" Sayang nak pergi mana ni?" soal Aiman lalu merampas baju baju aku.
" Saya nak keluar. Awak jangan berani halang saya. Pulangkan baju saya semula." ujarku serious. Mataku sudah merah akibat lama menangis.
" No, abang tak izinkan. Airin isteri abang, Airin kena dengar cakap abang." halang Aiman.
Aku merampas baju baju ku di tangan Aiman lalu memasukkan ke dalam beg. Aku hanya buat tidak dengar akan amarannya.
" Aireena Aleeya, please jangan nak lawan cakap abang." suara Aiman dikeraskan.
" Aiman Amsyar, please jangan nak annoying sangat boleh tak. Izinkan saya pergi."
" No, abang tak akan sekali izin sayang pergi. No, jangan tinggalkan abang, please sayang." Aiman cuba mendakap ku tetapi aku mengelak.
" Please, kalau awak sayangkan saya izinkan saya pergi." ujarku lembut. Aku sudah tidak tahan duduk di sini.
" Sayang please don't leave me. I'm begging you." rayu Aiman.
Setelah mengemas barang, aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengan Aiman.
" Kalau awak sayangkan saya, please let me go." aku lihat mata Aiman sudah merah.
" Sayang, please." Aiman masih tidak mahu menyambut huluran tanganku malah dia menggapai tanganku lalu menciumnya.
Aku hanya membiarkan perilaku nya. " Awak, please."
" Baiklah, saya izinkan. Awak balik sini lagi kan?" soal Aiman lalu menyuruh ku duduk di birai katil.
" Saya akan balik. Tapi, saya tak janji nak balik bila." ujarku serta senyuman.
Aku mula berdiri lalu menyalami tangan Aiman. Aku mencium tangannya lama. " Maafkan saya andai saya ada buat kesilapan pada awak. Halalkan makan dan minum saya. Dan saya mahu bawak Airil sekali. Please izinkan saya."
Aiman mencium kepalaku. " Sayang, please don't said that. Sayang tak ada salah pun dekat abang. Abang halalkan makan dan minun sayang. Abang izinkan sayang bawak Airil."
" Terima kasih." hanya itu sahaja aku boleh ungkapkan.
Aku melangkah keluar dari bilik aku dan Aiman. Aku medapatkan Airil. " Airil, sayang. Jom, ikut mama. Kita pergi jalan jalan." ujarku lembut.
" Yeah! Papa ikut ke mama?" soal Airil gembira.
" Tak, papa tak ikut. Papa ada kerja banyak. Dah, pergi salam papa. Papa dekat atas." ujarku dengan tangis.
Airil berlari ke atas untuk bersalam dengan Aiman.
Aku terduduk di sofa. Air mata mengalir laju.
" Mama, what's wrong with you? Siapa buat mama. Tell me? Biar Airil marah dia." tutur Airil.
" Mana ada mama nangis. Mata mama masuk habuk. Dah, jom kita pergi bercuti." aku memimpin tangan Airil keluar.
Tiba tiba, sebuah kereta berhenti depan kami. " Dah, jom. Aku tahu kau sedih. Tapi janganlah macam ni. Aku risau lah." ujar Zania adik kepada Aqeel.
" Terima kasih, susahkan engakau je."
" Tak apa, okay jom." Aku dan Airil terus masuk ke kereta.
Dari atas, Aiman melihat Airin dan Airil pergi. Hati dia tidak rela untuk melepaskan Airin. Tetapi dia perlu hormat keputusan isterinya. " Maafkan, aku Aqeel. Sekali lagi, aku tak dapat nak jaga Airin dengan baik. Aku tak layak untuk dia, Aqeel. Aku memang tak layak."
Share this novel