TOK..TOK, Iqa, Sahirah dan Aina terus masuk ke dalam bilikku. " Kau tak nak balik lagi ke, Airin?" tanya Sahirah. Hanya tinggal mereka sahaja tidak balik lagi termasuk aku.
" Ha, dah nak balik ke? Dah pukul berapa dah?" tanyaku pelik.
" Astagfirullah, Airin. Dah pukul 7.30 dah. Kita orang dah nak balik ni. Kau dah solat ke belum ni?" jawab Sahirah. Iqa dan Aina menggeleng kepala. Kalau masuk office lupa semuanya. Hanya kerja sahaja yang ingat.
" Belum. Korang dah solat ke belum ni?" tanyaku. Aku terus berdiri.
" Dah, kau nak kita orang temankan kau ke atau tak?" tanya Aina.
" Hm, korang baliklah. Aku stay dekat sini kejap nak solat. Korang kan ada suami, so pergilah balik dulu."
" Eh, kau pun sama. Dah ada suami dah. Tak ingat lagi ke Puan Airin oi." Iqa mencubit tangan ku.
" Sakitlah, ye aku tahu lah aku ada suami. Ye, lepas solat aku balik." aku mengusap usap tanganku yang telah Iqa cubit.
" Ha, kalau macam tu kita orang balik dulu, bye. Assalamualaikum." mereka berlalu pergi. Aku terus masuk ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
***
" Aduh, tak akanlah Aiman tak balik lagi? Habistu, rumah ni dah la gelap. Macam mana nak masuk ni." kataku sendirian.
Aku terus keluar dari perut kereta. Aku mengambil handfone aku dalam handbag dan terus membuka lampu. Aku memberanikan diriku, untuk memasuki rumah itu setelah memberi salam.
" Mak ai, gelapnya." aku meraba raba dinding untuk mencari suis lampu. Setelah itu, aku terus menghidupkan semua lampu di rumah sehingga tingkat 3 juga aku menghidupkan semua suis lampu.
" Ha, baru terang. Dah pukul berapa ni?" aku terus melihat jam di telefonku. Sudah pukul 8.45 malam.
" Lambatnya, Aiman balik ni. Aku dahlah penakut. Aku sedar diri aku ni penakut. Tapi janganlah tinggalkan aku sorang sorang. Mama, nak balik rumah." rengek ku sendirian. Aku terus duduk di sofa ruang tamu. Aku mencari nama Aiman untuk menelefonnya.
" Hello, Assalamualaikum." aku memberi salam apabila Aiman sudah menganggkat paggilan aku.
" Waalaikumussalam. Ada apa call saya ni? Mesti tunggu saya balik kan." Aiman meneka.
" Hmm, bila nak balik ni? Saya takutlah duduk sorang sorang. Rumah ni dahlah besar ni."
" Saya otw lah nak balik ni. Jangan takut takut."
" Hmm, yelah. Bye, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." Aiman terus mematikan talian. Dia tersenyum sendirian.
***
" Astagfirullah, mak ai terangnya rumah ni. Awak, awak bukak semua suis lampu?" tanya Aiman. Pokai lah dia nanti kalau bil elektrik melambung.
Aku tersengih. " Awaklah, balik lambat. Saya takut, tu saya onkan semua suis lampu. Sorry, kk." aku membuat muka comel sambil mengelip ngelipkan mataku.
Aiman tersenyum. Dia terus menarik hidungku.
" Argh, sakitlah." aku menggosok gosok kasar hidungku.
" Dah awak comel sangat. Mestilah saya geram. Rasa macam nak cubit je awak ni tahu tak." Aiman terus mengejarku. Aku, apalagi cabutlah.
" Ha, mana nak lari tu." Aku terus membuka pintu bilikku lalu mengunci pintu bilikku.
" Airin, bukak pintu ni." Aiman mengetuk ngetuk pintu. Aku hanya membuat tidak tahu. Aku terus membaringkan diriku di atas katil empukku.
" Hmm, belum masak lagi ni. Nak masak apa ek?" aku mengurut daguku sambil memikir apa menu untuk masak sekarang ni.
" Hm, masaklah apa yang ada." aku terus membuka pintu bilikku. Aku melihat Aiman sudah tidak ada. Aku terus turun lalu menuju ke dapur.
***
Aku memasak spagetti untuk makan malam. Aku dan Aiman menikmati masakan tanpa sebarang suara.
***
" Awak, kita ambil Airil eh? Yelah, awak kan balik tak menentu. Jadi, kita ambillah Airil. Dia boleh temankan saya." aku meminta izin Aiman. Aiman terus menoleh padaku.
" Boleh je. Tapi, dia nak duduk dengan siapa nanti kalau awak pergi kerja?"
" Kita ambil maid, nak tak?" aku memberi idea.
" Okey, nanti saya carikan."
***
Hari ini, aku dan Aiman akan datang ke rumah mama untuk mengambil Airil.
" Assalamualaikum." aku memberi salam apabila hendak masuk.
" Waalaikumussalam, hm Airin. Aiman mana?" soal mama.
" Ada, dia dekat luar."
" Ajaklah, suami kamu masuk. Dah lama mama tak jumpa menantu mama."
" Apa, mama ni. Anak mama dekat depan mama ni pun dah lama tak jumpa Airin jugak. Tahu tak, Airin rindu mama sangat." aku menarik muka masam.
" Alah, anak mama merajuk ke, okey meh sini, peluk mama." mama terus menuju ke arahku lalu memelukku.
Aku tersengih. Aku membalas pelukan mama.
" Assalamualaikum," Aiman terus masuk ke dalam rumah. Aiman terus menuju ke arahku dan mama. Aiman menyalami mama.
" Ma, mana papa dengan Airil? tanyaku.
" Oo, papa keluar dengan kawan. Airil, dia dekat bilik dia. Kenapa?"
" Sebenarnya, boleh tak Airin ambik Airil tinggal dengan kami?"
" Boleh, kenapa nak minta izin mama pulak. Dia kan anak kamu."
" Kaseh mama. Airin pergi tengok Airil kejap eh. Awak, saya pergi naik atas kejap." Aiman mengangguk kepala. Aku terus berlalu naik ke atas.
" Ma, boleh tak kita bincang pasal Airin kejap." Mama mengukir senyuman.
" Boleh, kita duduk dulu. Aiman, nak minum air apa? Mama buatkan."
" Tak kesah." Aiman terus duduk di sofa kulit.
***
" Aiman, minumlah dulu." Aiman mengganguk lalu mencapai gelas yang berisi jus oran lalu meneguknya.
" Ada apa yang nak dibincangkan pasal Airin ni?" tanya mama. Aiman mula bercerita hal yang terjadi semalam pada mama.
" Hahaha, Airin..Airin." mama tergelak seuasai sahaja Aiman menceritakan hal semalam.
" Mama, Airin memang takut gelap eh?" tanya Aiman.
" Airin, memang macam tu. Dia memang takut gelap tapi dia cuma takut bila dia tinggal sorang sorang bila waktu gelap. Tapi, kelakar lah Airin ni." mama tersenyum kecil.
" Ha, ada apa gelak ni. Tak ajak Airin pun." aku dan Airil mula menuruni anak tangga.
" Tak ada apa apa." tipu mama.
Airil terus berlari pada Aiman. " Papa, Airil rindu papa." jerit Airil. Airil terus memeluk Aiman. Aiman tergelak kecil lalu dia membalas pelukan Airil.
" Kita makan dekat sini, ya." ajak mama.
" Baiklah ma. Mama masak apa?"
" Mama masak... ayam sambal, udang butterprown dengan ikan bakar." terang mama
" Hm, Airin rindulah masakan mama. Mesti sedap kan." aku dan mama berlalu untuk ke dapur tinggalkan Airil dan Aiman di ruang tamu.
Apabila semua makanan sudah terhidang, aku memanggil Aiman dan Airil untuk makan.
" Aiman, Airil jom kita makan. Makanan sudah siap dihidang. Jom." ajakku. " Airil, come to mama." Airil terus berlari.
Aku ingat dia pergi ke arahku tapi rupanya Airil terus pergi ke dapur. " Haha, kesian mama dia." ejek Aiman. Aku mengecilkan mataku lalu menjeling Aiman. ' Bertuah punya anak.'
Aku terus mencepatkan langkahku. Malas nak berjalan beriringan dengan Aiman. Tidak habis habis menyakat ku.
Aiman terus mencepatkan langkahnya untuk berjalan beriringan denganku. Aiman terus mengengam kemas tanganku.
Aku terus memberhentikan langkah. " Kenapa nak pegang pegang. Tadi gelakkan Airin. Pergilah sana." aku menolak tubuh Aiman yang besar. Tapi sedikit pun tidak berganjak.
" I love you." bisik Aiman romantis. Aiman terus berlalu ke dapur. Aku terpana.
" Airin, buat apa lama sangat tu. Aiman dah sampai dah. Cepatlah, kami tunggu kamu ni." laung mama dari dapur. " Ye, mama." aku terus berlalu ke dapur.
***
" Ma, kita orang minta diri dulu lah. Dah lewat ni." Aku menyalami tangan mama.
" Okey, Aiman bawak kereta elok elok. Kamu tahan jelah perangai Airin macam budak budak ni." pesan mama. Aku menarik muka masam. " Baiklah ma. Kalau Airin buat hal je, Aiman cium Airin je senang. Diam lah nanti tu." aku menjengilkan mataku pada Aiman lalu mencubit nya. Aiman tergelak.
***
" Wah, besarnya rumah mama dengan papa.." Airil terpegun akan kecantikan rumah kami.
" Rumah ni, rumah papa. Bukan rumah mama lah Airil." aku melihat Aiman sedang memandang tajam padaku.
" Eh, yang ni rumah mama dengan papa kan. Apa mama ni, mama kan duduk dekat rumah papa. Mestilah rumah papa dan mama, kan." Airil mengenakan aku.
" Ha, yelah anakku Airil." aku terus mencium pipi Airil.
" Mama, Airil ngantuk lah. Airil nak tidur." Airil menguap.
" Okey, kita tidur lah." aku dan Airil naik tangga untuk ke bilikku.
EHEM..EHEM, Aiman berdehem. Aku menoleh belakang. Airil sudah naik ke atas untuk tidur di bilikku.
" Habistu, saya tidur sorang sorang ke?" tanya Aiman.
" Yelah. Tak akanlah kita tidur sama sama." aku tersenyum.
" Yelah, awak sendiri kata kita akan tidur sama sama."
" Memanglah, tapi kan saya dah ada teman."
" Tapi, saya tak ada teman?" Aiman menarik muka masam.
" Selalunya okey, je. Dahlah, saya nak tidur. Bye. Good night." aku berlalu untuk ke bilikku.
***
" Awak, bangun. Awak tak kerja ke harini?" aku mengejutkan Aiman.
Aiman menggeleng. " Saya ambik cuti. Saya nak jaga Airil." kata Aiman mamai.
" Okey, tapi bangunlah. Nak solat. Kerja memang cuti, tapi solat tak cuti." aku menarik tangan Aiman untuk bangun.
" Yelah," Aiman menarik aku juga ke bilik air.
" Apa ni. Saya nak ambik wudhu' lah. Saya nak keluar, sanalah."
" Tak nak. Ambik wudhu' kat sini jelah."
Aku mengalah. Kami mengambil wudhu' bersama sama.
***
" Awak, saya pergi kerja dulu." seperti biasa aku akan menyalami tangan Aiman. Aiman mencium dahiku. " Nak kiss." Aiman menunjukkan pipinya. Seperti biasa juga, terpaksalah. Aku memberi ciuman pada pipi Aiman. Aiman tersengih puas.
" Dah, bye. Assalamualaikum." aku berlalu untuk menghidupkan enjin kereta.
" Waalaikumussalam." Aiman menghantar pandangan sehingga keretaku hilang dari pandangannya.
***
" We, boleh temankan aku tak? Hari ni, aku kena jumpa Taufiq.
" Ha, siapa dia tu?" tanya Iqa pelik. Setahu dia, aku tiada kawan lelaki kecuali Amier, Irfan dan Farid. Tu je dia tahu. Ni, Taufiq mana pulak ni?
" Nanti aku cerita. Tapi kita duduk meja berasingan. Kita buat buat tak kenal tau. Aku takut kot kot Aiman nampak ke. Aku tak nak lah ada salah faham." terangku.
" Okey, tapi kalau dia nak pergi restoran mana?" tanya Aina.
" Alah, restoran dekat office ni je. Aku dah beritahu dia dah." terangku. " Okey, jom kita gerak."
***
" Assalamualaikum, hai. Dah lama tunggu?" tanyaku sebaik sahaja duduk di kerusi berhadapan dengan Taufiq.
" Waalaikumussalam, hai. Tak adalah."
Setelah memesan minuman dan makanan, Taufiq memulakan perbualan. " So, dah lama ke awak dengan suami awak kahwin?" tanya Taufiq.
" Hm, tak lah lama sangat. 1 bulan pun belum sampai lagi." Taufiq mengangguk faham. ' Tak adalah lama sangat.'
" Airin cintakan dia ke?" aku mula berasa pelik akan soalan Taufiq. ' Pahal nak busybody pulak mamat ni.'
" Em, kami kahwin sebab keluarga. Tapi memang saya cintakan dia." terang ku.
Taufiq mula mengeluh. " Airin, saya ada benda nak bagitahu awak?"
" Ye, saya dengar. Cakap je." aku memberi senyuman nipis.
" Sebenarnya saya dah mula sukakan awak sejak pertama kali kita jumpa. Saya tahu saya dah lambat. Tapi boleh tak awak beri saya peluang." Taufiq mencapai tanganku lalu mengusap lembut.
Aku terkejut akan tindakan Taufiq. Aku menarik kasar tangan aku. Taufiq terkejut. " Awak, jangan sesuka hati je nak pegang tangan saya. Saya dah kahwin. Saya tak mungkin akan beri awak peluang atau pada sesiapa pun kecuali suami saya. Kalau dah tak ada apa apa awak nak cakap, saya pergi dulu." aku tengkingnya. Sungguh aku pantang kalau orang bukan muhrim menyentuhku, memang membuatkan Aireena Aleeya mengamuk lah.
" Shit, kau malukan aku kan. Tak apa. Aku akan buat kau menyesal." kata Taufiq sendirian. Benci dan marah mula menguasai diri sendiri.
***
" We, kau okey tak ni?" tanya Iqa. Dia sangat risau apabila melihat kejadian itu. Dia juga perasan akan pandangan lelaki itu, amat menyeramkan.
" Aku okey, dia orang yang lain mana?" tanya ku sebaik sahaja aku perasan akan kehadiran Aina dan Sahirah tiada.
" Dia orang ada kerja nak selesaikan. Jom kita balik lah." Aku dan Iqa terus berlalu pergi untuk ke office.
Share this novel