49. KONFLIK

Drama Series 24790

TOK..TOK..TOK, " Sayang, bukak pintu ni. Abang minta maaf. Sorry ya. Sayang, bukaklah pintu ni." berkali kali Aiman mengetuk pintu tetap tiada sahutan.

Aiman mengeluh. Dia menyandarkan tubuhnya di pintu lalu duduk di atas lantai. " Sayang, abang minta maaf. Tak ada benda pun yang abang sorokkan pada sayang. Trust me. Bukak lah pintu ni," Aiman masih lagi memujuk Airin.

" Papa, kenapa papa duduk luar ni? Mama mana?" tanya Airil yang baru bangun tidur. Dia memisat misat matanya.

" Eh,bila Airil bangun. Papa tak nampak pun?" sengaja Aiman menukar topik.

" Mama mana papa?" Airil masih lagi menanyakan perihal tentang Airin.

" Mama, mama dekat dalam bilik. Mama tengah mandi. Jom, kita turun bawah ye." Aiman memimpin tangan Airil untuk ke bawah.

***
2 PAGI,

Aku pisat pisatkan mataku. Aku melihat lampu di luar sudah tertutup. " Dah pukul berapa ni?" tanyaku sendirian. Aku segera mengambil handfone ku. " Ya Allah, dah pukul 2.00 pagi dah." aku sudah kelam kabut terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu'.

Selesai sahaja solat, aku duduk di birai katil. KROK..KROK, perut ku sudah mendendangkan lagu rock. " Argh, laparnya." aku menghidupkan suis lampu bilikku.

Aku segera turun ke bawah untuk memasak. Apabila aku turun ke bawah, aku melihat sebungkus nasi goreng di bawah tudung saji.

Perlahan air mata mengalir. Aku mengelap dengan hujung baju.

Setelah membasuh tangan, perlahan aku menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulutku.

Aiman melihat lampu bilik Airin terang, terus meninjau. Dia melihat Airin tiada di bilik itu segera dia turun ke bawah.

" Sayang, lapar ke?" soal Aiman. Dia mengambil tempat di sebelahku.

" Macam mana awak boleh bangun ni?" soal ku acuh tak acuh. Aku masih lagi terasa akan percakapannya petang tadi.

" Abang tengok terang sahaja rumah ni. Abang pergilah tengok dekat bilik kita, Airin tak ada. Abang terus turun ke bawah. Kebetulan, sayang ada dekat bawah." terang Aiman panjang lebar.

Aku tidak fokuskan akan percakapannya. Aku hanya tumpukan perhatian pada nasi goreng. Mana tidaknya, dari petang tadi tidak makan. Mana tak lapar.

Aiman melihat Airin tidak langsung memandang ke arahnya segera membuka soalan pada Airin. " Kenapa ni, abang ada buat salah ke?" soal Aiman lembut.

Aku menoleh pada Aiman. " Awak tanya saya kenapa. Awak tak ingat ke, petang tadi?" soalku serious. Hilang selera aku nak makan.

" Sorry, abang tak sengaja." pujuk Aiman.

Aku menjeling Aiman tajam. Nilah lelaki, bila buat salah terus minta maaf. Senangnya. Dia ingat, kita ni apa? Ingat tak ada hati dan perasaan ke.

Aku melangkah ke sinki tanpa mempedulikan Aiman. Aku membasuh pinggan, mangkuk dan cawan yang telah digunakan.

Aiman mengatur langkah merapati diriku. " Sorry, abang tak ada niat..."

" Boleh tak berhenti cakap sorry dan tak ada niat. Saya tak nak dengar." ujarku dengan penuh kemarahan. Air mata sudah bergenang di tubir mata ditahan supaya tidak jatuh.

" Sayang, please." Aiman ingin menyentuh bahuku pantas aku menepis perlahan tangannya.

" Please, bagi saya masa. Awak tidur di bilik Airil. Saya perlukan masa untuk bersendirian." ujarku lalu meninggalkan Aiman. " Jangan lupa tutup lampu." sebelum itu, aku sempat mengingatkannya.

Aiman mengeluh. " Macam mana nak pujuk Airin ni?" Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

***
" Sekarang ni, aku dah tahu rumah kau. Senanglah aku nak dapatkan Airin aku balik. Kau memang tak layak jadi suami Airin. Hanya aku je yang boleh jadi suami dia." Naim mengambil pisau lalu menoreh noreh gambar Aiman yang telah ditampal di dinding.

" Airin, kai tunggu aku ya. Tak lama lagi, kau akan jadi milikk aku. Sabar ya, sayang." gambar Airin diusapnya lalu menciumnya.

" Kau, kau boleh pergi mampus." gambar Aiman dicucuk dengan pisau.

***
" Tak guna punya perempuan, nanti kau. Aiman milik aku seorang. Hanya aku seorang. Kau boleh pergi berambus." Amira mencampak bantal bamtalnya.

" Aiman, kau tunggu aku ya. Aku datang." Amira berlari anak di dalam bilikya seakan Aiman mengejarnya.

Tidak lama kemudian, dia kembali bersedih. " Aiman, aku minta maaf sebab aku tinggalkan kau. Tak apa, kita akan bersatu juga. Aku akan jadi isteri kau juga." air mata diseka. " Tapi, tapi perempuan tu. Perempuan tu semak je. Dia, dia punca segalanya. Kau memang tak guna, aku akan bunuh kau, perempuan tak guna!" jerit Amira.

***
KEESOKAN HARINYA,

Sebelum ke office, seperti biasa aku jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan kepada ibu pada Airil. Aku menyiapkan breakfast dan pakaian mereka.

Walaupun, aku masih lagi terasa pada Aiman, aku tak lupa akan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku tahu, aku tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz. Walaupun, aku sudah tahu aku sudah mendapat dosa kerana melawan cakap Aiman. Aku isteri derhaka.

Perlahan air mataku menitis. " Maafkan Airin, Airin perluka masa." aku menyeka air mataku.

***
" Sayang, sorry." ucap Aiman. Dia merenungku dalam.

Aku membalas renungannya. Tetapi aku kalah, kalah kerana aku tidak mampu tahan. Air mataku menitis juga.

" Hei, kenapa nangis ni?" Aiman segera melangkah mendekati ku. Dia mendakap ku erat.

" Abang, Airin minta maaf. Airin tak nak jadi isteri derhaka. Airin dah lawan cakap abang. I'm sorry." aku membalas pelukannya.

Aiman merenggangkan pelukan. " Tak, sayang tak lawan cakap abang pun. Abang yang salah. Abang marah Airin, padahal Airin tak ada buat salah pada abang. I'm sorry okay." ucap Aiman lalu mengucup dahiku.

" Mama, papa kenapa nangis nangis ni? Mama dah tak cantik dah. Papa pun dah tak handsome dah." soal Airil.

Aku dan Aiman tergelak. " Mana ada nangis. Mata masuk habuk lah." tipu ku. Aku mencium pipi Airil yang montel.

" Haah, mana ada. Mata mama dan papa masuk habuk." tipu Aiman juga. Aiman mengenyitkan matanya pada ku. Gatal!

Aku mengecilkan mataku, lalu menjelirkan lidah. " Dah lah Airil. Jom kita turun bawah. Nanti lambat pergi taska. Jom." aku memimpin tangan Airil untuk turun ke bawah.

" Eh, Airil je. Abang tak perlu ke. Alah, merajuk lah macam ni." rengek Aiman manja.

Aku mendegus. " Ee, ngadalah abang ni. Jom," Aku menarik tangan Aiman. Aiman tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience