19. LUAHKAN PERASAAN

Drama Series 24790

Aku terdengar akan bunyi kereta di luar rumah. Aku terus terjaga. Aku meninjau di tingkap. ' Baru jumpa ke jalan balik. Kenapa nak balik pulak. Pergilah menggatal dengan Zura tu lagi. Pergi. Aku akan lupakan perasaan aku pada kau, Aiman. Aku tak nak kecewa lagi.

TOK..TOK..TOK, ' Ee dia ni, dia adakan kunci rumah. Tak perlu ketuk pintu bagai. Terus lah masuk. Tak pasal pasal menyusahkan aku je buka pintu untuk kau.' aku menyambut kepulangan Aiman dengan wajah masam. Aku masih terasa akan sikapnya.

" Dah solat?" tanya Aiman dengan lembut.
Aku menggelengkan kepala tanpa memandang mukanya.

" Okey, tak apa. Kita solat sama sama. Bilik solat dekat tingkat 3. Saya ambil wudhu' kejap. Awak pergilah ambil wudhu'.

Aku terus naik tangga dan terus masuk ke bilik air di bilikku. Selesai mengambil wudhu' aku terus mengambil telekungku yang sudah dilipat dan digantung dalam alamari. Aku terus pergi ke bilik solat di tingkat 3.

Apabila aku masuk ke bilik solat, aku melihat Aiman sudah duduk di tikar sejadah menunggu aku. " Okey, jom. Allahuakbar." Aiman mengangkat takbir.

***
Seusai solat, Aiman berdoa. Aku tidak tahu apa yang dia doa. Aku cuma mengaminkan. Kerana suaranya tidak berapa jelas.

***
Aiman menghulurkan untuk bersalam. Aku menyambutnya. Apabila aku tunduk menyalaminya, Aiman mengusap lembut kepalaku. Apabila aku mengangkat kepala, Aiman terus mencium dahi aku dengan penuh kasih.

' Tadi marah marah, ni kenapa pulak siap bercium bagai. Sakit hati aku. Sakit hati aku belum habis lagi.'

" Awak, saya ada benda nak cakap dengan awak?" Aiman menghalang aku bangun apabila aku berkira kira untuk bangun.

" Nak cakap apa?" jawabku dingin.
" Kenapa ni, muka masam je?"
" Tu je ke, soalan awak? Muka masam ni sebab tak ada mood. Dah, saya nak masak. Lapar." aku terus merentap tangan aku dari pengangan Aiman. Aku berlalu pergi.

" Dia marahkan aku ke?" Aiman tersenyum. Plan dia berjaya membuatkan isterinya jealous. "Sebenarnya kau memang suka kan aku Airin. Tapi kau ego. Tak apa, aku akan cair kan ego kau dengan cara aku. We ' ll wait and see."

Aiman terus keluar dari bilik solat dan terus pergi ke biliknya.

***
Aku memasak udang sambal dan sayur campur untuk makan malam. Aku melihat Aiman berselera menikmati masakan aku. ' Dia ni lapar ke atau pelahap.' Ternganga aku memandang dia makan. Nasi aku baru sahaja luak sedikit.

" Awak, nak nasi." aku terus mencedok nasi ke pinggan nya. Aku mencedokkan sambal udang ke pinggannya. " Nak sayur tak? Saya tengok awak tak makan sayur pun."

" Saya memang tak makan sayur. Sayur tak sedap. Membuatkan saya nak muntah." tipu Aiman. Dia sengaja hendak melihat reaksi isterinya.

" Mana boleh macam tu, kenalah makan sayur. Sayur ni baik untuk kesihatan kita. Macam mana nak sihat kalau tak makan sayur." bebel aku. Aku terus menyuap sayur campur ke dalam mulut Aiman. Aiman tersengih. ' Yes, berjaya.'

Aiman terus membuka mulut. " Emm, sedapnya. Bukan sayur tak sedap ke?" Aiman terus sambung kunyahannya yang terhenti.

" Elok je awak makan ni. Ngada lah." kataku serious. Aiman tersengih. " Betullah, mungkin saya makan sayur yang awak masak je kut. Nanti awak masak sayur untuk saya eh." aku sekadar menganggukkan kepala. Aku terus menyuap nasi ke dalam mulut ku.

***
Ketika aku membasuh pinggan, Aiman terus pergi ke sebelah aku. " Saya minta maaf pasal hal dekat shopping mall tu. Saya jadi macam tu pun, sebab awak tau." terang Aiman.

" Kenapa salah saya pulak?" tanyaku tanpa pandang mukanya. Aku masih lagi sakit hati. Jealous.

" Sebab, saya dah mula jatuh cinta dengan awak Aireena Aleeya binti Hakim. I' m falling in love with you, Airin. Saya jealous lihat awak mesra dengan Taufiq. Saya jealous." aku terpana akan katanya.

'Maknanya, aku tidak bertepuk sebelah tangan? Maaf Aiman, hati aku masih lagi sakit akan kata kau petang tadi. Aku tak mampu nak luahkan cinta aku buat masa sekarang ni.'

" Airin, saya tahu awak masih belum cintakan saya. Saya harap awak jangan layan saya dengan dingin dan kalau awak tak selesa, awak boleh anggap kita macam dulu. Sebelum kita kahwin kan kita rapat, kita jadi macam tu eh. Saya tak nak awak masam muka depan saya please. Saya tak boleh hidup tanpa awak Aireena Aleeya. Saya pendamkan perasaan ni masa first time saya jumpa awak dekat sekolah lagi." terang Aiman panjang lebar. Air mata yang dibendung menitis. 'Aiman menitiskan air mata untuk aku.'

Aku mencari anak matanya untuk memastikan apa yang dia cakap itu betul dan ikhlas dari hati. Apabila aku pandang sahaja anak matanya, dada aku berdetak laju. Aku melihat anak matanya, Aiman berkata jujur apa yang dia kata. Air mata aku menitis.

" Maafkan saya. Saya tak mampu nak balas cinta awak. Tapi saya akan cuba, beri saya masa." aku terus berlalu untuk ke bilikku. Aku hamburkan segala tangis aku di bilikku. Aku tidak tahu pukul berapa aku terlelap akibat terlampau penat menangis.

" Airin.. Airin, bangun sayang. Dah solat ishak ke belum ni? Kalau belum, kita solat sekali ni. Sudah pukul 9.00 malam dah." tanya Aiman.
" Ermm," aku menggeleng kepala lalu aku bingkas bangun. Aku menggosok gosok mata ku.

Aku berjalan terhuyung hayang, aku masih lagi mamai. " Eh..eh...eh. Okey tak ni? Saya tengok awak ni macam orang mabuk je." ejek Aiman sambil tersenyum kecil.

Aku menoleh pada Aiman. " Apa? Jangan nak ejek orang eh. Ngantuk lah." aku terus jeling Aiman dan masuk ke dalam bilik air.

" Dari dulu sampai sekarang kau sama je, Airin. Tetap comel, cantik dan sentiasa buat jantung aku berdebar." kata Aiman perlahan.

Aku terus keluar dari bilik air setelah selesai mengambil wudhu'. " Tak ambil air wudhu' lagi ke ni?" tanya ku pelik. Aku membetulkan rambut yang terjuntai di dahi.

Aiman dari tadi tenung aku. ' Okey, dia ni dah kenapa ni?' " Kenapa ni, Aiman?" jerit ku. Aiman terus tersedar.

" Apa soalan awak tanya saya tadi?" tanya Aiman blur sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

" So, tak dengar lah ni? Saya tanya, awak dah ambil air wudhu' ke belum. Dari tadi duduk sini?" tanya aku.

Aiman menggeleng kepala tersengih. Aku sudah mencekak pinggang. " Dah tu, cepatlah pergi ambil. Buat apa nak tenung saya macam saya ni bogel pulak. Saya pakai baju ni." kataku serious. Aiman tersengih. Dia terus pergi ke bilik air aku untuk mengambil wudhu'. Alang alang sudah berada di bilik aku, baik guna bilik air aku je, tak perlu pergi ke bilik air, bilik Aiman.

***
Kami berjalan beriringan untuk ke bilik solat. Aku sudah siap memakai telekung. Nanti terus lah solat.

***
Selesai sahaja solat dan doa, kami bersalaman. Seperti biasa, Aiman mencium dahi aku. " Awak, tak takut ke tidur malam sorang sorang. Tak takut ada hu...hu...hu ke?" sakat Aiman.

Aku tidak faham akan maksud nye. " Hu..hu..hu, tu apa?" Aiman menepuk dahinya. " Hantu. Hi..hi..hi." Aiman mengilai. Bulu roma aku sudah menegak. Ni yang lemah ni. " Janganlah takutkan saya, sampai hati." aku mencubit peha Aiman. Air mata aku hampir menitis.

" Argh, sakitlah sayang." aku terus melepaskan cubitan. Rasa macam suka pulak dia panggil sayang. 'Panggil lah lagi. Nak lagi.' aku tidak menunjukkan reaksi yang gembira apabila dia memanggil aku sayang.

" Jangan panggil saya sayang okey." tegur aku. Aiman tersengih. " Sorry,"

Ish berlagaknya aku ni, sombong. Padahal dalam hati, dah berbunga dan macam nak terbang dekat awangan. Rasa macam nak lompat sebab gembira punya pasal. Hahaha.

" Hantu, hi..hi..hi." sakat Aiman sekali lagi. Ah sudah, dia dah mula dah.

" Aiman Amsyar Dato' Harith." jerit aku. Air mata sudah menitis.

" Alah, sorry. Titew buat dia nangis ek. Alah, titew minta maaf." gurau Aiman.

" Janganlah main main, takutlah." aku terus memeluk tangan Aiman untuk menghalang dia bangun. Aiman terus terduduk sebelah aku.

" Awak, kita tidur sini sama sama ye. Saya tak biasa lah. Saya mana pernah tidur sorang. Selalunya ada Airil. Boleh eh." aku buat suara manja sambil mengerlipkan mata berkali kali. Buat muka comellah katakan.

" Ish, yelah. Ambillah bantal, selimut dan toto. Jom." Aiman pimpin tangan aku keluar.

***
" Nah, ambil ni. Tolong pegang. Saya nak ambil bantal." Aiman menyuakan toto pada ku untuk pegang.

" Bantal, awak nak guna bantal saya atau bantal dalam bilik awak?" tanya Aiman.

" Bantal awaklah. Okey, jom." kataku riang. ' Yeah, tak tidur sorang.' aku jerit dalam hati.

***
" Okey, awak tidur belah sana, saya tidur belah sini, okey." arah Aiman.

' Mak ai jauhnya. Kata cintakan aku. Tapi kenapa jauh sangat perpisahan ni. Kalau aku takut macam mana. Tak dapatlah nak peluk.' gumam hati aku. Aku sudah menelan air liur berapa kali.

' Ha, aku nak tengok kau akan datang pada aku ke tidak? Aku nak uji sama ada kau sayangkan aku ataupun tak?'

***
Tiba tiba, aku terdengar KRIK...KRIK...KRIK, 'Alahai kenapa sunyi sangat ni. takut lah.' aku terus bangun dan pergi ke tempat Aiman. Aku terus baring di sebelahnya. Aku dengar lagi bunyi tu. Air mata sudah menitis menahan takut.

Aku memeluk Aiman erat. Aiman yang tersedar terus tersenyum. Tangis aku semakin tersesak esak.

" Awak, saya takut." kataku teresak esak.
" Hey, kenapa ni. Janganlah nangis." Aiman terus baring menghadapku. Aku dan Aiman bangun dari pembaringan. Aku memeluk Aiman erat.

" Saya takut. Saya nak tidur dengan awak, boleh. Setiap hari eh. Saya takut." kataku teresak esak. Tangis semakin surut apabila Aiman membalas pelukan aku dan mengusap kepalaku.

" Okey, tidur ye. Saya dodoikan awak." Aiman terus menyuruh aku untuk tidur.

Aku terlelap dalam pelukan Aiman. Aku tidur lena di sebelah Aiman.

' Kata jelah, yang kau sukakan aku Airin, ego kau tinggi. Aku akan goda kau sedaya upaya aku, supaya kau akan turunkan ego kau, Airin.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience