[ Bab 45 ] DBS

Romance Completed 253377

Sengaja Khairil tidak ketuk pintu pejabat Umaira, dia hendak memeranjatkan gadis itu, namun sebaik dia membuka pintu, dia pula yang terperanjat. Umaira elok tertidur di meja, berbantalkan lengannya. Hendak dikejut, kasihan pula. Jaket yang dipakai dibuka, dan diselimutkan tubuh Umaira. Dia kemudian duduk di sofa.

Pejabat itu nampak selesa walaupun tidak sebesar pejabat dia di KL. Umaira pun hanya menggantikan pengurus yang cuti bersalin. Tiga bulan katanya, ah, nanti tentu saja Umaira sudah tidak bekerja, bila sudah menjadi isterinya. Duduk rumah sajalah, jaga anak.

Cctv sudah dipasang, kunci pendua juga sudah dia buat. Sudah dicuba tadi di setiap lubang kunci. Memang Imran asyik beritahu yang perbuatannya salah. Tapi dia punya alasan sendiri untuk itu. Peduli apa pada pendapat orang. Yang hadapi masalah itu dia, jadi dia tahu apa yang dia harus buat.

Tanpa sedar, entah bila dia tertidur. Sementelah semalaman dia asyik berfikir bagaimanakah kesudahan hubungannya dengan Umaira. Sayup dia mendengar suara Umaira memanggilnya. Perlahan seakan menyanyi-nyanyi di gegendang telinga.

“Nyenyak nya tidur?”

“Kata orang, dia tu tadi tidur jugak kat meja.”

“Itu terlelap. Tapi awak ni lena.”

“Sebilik dengan Umaira, walau tak sekatil mestilah lena.” Keningnya dijongket-jongket.

“Oi, aku ni apa? Tunggul?” Khairil berpaling, aduh bila masa ada Imran ni? Ke mana saja ada si Imran nilah. Spoil the mood.

“Tan Sri call tadi. Tanya bila balik.”

“Then?”

“Aku cakap by monday, kau confirm ada kat ofis. Aku akan heret kau pergi Mega Holdings.”

“Esok petanglah ya balik? Aku tak puas lah tengok Umaira. Cantik giler macam Keira Knightley.”

“Esok pagi.”

“Alaa Im. Belum puas dating lagi. Bau Umaira wangi.” Senyum sengetnya sengaja dipamer buat Umaira yang sudah tersengeh malu.

“Esok pagi. Datinglah kau puas-puas malam ni. Tak tidur ke, aku tak kira. Esok aku drive. Jauh ni, nanti penat. You need a fresh look Khai. Kau tu CEO, tunjukkan wibawa kau sebagai CEO. Aku pun dah kena masuk ofis, my dad dah bising.”

“Alaaa..” Munjung Khairil panjang sedepa. Sejak cintanya berkembang mekar dengan Umaira, macam-macam perangai muncul. Dia sendiri pun tidak pernah tahu yang dia ada banyak perangai sebegini. Paling dia tidak sangka, dia boleh menjadi lelaki romantik dengan mulut manis tahap diabetis setiap kali bersama Umaira.

“Jomlah makan, perut aku dah berkeroncong ni.” Imran meraba perutnya. Memang dia sangat lapar sekarang. Dia sudah hampir hendak ke restoran bila telefonnya berdering. Tertera nama Umaira di skrin, buat jantungnya berdebar. Memang mereka ada bertukar nombor phone semalam, bukan berniat tidak baik, sekadar atas urusan penting sahaja, dan bila Umaira menelefonnya, dia jadi teruja. Manakan tidak, gadis itu sudah beberapa kali mendebarkan jantungnya, hanya dengan lirikan senyum dan pandangan redup matanya. Berkali-kali dia mengingatkan hatinya, yang didebarkan itu adalah kekasih sahabat baiknya sendiri. Dia tidak mahu bergaduh dengan Khairil. Dia tahu Khairil sudah tekad dengan cintanya.

“Boleh tolong datang pejabat Umaira tak? Izhan ni tidur pula kat sofa. Risau pula apa staf lain cakap.” Oh dia risau berduaan dengan Khairil di pejabat. Izhan? Jarang sungguh nama itu diguna panggil. Izhan adalah sisi lain seorang lelaki bernama Khairil Izhan, anak billionaire yang sedang berjuang demi cintanya yang ditentang ibu sendiri.

“Lama ke aku tidur?”

“Boleh tahanlah.”

“Macam mana kau boleh ada kat pejabat Umaira?”

Imran melirik Umaira yang sedang berjalan bersama. “Instinct. Aku risau kau berduaan, kau tu selalu buat perangai kalau dibagi chance berduaan.” Tidak mahu berterus terang tentang panggilan telefon, risau kalau-kalau Khairil salah sangka.

“Tapi kau tau tak, kalau lelaki perempuan berduaan, yang ketiga itu adalah syaitan.”

“Habis kau nak kata aku syaitan lah? What the! Kalau aku syaitan aku dah kekah dah..” Ayatnya tidak dihabiskan.

“Kau apa?” Khairil berhenti berjalan. Ayat Imran macam ada berbunyi sesuatu.

“Perumpamaan. Syaitan tak akanlah nak pandang jer, syaitan kan jahat.” Melihat air muka Khairil yang seolah tidak puas hati tu, Imran kena berjaga-jaga dengan kata-katanya.

“Ok. Make sense. I got it.” Khairil mengangguk beberapa kali, Imran sudah mengurut dada, cuak juga dia kalau-kalau Khairil mengamuk cemburu. Dia bukan tidak tahu, sahabatnya itu memiliki tali pinggang hitam tekwando.

Dia berpaling memandang Umaira. Gadis itu seolah menyebut ‘thank you’ tanpa suara hanya gerakkan bibirnya yang cantik itu. ‘Anything for you, Nurin Umaira.’ Bisik hati Imran sendirian. Pertama kali terpandang Umaira di kedai makan, sewaktu gadis itu terlanggar badannya, hatinya sudah berkata, cantiknya dia. Inikah dia perempuan melayu terakhir yang selalu diperkatakan?

***

“Tau tak memandang ke laut ni Sunnah?” Gadis di sebelahnya berpaling pandang. Sesaat mata mereka bertemu.

“Ketika kita stress, gelisah, pergilah ke laut dan berdzikirullah. Setiap gelombang dan setiap titis air itu ada malaikat yang berdzikirullah. Sebab itu Sunnah untuk kita pergi ke laut dan memasukkan kaki ke dalam air, kita akan berasa tenang.”

Terpegun Umaira mendengarnya. Seketika dia merasakan amat tenang berada di sisi lelaki bernama Khairil Izhan ini.

“Tau tak apa 4 perkara yang kita lihat dapat pahala?”

“Tengok ibubapa? Kaabah?” Oh Umaira tidak tahu jawapannya.

“Melihat wajah ibubapa, melihat Al-Quran, melihat Lautan dan melihat Ka’abah. Diriwayatkan oleh Abu Nuaim daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda: Melihat pada tiga perkara ini adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan ditambah dengan Melihat Ka’abah dari Riwayat Abu Daud”

“Pandailah awak.”

“I banyak membaca. Untunglah you hari-hari pandang lautan, dapat banyak pahala.”

Melihat keriuhan di Pantai Batu Buruk itu menghilangkan rasa risau di hati Khairil. Dia tidak mahu pulang ke KL esok, dia ingin bersama Umaira kerana bahagianya adalah di sisi gadis itu. Namun dia tahu dia harus membuktikan pada semua, gadis bernama Nurin Umaira itu bukan sekadar skandal, tetapi bakal isterinya.

Tidak akan sesekali dia mengaku kalah pada apa jua yang menghalang dan menentang. Walaupun ibu kandungnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience