15. JATUH TANGGA

Drama Series 24790

PAGI,

Selepas breakfast, aku terus naik ke bilikku untuk mengemas barangku dan juga barang Aiman. Hubungan aku antara Aiman masih tegang akibat pergaduhan semalam. Tulah siapa suruh cium orang tak minta izin dulu. Dia yang cari pasal, pandai pandailah tanggung sendiri, isteri merajuk.

Puas Aiman memujukku, tetapi tetap aku tidak layan. Dahlah, penipu lepastu sakitkan hati aku, mana taknya aku dah naik hantu. Tanggunglah sendiri si Aiman oi.

TOK..TOK..TOK, " Kak, boleh kita orang masuk?" laung Reesha dan Aira serentak. ' Ish kacau betullah dua ekor ni. Mesti nak tanya hal semalam lah tu.'

" Hmm, masuklah. Lagipun pintu tak kunci pun." laungku dari dalam bilik. Reesha memulas tombol pintu bilikku yang tidak terkunci.

Reesha dan Aira mengatur langkah untuk mendekatkan diri mereka pada aku. Mereka terus duduk di atas katil aku yang empuk.

" Hm, nak apa ni?" tanyaku walaupun aku sudah tahu apa yang mereka mahu cakap.

Mereka tersengih. " Alah pasal semalam lah. Apa cerita kak?" tanya Aira sambil tersengih. ' Ha, kan betul aku cakap. Mesti nak cakap pasal tu.'

" Tak ada apa apa yang korang perlu tahu." jawabku sambil sambung melipat baju aku dan Aiman.

" Alah, kak. Tak akanlah abang Aiman takut lipas kot. Tak percaya lah. Mesti ada hal lain ni." Reesha pula menyoal ku sambil mengangkat kedua keningnya.

Aku mengecilkan mata pada mereka. Geram. " Jangan nak menyibuk hal orang boleh tak?" aku memandang tajam pada mereka berdua.

" Alah, kak. Chill lah. Janganlah nak marah marah. Nanti cepat tua tau." pujuk Aira apabila melihat aku memandang tajam pada mereka. Manakala Reesha pula mengurut urut bahu ku. ' Sajelah tu nak bodek. Membodek je keje budak ni.'

" Dah, tu. Kenapa tanya lagi. Dah akak kata, tak ada apa apa. Tak ada apa apa lah. Tak reti bahasa." aku sengaja melembutkan suara aku. Harap mereka jumpa jalan untuk keluar dari bilik aku. Rimas betul. Nak packing pun macam dah malas dah.

" Alah, kak. Share lah, apa yang akak dan abang buat semalam. kita orang nak ada ilmu ni, boleh lah." rengek Reesha. ' Ish, anak manja betullah dia ni. Adik siapa lah ni. Rugi betul. Eh, adik akulah. Apalah nasib aku dapat dua adik ting tong ni. Aira ting Reesha pula tong. Ha, kalau gabung jadi tingtong lah.'

" Korang berdua ni, dah ada calon ke? Nak sangat ilmu, boleh. Tapi calon suami mana? Bawak mereka jumpa akak. Akak nak interview dia orang." usik aku. Reesha dan Aira gelabah apabila aku menujukan soalan cepumas itu pada mereka.

" Apa akak ni, kita orang tanya akak, akak tanya kita orang balik. Jawablah soalan kita orang kak." rengek mereka. ' Amboi, tahulah kembar. Tapi cakap pun sama. Ni macam semua dah kembar ni. Tapi kenapa muka tak seiras pulak?'

" Tak nak. Jawab soalan akak dulu, barulah akak jawab soalan kamu." ugut ku. Mereka mengeluh.

" Alah kak, Aira tak ada, Reesha je ada." Aira terus melepaskan rahsia Aira. Reesha terus mencubit Aira apabila Aira membocorkan rahsianya.

" Auch, apa kau ni Reesha, sakit tau." Aira menggosok tangan nya yang terkena dari cubitan Reesha. Reesha kalau cubit memang power. Kalah cubitan ketam.

" Siapa suruh kau bocorkan rahsia aku." bisik Reesha lalu menarik rambut Aira.

" Arghhh, sakitlah. Isha kau ni kan." Aira membaling bantal pada Reesha. Reesha sempat mengelak.

" Haha, tak kena." Reesha menjelirkan lidah pada Aira.

" Dah, jangan nak bergaduh je, okey." aku terus menghentikan perbalahan mereka. Tapi kalau aku tak hentikan pun tak apa. Mereka cepat berbaik.

" Okey, kak. Story lah. Akak dah tahu kan rahsia Reesha, cepatlah cerita." gesa Reesha sambil menggoyangkan badanku.

" Ish, yelah. Sebenarnya......." aku menceritakan hal semalam pada mereka. Hal kami bergaduh itu pun kami cerita juga.

" Hahahaha, kelakar lah akak dengan abang ni. Tapi kak, akak tak boleh tau buat macam tu. Berdosa tau." pesan Aira. Dia gelakkan hal akak dan abang ipar dia terjatuh sahaja tapi hal bergaduh itu, dia lebih kesiankan Aiman.

" Haah, kak. Dosa tau. Nanti bila kita orang nak dapat ......." Reesha sengaja menggantungkan ayatnya. Aira yang faham akan maksud Reesha bersedia untuk melarikan diri.

" Apa, dapat apa?" aku masih tidak faham akan maksud Reesha.

Reesha dan Aira sudah berdiri. Mereka bersedia untuk melarikan diri.

" Nak pergi mana tu, cepat cakap? Dapat apa?" aku terus pergi ke arah mereka.

" Nanti bila kita orang nak dapat anak buah baru lagi." laung mereka lalu terus melarikan diri.

" Bertuah punya budak." aku mengejar mereka.

Aiman sedang menaiki tangga untuk ke bilik. Dia hendak membersihkan diri selepas jogging di taman. Sebelum itu, dia pergi ke dapur untuk minum air.

" Abang, sana sikit. Akak Airin kejar kita orang sana!!" jerit Reesha. Aiman terus gelabah lalu berundur ke tepi.

" Terima kasih bang." laung Aira.

" Aira, Reesha. Bertuah punya budak. Nanti korang." aku melajukan langkah ku untuk turun dari tangga.

Belum sempat aku menyuruh Aiman ke tepi, tiba tiba aku terpijak kain lalu terjatuh. ' Ee, bala betul lah kain ni.'

" Arghhh, sakitnya." kami menjerit serentak. Aku baru tersedar yang aku terbaring atas Aiman terus aku gagahkan diri untuk bangun.

" Sorry." jantungku sudah berdegup kencang sampai kan percakapan aku juga tergagap.

" Argh, sakit." Aiman mengaduh kesakitan.

" Sakit sangat ke. Tak apa, saya tolong awak bangun." aku terus menarik tangan Aiman. Tapi tiada reaksi langsung. Aku tidak dapat mengimbangi badanku terus terjelopok jatuh di atas badannya sekali lagi.

" Arghh, sakitlah Airin." jerit Aiman.

" Kak, abang apa bising ni. Oh My God, apa yang terjadi ni." Reesha dan Aira terus menarik tangan kakaknya. Mula mula, memang nak tergelak, tetapi mereka melihat muka abang ipar mereka sedang mengerang kesakitan, terus mereka tidak jadi untuk tergelak.

" Apa yang terjadi ni?" soal Aira. Dia cemas melihat muka abang iparnya merah. Menahan sakit. Kesian dia.

" Semua korang lah punya pasal. Nak kejar korang lepastu....." Airin menggantungkan ayatnya untuk menarik nafas sedalam dalamnya. " Lepastu akak terpijak kain, tulah terjatuh tu. Akak tak perasan yang abang Aiman ni ada, terus akak terjatuh atas badan dia." terangku panjang lebar sambil mengurut urut badan Aiman.

" Hahahaha, kesian. Sorry akak, abang." Aira dan Reesha membuat muka comel.

" Nasib baik adik tau."

Mereka tersengih. " Awak, awak okey ke tak ni? Kalau tak okey, kita pergi hospital lah. Risau saya tengok awak ni." Walaupun aku tak cintakan dia, aku yang bersalah, mestilah aku risau. Akulah penyebab jadi macam ni.

" Err, sakit memang sakit. Tapi tak apa. Saya boleh tahan." Aiman menggangahkan dirinya untuk bangun. Aku ingin membantu, tetapi Aiman menghalang.

" Ha..ha..ha, tak tahu. Abang Aiman merajuk. Habislah akak kena pujuk." sakat Reesha.

" Macam mana ni, akak nak buat apa?" aku gelabah. Yelah, takut dia merajuk macam mana. Aku dahlah tak reti pujuk.

Nak minta bantuan mama, mama, papa dengan Airil pergi keluar beli barang dapur. ' Aduh, macam mana ni.'

" Ha, apa kata akak masak bubur spesial untuk abang Aiman." Aira memberi idea.

" Kan, baru makan pagi. Mesti dia dah kenyang."

" Alah, kak. Bubur spesial akak tu, kalau orang tengah kenyang dia tetap akan makan bubur akak, sebab bubur spesial akak memang paling sedap di dunia." pujuk Reesha. Dia sengaja je, dia memang teringin hendak makan bubur yang dimasak oleh kakaknya. Dahlah tak merasa sejak 4 tahun lepas.

" Ish, yelah." aku terus pergi ke dapur untuk memasak bubur untuk Aiman. 'Harap rajuk dia hilang lah.'

***
" Hmm, sedapnya bau. Nak sikit." Aira baru sahaja ingin merasa bubur ayam yang telah aku masak tadi terus aku mengetuk tangannya.

" Tak boleh, ni untuk Abang Aiman. Kalau nak buat sendiri." aku terus berlalu ke bilik untuk memberi Aiman makan bubur ayam.

TOK..TOK..TOK, " awak, saya masak bubur ni. Awak makan eh." Aiman terus terjaga apabila dia terdengar akan suara isterinya.

" Ermm, awak letak je situ. Nanti saya makan."

" Tak boleh, awak kena makan jugak. Saya suap." apabila aku ingin menyuap bubur pada mulut Aiman, aku terasa degupan jantungku berdetak laju. ' Kenapa, aku ashik berdebar je bila berhadapan dengan dia. Aku dah jatuh cinta ke?'

Berselera Aiman makan. Betul kata Reesha, Aiman akan selera makan bubur ni. " Awak, saya minta maaf." Aiman memandangku pelik.

" For what?" tanya Aiman. Dahinya sudah mula berkerut. " Sebab nilah, awak dah cedera. Mesti badan awak sakitkan. Macam mana malam ni nanti? Kan belah awak pulak. Awak okey tak ni?" tanyaku sambil membelek belek badannya.

Aiman tergelak. " Tadi jelah sakit, awak tak berat pun. Ringan je. Kalau awak nak hempap saya sekarang ni pun boleh." sakat Aiman.

" Ish, mengada lah dia ni. Nak ni." aku menunjukkan penumbuk.

Aiman tersengih. " Dah siap kemas belum?" aku menganggukkan kepala. " Saya pergi dulu, nak basuh mangkuk ni. Nanti saya sapukan minyak gamat pada badan awak. Saya tak puas hati tau. Saya risaukan awak ni."

" Tak perlu lah, saya dah sihat." Aiman masih berdegil.

" Tak boleh. Saya tetap nak sapukan ubat. Lagipun ini salah saya."

" Yelah." Aiman mengalah. Aku terus berlalu pergi untuk ke dapur.

' Pelik betullah aku dengan dia ni. Kejap dia okey, kejap nak marah je keje. Mana satu ni. Sekarang ni layan aku baik, lepastu mesti nak marah marah. Airin..Airin. Kau suka buat aku berteka teki akan perasaan kau terhadap akulah.'

* DONE UPDATE BAB 15, SORRY TERABUR SIKIT. SEMOGA READERS HAPPY AND ENJOY. SELAMAT MEMBACA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience