[ Bab 61 ] DBS

Romance Completed 253377

Kursus kahwin, isi borang, check darah, interview. Jadual Umaira padat sehingga ke hari nikah. Izhan kata esok pagi dia akan datang ambil Umaira, kursus kahwin. Ada ke kursus kahwin siang hari di tengah minggu ni? Juita kata, Helmi yang teruk kena kerah dengan Encik Khai. Dah kecoh kat Mega Holdings berita pernikahan Umaira dengan Encik Khai.

"Kecoh dah berita kau nak kahwin kat Mega Holdings. Puak-puak tak suka kau tu macam-macam ceritalah timbul."

"Aku dengar kawan-kawan Encik Khai yang tolong. Kursus kahwin, barang hantaran. Tapi Helmi kata, Khairina dah sediakan semunya. Baju nikah, pelamin. Sehari dua nanti mak andam datang dari KL. Kau macam kahwin dengan anak raja, kan aku dah kata kau macam Cinderella dulu."

Perbualannya dengan Juita malam semalam. Banyak yang Juita cerita. Tapi Juita tidak ada bertanya pasal tangkap khalwat. Mungkin juga Juita tak tahu.

Seawal pagi Izhan sudah mengambilnya, kursus pukul 9 katanya. Selepas itu hendak ke hospital check darah. Nampak sangat tampan lelaki itu berbaju melayu. Sebok bertanya Umaira pakai baju warna apa, rupanya nak sedondon. Walaupun warna purple mereka tidak sama tona nya, tapi sekali pandang seakan sepasang.

"Tak penat ke?" Baru sahaja pulang ke KL, kini, sudah ada di Kulai. Umaira sekadar memandang GPS kereta. Jalan di JB pun dia belum mahir, bagaimanalah kehidupan lelaki yang sedang memandu di sebelahnya ni. Jatuh kasihan pula.

"Nak saya drive ke? Muka macam tak cukup tidur." Nasiblah Izhan bawa kereta yang besar sedikit, Umaira sebenarnya kurang selesa naik sport car Izhan.

"Eh tak perlah sayang. I boleh drive. Tidur 2 jam rasanya, Memang sekarang ni, tengah kumpul penat. Hujung minggu nak minta picit." Khairil Izhan tersengeh.

"Eh, tak der nya nak layan."

"Bukan dengan you lah, dengan ibu."

"Awak.. Orang cerita yang bukan-bukan pasal kita.." Umaira bersuara perlahan.

"Biarlah sayang. Masing-masing ada mulut, kita tak boleh halang." Kalau nak ambil peduli apa yang orang sekeliling bercakap, tak kahwinlah kita Umaira. Tak indahlah malam-malam Khairil nanti.

"Sempat ke semuanya?"

"Sempat. I dah susun semuanya. Inshaa Allah, sayang doa banyak-banyak. Eh, nak kena ambik jalan atas ke bawah ni?"

"Tadi orang nak drive tak kasi. Kita nak ke mana ni?"

"Kita nak ke taman syurgawi. Bestnya dapat kahwin dengan Umaira."

"Main-main lah dia ni." Umaira tarik muka.

"Alah, abang baru nak bagi pickup line. Eh, tersasul abang pula ya." Izhan ketawa. Teringin juga hendak mendengar si cantik Umaira memanggilnya 'abang', darling ke, honey ke, ermm tunggu dah jadi isterilah, paksa dia panggil manja-manja. Manja dengan Umaira? Wah memang dah lama mengidam.

Kereta memasuki parkir. Sebelum keluar Izhan memandang Umaira.

"Sebenarnya hari ni tak ada kursus, tapi I minta tolong kawan, so dia arrange, may be nanti ada yang you kenal. Jangan terperanjat eh. Kursus memang sah, Ustaz pejabat agama bertauliah, cuma sepatutnya hari ni tak ada kelas. Kalau nak ikut jadual tak sempat kita. Tak kahwin I dengan sayang nanti."

"Memang sungguh - sungguh ya nak kahwin dengan saya?"

"Eh eh. Tak akanlah main-main. Susah payah dah.." Shhhh.. jari halus Umaira hampir ke bibir Khairil, menyuruh lelaki itu tidak menghabiskan tuturnya, rasa macam nak cium saja jari tu. Ngap!

"Ok ok. Ermm.. Umaira pun nak kahwin dengan Encik Izhan." Beserta dengan senyuman dan mini love di jari halusnya, buat jantung Khairil berdegup laju. Di parking lot, cuaca baru nak cerah, aksi comel Umaira, memang tak diduga. Khairil rasa nak terkam saja.

"Iman I tak kuat lah sayang." Geramnya Khairil dengan si cantik manis Nurin Umaira. Nafas dihelanya perlahan. Lebih terkejut bila ada ketukan di cermin tingkap. Masing-masing buat muka panik.

"Oi, cepatlah. Aku dah lapar ni. Nak bercengkerama kat sini ke? Sabar, lagi berapa hari saja lagi."

Imran? Teringat kata-kata Juita, kawan-kawan Encik Khai.. Termasuk Imran? Betul - betul BFF lah.

"Hi beautiful. How's your day?"

"I'm good. Thanks for asking."

"Can we walk together?"

"Of course, yes. Lead the way."

Hei Imran ni memang tau.

"Abang dah order sarapan, nanti kita makan sama-sama eh. Cancel semua appointment sebab nak teman Umaira kursus tau. Kalau ada abang Im, Umaira tak segan sangat kan."

"Aah, adalah yang Umaira kenal. Taklah segan sangat. Bila sampai JB?"

"Kena angkut dengan bakal suami Maira ni, sekali satu kereta. Kalau tak fikirkan pasal kawan, dan Maira yang cantik, abang Im tak kuasa nak ikut. Tapikan, encik bakal suami tak boleh pergi rumah Maira selalu, abang Im boleh. Boleh tolong-tolong apa patut. Apa orang sini panggil, rewang? "

Ishk Imran ni, melebihlah pula ya. Dahlah ber abang-abang, Maira yang cantik. Heee sakit pula hati ni lah. Umaira pun, bilalah nak panggil Khai 'abang', honeybee ke, honeydew huhuhu....

Umaira memandang sekeliling, ada yang dia kenal. Aah ialah, staff kat ofis Nusajaya. Aduh, biar betul ni.

"I tak sangka rupanya you perempuan yang digosip dengan Encik Khai. Yang dekat Puteri Harbour tu. Tapi you jangan risau, kami semua tahu Encik Khai memang cintakan you. Ni Encik Fikri yang suruh kami join, buat penuhkan peserta." Ermm terlebih ramah pula nampaknya ni. Tak apalah, layanlah saja. Asalkan, semuanya dapat selesai dengan cepat dan baik. Think positive ya Umaira.

Umaira nampak Izhan berbual mesra dengan seorang lelaki muda. Dari cara pakaiannya, nampak macam seorang Ustaz. Mungkin dialah penceramahnya.

"Sayang, kenalkan ni Ustaz Abu Hanifah. Kawan I masa kat Mesir. Dialah yang tolong pasal hal semalam tu. Tolong hari ni, esok dan esoknya."

Umaira sekadar tersenyum. Malu pula bila disebut hal semalam.

"Umaira jangan risau, mulai hari ini, abang Im akan jadi pembantu Umaira."

"Kacaulah Im. Tak payah ber abang-abang lah, geli."

"Dia jeleslah tu, Abu. Umaira tak panggil dia abang."

"Bakal isteri kau simpan panggilan tu tuk malam pertama nanti, baru ada feel seorang suami. Baru ada umph." Berderai tawa lelaki-lelaki yang ada di hadapannya. Umaira dah jadi seram sejuk bila perkataan 'malam pertama' di sebut. Seriau rasa. Tak boleh nak dibayangkan.

Bagaimana hendak dihabiskan 2 hari dengan mereka-mereka yang suka bergurau ni, Izhan pula pandangannya selalu saja pada Umaira. Kadang Umaira rasa, pandangan Izhan seakan tembus ke jantung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience