[ Bab 86 ] DBS

Romance Completed 253377

Sudah masuk 3 bulan kandungan Umaira, Alhamdulillah keadaannya semakin sihat. Kandungan kuat, baby pun sihat. Itu yang doctor kata. Sudah kurang mabuknya, sudah tiada lagi peningnya.

Khairil happy, tidak lagi dia risau meninggalkan Umaira seorang diri di rumah. Jika tidak setiap waktu dia akan membuat panggilan video dengan Umaira, ingin mengetahui keadaan isterinya.

Mommy pun tidak ada mengganggu perihal rumah tangganya. Mungkin sebab crimes partner dia tak ada. Puteri nun jauh di Australia, Izzuwan pun menyepi di Sibu, jadi aktiviti komplot meruntuhkan rumah tangga Khairil tergendala. Harapnya mommy, Puteri dan Izzuwan sudah berputus asa.

“Abang tak balik lunch, sayang. Abang lunch dengan daddy.”

“Ok. Ajaklah daddy dinner kat rumah kita. Sayang masak ketam cili api, nak tak?”

“Sounds good. Nanti abang tanya daddy. Take care ya.”

Sepanjang duduk bersendirian di rumah, Umaira suka mencuba pelbagai resipi. Apa menu yang ingin dicuba, dia akan menelefon sahaja seorang pekerja yang memang Khairil dah upah untuk membeli barang dapur jika mereka tidak sempat hendak membeli.

Umaira bukan seorang yang suka scroll FB, IG. Adapun yang dia download di handphone nya hanya apps Novelplus, membaca novel online buat hilang kebosanan. Dahulu Juita selalu bertanya padanya, apa yang dia buat untuk mengisi masa lapang. Orang lain sebok membaca berita sensasi, gosip artis, dia suka melakar design di kertas.

Sudah beberapa kali Khairil hendak membelikan dia gadget untuk dia melukis pelan. Setiap kali itu juga dia menolak, dia tidak mahu leka dengan gadget hingga tugasnya sebagai isteri terabai. Baginya cukup sekadar melakar di sketchbook.

Sedang leka menonton tv, handphone berbunyi menandakan ada meseg yang masuk. Aplikasi Whatsapp dibuka. Imran?

- Hai, Maira.

Hatinya berbolak balik hendak menjawab. Adakah dia perlukan izin suaminya untuk menjawab meseg Imran?

- Tak perlu balas Maira, cukup bluetick. Abang Im tahu Maira yg baca, bukan Khairil. Dia ada dengan abang sekarang ni.
- Maira sihat?
- Rindu nak jumpa Maira. Rindu nak tengok wajah manis Maira. Hai lah hati..

Uh? Apa Imran ni? Umaira letak telefon. Sudah lama dia tidak mendengar cerita Imran. Dia pun tidak bertanya dengan Khairil. Dia bahagia tiada gangguan dari mommy, Puteri mahupun Izzuwan. Tapi kenapa setelah sekian lama, dia mendapat meseg dari Imran yang sebegitu. Umaira meraba perutnya yang sudah kelihatan bulatnya.

Telefonnya berbunyi lagi. Panggilan video dari encik suami? Pantas Umaira menjawab sehingga terlupa yang Imran kata dia ada bersama Khairil.

“Hai abang..” Tangannya dilambai.

“Hai sayang.. Ada orang sebok nak cakap.” Khairil yang teruja berjumpa Imran setelah hampir sebulan tak berjumpa, terus menghala skrin telefon ke arah Imran.

“Abang! Bagilah sayang pakai tudung dulu.” Jerit Umaira. Terus butang merah ditekan. Berdebar dadanya, dia sempat melihat senyum gatal Imran tadi. Sudahlah rambutnya dibiarkan lepas tidak diikat.

Dia mengambil tudung instant dan menyarung di kepala. Melihat dirinya di cermin, dan kemudian menelefon semula Khairil.

“Sorry sayang, abang lupa. Biasa call berdua je, ni lama tak jumpa Imran.” Baiknya encik suami ni, dia tak tahu Imran baru meseg Umaira. Meseg berbau sesuatu.

“Buat apa?”

“Nak siapkan bahan masak.”

“Awal lagi.”

“Tak apa, kalau tak cukup boleh suruh beli.”

“Abang ajak Imran, okay tak?”

“Aah.. boleh.”

“Masak lebih eh.”

Ajak Imran? Alahai encik suami ni. Berbaik hati pula. Tak apalah, daddy kan ada nanti. Kalau daddy ajak mommy, macam-mana? Memang mommy tak ganggu dia kebelakangan ini, tapi kadang-kala hatinya curiga. Tak baik kan berprasangka. Fikir yang positive saja.

Ketam masak cili api nenas sedap, kan? Sayur, nak masak apa ya? Kangkung belacan? Semua orang makan pedas ke? Kalau labu masak air? Kupang? Ermmm Umaira ke dapur melihat apa yang patut dia sediakan.

Suara riuh di luar, tentu encik suami sudah pulang. Dia cuba mengintai, adakah mommy CEO ikut sekali. Tak nampak, dan dia sudah bersyukur. Patutnya dia berharap yang mommy CEO ada sekali, mungkin masakkannya dapat menambat hati mommy, mungkin sengketa akan berakhir.

“Hai sayang!” Khairil seperti biasa setiap kali balik kerja pasti akan memeluk Umaira. Tidak diendahkan daddy dan Imran. Diciumnya pipi Umaira, walaupun Umaira sudah mengelak.

“Mandi dulu, busuk.”
“Dah tak mabuk, kan?”
“Yalah, tapi busuk.”
“Mana busuk, wangilah sayang. Daddy, kalau nak mandi boleh guna bilik air bawah. Makan lepas Maghrib, ok tak? Kejap lagi dah masuk waktu.”

Umaira mengemas meja makan, sementara menunggu Khairil mandi. Dia sudah biasa, Khairil hanya akan makan selepas solat Maghrib. Dia tidak suka melengah waktu.

Usai solat berjemaah, mereka ke meja makan. Wajah teruja daddy CEO melihat menu di meja makan, membuatkan hati Umaira berbunga suka. Kalaulah mommy pun begitu, alangkah bahagianya. Mungkin selepas ini boleh mengajak mommy pula.

“Gemuklah Khai macam ni.” Imran berseloroh.

“Gemuk sebab wife aku yang masak, aku tak kisahlah Im. Gemuk is awesome!”

“Macam ni, hari-hari daddy nak makan kat sini. Jemulah makan kat kedai jer. Sesekali ubah selera ok jugakan.”

“Boleh, caj nak kira bulan ke, minggu?”

“Dengan ayah sendiri pun nak berkira.” Tan Sri Sufrie ketawa. Mereka makan dengan berselera. Sedap katanya masakan Umaira.

Daddy CEO lupa agaknya tentang mommy CEO yang sedang menunggu di rumah. Sudah jam 10 malam masih berborak di rumah Khairil. Lagilah bila Umaira menghidangkan kopi pekat. Mata segar terasa.

Imran tidak banyak bercakap, tapi matanya suka mencuri pandang Umaira. Ah biarlah. Umaira peduli apa, dia duduk dekat Khairil, sambil tangannya sebuk melakar. Walau dia tidak menyampuk, tapi dia dengarkan saja encik suami dan daddy berbual.

“Kau tak belikan Umaira drawing tablet ke? Kan lagi best guna teknologi terkini.” Imran sedari tadi melihat Umaira melakar. Ada bakat melukis juga, bisiknya.

“Dia tak nak.”

“Abang Im belikan ya, Maira. Sempena hari jadi tak lama lagi. Digital senang nak simpan karya. Cantik tu boleh dijual atau boleh upload di blog ke.”

“Kau tak payah susah-susah nak belikan, dia ada suami, suami dia boleh beli.” Khairil naik angin, orang dah kata tak nak, lagi sebok nak beli. Dah tu, tahu pula hari jadi isteri aku tak lama lagi.

“Dah kalau boleh beli, kenapa tak beli?”

“Sebab dia tak nak. Dia memang jenis old school, dia zaman analog, bukan digital.”

“Perempuan, kadang tu, dia cakap tak nak, tapi hakikatnya dia nak. Perempuan baik macam Umaira ni, walau tahu suami dia mampu, mungkin dia jenis yang tak mahu menyusahkan suami. Itupun tak faham.”

“Eya ke sayang? Sayang nak abang beli ke?”

“Tak nak. Nanti leka.” Umaira jawab pendek.

“Hah kau dengar tu, dia tak nak.”

“Itu kau tanya, cubalah beli surprise. Mesti dia suka.”

“Eh, sudah-sudah, berborak sampi lupa nak balik.” Tan Sri Sufrie bingit mendengar Imran dan Khairil bertelagah. Hei ini ada kan nanti si Khai ni tarik muka dengan Umaira. Imran ni pun, tak payahlah nak bertegang urat, kalau nak beli, beli sajalah, tak payah nak tanya-tanya. Ada tidakpun, biar aku saja yang belikan nanti. Bagus juga kalau Umaira boleh buat part time untuk Mega Holdings. Design Umaira sentiasa cantik, selalu menepati citarasa customer. Ermm.. bagus juga tu, nanti esok dia akan mencari drawing tablet terkini. Complete set.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah, ada yang menunggu siap bercekak pinggang.

“You pergi mana?”

“Makan.” Jawabnya sepatah.

“Kat mana, lewatnya balik? Mak Mun dah masak.”

“Bosanlah makan lauk Mak Mun.”

“Amboi? Habis makan kat mana?”

“Rumah bini muda. Untung I nak balik sini, ingat nak tidur sana tadi. Dahlah, I dah kenyang, nak tidur.”

“Mandi dulu.”

“I dah mandi tadi kat rumah bini muda I. You tak payah caring sangatlah.” Tan Sri Sufrie terus menaiki tangga menuju ke bilik tidur, membiarkan Puan Sri Maria bengang sendirian.

Esok dia akan makan malam di rumah Khai lagi. Sehinggalah Khai jemu dan menyuruhnya jangan datang lagi. Sanggupkah Khai buat begitu padanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience