SEMINGGU BERLALU,
" Assalamualaikum." Laung aku di luar rumah.
" Waa..laikum...ussalam." jawab mama tergagap gagap.
" Mama, tak nak jemput Airin masuk dulu ke?" gurau ku. Aku nampak air mata mama sudah bertakung di tubir matanya.
" Airin, anak mama." mama terus memelukku erat seperti tidak mahu lepaskan aku.
Aku membalas pelukan mama. " Mama, dah lah tu. Airin lemas lah." guarau ku.
Mama tergelak. " Apa Airin ni. Tahu tak, mama rindukan anak mama yang manja ni." marah mama dengan tangis sambil mencubit pipi gebuku.
" Auch, sakitlah mama." aku menggosok gosok pipiku.
" Mama rindukan Airin." tangis mama semakin menjadi. Mama memeluk ku semula. Nak lepaskan rindu lah.
" Mama, Airin dah balik lah." aku merenggangkan pelukan.
" Ni siapa?" mama bertanya padaku setelah melihat bayangan Taufiq di hadapan matanya.
" Saya Taufiq Danish." Taufiq menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mama. Mama menyambut. " Terima kasih ya, sebab hantarkan Airin balik." ucap mama sambil mengukirkan senyuman nipis.
Taufiq membalas senyuman mama. " Awak, jemputlah masuk. Saya buat air sekejap." aku berlalu ke dapur untuk membancuh air.
Mama mengikut langkah ku dari belakang. " Tu, siapa?" tanya mama separuh bisik.
" Dia kawan Airin. Nama dia Taufiq Danish." jawabku.
" Mama tengok dia tu macam sukakan kamu je, Airin. Airin jangan buat perangai ya. Airin dah jadi isteri Aiman. Tak bolehlah, keluar dengan lelaki yang bukan muhrim kita." nasihat mama.
" Yes, I understand. Tapi ma, Taufiq sekadar kawan. Kita orang tak buat apa apa pun. Lagipun anak mama tak gila lagi nak buat benda terkutuk belakang mama. Airin tahu status Airin sendiri." kawabku panjang lebar.
" Ye, mama faham. Tapi jangan rapat sangat. Mama tengok cara dia pandang kamu semacam je. Mama cuma risaukan anak mama ni." bebel mama.
' Alahai, mama ni. Bebel je.' gumam ku dalam hati.
" Tak ada apalah mama. Dah, Airin nak hidangkan air untuk Taufiq ya. Bye ma." aku berlalu pergi sambil menatang dulang air yang telah aku bancuh.
***
" Eh, kau buat apa ni, dekat rumah keluarga Airin ni?" jerkah Aiman.
Dia terkejut apabila terlihat bayangan penculik isterinya itu.
Belum sempat Taufiq ingin membalas ayat Aiman, Aiman menghadiahkan satu tumbukan pada pipi kiriTaufiq.
Taufiq terdorong di belakang lalu terjatuh di atas lantai. " Itu, sebab kau culik isteri aku." Sekali lagi Aiman menghadiah kan satu tumbukan pada pipi kanan Taufiq. " Ini, sebab kau berani tunjuk muka kau depan aku setelah kau culik isteri aku."
" Aiman! Apa yang awak buat ni?" jerkah ku. Aku sempat melihat Aiman memberi tumbukan itu pada kedua belah pipi Taufiq. Habis luka bibir Taufiq.
" Sayang, alhamdulillah. Awak dah balik? Bila? Kenapa tak bagitahu saya, saya boleh jemput awak." Aiman menghampiri aku lalu memeluk ku.
Aku menolak kasar badannya. " Jangan berani sentuh saya." aku memberi amaran. Aku terus pergi ke arah Taufiq.
" Taufiq, awak okay tak ni? Teruknya, bibir awak lukalah. Tak apa, tunggu sekejap saya ambik ubat." Apabila aku ingin melangkah naik ke atas untuk memngambil peti kecemasan, Aiman pantas menarik tanganku.
" Ish, apa ni? Lepaslah." aku merentap pergelangan tanganku dari pegangannya.
" Saya tak akan lepas kan tangan awak. Awak nak bantu dia? Awak sedar tak, yang awak nak tolong tu, dia penculik awak? Awak sedar tak?" suara Aiman meninggi.
Terhinjut bahu aku akibat sergahannya. " Awak ni dah kenapa nak jerit dekat saya?" tergagap aku bertanya. Air mata perlahan turun di pipi.
" No, I'm so sorry. I did not mean to angry with you or..." ayat Aiman tergantung akibat aku memotong percakapannya.
" I hate you." jerit ku. Aku terus merentap tangan ku kasar lalu berlari naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik ku.
Aiman terpana. " Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?" Aiman meraup mukanya kasar.
***
Share this novel