Aku melangkah ke bilik setelah lama menunggu Airil tidak keluar dari bilik. " Airil, borak dengan siapa tu?" soalku.
" Dengan papa." selamba sahaja Airil jawab.
" Kan mama cakap jangan angkat. Kenapa degil sangat ni." ujarku serious.
Airil menyengih. Ha, inilah Airil. Marah je sengih. Bukan nak tahu dia bersalah atau tidak. Ni, menyengih je keje eh. Nasib baik anak.
" Kan papa call, Airil angkatlah. Mama pandai je cakap orang yang tak kenal. Papalah yang call mama. Mama gaduh ngan papa eh?" soal Airil.
Aku terkedu. ' Ah, kena balik kat aku. Macam mana ni. Idea cepatlah datang, cepatlah datang.'
" Mana ada. Kan mama cakap kita nak bercuti. Mana ada mama dengan papa gaduh. Memandai je, Airil ni." jawabku tergagap.
" Hm, yelahtu. Dah jomlah mama. Airil nak makan. Airil lapar." Airil segera menarik tanganku untuk ke dapur.
' Fuh lega, selamat. Terima kasih idea, tak sia sia kau belajar tinggi.'
***
" Marilah datang sini. Buah durian tengah runtuh ni. Ajaklah keluarga sekali. Dah lama kita tak jumpa, nak jugaklah bersembang panjang panjang." ujar Ummi di talian.
Tanpa ummi sedari seseorang telah mendengari perbualan mereka.
***
Aku melangkah ke bilikku. Kelihatan Airil sudah tidur nyenyak di katil. Aku menyelimutkan Airil.
" Siapa nak datang ni, mengacau betul ketenteraman aku ni." aku bermundar mandir di bilikku.
" Airin dah kenapa? Ke hulu ke hilir, dah tak ada punggung nak duduk." usik ummi.
" Ish ummi ni, mana ada." aku menyengih. Aku mengawal reaksi mukaku.
" Dah, pergi tidur. Dah lewat ni, nanti lambat bangun." tutur ummi lembut.
" Baik ummi." seperti biasa aku mengucup tangan ummi sebelum masuk tidur.
Aku segera mematikan suis lampu. Tidak lama kemudian bilik itu menjadi sunyi.
***
KEESOKAN HARINYA,
Mama segera mendail nombor Aiman untuk mengajak ke Perak untuk makan durian. Tidak lama kemudian, talian disambungkan.
" Assalamualaikum mama." ucap Aiman terlebih dahulu.
" Waalaikumussalam, Aiman." jawab Mama.
" Ada apa mama call Aiman ni? Mama ada benda nak bagitahu Aiman ke?" soal Aiman terlebih dahulu.
" Sebenarnya memang ada. Mama nak ajak Aiman dengan sekeluarga pergi Perak. Nak makan durian sama sama. Ajak Airin sekali." jawab mama.
' Bukan Airin ada dekat Perak ke? Tapi, macam mana aku nak cakap dengan mama yang Airin tak ada dengan aku.'
" Er, mama sendiri tahu yang Airin tak boleh bau durian kan." Aiman cuba memberi alasan.
" Ooh tak ada rezeki lah Aiman nak makan durian. Tak apa, balik dari Perak je mama bekalkan untuk Aiman."
" Mama, makan durian dekat mana? Aiman tahu Perak, tapi dekat mana?" soal Aiman. Hati Aiman meronta hendak tahu. 'Tapi kalau aku nak ikut, memang tak boleh sebab mama tak tahu yang aku gaduh dengan Airin. Ah, kusut butul.'
" Oo, dekat rumah ummi. Rumah arwah Aqeel. Aiman tahu kan?" ujar mama bersahaja.
" Ooo, tak pelah mama. Tak ada rezeki Aiman lah nak makan buah durian."
" Tak apa. Dahlah, papa panggil mama ni. Jangan lupa inform dekat ibu dengan ayah Aiman."
" Baik mama, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." mama mematikan talian.
***
KEESOKAN HARINYA,
Setelah 3 jam memandu, akhirnya sampai juga di Perak. " Assalamualaikum." laung mama.
" Waalaikumussalam, ha naiklah kita minum dulu." pelawa ummi.
" Tak apa, kita makan durian dekat pondok ni jelah. Berangin sikit." jawab ibu.
" Ha, ambik je mana durian tu. Banyak gugur." ujar ummi.
Papa dan ayah segera mengutip durian yang jatuh di atas tanah.
Mereka makan bersama di bawah pondok.
" Aiman mana? Tak ikut?" soal Ummi. Dari tadi tak nampak batang hidung Aiman.
" Haah, Airin kan tak boleh makan durian. Nanti muntah muntah. Tak naklah menyusahkan." ujar mama.
Ummi berasa pelik. " Eh, mana ada. Airin ada dekat sini. Dah nak seminggu." ujar ummi.
" Apa?" jerit mama dan ibu serentak.
" Bertuah punya budak. Sorang ke hulu sorang lagi ke hilir. Eloklah tu." bebel ibu.
" Ish, nak kena budak ni. Sorang tu tak sedar dia tu boyot ( mengandung)." bebel Mama pula.
" Sorang lagi tak sedar yang isteri tu boyot. Ada je nak buat hal." sambung ibu pula.
Ummi sekali lagi berasa pelik. " Kenapa dengan dia orang tu? Dah jadi suami isteri dah, nak buat hal."
" Tak lain tak bukan tu mesti gaduh punya. Ni mesti Airin buat masalah ni." teka Mama.
" Aiman pun sama. Tak akanlah tak tahu isteri dia tu mengandung. Tak boleh ke mengalah."
Papa dan ayah hanya buat tidak endah. Malas hendak ambil tahu. Urusan rumah tangga dia orang pandai pandailah. Janji habis makan durian.
" Abang, abang dengar tak saya cakap ni?" ibu memukul perlahan bahu ayah.
" Saya dengar, tapi biarlah dia orang tu. Dia orang dah besar. Pandai pandai dia oranglah. Macam lah baru bina rumah tangga."
" Ha betul tu. Ni, habiskan durian ni. Jangan nak membebel je. Sakit teling abang dengar." bebel papa pula.
" Eh eh, abang ni. Airin tu anak kita tau. Saya kenalah ambik tahu. Anak awak tu memang, keras kepala. Dia tu semua nak betul." bebel mama.
" Dah, orang perempuan ni membebel je keje." sampuk ayah.
Mama dan ibu menjeling suaminya. Ada je nak back-up anak dia tu. Bukan nak back-up kita pun.
***
Setelah puas makan durian, ummi mengajak masuk ke dalam rumah.
Semasa aku sedang menganggkat Airil untuk masuk ke bilik, aku melihat kelibat keluarga aku dan keluarga Aiman masuk ke dalam rumah.
" Airin!" jerit mama lantang.
Aku menyengih. Aku meletakkan semula Airil di sofa. Aku melangkah mendekati mama untuk bersalaman dengan mama, ibu, papa dan ayah.
Mula mula aku bersalaman dengan ibu, ayah, papa. Akhir sekli mama. Aku takut melihat muka masam mama. Seram sangat.
Ketika aku hendak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama, mama memulas telinga ku. Aku, apalagi menjerit kesakitan lah. Nasib baik Airil tidak jaga.
" Arghh, mama sakitlah. Lepas." jerit ku.
" Ha, jangan nak buat macam tu lagi, faham?"
" Ya..ya, Airin dah tak buat lagi dah. Lepaslah mama." rayu ku. Mataku sudah berair menahan sakit.
" Dahlah tu, kesian dekat Airin ni. Awak buat macam ni macam dia budak kecik pulak." bela Papa.
Mama segera melepaskan pulasan telinga ku. Aku berlari ke arah ummi untuk menyorok di belakang ummi. Aku menggosok gosok telinga ku. Kalau ada cermin ni, mesti merah punya telinga aku ni.
" Hari ni, Airin ikut mama balik. Mama tak nak dengar alasan." ujar mama tegas. Aku mengeluh lemah.
Tiba tiba seseorang memanggilku dibelakang.
" Mama,"
Aku menoleh, aku segera membongkokkan diriku. " Eh, dah bangun anak mama."
Airil mengukir senyuman tipis. " Eh, atuk nenek pun ada." jerit Airil keriangan.
Mama, papa, ibu dan Ayah bergilir gilir mencium Airil. Rindu dengan cucu.
" Hari ni, ikut nenek balik ya."
" Okay, lagipun Airil rindu papa. Dah lama tak jumpa papa.
" Ha, Airil ikut maknanya Airin kena ikut jugak. Tak ada alasan. Ikut mama balik. Lepasni kemas pakaian." ujar mama tegas
Share this novel