8. PERSIAPAN KAHWIN

Drama Series 24790

" TOK...TOK...TOK, Aireena Aleeya binti Hakim bangun. Teman mama pergi butik." mamaku terus masuk kebilikku kerana pintu tidak kunci. " Bangunlah." mamaku gerakkan badanku ke kiri dan kanan.

" Huarggghh. Alah mama ni. Ngantuk lah." aku terus selubungkan diriku dalam selimut.

" Ya Allah, bertuah punya budak. Tahulah dia ni cuti. Bangunlah Aireena Aleeya. Matahari dah tegak atas kepala dah." kata mamaku. Mamaku menarik selimutku.

" Dah pukul berapa ma,?" tanyaku dengan suara serak basah.

" Dah pukul 10.00 pagilah. Tu mama suruh Airin bangun." aku terkejut. Aku terus mencapai jam tanganku di atas meja. Sudah pukul 10.05 pagi.

Aku terus berlari pergi ke bilik air. " Kenapa mama tak kejutkan Airin?" laungku dalam bilik air.

" Eh, kita pula yang dipersalahkan. Dia yang tak bangun. Mama kejut pukul 7.00 pagi. Kamu yang tak bangun." mamaku terus keluar dari bilikku.

***
Aku turun ke bawah untuk sarapan. Padahal sudah pukul 11.00 pagi. Dikiranya lunch lah. " Lambatnya mama bangun." ujar Airil.

" Lah mama kamu tu. Nenek kejutkan pukul 7 ni mama kamu bangun pukul 10. Airil good boy kan. Nenek kejut sekali dah bangun. Mama not good kan." ejek mama ku.

" Hahaha." tergelak Airil. Aku menarik muka masam. " Sampai hati Airil gelakkan mama eh? Tak nak kawan dengan Airil lah kalau macam ni."

" Airil, tak payah layan sangat mama kamu tu. Macam budak kecik nak merajuk. Kalau mama Airil merajuk, tak apa. Nenek kan ada."

Airil menjerit kegembiraan dan terus berlari menuju ke neneknya lalu memeluk erat. " Yeah, sayang nenek."

" Nenek pun sayang Airil jugak." kata mamaku dan terus membalas pelukan Airil.

" Alah, mama pun nak peluk jugak."

" Eh, bukan ke mama merajuk." kata Airil lalu melepaskan pelukannya.

" Tadi je. Kalau Airil peluk mama, mama tak merajuk dah." kataku.

Airil terus berlari ke arahku dan memelukku erat.
" Sayang mama."
" Mama pun sayang Airil jugak." aku membalas pelukan.

***
Aku duduk di ruang tamu sambil menonton drama korea THE INHERITORS. Tiba tiba mama datang sebelah aku.

" Airin, pergi siap. Teman mama pergi butik kita. Lagipun Airin hendak kahwin kan. So, nak ukur baju semua. Pergi siap." arah mamaku.

" Alah, sekejap lah ma. Dah nak habis ni. Kejap eh." kataku dengan manja.

" Ok, lepastu pergi siap." aku menganggukkan kepala

***
Seperti yang dijanjikan, aku terus pergi ke bilikku untuk bersiap. Aku memakai baju blouse hitam. Aku mengenakan tudung shawl hitam berbunga merah. Setelah siap, aku mengambil handbag dan terus turun ke bawah.

***
" Ok ma, dah siap. Jom."
" Hmm cantik anak mama ni." aku terus kembang.
" Ok jom."

***
Setelah 30 minit mamaku memandu, kami sampai juga di butik mama ku. Mama memang ada butik sendiri. So, aku senanglah. Tempah dekat mama je.

" Selamat datang datin, Airin." seorang wanita menyapa kami. Kami tersenyum.

" Hana, boleh tak awak uruskan baju pengantin. Saya dah siap lakarkan dah. So, tinggal hendak buat sajalah. Warna.... kejap eh. Saya nak bincang dengan Airin." kata mama ku dengan penuh sopan.

" Baiklah datin." Hana terus tinggalkan kami.

" Airin nak colour apa masa nikah dan sanding nanti?" tanya mamaku.

Aku mula berfikir. " Hmm, nikah warna putih. Kalau sanding hitam lah." aku sengaja pilih warna hitam sebab aku kan tak rela dengan perkahwinan ni.

" Haish, bertuah punya budak. Hitam tu kan warna kesedihan. Selalunya perkahwinan ini kan kegembiraan bukan kesedihan." jelas mamaku. "Tak boleh, warna purple eh. Warna purple kan warna kegemaran Airin. Boleh kan." aku akur sahaja. Nanti kalau bantah, jadi anak derhaka pula.

" Mama nak pergi tengok Hana sekejap. Airin duduk sini."

" Yelah." aku terus keluarkan handfone ku apabila telefonku berbunyi, tanda ada mesej.

" Assalamualaikum. Hai, buat apa?" ~ Taufiq
" Waalaikumussalam. Hai, tak de buat apa apa pun."

" Bila nak jumpa lagi ni? Rindulah." ~ Taufiq
" Mengadalah. Tak boleh lah. Sekarang ni saya keluar dengan mama saya. Sorry."

" Tak apa. Next time boleh kan." ~ Taufiq
" Yelah. Saya janji. Jangan marah."

" Tak adalah. Kenapa saya nak marah pulak?" ~ Taufiq.
" Yelah, takut orang tuu marah pulak."

" Saya tak boleh marah. Kalau saya marah, nanati kesian lah dengan orang tuu." ~ Taufiq
" Siapa?"

" Adalah orang tuu." ~ Taufiq
" Hmm, yelah tu. Ok lah."

" Eh merajuk ke?" ~ Taufiq
" Mana ada merajuk. Siapa kata?"

" Entah. Yelah. Ok bye." ~ Taufiq
" Ok, Assalamualaikum.

" Waalaikumussalam." ~ Taufiq

***
Aku terus menyimpan telefonku ke dalam handbag. Tiba tiba aku terlihat susuk tubuh yang aku kenali. Aku terus bangun dan pergi ke arah susuk tubuh itu.

" Assalamualaikum." aku terkejut. Aku terus bersalaman dengan Puan Nazimah iaitu ibu Aiman. Tidak sangka aku boleh berjumpa dengan perempuan itu. Last aku berjumpa, pada 4 tahun lalu. Sebelum aku ke luar negara.

" Waalaikumussalam. Ya Allah, Airin. Sudah lama kita tak jumpa kan." ibu Aiman terus memelukku. Aku membalasnya.

" Ye, mak cik. Mak cik apa khabar?"
" Baik, alhamdulillah. Airin makin cantik eh." puji Puan Naziman. Aku tersipu malu.

" Mana ada cantik. Biasa biasa je mak cik." aku merendahkan diri.
" Tak usah kamu merendah diri. Kamu dari dulu hingga sekarang sentiasa cantik."

" Terima kasih mak cik."
" Hmm, sama sama." kami terus duduk di sofa.

" Apa yang mak cik buat di sini? Siapa hendak kahwin. Mak cik nak kahwin ke?" gurauku. Ibu Aiman tergelak.

" Tak ada makna lah kamu ni Airin. Dari dulu hingga sekarang suka mengusik ya. Tak akanlah mak cik nak kahwin pulak. Habistu pak cik tu nak campak mana pulak?" kami tergelak.

" Ye tak ya makcik. Saya gurau je."
" Mak cik faham."

" Mak cik buat apa di sini?" tanya ku sekali lagi. " Ariz nak kahwin ke?" tanyaku.

" Tak adalah. Kamu tak tahu ke?" aku menggeleng.

" Aiman lah yang nak kahwin. Tak lama lagi, dia akan jadi suami orang dah." kata Puan Nazimah.

Aku terkejut. Sungguh terkejut. Tiba tiba aku merasai seorang berada di belakangku. Aku terus menoleh. Di belakang ku ialah Aiman.

" Sorry bu, lambat sampai. Ada kerja sikit. Tadi, ada kecemasan di hospital. Tu lah lambat." kata Aiman tanpa sedikit pun memandang muka ku.

Tiba tiba mata kami bertentang. Dia tersenyum manis ke arah ku. Aku yang tersedar, Aiman bakal suami orang terus aku larikan pandangan.

" EHEM..EHEM." Puan Nazimah berdehem. " Ibu minta diri dulu ye. Airin, mama kamu mana?"

" Oo, mama dekat pejabat. Kejap eh, Airin pergi panggil."
" Tak apa, kamu berdua berbual lah dulu. Mak cik minya diri dulu ye." setelah kelibat Puan Nazimah hilang dari pandanganku, terus mataku beralih ke anaknya pula.

Aku merenungnya tajam. Dia sekadar pandang ku sekilas dan terus mengambil telefon nya.

" Kenapa tak bagi tahu yang kau dah nak kahwin?" tanyaku dengan suara keras.
" Kenapa perlu bagi tahu kau? Perlu ke? Ke kau jealous?"

" Eeuww, aku nak jeles. Kirim salamlah. Tak kuasa aku. Aku cuma terkejut. Kenapa aku tak tahu. Itu je. Tak ada istilah cemburu tau." terangku.

" Eh eh yelahtu. Bagi tahu jelah. Aku tak marah pun." aku menjegilkan mataku.

" Ee."

***
2 HARI SEBELUM PERKAHWINAN,

" Airin, jom kita pergi ambil baju. Hana call mama tadi. Baju dah siap."

" Alah, mama pergi lah. Airin malaslah. Airil baru je tidur. Nanti dia bangun." aku mencari alasan.

" Tak ada, jom. Keputusan mama Muktamad. Jom." mamaku terus menarik tanganku untuk bangun. Aku terus melangkah ke bilikku dengan malas.

***
Aku sekadar memakai baju blouse pink dan skirt labuh. Aku mengenakan tudung bawal. Setelah siap, aku terus mengambil handbag ku dan terus turun ke bawah.

" Dah, ok jom. Tapi, Airil siapa jaga?" aku cuba mencari alasan supaya tidak ikut.

" Maid kan ada. Dah jom." mama terus menarik tanganku. Aku terus membolos kan diri aku ke perut kereta. ' ee malasnya .'

***
30 MINIT KEMUDIAN,

Kami sampai juga di butik mama. Aku dan mama terus masuk ke butik.

" Hana, mana baju tu. Nak suruh Airin cuba. Takut tak muat ke, longgar ke. Nanti senang." Hana terus mengambil baju pengantin ku yang tergantung dan terus menyerahkan baju itu ke mamaku.

" Nah, pergi cuba." aku terus mengambil baju itu dan memakainya di bilik persalinan.

Sementara itu, Ibu Aiman dan Aiman telah pun sampai di butik itu. Aiman juga mencuba baju pengantin lelaki di bilik persalinan di sebelah bilikku.

" Mama,"
" Ibu,"
Kami memanggil serentak. Kami terus memandang antara kami. " Kenapa baju kau sama dengan warna aku?" tanyaku dengan terkejut.

" Err, manalah aku tahu. Dah bakal isteri aku pilih warna ni." kata Aiman dengan tergagap gagap.

" Ok ke tak ni mama?" kata kami sekali lagi serentak. " Ish kau ni. Suka tiru ayat aku." marah aku.

" Eh.. eh.. aku pulak. Kau lah." Aiman membalas. Aku menjelingnya. ' Whatever. Menyampah aku.' amarahku tidak hilang lagi. Apabila Aiman tidak memberi tahu aku yang dia hendak kahwin.

" Dah jangan gaduh." mama cuba menghentikan perbalahan kami. Aku menjeling tajam pada Aiman.

" Ehmm, sesuai. Cantik. Tengok macam ni kan, mama rasa secocok lah korang ni." gurau mamaku.

" Haah, sesuai lah. Secocok sama padan." sokong Puan Nazimah. Muka ku sudah kemerahan manakala Aiman menayangkan muka selamba. ' ish mamat ni, tak ada hati dan perasaan ke. '

***
Setelah habis fitting baju, mama dan Puan Nazimah keluar untuk membeli barang. Aku hemdak mengikut mama, tetapi mama tidak izinkan.

'20 minit, mama dan mak cik pergi keluar. Kenapa sampai sekarang tak balik lagi ni. ' gumamku.

Tiba tiba telefonku berbunyi, aku melihat skrin telefon ku MAMA terus aku menjawab.

" Hello, assalamualaikum mama. Kenapa tak jawab. Airin banyak kali call ni."
" Waalaikumussalam. Alah, mama dekat kedai makan ni. Airin balik dengan Aiman ye. Kata dekat Aiman, ibu dia mama hantar eh?"

" Kenapa pulak. Tak nak lah balik dengan dia. Dia kan bakal suami orang. Tak manislah."
" Macam cemburu je."

" Eh mana ada."
" Yelah tu. Balik dengan Aiman ye." pujuk mamaku.

" Hmm yelah. Assalamualaikum.
" Waalaikumussalam."

Setelah itu, aku memadamkan panggilan. Aku terus menyimpan telefonku ke dalam handbag.

" Siapa call tu?" tanya Aiman.
" Tak perlu nak sibuk."

" Alah, tanya je. Tu pun tak boleh."
" Memang tak boleh pun."

" Dah lah, aku nak balik. Jom, aku hantar kau balik. Aku tahu mama kau suruh kau balik dengan aku kan."

' eh macam mana dia tahu ni. Aduhai. '
" Tak perlu. Aku boleh naik teksi atau grab. So kau tak perlu susahkan diri kau nak hantar aku. Dan aku nak minta tolong kau. Jangan jumpa aku lagi." kata ku panjang lebar.

" Kenapa pulak." tanya Aiman.
" Yelah. Kita masing masing dah nak kahwin. So, tak manislah."

" Hmm yelah." kata Aiman dengan kecewa. Yelah dah tak boleh jumpa pujaan hati dia. Salah dia jugak, dia yang tak bagi tahu awal awal yang dia tu bakal suami Airin. So, terima lah padahnya. " Ok dengan satu syarat."

" Syarat apa pulak." kataku.
" Aku nak hantar kau balik rumah, boleh kan?"
" Hmm yelah." aku akur sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience