1. PROLOG

Drama Series 24790

" Abang jangan tinggalkan Airin. Airin tak boleh hidup tanpa abang. Please, Abang tak kesiankan Airin. Airin mengandung anak abang." ujarku sambil menggerakkan mayat suamiku Aqeel.

" Sayang, jangan macam ni. Anak mama kuatkan so jangan macam ni. Tak elok berdosa tau." aku tidak peduli. tangisku semakin menjadi jadi.

" Airin please jangan macam ni. Kalau arwah masih hidup dia akan sedih kalau kau macam ni." pujuk Aiman kawan baik suamiku.

Aku terpujuk akan nasihat Aiman. Tetapi air mataku tetap mengalir. Aku membiarkan dua orang lelaki itu membawa jenazah suami ku untuk ke bilik mayat.

Aku terduduk. Mamaku dan kawan ku Iqa, Aina dan Sahirah menenangkan aku.

***
FALASHBACK

Aku terkejut apabila suamiku disahkan menghidap kanser otak tahap kritikal. Aku sungguh tidak sangaka bahawa suamiku Aqeel sanggup merahsiakan perkara terbesar ini. Air mataku laju mengalir.

" Abang, kenapa abang sanggup rahsiakan perkara ini." ujarku kepada suamiku. Dia tersenyum kelat. "Abang tak nak sayang risau. Abang sayang Airin." kata Aqeel tergagap gagap.

" Kalau abang sayangkan Airin, abang kena sihat. Abang Airin ada berita gembira nak bagi tahu abang. Airin mengandung anak abang. Airin baru nak surprise masa hari jadi abang tapi dah jadi macam ni, Airin bagi tahu sekaranglah." kataku sambil mengelap air mata ku.

" Alhamdulillah, syukur. Terima kasih sayang." ujar Aqeel dengan perlahan. Dia mengusap pipiku untuk mengelap air mataku. Aku menggapai tangannya lalu mencium berkali kali. Sungguh aku sayangkan suamiku.

***
KEESOKAN HARINYA,

Aku melihat ramai keluargaku dan keluarga suamiku di depan pintu bilik Aqeel sambil menangis. Aku pergi ke arah ibu Aqeel.

" Ibu, kenapa ibu nangis ni?" ibu Aqeel memandangku lalu memelukku sambil nangis. Aku sambut pelukannya itu.

" Kenapa ni, ibu?" tanyaku sekali lagi.

" Aqeel dah tak ada Airin." kata ibu tergagap gagap. Aku terkejut dan terkaku. Air mataku sudah laju mengalir.

" Tak, tak. Tak mungkin." aku terus berdiri sambil mengelap air mataku.

" Airin, Aqeel dah tak ada. Airin..." belum sempat ibu menghabiskan kata kata terus aku memeluk ibu. Tangisku sudah menjadi jadi.

Ibu meleraikan pelukan kami. " Airin kena sabar eh? Allah tak akan uji hamba itu lebih dari kemampuan hamba itu. Airin sabar eh?" kata ibu Aqeel sambil mengelap air mataku.

" Ibu, boleh tak Airin nak tengok Aqeel?" tanyaku. Ibu Aqeel mengangguk.

Aku masuk ke dalam bilik itu. Aku ternampak sekujur tubuh seseorang baring di katil. Aku terus pergi ke Aqeel dan memeluknya.

" Abang..." aku memeluk Aqeel yang sudah tidak bernyawa itu. Semua yang melihat sudah menitiskan air mataku. Termasuk rakan rakanku. " Kenapa abang tinggalkan Airin. Airin sayang abang. Please abang, wake up. kataku sambil mencium wajah Aqeel.

" Please sayang, jangan macam ni." kata mamaku. Dia memelukku. Aku nangis dalam pelukan mamaku.

END FLASHBACK.

Aku dan rakan rakan ku sahaja yang tinggal di kubur itu. Suasana kubur sudah sunyi kerana ahli keluargaku sudah pulang ke rumah. Aku menyiram air di kubur suamiku. Sesungguhnya, aku tidak mahu berpisah dengan Aqeel. Tetapi Allah lebih menyanyangi suamiku.

" Abang, kenapa abang tinggalkan sayang? Sayang tak boleh hidup tanpa abang. Macam mana dengan anak kita bang. Airin tak mampu nak besarkan anak kita tanpa abang."

" Airin tak elok kau cakap macam tu." kata Aiman.
" Jom kita balik. kau mengandung, tak elok kalau duduk tengah panas ni. Kita balik eh." Aku mengangguk kepala.

" Abang tunggu sayang dekat syurga ya. Airin sayang abang tau." kataku dengan penuh kasih.

***
9 BULAN KEMUDIAN,

Hari ni, hari majlis perkahwinan rakan ku Sahirah dan Farid. Walaupun mereka melarang aku pergi kerana kandunganku sudah sarat, aku tetap berdegil. Gila ke, kawan baik nak kahwin lepastu tak pergi. Aku tak nk ketinggalan majlis perkahwinan rakan ku.

Aku menumpang Aiman kerana mama ku risau aku pandu seorang diri. Kandungan ku sudah mencecag 9 bulan. Bila masa sahaja, baby ku akan lahir. "Abang, hari ni kawan abang nak kahwin. Mesti abang gembira kan." kataku dalam hati. Air mataku mengalir.

PON! Aku terus turun tangga dengan berhati hati.
Aku mengambil kasut ku dalam almari kasut dan memakainya. Aiman keluar dari perut kereta.

" Assalamualaikum princess. Dia mengambil kasutku dan memberikan kasut ku pada ku."

" Hmm, waalaikumussalam. Haish, kan aku kata jangan panggil aku princess. Aku bukan princess kau lah." marahku. Aiman tersengih.

" Alah gurau jelah."

" Dah jom, prince Aiman. Nanti lambat pulak kita sampai." gurauku. Dia tersenyum. Padahal majlis mula pada pukul 3.00 petang. Tapi aku suruh Aiman jemputku pukul 10.00. Aku saja datang awal untuk berbual sebelum Sahirah menjadi isteri orang.

" Ok jom princess." Aiman membuka pintu untukku.

" Terima kasih." Dia sekadar mengangguk kepala.

Aiman memecut keretanya untuk pergi ke rumah rakan ku Sahirah.

***
Setelah sampai Aiman membuka pintu untukku. Aku sekali lagi mengucapkan terima kasih. Kali ini tidak ikhlas sebab aku suruhnya tidak perlu membuka pintu untukku tapi dia berdegil. Aku memasamkan muka setelah keluar dari perut kereta.

" Ha, kenapa tu muka dia masam jer Aiman? Kau buat apa kat kawan aku ni." marah Sahirah. Aiman sekadar menganggkat bahu. Aku menjelingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience