" Hei, pahal muka kau monyok ni?" soal Husna pelik.
" Geram aku. Tak apa, hari ni memang hari kau. Aku akan buat kau dengan Aiman bercerai. Kau tengok je nanti, perempuan." lepas Amira.
Terbungkam Husna. " Kau ni dah kenapa? Siapa yang kau cakap ni? Aiman, Aiman mana pulak?" soal Husna bertalu talu. Pening Husna dibuatnya.
" Ee, kau pun sama ni, lembap." kutuk Amira depan depan.
' Amboi minah ni kutuk aku. Hei, kalau tak disebabkan aku, kau dah lama merempat tepi jalan. Ee, geram pulak aku dengan minah kepoh macam dia ni' kutuk Husna dalam hati.
Amira selamba sahaja menyedut minuman Husna sehingga separuh.
" Hei, air akulah. Kalau kau haus, pergi lah order. Tengok, air aku dah tinggal separuh. Kau ni, kan.." belum sempat Husna ingin menyambung ayatnya, Amira melangkah pergi meninggalkannya.
" Ee, biadap betullah minah ni. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak dah lama kau kena pelempang aku tau. Tangan aku ni, gatal je nak lempang muka kau, ee sabar Husna..sabar." ujar Husna perlahan.
Kalau cakap kuat kuat nanti orang dengar. Tak pasal pasal kena cop gila.
***
Suasana di kereta hanya sunyi sahaja. Tiada ceroteh radio dan tiada juga perbualan aku dan Aiman. Kami masih diam. Aku tak tahulah, Aiman kenapa? Sejak kejadian itu, Aiman diam sahaja.
" Abang, kenapa diam saje. Airin ada buat salah ke?" soalku untuk memulakan perbualan.
" Tak ada benda nak cakap, so abang diam jelah. Airin tak ada buat salah apa apa pun." jawab Aiman acuh tak acuh saja tanpa memandang muka ku.
" Airin rasa jawapan tu tak tepat. Abang, cakap lah. Airin tahu ada sesuatu yang abang rahsiakan pada Airin, what is it?" gesa ku sambil menggoncang goncangkan tangannya sebelah.
" Airin, please. Abang tengah bawa kereta kan!" suara Aiman ditinggikan.
Aku terbungkam. Perlahan air mata menitis.
Aiman tidak pernah lepas tangannya padaku apatah lagi, tinggikan suaranya pada aku. Sekarang ini, dia sudah menengkingku. Aku sedih.
Aiman sedar akan keterlanjuannya yang menengking isterinya. Padahal, Airin tidak ada buat kesalahan padanya. Dia salah.
Aiman memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Aiman membuka selt belt nya lalu menghadapkan badannya pada Airin.
" Sorry ya sayang. Abang tak berniat nak tengking sayang pun. Sayang tak buat salah apa pun, dekat abang." ujar Aiman.
Aku hanya mendiamkan diri. Air mataku masih tidak berhenti mengalir.
Aiman mengelap air mataku menggunakan ibu jarinya. " Sorry ya, abang tak ada niat pun." ujar Aiman lembut.
Sekali lagi aku hanya mendiamkan diri.
Aiman mengeluh. Dia memakai semula selt belt. Dia mula memandu untuk pulang ke rumah.
Selesai sahaja Aiman parkir kan kereta, aku terus membuka pintu kereta.
Aiman mengeluh. " Ha tulah, kau. Padan muka. Siapa suruh tengking dia. Ee, ni semua kau puncalah minah. Ee, sabar jelah aku." ujar Aiman sendirian.
Aiman melangkah masuk ke rumah lalu mengunci gate.
Tanpa sedar, seseorang sedang mengikutinya dari belakang. " Akhirnya, aku tahu pun rumah kau. Dia hanya milik aku seorang. Kalau aku tak dapat dia, tak ada sesiapa pun boleh dapat dia selain aku." ujar Seseorang itu dengan penih kebencian.
Share this novel