[ Bab 82 ] DBS

Romance Completed 253377

Tan Sri Sufrie melabuhkan punggungnya ke sofa yang berada di ruang menunggu. Dia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Di usia tua, dia tidak kuat hendak menghadapi ujian seberat ini. Dia juga risau, bagaimana hendak menerangkan kepada sahabat baiknya, Haji Noordin, tentang keadaan Umaira. Sementelah lagi, majlis resepsi sudah terlalu hampir. Kalaulah ada apa-apa yang berlaku, bagaimana dia hendak menghadapinya seorang diri.

"Kau dah beritahu Maria kau kat sini, Rie?"
"Biarlah, dia bukan ambil tahu aku kat mana."
"Aku bukan nak masuk campur hal keluarga kau, Rie. Tapi ada baiknya kau biarkanlah Khai tinggal dengan isteri dia tu, kasihan aku tengok."
Tan Sri Sufrie hanya mengangguk lemah.

"Puteri tu siapa?" Soalan Hana dan Ramzi hampir serentak. Eh eh, nak kepochi lah tu.
Helmi bulat mata memandang Hana. Kemudian-kemudian tanya tak boleh eh?

"Puteri Qaisya, memang dah lama cintakan Khairil, dari Khairil duduk kat London lagi, kawan baik Khairina." Terang Imran. Kemudian dia menoleh ke arah Izzuwan. "Wan! Kau memang ada rancang sesuatu dengan Puteri eh? Baik kau cerita dengan aku sekarang, sebelum muka kau lebam aku tumbuk" Imran mencekak baju Izzuwan.

"Dulu.. memang saya ada niat macam tu Encik Imran."

"Eh, kamu ni Imran." Dato Harun meleraikan tangan Imran. Izzuwan membetulkan leher bajunya. Dia masih belum menukar baju. Baju Imran juga ada terkena darah Umaira.

"Saya sumpah, saya tak tahu Puteri ke sini, dia tak ada beritahu apa-apa. Memang awal dulu saya komplot dengan Puteri, dengan Puan Sri Maria untuk pisahkan Encik Khai dan Umaira, tapi lepas tu saya redha yang Umaira memang tak sukakan saya, memang selama ni Umaira tak pernah tunjuk dia suka saya, saya yang syok sendiri. Maafkan saya Tan Sri." Izzuwan menerpa ke arah Tan Sri Sufrie yang sedang duduk.

"Saya betul-betul tak tahu Tan Sri, saya sumpah. Tan Sri jangan pecat saya, saya janji saya tak akan kacau Umaira lagi, saya akan focus kerja kat sini. Saya akan pastikan projek ni berjalan lancar. Maafkan saya Tan Sri."

"Puan Sri pun?"

"Ya Tan Sri, saya dah beberapa kali jumpa Puan Sri dan Puteri, mereka selalu ada rancangan jahat untuk saya buat. Cuma saya ni bebal sikit, lambat bertindak. Mereka pun ada suruh saya curi masuk rumah Umaira, suruh saya buat apa saja yang boleh buat Umaira berpisah dengan Encik Khai, tapi saya tak mampu nak buat.."

Izzuwan mencari handphonenya. Whatsapp dengan Puan Sri Maria disuakan pada Tan Sri Sufrie.

"Allah... macam-mana emak sendiri nak runtuhkan rumah-tangga anak dia, sebab hendakkan menantu pilihan dia."

"Umaira tu, kalau dia nakkan lelaki lain, dah lama jadi isteri aku." Kata Imran tanpa sedar.
Semua mata memandang Imran.

"Aah, semua orang kat resort tau Encik Imran pun sukakan Cik Nurin." Helmi tepuk dahi, Hana ni memang nak kena agaknya.

"Kamupun, Im?" Tanya Tan Sri Sufrie.

"Maaf kan Im, uncle. Tapi Umaira tu limited edition lah uncle. Susah nak dapat perempuan melayu terakhir macam Umaira, lemah lembut, senyumnya manis, manja, sopan. She's everything yang sepatutnya ada pada seorang calon isteri."

"Betul tu, uncle setuju." Apa yang ada pada Umaira, ada pada Mariam. Sikapnya saling tak tumpah. Mariam juga sanggup berkorban cinta demi kasih dan sayang pada kakaknya sendiri.
Sebab itulah setiap kali nama Mariam disebut, Tan Sri Sufrie akan tewas, adakah dia masih menyimpan rasa pada Mariam?

Helmi sempat menghantar gambar Umaira pada Juita. Pesannya jangan dihebohkan perkara itu, nanti dia akan bercerita panjang.
Datang ke Sibu sehelai sepinggang, berbuka puasa pun sekadar alas perut, hotel pun belum cari lagi. Helmi terasa letih yang sangat.

"Kamu tinggal di mana Ron?"
"Hotel Apartment. Eh, jomlah ikut aku balik dulu, rehat2. Kita makan dulu. Masing-masing pun belum makan, berbuka alas perut saja tadi. Kau nampak penat sangat tu, Rie, jomlah."
"Ialah, jomlah semua. Kita makan dulu. Helmi."
"Saya tengok Encik Khai sekejap ya, Tan Sri."
"Hah ialah. Pergilah tengok, tanya dia nak makan apa. Diapun tak makan apa lagi tu."
Walau kesihatannya sendiri tidak menentu, tapi anaknya juga yang dia risaukan. Dah namanya ayah, kasih sayang terhadap anak, tetap ada.

Helmi mendekati pintu. Dia terdengar suara orang ketawa, errmmm.. dah berbaik dah tu, senyum hatinya. Encik Khai kalau dengan Umaira, cepat saja cair hati batunya tu. Dia bab-bab cinta memang lembik hatinya yang sekeras berlian.

Pintu di ketuk, tak mahulah main masuk jer, kang Encik bos, tengah buat apa, terperanjat pula. Hihi, ketawanya lagi.

"Bos, saya nak pergi makan, bos ada nak makan apa-apa?"

"Aku kenyang dah tengok awek cantik ni, Mie."

"Tu kenyang sekejap jer bos, nanti perut bernyanyi bos juga yang susah. Orang tu dia dapat makanan hospital."

"Mie, kau ambil duit ni, kad ni, kau belilah apapun, baju semua tu, kita datang sehelai sepinggang jer ni. Kang kau tercirit dalam seluar, tak berganti seluar tu, bau satu hospital nanti." Khairil ketawa. Khairil mengambil wang tunai di dalam beg duitnya, juga sekeping kad Platinum Visa buat Helmi.

"Alah, bos apa kurangnya."

"Aku tak per, awek cantik ni suka aku bau masam. Kan, sayang?"

"Sayang pula. Bukan abang ke yang suka?"

"Eh dah dah awek cantik lah, tak payah nak sweet sweet, saya lapar ni Encik Khai." Mereka tertawa.

"Mestilah, kau ada?"
"Tak ada, limited edition kata Encik Imran tadi, barang rare. Encik Khai the only one je ada. I is jelous." Helmi buat muka lucu, mereka tertawa lagi.

"Mie, satu lagi kau tolong tengokkan Tan Sri eh, suruh dia makan ubat. Ubat dia selalu bawa dalam beg dia. Jangan lupa tau."

"Taking care juga ya." Helmi tersenyum. "Tadi marah-marah, emosi terlebih."

"Eh kau ni, lebih dari bos pulak nampak." Hahaha! Khairil ketawa lepas. Ah leganya hati dia, melihat senyuman Umaira dan melihat ketawa Helmi. Maafkan Khai, daddy. Khai tak patut marah daddy tadi. Nasib daddy tak kena heart attact. Fuhh!.. Khairil bersyukur.

Sayup-sayup Khairil terdengar seperti ada orang berbual. Matanya tidak mahu terbuka, namun dia boleh menangkap bunyi suara. Kepalanya juga terasa berat. Rasanya baru sahaja dia terlelap selepas Umaira mengejutkannya untuk ke tandas.

"Yang nilah suami dia."
"Mana kau tahu? Bukan yang malam tadi ke?"
"Yang ini, tu tengok inai ada lagi kat jari tu. Nampak tak? Sebab, sebelum ni kan pernah masuk sini juga."
"Mungkinlah kan. Tapi yang ni, lagi hensem dari yang semalam. Yang ni lagi putih, sado."
"Yang semalamlah hensem, kulit orang melayu, Remy Ishak, ni kulit putih macam Fatah Amin.."
"Encik.." Bahunya dicuit. Siapalah yang kacau Khairil nak tidur ni. Boleh tak jangan kacau, Khairil penatlah. Nak rehat sekejap. Jangan kacau, please.

Matanya dibuka juga.
"Oh, cik nurse. Sorry." Dia meraup wajah. Senyum kelat dia hadiahkan. Oi macam manalah agaknya rupa baru bangun tidur ni, tangan terasa lenguh dek tidur beralaskan lengan.
"Sekejap lagi doktor nak round. Boleh saya buka curtain ni?"
"Eh, boleh-boleh." Dia bingkas bangun.
Malulah pula bila melihat cik nurse tersengeh-sengeh. Ada air liur basi ke? Huhu.

"Jangan banyak bergerak, kandungan sangat lemah. Kalau boleh, biarkan berehat dulu sehari dua. Itu yang doktor pesan, jadi Khai balik bila Umaira dah boleh keluar hospital."

Tan Sri Sufrie mengangguk beberapa kali. Sekadar berdiam dan hanya memandang. Pelik pula Khairil rasa, entah apa yang bermain di fikiran daddy nya itu. Dia tak setuju ke dengan keputusan Khairil ni? Ah pedulilah kalau daddy tak setuju, Khairil tak ada masalah.

Pandangannya beralih kepada Helmi yang sedari tadi keresahan. Banyak kerja katanya, sudahlah dia tidak bawa laptop bersama, semuanya tertinggal di ofis. Kemudian dia memandang Imran dan Dato Harun. Imran pula memang sengaja buat dia menyampah, asyik berbual dengan Umaira.

"Errmm.. Mie, kamu cari wheelchair, kita tak nak Umaira banyak bergerak, so guna wheelchair more better, then kita balik sama-samalah nanti, sehari dua lagi kan? Kamu call ofis, beritahu yang kita ada urusan di Sibu. Cancel all appointments, suruh Level 1 replace mana-mana charity."

"Seriously Tan Sri??" Semua mata memandang Tan Sri Sufrie. Helmi apatah lagi, dia dah garu kepala. Kerja banyak, macam-mana boleh nak tunggu sehari dua kat Sibu ni? Baju semua tak ada.

"Betullah, aku pun nak jaga menantu aku juga. Lagipun bolehlah kita tengok-tengok projek di Sibu ni, kan Harun? Kalau setakat baju semua tak ada tu, kamu pergilah shopping, bukan ke bos kamu tu dah bagi Platinum kad dia? Belasah sajalah."

Helmi yang masih tergaru kepala, mengambil telefon di poket dan terus keluar. Siapa yang dia nak call beritahu hal ni? Secretary? PA Tan Sri? Kusutlah. Balik hari ni kan senang. Encik Khai biarlah tinggal dengan wife dia. Bebel Helmi.

"Khai, kalau kau nak berehat, pergilah balik dulu. Umaira biar aku tunggu."

"Eh, eh. Kenapa kau nak tunggu pula?" Wah betul mengundang salah faham ni Imran. Kau bercakap macam tak guna akallah. Nak lebam muka ke?

"Kawan, kan?"

"Dari suruh kau tunggu, baik aku suruh daddy yang tunggu. Ni kalau dia nak ke tandas, kau nak papah? Eh tidaklah aku nak bagi."

"Habis, kalau uncle yang tunggu, boleh ke uncle papah Umaira? Mahu nya sama-sama terduduk."

Khairil tak tahu samada ada nak ketawa atau marah dengan kata-kata Imran. Tan Sri Sufrie sudah tersengeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience