[ Bab 69 ] DBS

Romance Completed 253377

Selepas menghantar Luqman dan Hafiz ke stesyen bas Larkin, Khairil mengajak ibu, ayah dan Bob ke rumah agam milik keluarga nya. Khairil juga akan terus pulang ke KL malam nanti. Beg pakaian telah siap dibawa. Dia akan masuk ofis esok.

Umaira tidak berbual sedari tadi. Dia diam sahaja selepas menghantar adiknya. Entah apa yang difikirkan, Khairil tidak pandai meneka. Belum ada ilmu menafsir fikiran. Jadi diapun diam sahaja, membiarkan celoteh juruhebah radio yang memenuhi ruang kereta.

Memasuki kawasan rumah agam miliknya mengundang kenangan lama. Begitulah setiap kali dia ke sini, pasti kenangan mengintai budak perempuan comel itu yang menyeri fikirannya.

“Jom masuk ayah, ibu, Bob.” Jemputnya. Kereta Imran masih ada di pakir. Nampaknya Imran memang belum balik ke KL. Mesti Imran hendak balik bersama nanti.

“Sayang, kenapa berdiri kat situ je?”
Dia mendekati Cik isteri yang masih berdiri di sisi kereta.
“Abang tak ajak masuk.”
“Eh, iake?” Dahi Khairil berkerut.
“Ya. Abang cuma ajak ayah, ibu dengan Bob.” Kata Umaira dengan nada merajuk.
“Sorry. Come.” Tangannya dihulur pada Umaira, mengajak Cik isteri cantiknya jalan bersama.

“Ingat apa-apa tak pada rumah ni?”
Dia berhenti langkah. Menoleh pada Cik isteri kesayangan.
“Ingat. Abang selalu berdiri kat situ.” Umaira menunjuk ke arah sebuah balkoni. Ya, seingat dia, di situlah budak lelaki muka ketat tu selalu berdiri dan memerhatikannya. Dan setiap kali dia melihat-lihat rumah itu, dia pasti akan memandang ke arah balkoni yang sama, mengharap agar ada seorang lelaki yang berdiri di situ.
“Itu bilik abang.”
Oh, bilik dia. Patutlah dia selalu berdiri di situ. Memang ada beberapa balkoni, dan tingkap, tapi dia kerap melihat budak itu di balkoni dan tingkap yang sama.

“Nampak pokok pelam tu?” Khairil menunjuk ke arah sebatang pokok yang masih kukuh berdiri.
“Nampak.”
“Kat situlah abang menyorok masa ambil gambar sayang. Masa abang dah dengar-dengar yang abang kena ke London ikut auntie Mariam, everyday abang berdoa sayang akan datang weekend tu, abang nak tengok sayang. Nak tegur, nak tahu nama. Tapi sayang tak datang, abang frustrated sangat, nasib ada gambar sayang yang abang curi-curi ambil sebelum tu.”

Umaira tidak berapa ingat sejak bila dia tidak perasan akan ketiadaan budak lelaki itu, kerana atok nya Pak Mustapha meninggal dunia dan dia tidak lagi ke rumah agam.

Mereka melangkah masuk. Kagum Umaira dengan hiasan dalaman rumah itu. Chandelier besar tergantung di dada siling. Mewahnya bagaikan istana. Tangga di tengah-tengah ruang tamu menyerlahkan lagi senibinanya. Namun ada sudut yang kelihatan malap. Mungkin kerana rumah ini sudah lama usianya.

“Interior designer tengah tengok apa?”
Umaira tersenyum. Macam tahu saja Encik suami ni.

“Welcome pengantin baru.” Imran datang menyambut.
“Cemburu lah aku tengok kau orang berdua ni.”
“Sekarang, aku nak tarik dia erat dalam pelukkan aku, tak ada siapa nak marah.” Khairil menarik pinggang Umaira mendekat.
“Ishk abang ni. Malulah.” Umaira dah mula blushing. Lagilah bila dia terpandang Imran, Imran sedang tersengeh.
“Makin cantik sejak dah kahwin ni.” Imran memuji. Memang di matanya Umaira semakin cantik. Seri pengantin mungkin. Hai lah, kalau Umaira menjadi isterinya, dia sanggup buat apa saja demi untuk membahagiakan cinta hatinya. Sayangnya, Umaira isteri kepada sahabatnya sendiri.
Dan berdosanya dia kerana memikirkan isteri orang.

“Kau masak ke Im?”
“Ah, butter prawn”
“Pandai masak eh?”
“Eh, mestilah. Untuk Umaira yang cantik abang sanggup masuk kelas memasak.”
“Jangan nak lebihlah Im. Senyap jer, nenek mana?”
“Dah kat dapur. Semua kat dapur.”

“Kau pergi Singapore?”
“Pergi. Aku ajak kau honeymoon kat Singapore tak nak.”
“Abang tak cakap pun.” Umaira buat cemek muka.
“Ada orang ajak aku honeymoon.” Khairil ketawa kecil. Sebenarnya dia suka sangat bila Umaira mengajaknya honeymoon. Isteri yang ajak tu, memang Umaira ni macam kucing parsi, manja nya lain macam.
“Untunglah kau. Bawalah pergi Turkey, tengok sejarah Islam. Atau pergi Cebu Philippines, Bali ke. Maldives ke. Kalau aku, aku bawa dia pusing satu dunia. Berkepit dengan dia 24jam.”
“Ah tak jadi kerjalah berkepit 24jam.”
“Abang Im bawalah Umaira, encik suami Maira kedekut.”
Umaira terus menonong mendapatkan nenek. Asyik melayan dua lelaki itu bersembang, lama ayah dan ibu menunggu. Kata malam ni nak terus balik KL. Umaira nak tidur saja dalam kereta nanti. Umaira nak mogok dengan Khairil sebab tak dapat pergi honeymoon.
“Dia kata kau kedekut.” Imran ketawa.
“Mana sempat nak honeymoon, dia dah nak ke Sibu. Aku dah nak masuk kerja. Lama dah tinggal ofis tu.”
“Jadi juga ke Sibu ya?”
“Nampaknya macam jadi.”

Mereka makan malam dalam suasana yang ceria. Bob dan Imran kerap sangat membuat lawak. Melihat wajah ceria nenek, Khairil rasa bahagia. Dia selalu juga bertanya tentang nenek pada jururawat peribadi nenek. Kebelakangan ini kesihatan nenek agak merosot, namun dia bersyukur nenek sihat untuk menyaksikan pernikahan dia dengan Umaira.

Nenek, ayah dan ibu menyambung bual di ruang tamu. Khairil, Imran dan Bob menghirup kopi di depan pool. Umaira? Dia sudah tidak betah duduk. Dia hendak melihat-lihat sekitar rumah agam. Dia juga sangat hendak melihat bilik Khairil. Dia hendak melihat jika ada gambar lama Khairil di biliknya. Tapi bagaimana dia hendak memberitahu Khairil.
Hatinya sangat teruja hendak melihat dekat rumah agam milik keluarga Khairil ini. Rumah yang direka oleh arkitek dari Belanda.

Umaira mencari akal. Tadi dia terdengar Imran berkata pukul 10 dah boleh gerak. Kalau tidak sekarang, bila lagilah dia akan ke rumah besar ini.
Umaira kehabisan idea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience