Epilog

Romance Completed 253377

Umaira keluar dari bilik mandi dengan berjubah tidur. Khairil memandang dengan ekor mata. Dia tidak mahu isterinya itu perasan yang dia sedang mengintai. Lain macamlah malam ni. Pakai losyen, rambutnya yang panjang lurus disisir rapi. Buat Khairil telan liur. Mana tidaknya, harum bau losyennya memang boleh buat Khairil terbang diawangan. Alahai Umaira sayang. Janganlah buat abang macam ni. Dia sudah tidak fokus pada skrin di handphone. Hai lah hati, bersabarlah. Biarlah isteri sihat dulu. Jadilah kucing yang baik, walau ada ikan sedap depan mata, janganlah diusik. Makan sajalah Friskies atau Powercat. Hatinya ketawa.

“Apa yang lucu sangat kat phone tu?” Eh? Bila pulalah cik isterinya berdiri di sebelahnya. Tak sangka pula bibirnya melebar senyum seiring dengan suara harinya. Dia membetulkan duduk, dari berlunjur di katil, dia duduk bersila.

“Tak ada apalah sayang.” Handphone diletak disisi.

Umaira buka jubah tidurnya. Terkebil-kebil mata Khairil memandang. Dia pakai dress tidur pendek, tali halus, wah belanja ke malam ni? Umaira tak pernah macam ni. Ya Alalh, kuatnya dugaan. Sekali lagi Khairil ketawa kecil, siap pakej geleng kepala lagi.

“Belanja nampak?”

“Belanjalah. Abangkan dah lama lapar. Sayang nak belanja makan ni.” Kata Umaira sambil menaiki katil.

“Jinjihage?!” Wah siap cakap Korea. Hahaha! Geli hati tak boleh nak cakaplah.

"You.." Khairil memanggil Umaira yang sudah duduk di sisinya. Isterinya itu hanya menjongket kening.

"You memang sangat cute, So stop lah being so cute, You buat I hanyut.." Kenapalah Umaira senyum meleret ni, buat hati Khairil tak menentulah.

“Dah boleh solat ke?” Tanya Khairil sambil menongkat dagu.

“Dah, dah 2 hari.” Umaira bermain dengan hujung rambutnya.

“Tak solat dengan abang pun?”

“Kalau solat dengan abang, nanti abang tahulah sayang dah bersih.”

“Wah sampai hati dia. Nak merajuklah.” Khairil peluk tubuh.

“Silalah merajuk.” Giliran Umaira pula yang ketawa.

“Dah tak puasa eh?” Masih tak puas hati dengan gaya Umaira sekarang ni. Baju tidur dia tu, terdedah sana sini, menggoda hati suami.

“Dah boleh buka puasa. Dah boleh beri salam dan baca doa.” Umaira menarikan jarinya di peha Khairil.

“Jinjihage?!” Sekali lagi Korea keluar, ni semua penangan selalu teman Umaira tengok drama Korea sepanjang Umaira berpantang.

“Kenapa tak hint awal-awal. Boleh abang exercise dulu tadi, kasi warm-up. Abang tutup lampu eh?” Keningnya dijongket-jongketkan. Kenapalah suiz lampu kat tepi pintu, patut buat suiz lain dekat-dekat katil, senang nak tutup lampu.

“Sayang, kita gi honeymoon kat London nak?”

“Anak dah dua pun nak honeymoon ke?”

“Anak dah enam pun masih boleh honeymoon lah sayang.”

“Abang ni, jangan lambat-lambat, nanti baby bangun nak susu, padankan muka.” Umaira mengusik. Sudahlah dia dah ketar badan dah ni, buat gaya seksi memikat suami.

“Abang baca doa twins lagi ya?”

“Doktor pesan apa?”

“Triplets?” Ishk banyak cakap dia ya. Geram lama tak cubit lengan dia tu.

“Aduhh.. Sorry sorry.. abang nervous lah sayang. Dah lama sangat puasa ni. Rasa macam malam pertama pulak. Nanti kita bawa twins pergi London ya. Jumpa Granny Mariam and Grandpa Geo....rge.” Suaranya tenggelam.

“Syhhh.. I love you.."

"I love you too dear.."

Allah dah aturkan perjalanan hidup seseorang itu dengan sebaik aturan. Allah juga menjanjikan bahagia bagi hambanya yang selalu berdoa. Bahagialah dengan aturan Allah. Redha dan ikhlas dalam menerima setiap dugaan dan rintangan dari Allah. Inshaa Allah, dalam setiap duka pasti ada bahagia. Sepertimana segala kesedihan dalam percintaan dan perkahwinan Khairil dan Umaira, akhirnya mereka beroleh bahagia.

Kisah cinta mereka bukanlah sehebat Romeo and Juliet, juga tidak sehebat Rumi dan Julie, Uda dan Dara, Laila dan Majnun. Tetapi biarkanlah angin cinta mereka bertiup dan berterbangan ke seluruh alam. Agar angin cinta mereka mampu membuatkan hati yang sedang berduka tersenyum kembali.

She is not my scandal, she is my bride.
Dia bukan skandal, dia Bidadari Syurga yang Allah kirimkan buatku, dunia dan akhirat.

Sekian.
Love from Mr. MMK, Mr. CEO Khairil Izhan and Miss Clumsy, Madam CEO Nurin Umaira.
#staysafe ualls. Sampai bertemu lagi.

..

Share this novel

Mun Arifamanie
2021-09-25 10:23:14 

best sngt cita ni.. tq writter..

Mawar War
2021-07-31 23:05:06 

Best la cerita ni... terbaik

Ella Halim
2020-11-09 19:25:09 

Terbaiiiik happy ending.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience