ni Khai nak kata, ‘Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’? Ha jawab daddy.” Haha! Khairil ketawa kuat. Apa daddy ingat Khai tak pandai ke peribahasa Melayu. Auntie Mariam pernah ajar Khai dulu. Tapi janganlah lebih-lebih, Khairil tak pandai.

“Dad, jomlah kita cari mommy. Umaira asyik tanya mommy sajalah. Tak tahu nak temberang apa. Hari tu dia suruh buat video call. Tapi mommy tak angkat. Kalau Umaira boleh maafkan mommy, tak akanlah kita tak boleh. Ayahpun kata dia tak benci mommy dan dah maafkan mommy. Come on lah dad, kita skodeng mommy duduk mana. Mommy ada kat rumah Khai tu. Security beritahu mommy baru sampai.”

“Khai pergilah. Daddy banyak kerja.” Tan Sri Sufrie masih sebok dengan fail di atas mejanya.

“Alah daddy, merajuk pada yang kasih.. merindu...” Khairil garu kepala, dia mengambil handphone nya, macam-mana boleh terlupa sambungan tu ya. Google lah.

“Merindu pada yang sayang..”

“Hah! Betullah tu. Alah jomlah daddy. Kita jadilah keluarga yang harmoni macam family Umaira tu, Khai happy dengan dia orang, ketawa, fun. Khai nak buat kenduri Aqiqah nanti, tak naklah orang tanya mommy mana.”

Ialah, dia pun sayang isterinya. Bukan baru kahwin setahun dua, berpuluh tahun juga. Pandai ke Maria tu duduk diluar, dia tu serba-serbi tak tahu, semua Mak Mun yang buat. Jatuh belas pula dia, dah 4 hari Maria tak balik. Belum juga melihat cucu kembarnya.

“Marilah.” Akhirnya dia mengalah. Tak salahnya kalau kita membuang ego demi orang yang kita sayang. Perempuan memang suka dipujuk. Tapi sesekali perlu juga bertegas. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Patut dari dulu dia bertegas. Errmmm.. Menyesal dahulu.. eh, nak peribahasa lagi ke? Tan Sri Sufrie kulum senyum.

“Amboi, senyum-senyum tu Tan Sri, ada apa-apa ke?” Khairil ketawa. Aduh daddy ni, entah apa yang dia fikirkan.

“Puan Sri dah keluar ke?”

“Belum lagi Encik Khairil. Ada apa-apa ke, Encik Khairil?”

“Tak ada. Thank you ya.” Cermin kereta dinaikkan. Satu kerja pula nak mengintip mommy. Kereta di parkir jauh dari rumah, tidak mahu mommy CEO perasan akan mereka. “Patut tadi beli burger, lapar pula perut.” Lama juga mommy ni, buat apa agaknya. Kena pasang cctv dalam rumah macam ni. Untuk langkah keselamatan.

“Khai tak nak upah pembantu rumah ke nanti? Kasihan Umaira, nak jaga baby. Kembar pula tu, seorang nangis, nanti seorang lagi pun sama.”

“Terfikir juga daddy. Cari yang muda, cantik, kan? Tak naklah cari macam Mak Mun.”

“Tak payahlah nak cari fasal, Khai. Eh cepat-cepat mommy dah keluar tu.” Mereka ikut agak jauh di belakang. Risau kalau-kalau Puan Sri Maria nampak. Ke mana jalan ni, Khairil pun tak tahu. Dia sudahlah tidak berapa arif tentang jalan di KL, lagilah masuk taman sini keluar taman sana.

“Ni bukan rumah lama Reen ke daddy? Dia belum jual?”

“Dia buat homestay.”

“Mommy ada kunci rumah ni juga?”

“Adalah agaknya tu, tak tahulah kalau Reen yang bagi.”

“Mestilah Reen tahu ni. Khai tanya dia kata tak tahu.”

“Jomlah. Daddy dah lapar ni.”

“Macam mommy masak nak ajak cepat-cepat.”

Khairil cuma ikut di belakang daddynya. Pada dia, biarlah daddy selesaikan masalah dengan mommy. Dia tahu daddy nya seorang yang penyabar, dan dia yakin mommy tentu sudah berubah.

Air dicincang kan tak akan putus.

“Assalamualaikum...”

Salam dijawab dan pintu terbuka. Terlopong mulut Khairil memandang mommy, begitu juga Tan Sri Sufrie. Tadi dari rumah Khairil tak perasan perubahan mommy. Hanya nampak kereta saja.

“Tak nak jemput I masuk ke? Tak apalah, nipun rumah anak I, tak jemput I masuk sendiri.” Tan Sri Sufrie melangkah dengan selamba. Namun sejuk hatinya melihat perubahan isterinya. Alhamdulillah, harapnya perubahan yang ikhlas dan istiqamah.

“You.. I nak minta maaf. I berdosa pada you, pada Khai, pada Umaira.. pada Noordin.” Puan Sri Maria yang masih berdiri di pintu bersuara perlahan. Lain rasanya perwatakkan mommy. Khairil rasa bagaikan orang lain pula. Mak muda barangkali.

“You kena minta maaf dengan family Umaira, terutama pada Umaira tu. Cuba bayangkan, kalau dia kehilangan anak dalam kandungan dia? You boleh imagine?”

“Sebab tu I minta maaf. I tahu I salah.. I sedar, I terlalu ikutkan perasaan, I malu nak jumpa Umaira.” Kalau mommy ikhlas dengan kemaafan ni, Khairil yakin Umaira akan gembira menerima mommy.

“You betul-betul dah berubah ke? You tak amalkan ilmu yang salah, kan?”

“I tak buat, lama dah I tak buat..”

“Mommy, apa kata kita pergi makan, lepas tu pergi jumpa Umaira dan cucu mommy. Khai belum letak nama lagi ni, nak tanya pendapat mommy.” Khairil terus memeluk bahu mommy nya, dan mengajaknya keluar. Dia tidak mahu lagi adegan sedih, cukuplah dah bersedih-sedih di hospital hari tu.

Khairil tunjuk isyarat ‘ok’ pada daddy CEO. Mengeluh daddy nya, barulah nak feeling suami tegas, anak sendiri dah potong jalan.

Tak sabar rasanya nak bawa mommy jumpa Umaira, jumpa baby. Seronoknya.

Kaki terasa berat hendak melangkah masuk, adakah Umaira dan keluarganya boleh menerima dia. Dia sudah memalukan keluarga mertua Khairil, dia hina keluarganya, kalau dia dibenci dan dimarahi, dia pasrah. Jika dia tidak mendapat kemaafan sekalipun, dia faham.

“Mommy!” Umaira berusaha hendak bangun, sebaik melihat ibu mertuanya yang cantik bertudung datang melihatnya. Manis dan redup wajahnya. Tiada lagi wajah singa dan kekwat seperti selalu. Tanpa paksa, airmatanya gugur ke pipi. Lagilah bila dia melihat ibu mertuanya itu juga menitiskan airmata.

Untuk pertama kali, sepanjang diingatan Khairil, dia melihat airmata mommy, walau waktu mommy menghantar dia ke airport untuk tinggal dengan auntie Mariam, mommy juga tidak menangis. Melihat mommy memeluk erat Umaira, buat hatinya sebak.

“Maira minta maaf mommy...” Umaira mengucup tangan mommy. Tak salah kita sebagai anak memulakan maaf pada ibu bapa. Tidak kiralah siapa yang bersalah, mengalah bukan bererti kalah, meminta maaf bukan bererti bersalah.

“Kamu menantu yang baik, nak. Mommy yang banyak bersalah. Ampunkan mommy ya.. mommy janji lepas ini, mommy akan jadi ibu mertua yang terbaik untuk Maira, jadi nenek yang baik untuk cucu-cucu mommy. Beri peluang mommy untuk berubah.”

“Mommy...” Murah airmata Umaira, bila ianya tumpah sekali lagi. Berada di dalam pelukkan mommy, adalah saat yang dia nantikan sepanjang menjadi isteri Khairil. Ya Allah, akhirnya Kau makbulkan jua doaku.

...

Share this novel

xandra
2020-11-06 11:12:01 

Nk next chapter

xandra
2020-11-05 18:33:51 

Dah habis ke. Klau blum nk next chapters boleh??

Ella Halim
2020-11-05 16:11:23 

Alhamdulillah akhirnya mommy berubah... betul ke dah berubah?


NovelPlus Premium

The best ads free experience