7. CEMBURU

Drama Series 24790

" Airin, bangun dah sampai." Aiman mencucuk pipi gebu Airin dengan pen. " Bangunlah. Dah sampai lah." sekali lagi Aiman mencucuk pen ke pipiku.

Aku terus terjaga. Aiman tersenyum setelah melihat aku terjaga. " Huarghh!" Airin metup mulutnya apabila menguap. Airin mengeliat kecil dan mendepakan tangannya.

" Eee, geram aku dengan kau Airin. Dah lah cantik dengan comel. Mengeliat kau pun membuatkan kau lagi cantik dan comel." gumam Aiman dalam hati. Aku yang perasan dari tadi Aiman merenungku terus bertanya. " Ada apa apa ke dekat muka aku. Sampai kau pandang aku macam tu?" tanya Airin dengan suara serak basah nya.

" Tak.... tak....tak. Tak delah. Muka kau tu comel sangat, geram aku." Airin tergelak. Ye memang tengah kembang pun.

" Dah, jom masuk. Kan kau kata nak jumpa Airil." Aiman mengangguk kepala. Aiman dan Airin masuk ke dalam rumah banglo mewah 3 tingkat milik keluarga Aireena. " Assalamualaikum." mereka memberi salam serentak. Mereka berpaling antara satu sama lain, kemudian mereka tergelak.

" Waalaikumussalam. Ha, sampai pun. Eh, Aiman pun ada." Aiman mengangguk kepala. Aku dan Aiman masuk ke dalam rumah. Aiman menyalami papaku yang sedang membaca surat khabar. " Uncle, uncle sihat?"

" Sihat, alhamdulillah. Papa kamu sihat? Dah lama tak jumpa ni."
" Alhamdulillah, papa sihat."

Mereka berborak sampai tidak sedar makanan tengah hari sudah siap terhidang.

" Papa, Aiman jom makan." ajakku.

" Hmm, Aiman jom lah makan." ajak papa aku pula.

" Eh tak apa lah. Menyusahkan aje." tolak Aiman dengan lembut.

" Eh kenapa tak gerak lagi ni, Aiman jomlah makan. Mak cik masak banyak ni." ajak mama aku. Kali ini, Aiman tidak tolak.

Papa dan mamaku jalan dahulu meninggalkan aku dan Aiman. " Eee, ngada betul. Ooo aku ajak kau tolak eh." aku tolak bahu Aiman dan terus pergi ke meja makan. " Eh, Airin." panggil Aiman. Aku sekadar buat tak tahu. " Airin." Aiman terus paut lengan aku dan aku kebelakang dan kedua dua tangan aku paut bahunya. Manakala kedua dua tangan Aiman memaut pinganggku.

Mata aku dan matanya bertembung. Merenung antara satu sama lain. " Eh apa lama sangat tu. Airin... ajak lah Aiman makan." laung mamaku dari dapur.

Kami terjaga dari lamuanan itu, terus melepaskan pegangang masing masing. Mukaku sudah kemerahan menahan malu. " Err sorry. Aku tak sengaja." kata Aiman. " Err.. tak pe." kataku dengan tergagagap gagap.

Setelah sampai di meja makan, aku teru duduk di sebelah mamaku. " Eh kenapa duduk sini. Ni tempat papa lah. Dah bangun, pergi duduk sebelah Aiman." halau papaku. Aiman tersengih.

" Alah papa ni, papa lah duduk sebelah Aiman." aku bisik ke telinga papa. " Eh, Airin. Dengar cakap papa. Bagi lah chance untuk mama dengan papa rapat." halau mama ku pula. Aku membuat muka masam. Tetapi tidak jalan pun. Setelah aku beralih tempat, papaku terus duduk di tempat ku. Aku menjeling Aiman yang dari tadi pandang aku sambil tersengih.

" Dah kenapa? Nak ni ke?" aku menunjukkan penumbuk di muka Aiman.

" Eh nak.. nak." kata Aiman dengan manja. Eh pahal mamat ni. Kang aku luku kepala kau baru tahu.

" Airin pergi senduk nasi ke pinggan Aiman." arah mamaku. " Kenapa pulak? Dia kan ada tangan." aku menjeling Aiman.

" Eh tak apa aunty, biar saya buat sendiri." Aiman mahu rampas mangkuk yang berisi nasi ku, tetapi tangannya menyentuh aku. Aku terus terkaku sambil mataku ralit merenungnya sama sepertinya. " Cantik jugak kau ni eh. Kulit putih, mata bulat, pipi pau, bibir dia munggil dan merah." puji Aiman dalam hati.

" Handsome jugak kau ni. Kenapa dulu aku tak perasan kau. Ya Allah, kau kuatkanlah imanku."

" EHEM..EHEM." Kami terus tersedar. " Amboi... macam dekat sini tak ada orang pulak eh nak bermadu asmara." gurau mamaku. Papaku tergelak. Manakala aku dan Aiman tersenyum malu.

***
" Aunty, uncle. Aiman minta diri dulu. Airin, aku balik dulu. Kirim peluk dan cium dekat Airil. Tak sempat pulak jumpa dia. Dia tidur kan." aku mengangguk kepala.

" Lah, dah nak balik ke?" tanya papaku. Aiman mengangguk sambil tersenyum. Aiman terus menyalami papaku.

Setelah bersalaman, Aiman meminta diri untuk pulang.

***
Seperti yang dijanjikan, aku keluar bersama Taufiq. Kami makan di restoran. Katanya ini sebagai perkenalan.

Aku mengenakan baju blause muslimah warna pink dan skirt labuh warna pink cair. Aku mengenakan tudung shawl. Manakala Taufiq mengenakan T- shirt putih dengan sut hitam. Walaupun ringkas, tetapi still nampak bergaya. Confume ramai yang terpikat. Aku, tak adalah. Tak terpikat pun.

" You' re so beutiful." puji Taufiq. Aku mengangguk sambil tersipu malu.

" Thank. Awak pun sama, nampak handsome." kami berbual kosong sementara menunggu pelayan menghantar makanan kami.

" Awak kerja apa eh?" tanyaku
" Ooo. Hmm kerja biasa biasa jer. Saya uruskan syarikat papa saya." aku mengangguk kepala.

" Awak pula kerja apa?" tanya dia pula.
" Sama je macam awak. Yelah saya anak tunggal, so terpaksa lah uruskan syarikat papa saya."

Kami menjamah makanan, setelah makanan sampai.

***
" Saya minta diri dulu, next time kita jumpa lagi. Lagipun dah lewat ni." aku meminta diri untuk pulang setelah jam menunjukkan angka 9.30 malam.

" Oo. Saya akan tuntut janji awak." aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.
" What du you mean?" tanyaku.

" Saya akan tuntut janji awak. Kan awak kata yang kita akan jumpa lagi." aku menganggukkan kepala.

" Oo. Ok bye." aku terus masuk ke perut kereta dan memecut laju. Taufiq mengahantar pandangannya sehingga keretaku tiada di pandangannya.

" Kau akan jadi milik aku." kata Taufiq dalam hati sambil tersenyum.

***
Aiman menghempas stereng dengan kuat. Dia begitu marah dan cemburu. " Ee, geram pulak aku. Boleh tergelak gelak dengan mamat tu." marah Aiman.

Aiman melihat aku dan Taufiq begitu akrab. Ya, dia memang ada di retoran itu. Kebetulan dia berjumpa dengan kawan nya Amier, Irfan dan Farid.

FLASHBACK,

" We, yang tu Airin kan?" Farid menudingkan jarinya ke arah pasangan itu. " Haah, yelah. Sabar we." Amier menenangkan Aiman. Aiman sedang mengepalkan penumbuknya.

" Ha, tulah kau. Nak rahsia sangat." ejek Irfan.

" Kau tahu apa ha?" jeling Aiman dengan tajam.

Aiman kalau marah semua benda mesti tak kena. Orang nasihat pun dia tak akan dengar.

END FLASHBACK.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience