Sudah berapa minggu Naim sudah tidak pulang ke rumah keluarganya. Liza berasa hairan akan sikap abangnya. Kalau diajak pulang ke rumah keluarganya, pasti pelbagai alasan muncul.
Liza mencapai handfone nya lalu menelefon abangnya.
" Hello, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam, ada apa Liza call abang ni?" soal Naim acuh tak acuh.
" Abang sihat? Dah lama tak dengar khabar." Liza sekadar borak kosong.
" Sihat, je. Tak mati lagi pun." ujar Naim selamba.
" What are you talking about. Kenapa abang cakap macam tu?" marah Liza.
" Betullah, abang tak sakit lagi." ujar Naim malas.
" Apa apa jelah. Liza call ni, nak ajak jumpa. Dah lama kita tak berbual." Liza memulakan topik perbualannya.
" Hmm, kita jumpa dekat tempat biasa." Naim terus matikan talian.
" Abang, hello." Liza melihat skrin telefonnya, kosong. " Kurang asam punya abang. Dia terus letak je. Ee, benci betullah dapat abang yang kureng ni." Liza mendengus.
***
" Ha, sampai pun. Ingat dah tak sudi nak jumpa adik sendiri." perli Liza.
Naim hanya membuat muka selamaba. Dia terus menyedut minuman Liza.
" Eh, tu Liza punya lah. Kalau abang nak, pergilah order sendiri. Sibuk je." Liza merampas kembali minuman tembikai nya.
" Okay, abang balik dulu." Naim berkira kira hendak bangun.
" Lah abang ni. Sikit sikit nak merajuk. Siapa ajar abang merajuk ni?" soal Liza pelik. Naim tidak pernah merajuk.
" Tak ada siapa pun. Alah, Liza pandai merajuk, tak akan lah abang tak pandai merajuk. Mana adil kalau macam tu." ujar Aiman lalu meeampas kembali minuman Liza.
Liza mendengus geram. Dia memanggil pelayan untuk mengambil order minumannya.
Setelah membuat pesanan, Liza kembali menghadap abangnya. Kelihatan Naim sedang termenung jauh.
" Abang," panggil Liza.
Tiada sahutan.
" Abang," Liza meninggikan sedikit suaranya.
Tiada sahutan juga.
" Naim Iskandar." jerit Liza di telinga Naim.
Naim tersedar.
" Ee, apa ni. Bingitlah. Nak abang pekak ke?" soal Naim sambil menggosok gosok telinganya.
" What ever." ujar Liza.
" Ee, orang balik lah kalau macam ni." Naim sudah bangun tetapi sempat Liza halang.
" Ee abang ni. Duduklah. Liza nak tanya abang something ni." rengek Liza sambil menarik narik tangan abang nya.
" Ee, yelah. Cepat sikit." ujar Naim lalu menepis perlahan tangan Liza.
Liza mengukir senyuman. ' Inilah masanya untuk aku korek rahsia.'
" Abang, bila nak balik rumah? Liza, ibu, ayah rindu nak borak dengan abang." soal Liza
" Yelah, abang balik. Abang pun rindukan mommy and daddy. Lagi lagi masakan mommy ikan patin masak tempoyak." ujar Naim sambil tersengih.
" Bila abang nak balik?"
" Sekaranglah, jom." Naim menarik tangan Liza.
***
1 BULAN BERLALU,
" Abang, temankan Liza. Kawan Liza buat makan makan. Jadi, dia ajak Liza. Liza seganlah nak pergi seorang. Abang ikut boleh tak?" rengek Liza.
" Eh, selama ni okay je. Tak segan pun. Liza mana pernah ajak abang kalau kawan Liza ajak Liza ke rumah dia. Ni, tetiba kenapa ni, ha?" soal Aiman ingin mengorek rahsia.
" Er, boleh lah abang." rengek Liza tidak mahu putus asa.
' Aku kena jugak pujuk abang, untuk pergi ke rumah Husna. Aku tahu abang sedaya upaya untuk lupakan Airin, aku cuma nak tolong abang je. Aku bukan nak paksa dia kahwin dengan Husna pun. Harap menjadi lah plan aku ni.'
" Hm, pukul berapa?" soal Naim.
Liza sudah mula mengukir senyuman lebar. " Lepas Zohor. Dia buat menduri doa selamat."
" Hm, abang masuk bilik dulu." Naim melangkah ke biliknya.
" Yes, berjaya pun. Plan seterusnya."
***
" Assalamualaikum, Husna!" Liza mendakap Husna erat.
" Waalaikumussalam, Liza!" Husna membalas pelukan Liza erat.
Mereka merenggangkan pelukan. " We, rindunya aku dekat kau, kau dah berubah dah eh, makin lama makin cantik." puji Liza.
" Haah, kita dah lama tak jumpa. Aku pun rindu kau jugak. Mana ada, aku biasa biasa je." ujar Husna malu malu.
Naim disebelah Liza berdehem. " Tak nak kenalkan abang ke?" bisik Naim pada Liza.
" Oh, nak kena jugak ke?" balas Liza seperti Naim.
" Tak perlu lah. Okay, abang balik dulu, bye!" Naim berkira kira untuk tiñggalakan Liza. Liza menghalang.
" Okay, Husna perkenalkan abang aku, Naim Iskandar."
" Naim Iskandar." ujar Naim lalu tundukkan kepala pada Husna.
" Husna Qistina." balas Husna seperti Naim.
Mereka merenung antara satu sama lain seperti pasangan kekasih.
' Cantik jugak, dia ni. Nak try lah.' gumam hati Naim.
' Ya Allah, hensemnya dia ni. Kalau aku pikat dia, dia nak aku ke eh?' soalan itu berlegar legar di fikiran Husna.
' Eh, dia orang ni macam pasangan kekasih je, renung antara satu sama lain. Tapi, bagus jugak. Senang kerja aku.' Liza sudah melompat gembira.
" Eh, korang ni kenapa? Korang suka antara satu sama lain eh. Amboi, baru je kenalkan. Nak gatal gatal. Nak kena cubit." usik Liza.
Memerah muka Naim dan Husna apabila diusik begitu.
" Mana ada kau ni, main main lah kau ni, Liza." marah Husna.
" Haah, memandai je Liza ni." sokong Naim.
Liza menarik muka masam. ' Nak marah pulak. Kalau suka, luahkan jelah. Tak perlu pendam pendam.'
" Okaylah, jemput masuk ya, Naim." pelawa Husna sambil memandang muka Naim.
Naim menganggukkan kepala.
" Eh, abang aku je kau pelawa. Habis aku, aku nak duduk mana. Lubang jamban ke?" marah Liza.
Husna dan Naim tergelak.
Husna mencubit tangan Liza mengakibatkan Liza menjerit kesakitan. Ramai mata menumpu perhatian terhadap mereka. " Ops sorry." Liza menundukkan kepalanya.
" Apa kau ni, Liza. Macam budak kecik lah." marah Husna.
" Kaulah, kau yang cubit aku. Sakit tau." marah Liza kembali.
Husna menjeling Liza. " What ever."
" Dah, jom masuk. Kenduri dah nak mula dah."
Mereka bertiga beriringan masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu.
Majlis berjalan dengan lancar. Majlis tahlil di rumah Husna tamat pada pukul 5.00 petang. Ramai tetamu sudah beransur pulang ke rumah. Tinggal segelintir sahaja tetamu sahaja yang tinggal. Liza dan Naim sudah selamat sampai ke rumah keluarga mereka.
" Abang, cantik kan kawan Liza." ujar Liza. Dia sengaja berkata begitu untuk melihat reaksi abangnya.
Tetiba sahaja Naim mengukir senyuman.
' Pahal abang aku ni? Gila ke? Eh, choi lah mulut aku ni. Hm, mesti pasal Husna ni. Hm, hebat jugak penangan Husna terhadap abang. Bagus, senang kerja aku ni. Tak apa, aku akan satukan mereka jugak. Nanti, tunggu dan lihat.'
Share this novel