" Mama, tu siapa tadi?" tanya Airil.
" Entah, lah. Mama pun tak tahu siapa." aku pura pura tidak tahu. Tetapi aku memang baru kenal si Taufiq tu.
" Jom balik ma, Airil dah penat lah." aku mengangguk. " Ok jom."
***
KEESOKAN HARINYA,
Ya Allah. Baru aku ingat yang aku belum bagi tahu rakan rakan aku yang aku dah nak kahwin. Astagfirullah Airin, kau ni dah kenapa?
" We jom hang out. Aku ada benda nak bagi tahu korang ni. Kita jumpa tempat biasa tau." aku mula menaip satu persatu ayat di telefon ku untuk memberitahu aku hendak kahwin. Aku terus tekan HANTAR di group BUDAK GILA.
" Ook." balas Aiman.
" Ook." balas mereka yang lain.
***
" Ma, Airin nak keluar dengan kawan kawan kejap. Airin nak bagi tahu yang Airin nak kahwin."
" Ya Allah, tak bagi tahu lagi ke?" tanya mamaku. Aku menggeleng sambil tersengih. " Hmm, jangan balik lambat." pesan mamaku. " Yelah."
***
" Ha sampai pun. Dia yang ajak kita keluar lepastu datang lambat." bebel Nadia. Aku mencebik bibir.
" Alah aku tersekat dekat jem lah. Relax lah kau ni." kataku.
Setelah pesan minuman Irfan bersuara, " Ada apa kau nak jumpa kita orang ni? Selalunya kalau nak jumpa ajak Sahirah, Iqa dan Nadia je. Ni kenapa ajak kita orang pulak?" tanya Irfan panjang lebar.
" Sebenarnya... aku nak kahwin." Tercengang semua. Malah ada yang ternganga jugak.
" What? Serious lah. Kau jangan main main." kata Iqa dengan suara yang tinggi.
" Relax tak perlu nak marah marah." Aiman tenangkan Iqa.
" Haah, gabah ne kau ni. Ok sekarang explain dekat kita orang, cepat." kata Sahirah.
" Ada orang masuk meminang aku, lepastu mama aku pujuk aku suruh aku terima. Yelah Airil baru 4 tahun. Dari kecik lagi dia tak rasa kasih sayang seorang bapa. So aku terima lah."
" We, kau ni boleh tak fikir betul betul. Buatnya bakal suami kau tu orang jahat ke. Kau tak kenal lagi kan?" tanya Nadia. Aku tahu dia orang memang risaukan aku.
" Mak aku kata, yang dia tu baik. Keluarga dia pun baik. Lepastu mak aku kata yang aku kenal dia. Kau rasa, siapa eh?" tanya ku. Aku mula berfikir.
" Pelik nya. Kau dah jumpa lum? Eh kejap, tak akanlah yang kau tak tahu siapa bakal suami kau?" tanya Farid pula.
" Sebenarnya, aku tak tahu yang siapa bakal suami aku tu." kataku sambil tertunduk. Malu dowh. Kalau orang nak kahwin mesti tahu siapa futere husband dia, ni aku tak tahu. Pelik betul.
" HA? Kau ni biar betul dowh." jerit Mereka serentak. Aku segera menggosok telinga aku. Bingit dowh. Mana tak nya semua kawan aku jerit dekat aku. Boleh pekak kut rasanya ni.
" Yelah." aku menggosok kening aku.
" Eh kejap. Cincin ni bukan kee......." kata kata amier tergantung di situ kerana Aiman menekup mulut Amier.
" Kenapa dengan cincin ni?" kataku. Aku membelek belek cincin emas ini. Tiada cacat vela pun.
" Girls, boleh tak aku nak pinjam Amier, Irfan dengan Farid. Sekejap je." Aiman menunjukkan muka kesian.
" Yelah." kataku dan rakan rakan ku serentak.
Kami bingkas bangun untuk beredar. Sebelum sempat aku bangun, Aiman sempat mengenyitkan matanya padaku. Aku terkejut. Eh pahal dia ni. Aku segera menunjukkan penumbuk. Dia tersengih.
***
" Eh kau pahal tekup mulut aku?" Amier menyiku tangan Aiman. Aiman mengaduh kesakitan.
" Aduh sakitlah. Nilah aku nak cerita ni."
" Ha, apa dia? Cepatlah cakap." Kata amier, Irfan dan Farid serentak.
" Sebenarnya......" Aiman menceritakan dialah bakal isteri aku. Mereka semua terkejut. Ada juga yang ternganga. Lawak betul.
" Airin tahu tak?" Aiman menggeleng.
" Sabar eh. Tapi dia boleh terima kau ke?"
" Aku tak tahulah, harap boleh lah. Tapi entah. Aku rasa yang dia tak boleh. Kau dengar kan, yang dia terima aku sebab Airil. Kan Airil memang tak dapat kasih sayang seorang ayah sejak kecil lagi. Aku tak tahu lah we." air mata Aiman menitis.
" Uuu ni dah lebih ni. Anak Dato' Harith menitiskan air mata semata mata sebab perempuan." ejek Farid. Semua yang berada di situ tergelak.
Share this novel