[ Bab 95 ] DBS

Romance Completed 253377

Tubuhnya dihempas ke katil. Tidak diendahkan belakangnya yang sakit, kerana saat ini, sakit di hatinya mengatasi segalanya. Dirabanya pipi yang perit ditampar. Teganya suami yang dicintai menaikkan tangan ke mukanya, hanya kerana hendak pertahankan orang yang dia benci. Dia kemudian duduk di birai katil, menekur hujung kakinya. Usia bukanlah muda lagi, jika kerja kerajaan sudah hendak pencen 55 tahun. Sudah boleh keluar duit KWSP. Tapi dia bukan ada KWSP pun, sedari muda tidak bekerja, hidup senang bersuamikan lelaki kaya. Adakah dia tidak bersyukur, tidak pernah penat membanting tulang, atau berkeringat untuk mencari rezeki, yang dia tahu hanya meminta duit dari suaminya. Minta itu, minta ini, semuanya dapat. Sedang suaminya sentiasa penat dan banyak berfikir, tentang projek jutaan ringgit, tentang tender, tentang pekerja. Dia pula yang tidak tahu menahu, suka menyebok dan mengganggu urusan kerja suaminya. Keluhan demi keluhan dilontar, nafas dihela berat.

Dia sayangkan Khairil, hatinya menangis saat terpaksa berpisah dengan anak lelakinya itu. Tapi ketika itu, dia risau jika betul apa yang Pawang Hitam katakan, cucu perempuan Pak Mustapha akan membawa malang pada Khairil. Apa yang dia tidak tahu, sebenarnya cucu Pak Mustapha itu membawa seribu kebahagiaan buat anaknya. Dia sudah lama meninggalkan ajaran Pawang Hitam, dia sudah mencuci tangan. Tapi kenapa hatinya masih lagi menaruh benci dan sentiasa sakit hati melihat keluarga Pak Mustapha. Memang dahulu Pak Mustapha pernah menegurnya, tentang perjanjiannya dengan Pawang Hitam, tapi Pak Mustapha pun sudah lama meninggal dunia, begitu juga Pawang Hitam, kenapa hatinya masih menaruh perasaan benci dan dengki. Adakah selama ini dia tidak membersihkan dirinya dengan sempurna?

Puteri Qaisya sudah berkahwin dengan Izzuwan. Khairil pun akan menimang cahaya mata dengan cucu perempuan Pak Mustapha. Tidak bolehkah dia redha sahaja dengan semuanya. Mendoakan kebahagiaan mereka. Mereka bukan orang lain, mereka adalah keluarganya juga. Khairil satu-satunya anak lelaki dia. Anak lelaki tunggal yang akan mewarisi seluruh kekayaan suaminya, rumah besar ini, empayar perniagaan, aset yang banyak.

Handphone di dalam begnya berbunyi. Meseg di Whatsapp dari Khairil.

- Assalamualaikum mommy. Alhamdulillah, Umaira dah selamat melahirkan.
- I got twins mommy. Boy and girl.
- Tambah cucu mommy. Jgn lupa datang tengok baby ya.
- Umaira masih belum sedar, mommy doakan Umaira cepat sembuh ya.

Twins? Mesti nanti cantik dan tampan macam ibu bapanya. Senyum terukir di bibir. Cantik seperti ibunya? Seperti Umaira? Bukan sahaja cantik, malah ayu dan penuh kesopanan. Itu dia tidak nafikan, cuma dia takut hendak mengiakan. Kerana egonya lebih besar mengatasi hati putihnya yang sekecil biji saga. Matanya terpandang telefon yang digunakan untuk menyakitkan hati Umaira, seketika dia memandang handphone itu, kemudian terus mencampaknya ke lantai, berkecai bagaikan hatinya yang sedang berkecai sekarang.

Dia ke wardrobe, mengambil beg dan beberapa helai baju. Mencari passportnya dan tidak lama kemudian bergegas keluar. Dia tidak mahu bertembung dengan suaminya. Tapi ke mana dia hendak pergi? Ke rumah Khairina? Mahukah anaknya itu menerima kehadiran dia.

****

"Kau tak balik mandi, Rie?"

"Belum. Tak sampai hati nak tinggalkan Khai. Tu baru saja tertidur kat situ." Bibirnya memuncung ke arah anaknya yang tertidur duduk dengan beralaskan lengan di sisi Umaira. "Tadi lepas Maghrib nurse panggil tengok baby sekejap. Abangnya boleh dah keluar kalau ibunya dah sedar. Adiknya sajalah yang masih dalam inkubator."

"Khai pun tak mandi lagi tu, masih dengan baju melayu siang tadi. Aku suruh Farid bawakan baju salin."

"Eh, tak payah Din. Aku dah call Mak Mun tadi minta carikan baju Khai mana yang ada kat rumah aku tu, bawa ke mari. Kau teman aku makanlah Din, lapar rasanya perut aku ni."

Kedua mereka keluar ke cafeteria. Haji Noordin menepuk-nepuk bahu sahabatnya. "Kau okay tak Rie?"

"Ok Din. Bohonglah aku kalau aku cakap aku tak bingung. Semuanya salah aku, aku tak didik Maria tu betul-betul. Patutnya dari dulu lagi aku dah bertegas."

"Tapi kau belum terlambat untuk membawa Maria ke jalan yang betul, Rie. Mungkin boleh bawa dia pergi Umrah ke."

"Kau dah pun pergi Haji, Din. Aku ni duit banyak, patut lama dah ke Mekah. Umrah pun aku tak pernah buat. Bercuti ke luar negara entah dah berapa kali, tapi tak pernah terfikir nak jejakkan kaki kat Mekah. Jahilnya aku Din. Sebok mengejar harta dunia, aku lupa akhirat. Padahnya inilah yang aku dapat, hidup porak-peranda."

"Semuanya ada hikmah yang kita tak tahu tu, Rie. Banyakkan bersabar. Kau maafkanlah Maria tu, kita dah tua-tua ni Rie, patut jadi contoh pada anak-anak."

"Tapi Din, memaafkan tu senang, tapi nak trusting semula tu yang susah."

"Kau fikirlah yang mana baik, Rie. Aku sekeluarga dah maafkan Maria tu. Kalau Umaira sedarpun, aku yakin dia dah maafkan Maria. Anak aku tu tak suka berdendam."

"Anak kau semua baik-baik, Din. Aku bangga Khai jadi menantu kau, ada ipar yang prihatin macam Angah, macam Along. Kalau aku mati aku tak ralat nak tinggalkan Khai. Banyak beban dia nanti, dengan keluarga dia, company aku. Mommy dia lagi." Tan Sri Sufrie ketawa kecil. Maria, Maria. Kenapalah kau degil sangat.

Sudah lebih 24 jam. Sudah masuk hari ke 2, tapi Umaira masih belum sedar. Bila ditanya pada doktor, jawapannya banyakkan doa, semuanya baik.

"Bangunlah sayang.." Khairil menongkat dagu nya dengan tangan. Memandang wajah cantik yang masih lena tidur. Mengharap matanya terbuka dan mengukir senyum. Dia tidak sabar hendak memberitahu berita gembira. Dia tidak sabar hendak membawa Umaira melihat baby kembar mereka.

"Sayang jangan tidur lama sangat, abang nak kena daftar nama baby. Nama pun kita tak pilih lagi kan? Kita nak letak nama Khairil juga ke? Khairul ke? Adik kita guna nama Nurin, Nurin Imaan.. sedapkan nama tu." Jemarinya bermain dengan jemari Umaira.

"Abang rindu jari ni, dulu selalu menari-nari kat badan abang. Asal ada jer yang dia nak, jari ni duk menggoda hati lelaki abang. Haha! Kelakarlah kan. Serius abang kadang tu tak boleh tahan bila jari ni duk menari-nari. Tuhan je yang tahu. Rasa macam nak gigit." Khairil yang seronok bercakap seorang, membuat gaya menggigit jari Umaira.

"Sakitlah abang."

"Alah, abang belum gigit lagi, gigit betul-betul nak?" Wajahnya dibawa menoleh ke arah cik isteri cantiknya. Dia rasa macam Umaira berbual dengannya. Tapi isterinya itu masih belum sedar.

"Abang dengar sayang berbual dengan abang tadi. Abang rindulah kat sayang. Bangunlah sayang. Abang nak tunjuk baby." Dia masih terus berbual.

"Baby?"

"Aah, baby." Aku ni berhalusinasi ke? Khairil garu kepalanya yang tidak gatal. Dia yakin dia mendengar suara Umaira. Dia mendapat idea.
"Jom kita tukar baju sayang. Asyik nurse jer yang buat. Abang suami kot, tak akanlah tukarkan baju isteri abang tak pandai. Baju kecil saiz apapun abang tahu. Lagi cik nurse tu nak sorok-sorok badan sayang kat abang. Esok-esok dah balik rumah, abang juga yang buat nanti." Dia menarik selimut Umaira. Bila tangannya ingin membuka tudung isterinya, tangannya dihalang.

"Sayang.." Alhamdulillah. Senyuman kecil di bibir yang kering itu mendamaikan hatinya. "Eeeii.. Rindunya abang kat sayang." Rasa ingin dipeluk isterinya itu.

"Sakit nak gerak."

"Ya, tak payahlah gerak. Nak apa-apa beritahu abang."

"Puteri mana abang?" Ya Allah, Umaira sayang. Dalam ramai-ramai orang, Puteri yang ditanya. Mesti agaknya dia ingat Khairil sudah berkahwin dengan Puteri.

"Puteri kat NICU, belum boleh keluar lagi. Tunggu Umi dia breastfeed, tapi kalau Putera, dah boleh bawa jumpa Umi. Nak jumpa tak, kalau nak abang beritahu nurse."

"Tak faham.." Umaira geleng kepala.

"Ni." Khairil tunjuk gambar ke dua baby kembar mereka pada Umaira. "Abang curi-curi ambil." Dia tertawa.

"Dua?"

"Ya, dua. Twins, sepasang. Ingat tak dulu, abang kata, kembar dua, 3 kali bersalin dah dapat 6."

"Suruh Puterilah bersalin kembar, sayang tak nak."

"Ya Allah, Puteri mana ni? Puteri Qaisya ke? Puteri Qaisya dah kahwinlah sayang. Abang ni suami sayang seorang saja, tak payahlah nak jual abang kat orang lain. Kita setia kat dia seorang, dia lagi paksa kita kahwin lain. Merajuklah macam ni." Boleh ek dia sedar-sedar, Puteri yang dia cari, Puteri yang dia tanya. Kalau cakap rindu kat suami dia ni ke, sedap sikitlah mendengarnya.

"Puteri kahwin dengan abang kan?"

"Bukan kak Maira. Puteri kahwin dengan Wan." Sangat berkebetulan, dan bertepatan dengan perbualan Khairil dan Umaira. Puteri datang bersama Izzuwan menyelamatkan Khairil.
Izzuwan?

...

Share this novel

Ella Halim
2020-11-03 09:15:34 

best la update kali ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience