Aku mengatur langkah untuk keluar dari klinik Aiman. Muka ku cemberut sahaja.
" Ah, sudah. Dia dah merajuk pula. Hai, nasib kaulah Aiman dapat isteri macam tu." Aiman memicit micit kepalanya lalu mengejar langkahku yang sudah jauh tinggalkannya.
" Sayang, tunggulah abang." Aiman berlari ke arahku lalu memaut tanganku kemas.
" Lepaskan lah. Tadi, marahkan Airin. Pergilah." Aku menolak tubuh besar Aiman supaya jauh dari aku.
" Okay, fine. Abang belikan. Tapi, bukan durian. Abang akan belikan bubur kacan durian. Durian kan panas. Dah, puas hati. Jangan merajuk ye." pujuk Aiman.
Aku mengukir senyuman. " Okaylah, janji ada durian. Kalau dari tadi abang bagi, tak adalah Airin nak merajuk." aku berkata dengan riang.
" Tapi, makan sikit je. Tak elok untuk kandungan sayang." terang Aiman dengan serious.
Okay, muka dia dah serious. So, aku kena ikut lah ni. Kalau tak jangan harap dia nak bagi aku makan bubur kacang durian tu.
" Yelah. Sayang makan sikit je." jawabku perlahan.
***
4 BULAN KEMUDIAN,
Kandunganku sudah mencecah 4 bulan. Perut ku jugak sudah nampak sedikit boyotnya. Keluarga aku dan keluarga Aiman begitu gembira apabila mendengar berita yang aku mengandung. Aku bersyukur sangat sebab masih dikurniakan rezeki.
" Sayang, abang nak keluar kejap. Jumpa dengan Irfan, Amier dan Farid. Kalau sayang nak apa apa je bagitahu Mak cik Hajar je." pesan Aiman selalu apabila dia hendak keluar atau pergi ke tempat kerja.
" Yes, boss. Abang ni, ashik pesan benda yang sama je. Sayang pun dah hafal tau." jawabku selamba.
Aiman mencuit hidung ku. " Memanglah sayang oi. Abang risau kalau apa apa jadi pada sayang dan anak kita dalam perut ni."
" Ye, sayang faham. Tapi sayang boleh jaga diri sayang sendiri. You don't worry okay."
" No, abang tetap risau jugak. Kalau sayang nak ajak geng temankan sayang di rumah, ajaklah. Abang risau lah."
" What, seriously. Betul ke abang izinkan." aku meminta kepastian.
" Yes, dear." jawab Aiman lalu mencium dahiku dan pipiku.
" Thank you very much." ucap ku lalu mencium pipi Aiman.
" Welcome. Okay, jaga anak abang baik okay." pesan Aiman. " Yes, abang jangan lah risau." jawabku yakin. " Baby, jangan nakal nakal tau. Dengar cakap mama. Jangan buli mama tau." pesan Aiman pada baby dalam perut.
Aku menyalami tangan Aiman. Aiman terus keluar untuk berjumpa gengnya.
Aku mencapai handfone ku lalu menelefon geng aku pula. Aku menelefon Aina untuk mengajaknya datang ke rumah.
" Assalamualaikum, Airin." Aina terlebih dahulu memberi salam.
" Waalaikumussalam Aina. Kau kat mana? Boleh tak kau datang rumah aku hari ni?" seloroh ku.
" Woi, kau ni boleh tak tanya satu satu. Macam mana aku nak jawab." berang Aina.
" Hihi, sorry. Kau kat mana?"
" Oo, dekat shopping mall dengan Sahirah dan Iqa."
" Oo, datang rumah aku. Aku masak special untuk kau." ajak ku.
" Wah! Bagus..bagus. Ni aku suka datang rumah kau ni. Aku dilayan macam tuan puteri." berangan Aina.
" Uwekk, buang masa je. Datang eh. Aiman dia keluar, dia jumpa geng dia. Kalau dia nak jumpa geng, aku pun boleh jumpa geng." jawabku.
" Hm, okay. Beri masa 10 minit. Nanti kita orang sampai."
" Okay, bye Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." Aina mematikan talian.
***
" Wei, sorry lambat. Jalan sesak lah." alasan Aiman.
" Alasan kau, yang tu je. Kata jelah, susah nak tinggalkan bini. Kenapa bagi alasan yang clishe tu." ujar Farid.
Farid ni kalau kena cili bagus tu. Mulut kalah longkang. Busuk!
" Mulut kau ni kang aku cili baru tahu. Letak wasabi pun boleh." hambur Aiman.
Amier dan Irfan tergelak.
Perbualan mereka terhenti apabila seorang pelayan ingin mengambil pesanan merek. Setelah mengambil pesanan, pelayan tersebut beredar.
Mereka kembali memulakan perbualan mereka yang tergendala.
Tiba tiba, seorang perempuan seksi datang ke arah meja mereka.
" Hai Aiman. Sudah lama kita tak jumpa, you makin lama makin handsome ye." ujar perempuan itu lalu mengambil tempat sebelah Aiman.
" Err, Amira. You buat apa dekat sini? Bila balik?" soal Aiman tidak selesa. Mana tidaknya, kedudukan mereka terlampau rapat.
" 1 bulan yang lalu. Kenapa ni, you macam tak suka je I bual dengan You." soal Amira dengan diva. Gediknya!
Amira memaut tangan Aiman lalu mengusapnya.
Terbuntang mata Irfan, Farid dan Amier. Ee, miang betul perempuan ni. Tak ada maruah ke. Dahlah pakaian macam tak pakai baju. Terdedah sana sini.
Aiman menarik semula tangannya. " Sorry, kita bukan mahram." jawab Aiman lalu menjauhkan dirinya sedikit dari Amira.
" Wei Aiman, kita orang minta diri dulu. Air ni, biar aku yang bayar." Ujar Amier. Dia sudah tidak tahan melihan adegan memalukan. Tambahkan dosa sahaja.
Sebelum mereka beredar, Amier sempat berbisik sesuatu di telinga Aiman. " Baik, kau balik. Nanti Airin tahu ni, parah hidup kau. Kau baru je berbaik dengan dia. Jangan nak cari pasal atau tempah maut pulak."
Mereka terus keluar dari restoran itu setelah membayar minuman.
" Sorry Amira. I kena minta diri dulu. I ada kerja sedikit." ujar Aiman. Tanpa menunggu balasan dari Aimira, Aiman melangkah pergi.
" Aiman." laung Amira.
Ramai mata yang memandang, tetapi dia tidak peduli.
Laungan Amira, sengaja Aiman tidak layan. Dia tidak mahu memberi harapan pada perempuan itu. Dia tahu, yang Amira memang mempunyai perasaan terhadap dirinya. Tetapi dia cintakan Airin seorang. Mana mungkin dia akan mencintai Amira kerana cintanya hanya untuk Airin seorang.
Share this novel