Apabila aku sampai di pejabat, seperti biasa aku akan menyapa setiap pekerja pekerja ku. Itulah rutin harianku. " Aik, Airin. Baru nak datang. Ingat dah tak nak datang lagi dah. Yelah, ada suami hadsome lepastu bekerjaya pulak. Doktor pulak tu." sakat Aina.
" Kau, tak de kerja ke. Ashik nak sakat aku je."
" Eh, lain macam kau ni, Airin. Aku tengok kau ni macam tengah gembira je. Kau dah terima Aiman ke." okey, dah mula dah topik membawang dia orang ni. Aina, Sahirah dan Iqa, mentang mentanglah kawan aku, kau ingat kau boleh melepak dan membawang macam ni.
" Eh, kau ni. Jangan nak menyibuk lah. Kalau kau nak gossip atau membawang kita tunggu masa rehat. Sekarang ni, masa kerja bukan rehat. So, apa tunggu lagi, start work now." bebel ku.
" Okey, dia dah mula da, bebel dia. Malas nak dengar. Jomlah kita chow." ajak Sahirah. Mereka kembali ke bilik masing masing.
Aku tergeleng geleng akan sikap mereka. " Kau cakap aku membebel je. Memanglah aku bebel. Sebab korang tak buat kerja, memanglah aku membebel." bebelku sendirian.
Aku terus melangkah ke bilik ku. " Good morning, Puan Airin." Talia memberi senyuman manis. Talia seorang PA, pada CEO HAKIM'S HOLDING iaitu aku sendiri Aireena Aleeya.
" Good morning, Talia." aku membalas senyuman Talia. " Hari ni, saya ada oppoiment ke?" tanyaku lembut.
" Buat masa ni, tak ada lagi puan."
" Ish, Talia. Janganlah panggil saya puan, saya tak biasa. Panggil saya Airin je. Tak suka lah puan..puan ni." aku berasa agak janggal apabila Talia memanggilku puan.
" Mana boleh macam tu. Puan, majikan saya, saya perlu lah hormat puan." Talia dan aku ketawa kecil.
" Apa sajalah awak ni. Saya masuk dulu?"
" Baik puan." Talia terus duduk di kerusinya apabila aku sudah beredar.
" Ah, rindunya bilik aku ni. 1 minggu tak masuk, macam 1 bulan jr." aku terus duduk di kerusi lalu memusingkan kerusi itu. " Ah, macam mana aku tak boleh kawal perasaan aku ni. Kenapa, aku cium dia." aku berkata sendirian sambil tersenyum akan terkenang kejadian aku mencium pipi Aiman.
" Puan Airin." laung Iqa.
" Eh, bila kau masuk ni. Kenapa tak ketuk pintu?" tanyaku tegas. Aku terus membetulkan dudukku.
" Eleh, acah lak kau. Aku dah ketuk banyak kali dah. Tengok, sampai merah tangan aku. Berangan je." Iqa menunjukkan tangannya yang merah. ' Alah, sikit je pun. Over je. Hampeh punya kawan.'
" Ha, nak apa?" tanyaku.
" Kau tanya aku, kenapa? Aku ajak kau lunch lah."
" Ha, biar betul. Dah pukul berapa dah ni?" aku memandang jam tefonku. 12.00 tengah hari. ' Patutlah, ish lama nya aku mengelamun. Janganlah dia perasan. Nanti, habis aku kena usik nanti.'
" Tulah kau. Pukul berapa pun tak tahu. Terkenang dekat orang dekat sana lah tu." Iqa memberi senyuman nakal.
' Okey, dia dah mula dah. Sabar lah Airin oi.' " Ish, mana ada. Tak tahu, jangan nak tuduh tuduh pulak eh." aku menjeling Iqa. " Dah, jomlah. Takut tak sempat." cepat cepat aku mengalihkan topik apabila Iqa seperti mahu membuka mulut.
" Em, kau. Tahu mengelak je keje." aku tersengih. Aku dan Iqa jalan beriringan untuk pergi makan tengah hari.
" Ha, lama betul kita orang tunggu kau." bebel Aina.
" Kau jangan salahkan aku. Salahkan CEO ni. Dia yang lambat. Mengelamun pasal Aiman jeke."
" Eh, yeke. Dekat rumah tak akanlah tak puas tengok lagi. Sampaikan nak terbayang pulak dekat office ni." sakat Sahirah.
' Okey, dah start dah. Hidup ni kena sentiasa bersabar apabila mendapat kawan yang busybody hal orang ni.' bebel ku dalam hati.
" Ha, jomlah. Naik kereta kau lah Iqa. Aku malas nak drive." Iqa mencebik bibir.
" Aku pun malas nak drive. Tu, suruh orang yang mengelamun tu." Iqa memuncungkan bibirnya padaku.
" Ha, Airin. Kau drive eh. Kita pergi KFC." arah Sahirah.
" Amboi kau. Yelah, tapi naik kereta kau eh Iqa." aku meminta kunci kereta Iqa. Iqa menyuakan padaku lalu aku terus menghidupkan enjin kereta. Kami terus masuk ke dalam perut kereta. Selesai memakai selt belt, aku membaca doa kenderaan lalu terus pecut laju ke KFC.
***
" Aik, pengantin baru kita ni senyum sorang sorang lah. Dah angau dekat bini ni." usik Farhan kawan sekerja Aiman.
" Haah, memang pun. Salah ke rindu dekat isteri sendiri?" tanya Aiman sambil mengusap usap pipi yang telah dicium oleh aku pagi tadi sebelum pergi ke tempat kerja.
" Aku tak kata salah pun. Kau ni, dah kenapa? Dari tadi, aku perhati je, kau usap usap pipi kau tu." Tanya Farhan serious. Dia benar benar hendak tahu.
" Airin cium pipi aku lah. Tu aku usap usap je. Bukan senang tau. Dia ni lain sikit." Aiman tersenyum sendirian. Kalau orang lain nampak, memang Aiman ni akan digelar Seorang Doktor Gila. Nasib baiklah mereka makan tempat yang tersorok.
" Serious lah. Bestnya. Aku pun nak jugak." rengek Irfan. Aiman sudah mula menyampah.
" Pergilah kahwin. Dah tua dah, tapi tak kahwin lagi pun."
" Kau ingat, kahwin ni senang. Macam pilih spenda, atau baju. Dia kenalah pilih betul betul. Kenalah cari isteri yang baik, jaga solat, bertanggungjawab dan patuh perintah aku."
Aiman mencebikkan bibirnya. " Dah, jomlah. Waktu rehat pun dah nak habis lah. Kau bayar eh?" ajak Aiman. Aiman sudah mula berdiri.
" Kau banyak handsome."
" Eh, kau tak tahu ke, aku jejaka yang paling handsome dekat Malaysia ni." puji Aiman pada diri sendirinya.
Farhan membuat rolling eyes. " Dahlah jom. Aku bayar." Farhan pergi ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Seuasai itu, mereka pualng ke hospital semula.
***
" We, kata nak story pasal hal kau demgan Aiman. Cepatlah cerita. Tak sabar nak dengar." ujar Sahirah tidak sabar sabar.
" Ish kau ni. Tak reti sabar ke. Okey, kau tahu tak......" aku menceritakan hal semua yang terjadi dekat rumah kami. Mereka ada yang tergelak, ada yang melopong dan ada juga tidak percaya.
" Kau dah jatuh cinta dengan Aiman kan? Dari cerita kau tu pun, aku boleh teka dah." teka Aina.
Aku menganggukkan kepala. " Tapi, aku masih lagi tak boleh luahkan perasaan aku. Sebab aku masih ragu ragu dengan Aiman. Aku takut dia tinggalkan aku."
" Kau cuba fikir possitif, jangan nak fikir negative pulak. Nanti kau nak jadi betul betul yang negative tu." aku menggelengkan kepala. " Ha, so? Kau kena think possitif je okey. Tu je yang nasihat aku boleh bagi dekat kau." nasihat Iqa.
" Thanks korang. Koranglah kawan dunia akhirat aku. Selalu support aku. Kita jatuh sama sama dan kita bangun sama sama. Aku sayang korang."
" Love you too..." balas mereka serentak. Kami tergelak.
Share this novel