" Mama...mama...mama." jerit Airil. Airil terus berlari ke arahku. Tetapi tidak sempat, lelaki itu lebih pantas membawa aku masuk ke dalan van.
" Airil, jangan lari." Aiman hendak mengejar, tetapi pantas Zura halang. Zura memaut tangan Aiman.
" Lepaslah." Aiman menolak tubuh Zura. Zura terjatuh. Aiman berlalu pergi.
***
" Papa, mama dah ada orang ambik. Papa." Airil terus memeluk Aiman. Aiman terkejut. ' Siapa yang berani culik isteri aku ni.'
" Mana Airil tahu ni?" tanya Aiman pelik.
" Airil nampak ada dua orang lelaki tu pergi pada mama. Lepastu, seorang lelaki tu bawak mama masuk dalam van." ujar Airil sambil menangis.
" Ya Allah. Sabar ye Airil. Papa, akan cari mama ya. You must be strong." Aiman menenangkan Airil. Dia begitu risau akan keadaan isterinya.
Bagaimana keadaan isterinya sekarang ni. Dia begitu risau. Siapa yang tak risau kalau isteri kena culik. Mestilah risau.
" Airil, kita balik rumah dulu. Papa, nak bagitahu nenek ya?" Airil mengangguk sambil menyeka air matanya.
Mereka terus menuju ke parkir kereta. Aiman menghidupkan enjin lalu memecut laju meninggalkan kawasan parkir kereta.
***
" Mama, Airin kena culik." Aiman segera menelefon Mama. Hampir luruh mama apabila menantunya beritahu aku diculik.
" Ya Allah, macam mana boleh kena culik ni?" tanya mama cemas.
" Ma, Aiman minta maaf. Aiman bukan suami yang baik. Aiman tak jaga Airin dengan baik." kata Aiman dengan tangis.
" Tak apa. Aiman dengan Airil kan. Kamu datang sini. Mama akan bagitahu ibu kamu."
" Baik mama. Assalamualaikum." setelah mama menjawab salam, Aiman menamatkan panggilan tersebut.
Airil sudah tidur. Penat agaknya menangis.
***
"Assalamualaikum." Aiman mendukung Airil untuk masuk ke dalam rumah.
" Waalaikumussalam." jawab mama dan papa.
" Macam mana Airin boleh kena culik ni, Aiman?" tanya papa. Setelah mama beritahu bahawa Airin kena culik, papa bergegas pulang. Tidak lupa juga, mama dan papa memaklumkan pada keluarga Aiman dan bekas mentua Airin, ummi.
Reesha dan Aira juga pulang ke rumah. Mereka berasa cemas apabila kakaknya diculik.
***
Sekarang ini, ahli keluarga Airin dan ahli keluarga belah Aiman berusaha sedaya upaya mencari Airin. Usaha mereka sia sia sahaja. Mereka belum dapat menjumpai Airin.
Tiba tiba, deringan telefon Aiman mengejutkan semua ahli. " Siapa call tu, Aiman?" tanya Ibu.
" Ma, ibu, pa, ayah, Airin call." ujar Aiman dengan teruja.
Aiman terus mengangkat mengangkat. " Hello, assalamualaikum, sayang. Sayang dekat mana ni?" tanya Aiman teruja.
Semua ahli keluarga belah Airin dan Aiman mengucap syukur. Mereka berharap Airin tidak diapa apa kan.
" Hello, Aiman. Malangnya, ini bukan isteri kau ini, Mr. penculi." kata penculik itu sinis. Sekarang ni, isteri kau ada dalam tangan aku. Bila masa sahaja aku boleh buat apa apa dekat isteri kau." terang penculik itu dengan sinis.
Aiman mendengus marah. " Kau siapa? Kau jangan nak berani sentuh isteri aku. Kalau aku tahu kau usik sikit isteri aku, aku cari kau sampai lubang cacing." Aiman meninggikan suara.
Penculik itu menjarakkan telefon itu sedikit pada telinganya. Berdesing telinganya. " Relax, kau tak perlu pun tahu aku siapa. Aku cuma nak pinjam je isteri kau. Dan aku nak kau jangan nak berani kan diri kau yu untuk laporkan pada pihak polis."kata penculik itu keras.
Kata kata penculik itu, membuatkan Aiman menjadi marah. Dia rasa nak bunuh je siapa yang berani culik isterinya itu.
" Macam aku kata tadi, kau jangan berani sentuh isteri aku." tengking Aiman.
" Suka hati akulah. Sekarang ni isteri kau ada dekat aku. Aku boleh buat apa apa je. Cium dia ke, peluk ke. Kau bukan boleh tahu pun aku dekat mana." penculik itu terus mengahamburkan tawanya.
Aiman berasa sangat marah. Dia terus meletakkan telefonnya. Dia mendengus kuat.
" Aiman, macam mana keadaan Airin? Dia okey ke?" tanya ibu risau.
" Maaf bu, Aiman tak dapat cakap dengan Airin." kata Aiman kesal.
Kesal dengan perbuatannya. Dia menyesal sungguh akan perbuatannya itu.
" Okey tak pa. Esok kita mulakan pencarian Airin. Sekarang ni, dah lewat malam. Kita masuk tidur dulu." ujar papa.
Ramai sudah masuk tidur. Hanya Aiman sahaja yang tidak tidur. Perlahan lahan air matanya menitis. " Maafkan abang, sayang. Abang tak dapat lindungi sayang. Aqeel, aku minta maaf sangat. Aku dah mungkir janji aku pada kau. Maafkan aku Aqeel." Ujar Aiman menahan tangis.
Dia membuka telefonnya. Dia merenung gambar antara Airin dan dia. " Abang rindukan sayang. Abang tahu, sayang pun cintakan abang. Abang tahu." ujar Aiman. Dia mencium gambar gambar perkahwinan antara Airin dan dia.
Aiman bingkas bangun dan terus berlalu ke bilik dia dan Airin. Aiman menuju ke frame gambar kahwin dia dan Airin. Dia memeluk gambar isterinya. Frame itu menunjukkan gambar antara dia dan Airin sedang ralit merenung antara satu sama lain.
Aiman tidak tahu pukul berapa dia terlena.
***
" Kurang ajar kau, Aiman. Aku suruh kau jaga Airin baik baik. Kenapa kau tak jaga dia baik baik." Aqeel tolak bahu Aiman. Membuatkan Aiman terjatuh.
" Aqeel aku minta maaf sangat. Aku dah mungkir janji. Aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk cari Airin." air mata Aiman mengalir.
" Aku dah tak percaya kan kau dah. Aku nak kau lepaskan Airin." ujar Aqeel dengan marah.
" Tak... tak mungkin. Aku tak akan ceraikan dia. Kau tahukan aku dah lama cintakan Airin. Aku minta maaf, Aqeel." ujar Aiman separuh rayu.
" Aku nak kau ceraikan dia sekarang juga..!" tengking Aqeel.
***
Aiman terus terjaga. " Astagfirullahhalazim. Ya Allah, aku berdosa pada mu, Ya Allah. Aku dah mungkir janji pada Aqeel." ujar Aiman dengan tangis. Peluhnya sudah mencicih. Dia takut, dia tak akan ceraikan Airin. Dia cintakan Airin.
Aiman terus mengambil wudhu' untuk solat sunat. Dia mahu mencari petunjuk. "Selagi Airin tak ada depan mata aku, selagi itu aku akan rasa sebersalah pada Aqeel. Aku takut, aku takut akan mimpi itu menjadi kenyataan.'
***
Usai solat dan berdoa, Aiman terus tidur semula, memandangkan baru pukul 3.45 pagi. Dia tidak mahu mengantuk pada esok hari, dia perlu mencari isterinya pada esok hari juga.
***
Setelah bersarapan, semua ahli keluarga berkumpul. Ummi dan saudara mara belah Airin juga turut hadirkan diri.
" Aiman. Kau memang kurang ajar kan." BUKK. Seseorang lelaki itu terus memberi tumbukan padu pada muka Aiman
Share this novel