20. AIRIN SAKIT?

Drama Series 24790

Aku terjaga dari lena. Aku merasakan sesuatu memelukku dari belakang, aku terus menoleh belakang. " Oh, Aiman. Ingat siapa tadi." Aku terus toleh ke depan. " Ha, Aiman." jerit aku. Aku terus bangun untuk berdiri. Aiman terjaga dari lena apabila dia mendengar jeritan.

" Kenapa awak peluk saya?" soalku tegas. " Semalamkan awak yang peluk saya, saya peluk lah awak balik. So," kata Aiman selamba. Dia terus keluar.

" Ee, benci betullah dia ni." jerit aku. Geram, geram dengan perangai dia.

***
Aku terus mengambil wudhu'. Seusai itu, aku solat subuh di bilik aku sahaja.

Selesai solat dan doa, aku melipat telekung dan sejadah, lalu menggantung dalam almari. Aku turun, untuk pergi ke dapur menyiapkan breakfast.

***
Aku memasak nasi goreng cili api dengan sandwich telur.

Aku terus menghidang makanan makanan yang telah ku buat di atas meja. " Aiman Amsyar, turun. Breakfast." Aiman terkocoh kocoh turun dari tangga.

" Hmm, sedapnya bau. Mesti lagi sedap kalau rasa ni." puji Aiman. Aku menjelingnya.

" Yelah tu, makan lah cepat." arah ku dingin.

" Eh, kenapa dengan awak ni? Saya tak buat apa apa pun. Nak marah tak tentu pasal ni, kenapa?" tanya Aiman. Dia puji salah, kang ejek lagilah marah nanti.

" Awak, tak makan ke?" tanya Aiman. Dia lihat isterinya itu lihat saja dia makan. Tapi dia tak makan makan.

" Nak makan lah ni." aku terus mengambil pinggan lalu mencedok nasi ke pinggan ku. Aku berasa tidak selera. Aku masih memikirkan hal semalam.

" Saya dah kenyang. Nanti kemas semua ni. Nasi goreng tak habis ni, awak buang jelah." aku terus berlalu lalu membasuh pinggan.

" Awak nak pergi mana?" tanya Aiman sebaik sahaja aku ingin berlalu tinggalkan nya.

" Saya nak masuk bilik. Nanti awak kemaslah semua ni." aku terus berlalu pergi dan masuk terus ke bilikku.

Aku mengunci pintu bilikku supaya Aiman tidak dapat menganggu ketenteraman aku dalam bilikku.

Aku terus membuka tingkap untuk memberi udara masuk. Aku menyentuh dahiku. " Panasnya. Aku demamlah. Nak beritahu Aiman ke tak ni?" aku berasa was was untuk memberitahu Aiman atau tidak.

Aku membuat keputusan untuk keluar mencari ubat. Apabila aku ingin keluar dari bilikku, pandangan aku agak kabur. Aku terus rebah dan tidak sedarkan diri.

***
" Ya Allah, Airin. Kenapa baring dekat luar ni?" Aiman menepuk pipiku perlahan. Aku tidak sedarkan diri. Aiman terus mencempung aku dan membawa ke katilku. Dia terus pergi ke biliknya untuk mengambil barang doktornya.

Aiman memeriksa suhu badan isterinya. 38.9 C.
" Airin, kenapa tak bagi tahu saya awak demam." kata Aiman sendirian.

***
Aku tersedar, aku melihat Aiman sedang tidur di sebelahku. " Awak, kenapa tidur sini?" kataku dengan lemah.

" Alhamdulillah, awak dah sedar. Lama awak pengsan tadi. Sekarang dah pukul 5.00 petang." kata Aiman teruja. Dia amat risau apabila isterinya sudah lama tidak menyedarkan diri.

" Allah, saya tak solat Zuhur lagi." aku bingkas bangun untuk mengambil wudhu'. " Perlahan lahan. Tak lari bilik air tu." nasihat Aiman. Belum sihat lagi, nak lasak lasak.

" Awak dah solat?" aku terus bertanya apabila aku sudah keluar dari bilik air.

" Dah, cadang nak tunggu awak. Solat sama sama. Tapi awak lambat sedar, saya solat dulu.

Aku terus bentangkan sejadah dan memakai telekung. " Okey, saya solat dulu." aku terus menganggkat takbir.

***
" Awak, tak perlu lah masak. Beli luar jelah. Awak nak makan apa?"

" Hmm, saya share dengan awak lah, takut tak habis. Lagipun, saya tak seleralah."

" Janganlah macam tu, kenalah makan eh?"
" Ye, saya makan. Tapi, saya makan sikit je. Nak makan ubat kan."

" Pandai isteri saya ni. Okey, tunggu saya. Saya pergi dulu. Assaalmualaikum."

" Waalaikumussalam." aku terus mencapai telefon aku. " Banyaknya mesej. Dia orang cakap apa ni?" aku terus membuka aplikasi whats app.

" Taufi? Kenapa dia mesej aku ni?" aku terus membuka peti mesej tu.

"Assalamualaikum. Tahniah, atas perkahwinan awak. Kenapa tak jemput saya?" ~ Taufiq

" Boleh kita keluar? Saya ada benda nak cakap dengan awak." ~ Taufiq

" Harap awak sudi jumpa saya. Saya berharap awak boleh jumpa saya." ~ Taufiq

Aku mengeluh apabila melihat mesej dari Taufiq. " Apa aku nak balas ni?" aku memegang dagu aku untuk berfikir.

" Maaf, saya tak sempat. Lagipun, saya buat majlis kecil kecilan sahaja." ~ aku

" Hmm, saya tak janji. Kalau boleh, saya bagitahu awak, balik." ~ aku

Aku terus menutup telefon aku. Aku membaringkan diriku. Aku tidak tahu bila aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience