[ Bab 79 ] DBS

Romance Completed 253377

Izzuwan Khalid;
Hanya mundar-mandir di dalam pejabatnya. Semalaman dia tidak dapat tidur selepas membaca email 'Resignation Notice' dari Nurin Umaira. Umaira nak berhenti kerja? Umaira tak mahu tinggal di Sibu? Ya, Umaira kan isteri orang, tempat seorang isteri tentulah disisi suaminya. Lagipun suaminya lebih dari mampu menanggung Umaira.

Ya, dia juga tahu, Umaira satu-satunya staf projek di Sibu yang belum menandatangani kontrak, semuanya kerana Umaira dipaksa berpindah ke Sibu oleh mommy CEO, Puan Sri Maria.

Umaira memang tidak tahu menahu dengan apa-apapun projek di Sibu, tidak pernah masuk meeting, tidak pernah menerima email, malah tugasan apa yang perlu digalas di Sibu pun dia tidak tahu. Dia datang hanya sekadar memenuhi kehendak syarikat. Dia berkorban meninggalkan suami demi memenuhi kehendak ibu mertua yang tidak pernah sukakan dia sebagai menantu.

Usai Suboh pagi tadi Izzuwan membuka Fac. Ketika matanya melihat-lihat gambar di Fac, satu perkongsian dari seorang sahabat menarik minatnya untuk dibaca.

Hukum mencintai isteri orang;
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala cinta yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain. Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga, dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :
“Bukan dalam golongan kami (umat Nabi Muhammad) orang yang merosakkan ikatan seseorang isteri dengan suaminya.” (Hadis Riwayat Abu Daud: 2175 juga dinilai sahih oleh As-Syaikh Al-Albani dalam "Sahih wa dho’if sunan abi daud”)

Jadi selama ini dia berdosa kerana mencintai Umaira? Atau adakah dia berdosa kerana ingin merampas Umaira dari suaminya yang sah? Hatinya mula berbolak-balik dengan rancangan yang sudah diatur bersama Puteri.
"Tugas you kat sana buat Umaira lupa pada Khairil. Dekati dia, dan buat apa sajalah yang perlu asalkan dia tak balik ke KL." Macam-macam rancangan yang Puteri sudah susun buatnya di sini. Tapi baru sahaja seminggu dia sudah menerima notis berhenti kerja dari Umaira. Bagaimana hendak dia laksanakan tugasnya? Bagaimana dia hendak memenangi hati Umaira sedangkan Umaira akan meninggalkan dia berseorangan di sini.

Dia menghantar meseg pada Puteri, memberitahu bahawa Nurin Umaira sudah menghantar notis berhenti kerja, tarikh akhir bekerja hanya lagi 3 minggu. Ngam-ngam sebelum hari raya. Dan lagi dia juga tahu, majlis resepsi perkahwinan Umaira akan diadakan seminggu selepas raya. Dengarnya persiapan semua sudah dibuat.

'You pujuklah dia jangan berhenti kerja!'
Pening kepalanya, dipicit pelipisnya perlahan. Panggilan dari Puteri dibiarkan sahaja tidak berjawab.

'Wan! You tak buat kerja you ke?'
'Baru seminggu, I belum sempat cucuk jarum apa-apapun. What do you expect me to do?'
'You kenalah pujuk dia'
Nak pujuk macam-mana agaknya, bulan puasa ni, bukan boleh keluar makan-makan siang hari.

Tok tok.
Pintu pejabatnya di ketuk.
"Encik Wan panggil saya?" Senyum terlakar di bibir. Senyuman yang bukan dibuat-buat. Senyuman yang ikhlas dan luhur dari hati.
"Ya, masuklah." Tanyalah pada lelaki mana sekalipun, jika melihat senyuman itu, dengan pipinya yang gebu, lelaki mana yang tidak terpikat. Seolah sedang memandang bidadari Syurgawi. Cantik dengan tudung dan bajunya yang sentiasa sopan.
Hatinya sudah lama terpikat, namun dia harus akur, dia terlambat menyuarakan rasa hati. Memang semua orang tahu dia sukakan Umaira, tapi dia tidak pernah mahu bersungguh untuk mendekati. Setiap kali Umaira kata, tidak, dia akur dan tidak pernah mencuba lagi. Sudahnya, cinta hatinya dikebas orang.

"Tak apakan, saya panggil Umaira ni?"
"Taklah, fasal kerja, kan?"
"Kalau fasal peribadi, tak boleh ke?"
"Waktu kerja tak elok cerita hal peribadi."
"Jadi kita boleh keluar lepas waktu kerja?"
Umaira diam. Kemudian menjawab.
"Boleh, tapi dengan Hana sekali."
"Berbuka puasa dengan saya? Kalau cerita hal peribadi, Hana tak kisah ke?"
Umaira diam lagi. Dia sebolehnya tidak mahu bercerita tentang hal peribadi dengan Izzuwan, tapi dia teringin hendak tahu.
"Boleh. Inshaa Allah, Hana faham."
"Saya ambil di rumah?"
"Tak, saya pergi dengan Hana, nanti beritahu kat mana."

Dia berharap sangat yang dia akan dapat memujuk Umaira. Tapi bagaimana, Izzuwan tidak ada kepakaran memujuk. Jika ada, dia pasti sudah lama dapat memujuk Umaira untuk suka padanya. Tapi dia harus cuba, dia tidak mahu Puteri terjerit-jerit padanya. Perempuan itu, nampak sopan di luar, tapi sebenarnya sangat kasar di dalam.

Hatinya mula tidak sabar menunggu. Satu kerja pun tidak dapat dilakukan dek kerana asyik melihat jam. Dia sudah menempah meja, malah juga sudah menempah makanan, hampir 5 tahun bekerja bersama di Mega Holdings, dia sedikit sebanyak mengenali Umaira, dia tahu apa yang Umaira suka makan. Harap cara masakkan di Sibu ni, menepati selera Umaira. Kurang-kurang, dia dah ada 1 point di situ.

Matanya asyik memandang pintu, menunggu dengan sabar kehadiran seseorang yang selalu mengganggu hatinya. Dia suka, tapi dia juga rasa bersalah. Ya rasa cinta itu tidak salah, tapi cinta dia sudah terlalu jauh sehingga merancang sesuatu yang tidak baik, maka hukumnya jatuh haram. Dan bila ianya Haram, maka jika dilakukan berdosa, sekiranya ditinggalkan mendapat pahala.

"Lama tunggu?" Izzuwan pantas menggeleng. Dia faham Umaira memang minta untuk berjumpa selepas solat Maghrib. Perempuan kalau solat tentu ambil masa, dengan tudung dan telekung.

"Wah, Wan order butter prawn? Macam tahu jer Maira suka."
"Mestilah tahu, tak ingat ke masa kita baru-baru kenal, Maira makan banyak sampai orang lain tak dapat."
"Wan ingat lagi ke masa tu? Alaa... Malulah." Umaira ketawa lepas. Haa entah kenapa dia rasa sangat lapang dada, mungkin sebab Izhan memberi keizinan untuk dia keluar makan malam dengan Izzuwan. Pinta dia pada encik suami, biarkan dia menyelesaikan hal dengan Izzuwan, dengan cara dia. Moga semua yang bersimpul akan terlerai.

"Mana tak ingat, bukan ke lepas tu Juita bebel kata, boleh kata tiap-tiap minggu Maira buat butter prawn kat rumah. Sampai nak muntah. Wan pun pernah rasa butter prawn yang Maira masak, Maira suka bawa ke ofis kan dulu." Perlahan nada suaranya. Matanya tak lekang dari memandang, wajah cantik di hadapannya itu. Wajah isteri majikannya sendiri. Puan Khairil Izhan. Buang jauh-jauh rasa cemburu itu Izzuwan.

"Okay, jom kita makan. Banyak lagi kita nak borak."
"Pasal resignation notice Maira ke, Wan?" Mata mereka bertentangan. Ah, hati lelaki Izzuwan kalah dengan pandangan itu. Macam-mana dia hendak memujuk hatinya agar melupakan si cantik di hadapannya itu.

Izzuwan lihat Maira tidak segan-segan hendak makan. Begitu juga Hana. Izzuwan abaikan sahaja Hana, dia menganggap Hana tiada di situ. "Betul ke Maira dah lama kenal Encik Khai?"

"Betul. Dari kecil, Maira memang dah kenal Encik Khai. Dia anak orang kaya, tempat atok Maira kerja. Ayah Maira dan daddy dia berkawan baik. Encik Khai kalau balik Malaysia, ada cari Maira, cuma kami bertemu semula di Mega Holdings, masa tu Maira tak tahupun yang dia CEO. Ingat tak masa dia nak kenalkan diri, Wan kata ada meeting tu, Maira tahu dia CEO pun masa kat dinner. Maira merajuk tinggalkan dinner." Lincah Umaira bercerita, sambil ketawa kecil. Teringat kejadian itu, kadang dia terasa lucu.

"Masa tu Maira tahulah dia kawan masa kecil Maira?"

"Tak tahu. Semua orang rahsiakan, kata nak surprise. Sebab itulah dia memang nak sangat kahwin dengan Maira, entah berapa kali dia ajak kahwin kat Thailand. Dia kata dia tak nak hilang Maira lagi, dia nak ikat Maira jadi isteri dia."

Izzuwan faham sekarang, betullah Umaira tidak rampas Khairil dari Puteri.

"Wan.. Maira minta maaf ya. Kalau Maira ada sakitkan hati Wan. Bulan baik ni, Maira betul-betul nak minta maaf, sebab selama ni tak layan Wan dengan baik."

"Saya faham, sebab hati Maira memang tak pernah ada untuk saya. Awak memang tak pernah layan saya lebih dari seorang rakan sekerja." Mereka sama-sama tersenyum. Baguslah kalau Izzuwan dah faham. Patutnya awal lagi mereka berbual soal hati begini, biar jelas semuanya. Harap jugalah yang Izzuwan ikhlas memahami.

"Awak cantik Umaira, bila senyum tu, buat jantung saya jatuh ke lantai, saya nak kena kutip letak semula kalau tak, boleh mati tengok senyuman awak tu. Saya dah lama cintakan awak." Berterus-terangnya seorang Izzuwan Khalid, kalaulah yang berkata-kata begitu Khairil Izhan, tentu Umaira sudah lemas dalam cinta.

"Tapi Maira tak pernah cintakan Wan. Maira minta maaf."

"Ya, saya faham, saya tahu. Selama ni pun saya perasan, cuma saya tak boleh terima awak pilih Encik Khai, yang saya ingat awak baru kenal, dan sebab dia kaya, dia boleh belikan semua yang Maira nak. Saya dah cakap yang bukan-bukan pasal Maira dan Encik Khai." Izzuwan mengeluh, dia bukan tidak pernah teringat dia menuduh Umaira dibayar untuk bermalam.

"Kenapa nak berhenti kerja?"
"Banyak sebabnya.."
"Cuba beri 3 jer sebab."

"Okay. 1st, sebab Maira memang dah tak nak kerja dengan Mega Holdings. Mega Holdings suka-suka transfer kan Maira, ke sana ke sini, tanpa sebab. Maira boleh fight kat Pejabat Buruh tau. Maira tak sign apa-apapun, tup-tup Maira kena ke Sibu. Surat transfer pun tak ada.
2nd, sebab Maira tak nak timbulkan apa-apa masalah, pada Wan, pada Mega Holdings.. pada family Maira.. Okay dan yang paling penting, the 3rd reason, mestilah Maira nak berada di sisi suami. Maira dah kahwin Wan, Maira isteri orang. Maira nak Wan faham tu, Maira berdosa keluar dengan Wan tanpa izin suami, tapi Alhamdulillah dia percaya pada Wan, dan dia izinkan."

Ah, tergurisnya hari Izzuwan mendengar kata-kata Umaira. Izzuwan mengeluh. Dia memang sangat hadam yang Umaira sudah berkahwin. Sudah dia semat dalam-dalam perkara itu. Tapi apakan daya, soal hati tiada yang dapat membaca dan rasa. Yang rasa sakitnya itu dia, dan dia sendiri yang tanggung.

"Boleh ke, Maira luangkan masa yang tersisa beberapa minggu ni, untuk Wan? Lepas ni, Maira dah balik KL, Wan kena pikul tanggungjawab Mega Holdings kat sini. Ini projek 100% yang Mega Holdings incharge. Wan tak boleh ambil sambil lewa. Wan nak buktikan yang Wan mampu uruskan projek ni pada Encik Khairil."

Anggukkan dan senyuman yang terlakar di bibir Umaira buat hati Izzuwan bahagia. Dia sangat berharap dia mampu untuk melupakan rasa cinta, dan menjadikannya sebagai kasih kepada seorang adik, mungkin. Dia juga berharap Puteri tidak menganggu dia dengan rancangan jahatnya. Jika Puteri begitu dia bimbang hatinya kembali rapuh. Kembali mengejar cinta Nurin Umaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience