[ Bab 81 ] DBS

Romance Completed 253377

"Daddy..." Suara Khairil semakin hilang, pandangannya kabur dan berbalam, dadanya sangat sakit. Ya Allah, apakah ujian-Mu ini Ya Allah.
"Khai, istighfar nak, tarik nafas, daddy ada.." Ini kalau Khairil dengar berita macam ni saat dia tengah memandu, bagaimana agaknya. Dia tahu anaknya tidak boleh mendengar berita buruk, penyakit lamanya pasti muncul. Belakang Khairil diusap perlahan. Membantu menenangkan Khairil.
"Helmi, booking tiket ke Sibu sekarang."
"Berapa Tan Sri?"
"3. Kamu ikut sekali. Cepat!"
"Ya ya." Kelam kabut Helmi. Mereka baru hendak berbuka puasa bersama.
"Khai. Kita buka puasa kat airport ya sementara tunggu flight. Khai kuat kan, mari kita bawa balik Umaira." Tan Sri Sufrie memapah Khairil. Maafkan daddy ya, Khai. Daddy patutnya dengar cakap Khai, bukan ikut sahaja cakap mommy. Berdosanya aku pada anak sendiri. Ya Allah, peliharakanlah menantuku, dan mungkin bakal cucuku Ya Allah.

Baru sekarang ke nak bawa balik Umaira, daddy? Kalau apa-apa jadi pada Umaira, bagaimana? Siapa yang hendak kita persalahkan.

Waktu-waktu kemuncak ketika ini, jalan jem tidak bergerak. Helmi mula runsing, sempat ke nak kejar flight ni, tadi masa dia booking, dia tak terfikir KL jem sesak.

Azan Maghrib berkumandang di radio. Air mineral dan kurma yang memang ada di dalam kereta, dibuat alas berbuka puasa. Khairil masih diam di bangku belakang. Matanya terpejam, sesekali tangannya memegang dada. Sudah 2kali dia diserang sakit dada kerana panik. Fikirnya cukup sekali itu dia takut kehilangan Umaira, ini sekali lagi.

'Izzuwan angkat Cik Nurin.. Encik Imran datang tolong...' Kenapa nama 2 lelaki itu selalu mengganggu bahagianya. Macam-mana Khairil nak jelaskan pada keluarga Umaira, hal masuk hospital kerana gastrik pun dia tidak bercerita pada keluarga Umaira. Tambah pula cerita baru. Boleh ke dia berdepan dengan ibu dan ayah, atau abang Long, Angah dan Uda. Allah..

"Datok Harun ada dengan Imran kat sana. Ada business trip, kalau Hana tak jerit nama Umaira, Imran pun tak tahu Umaira yang diserang." Seolah tahu apa yang menyesak dalam kepala anaknya, Tan Sri Sufrie menjelaskan duduk cerita.

Dalam masa yang sama, Umaira terus dibawa ke wad kecemasan. Hanya mengalas perut dengan roti untuk berbuka puasa, Imran tidak berganjak selagi tidak tahu keadaan Umaira.

"Ibu dan kandungannya selamat. Dah masuk 4 minggu. Cuma lepas ni kalau jatuh sekali lagi, memang sangat bahaya untuk ibu dan kandungan. Kami akan pindahkan ke wad biasa, nanti boleh melawat."

Alhamdulillah...
Izzuwan yang baru sampai dengan Ramzi turut sama bersyukur.
"Betul dah Puan mengandung, tengok cara diapun tahu. Bunting pelamin." Ramzi, Ramzi. Tak habis-habis dengan bunting pelamin dia.

------

Lemah kaki Khairil saat melangkah masuk ke wad yang menempatkan Umaira. Hatinya sayu melihat Umaira yang terbaring, tapi hatinya bertukar benci dan marah bila melihat Izzuwan dan Imran di situ. Cuba untuk tidak mengendahkan sesiapa dia terus mendapatkan Umaira.

"Tadi Cik Nurin dah sedar, tapi doktor suruh berehat, ni tidur semula."

"Thanks Hana." Senyum segaris dia hadiahkan buat Hana.

Saat matanya memandang Izzuwan, lelaki itu terus mendekatinya. "Maaf kan saya Encik Khai"

"Untuk apa? Aku tak nak tengok muka kau. Pergilah!" Jerkah Khairil dengan kasar. Hatinya yang sudah dicuba untuk bersabar, rasanya sudah tidak boleh menahan. Serasa bagaikan gunung berapi dah nak meletop ni.

"Saya tak .. tak tahu.. Puteri.." Ah, Izzuwan habis kata-kata.

"Kau sukakan semua jadi macam ni? Memang kau ada niat, nak runtuhkan rumah tangga aku, kan?"

"Khai.. tenang Khai, Umaira dengan baby tak apa-apa, doktor baru periksa tadi." Dato Harun cuba menenangkan, dia tahu kalau Imran yang bersuara, Khairil pasti melenting.

"Saya tak ada buat apa-apa Encik Khai.." Izzuwan cuba merayu. Ia dia memang tak tahu menahu dan tak ada buat apa-apapun, dia sendiri tergamam.

"Kalau jadi apa-apa, macam-mana, hah? KALAU jadi apa-apa macam-mana?!" Suaranya ditekankan kuat pada Izzuwan.

"Encik Khai.."

"Kalau dia tak boleh mengandung lagi, ke, apa ke, kau nak tanggung rasa bersalah tu dalam diri kau seumur hidup? Kau nak tengok dia sakit, derita, baru puas hati kau? !" Jarinya menolak kuat dada Izzuwan.

Tak Encik Khai, saya tak nak semua tu. Saya tak rancang semua tu, saya pun nak Umaira bahagia. Saya sedar, dengan kebahagiaan Umaira, saya akan turut bahagia. Hati Izzuwan menangis.

"Khai, sabar nak.."

"Puas kan hati semua orang? Daddy puas? Tengok Umaira macam ni? Atau tengok Khai macam ni?"

Serabutlah kepala dia. Tan Sri Sufrie geleng kepala. Ya dia tak sangka akan jadi macam ni, dia tak sangka pula Puteri akan sebegini. Dia ada berbalas meseg dengan Dato Zamri, dia pun tak tahu Puteri ada di Sibu, sebab Dato Zamri ada di kampung, menziarahi keluarga mertuanya.

"Kita bawa Umaira balik ya.."

"Baru nak bawa balik? Khai pernah merayu pada daddy, jangan hantar Umaira ke Sibu, daddy suruh pergi juga, kan? Sebab apa, sebab mommy. Memang tak nak tengok Khai bahagia kan? Suruh Khai balik Malaysia, Khai ikut. Suruh Khai jadi CEO, Khai ikut, suruh Umaira ke Sibu, Khai ikutkan juga, sebab banyak kali Umaira kata, jangan derhaka pada mommy.. tapi sorry, kali ni Khai tak akan ikut, apapun, hal rumah tangga Khai JANGAN masuk campur. Kalau tak suka, Khai akan bawa Umaira balik London, Khai boleh jer cari kerja lain kat sana. Tak matilah kalau kerja kulipun kat sana."

"Khai.." Ada air jernih di pelupuk mata Tan Sri Sufrie. Bukan tak pernah dia mendengar Khairil meninggi suara sebegini, tapi entah kenapa kali ini sangat menyentuh hatinya. Ya, semuanya salah dia, dia terlalu ikut sangat kata Puan Sri Maria, isteri kesayangannya itu, hinggakan anak sendiri menderita.

"Khai nak cakap apa dengan ayah dan ibu Umaira, daddy. Daddy nak ke Khai tanggung rasa bersalah pada keluarga dia? Daddy nak ke Khai lebam muka lagi kena tumbuk dengan abang-abang Umaira, ingat Khai boleh hidup bahagia ke kalau Umaira macam ni?" Suaranya bergetar, hatinya sebak, lebih lagi melihat Umaira yang terbaring di katil hospital.

"Kalau daddy ada kat tempat Khai, daddy nak ke tengok mommy macam ni? Baru sebulan kahwin daddy, inai kat jari pun belum hilang lagi... Allahuakbar.."

Umaira dengar semuanya, dari saat Khairil mengamukkan Izzuwan hinggalah Khairil marahkan daddy nya. Dia tidak mampu menahan rasa sedih, airmata yang bergenang sudah tidak dapat ditahan. Akhirnya, dia teresak menangis, memaksa Khairil mendekati. "Sayang, dah bangun?"

"Abang.. jangan marah daddy, Wan..."

"Dah abang nak marah siapa?" Suara Khairil sudah bergetar. "Ke, marah sayang sebab selalu nak keluar dinner dengan kawan-kawan? Makan kat rumah tak boleh?" Teganya Khairil berkata begitu pada Umaira.

"Sayang minta maaf....." Esaknya makin kuat. Umaira dah tak boleh dah. Dia terus memeluk Khairil, ditepikannya rasa malu pada mata yang memandang... dibuang jauh rasa sakit yang ditanggung. Dia hanya ingin berada di dalam pelukkan Khairil.

Siap kau Puteri, aku jumpa kau, aku tolak kau dari tingkat 10! Marah Khairil.

"Mari kita keluar dulu, Rie." Dato Harun menepuk perlahan bahu Tan Sri Sufrie, biarkanlah Khairil memujuk isterinya seorang. Diapun kasihan, bukan dia tidak pernah menasihati sahabatnya itu, agar jangan mendengar kata-kata isteri dalam soal perniagaan. Biarkanlah isteri di rumah, mengurus hal rumah-tangga, hal pejabat biarkanlah suami yang uruskan.

Share this novel

eida chezam
2020-10-14 20:45:55 

xde update lg ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience