4. PENGENALAN DENGAN SESEORANG

Drama Series 24790

" Ha, lupa pulak. Airin nak tunang ke. Kalau Airin mahu tunang, tunang 1 bulan. Selepas itu kahwin. Kalau tidak tunggu 2 bulan barulah Airin kahwin. Airin mahu tunang atau tidak?" tanya mamaku sebelum keluar dari bilik ku.

Aku mengeluh. " hrmmm, tak perlulah ma." kataku.

" Oook, mama keluar dulu. Good night."
" ok, good night." aku sempat manyalami mamaku sebelum mamaku keluar. Mamaku mengusap kepala ku.

" Hrm, dah pergi tidur. Jangan nak main phone jer. Airil tu dah lena dah. Kamu, Airin bila nak lena. Pergi tidur." kata mamaku. Aku tersengih lalu menampakkan gigi yang putih tersusun.

" Yelah." aku segera memadamkan phone ku dan melelap kan mataku. Beberapa minit kemudian aku sudah terlena dibuai mimpi indah.

***
KRING...KRING...KRING, aku yang terlena terus bangun. Aku mematikan jam loceng handfone ku. Aku melihat skrin telefon sudah pukul 6.30 pagi. Aku segera bangun untuk menunaikan kewajipan.

Selesai sahaja solat, aku berdoa, YA ALLAH YA TUHANKU, KAU AMPUNILAH SEGALA DOSA HAMBU INI DAN DOSA KEDUA IBU BAPA KU. YA ALLAH, KAU BERILAH PETUNJUK KEPADA KU. JIKA DIA YANG TERBAIK BUAT KU, KAU DEKATKANLAH DIA PADA KU. JIKA DIA BUKAN JODOHKU, KAU JAUHILAH AKU DARI DIA UNTUK MENGELAKKAN AKU DARI ZINA MATA YA ALLAH. AKU MEMINTA PERTOLONGAN MU YA ALLAH. AMIN YARABBAL ALAMIN. Doaku.

Selesai sahaja solat, aku turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Aku mengoreng nugget and sosej. Manakala mamaku pula memasak mee goreng basah. Hhmm yummy.

***
Masa tengah makan, aku duduk diam sahaja. Selalunya aku lah yang suka bercakap ini tidak. Hari ini aku diam. Apabila mamaku dan papaku kata kenapa? Aku akan kata " Tak de pape." itu sahaja lah yang mampu aku ungkapkan.

Tak akanlah aku hendak cakap yang aku masih tengah fikirkan lamaran itu. Padahal aku sudah kata " YES." Oh my god. What' s wrong with you Aireena. kataku dlam hati.

***
Aku meminta diri untuk keluar. Aku mengajak Airil. Airil punyalah excited hendak keluar. Gembira sahaja dia. Padahal aku, sedih je. Apalah nasib aku ni.

Setelah mendapat keizinan dari mama dan papaku, aku menyalami tangan mereka. Aku dan Airil terus masuk ke perut kereta. Aku terus pecut apabila sudah keluar dari pekarangan rumah keluarga aku.

Kami berjalan jalan di shopping mall. Tiba tiba seseorang telah melanggar aku dari belakang. " Auch," aku mengerang kesakitan di bahuku. Airil bertanya, " Mama what' s wrong with you?"

" Tak ada apa apa sayang. Jom." ajakku. Ish dah lah langgar orang, lepastu tak reti minta maaf. Nasib baik, aku baik. Kalau tidak dah lama aku maki dia. Harap muka handsome, perangai macam..... tah pape tah.

Kami singgah ke restoran untuk minum. Mana tidaknya, Airil dari tadi kehausan. Alang alang lalu di hadapan retoran, kami terus singgah.

Kami mencari tempat duduk, setelah jumpa kami duduk di kerusi itu. Aku melihat seorang pelayan lelaki sedang menuju ke meja kami untuk mengambil pesanan. Setelah mengambil pesanan dia terus beredar. Pelayan itu sempat memberi senyuman kepadaku. Aku tidak mahu dianggap sombong, aku tersenyum juga.

Beberapa minit kemudian, pelayan tadi menghantar 2 air jus tembikai. " Terima kasih." ucapku. " Sama sama." ucapnya sambil tersenyum. Aku perasan pelayan tadi memerhati sahaja aku. Aku berasa sungguh tidak selesa. Tetapi aku turut senyum apabila dia senyum padaku. Aku tidak mahulah dicap sombong. Tak pasal pasal aku kena fitnah. KESIAN KESIAN.

Tiba tiba meja kami terlanggar oleh seseorang. Aku mendengus kecil. Yelah, hampir sahaja air Airil hendak terjatuh. Nasib baik aku sempat menahan kalau tidak, tidak pasal pasal ada satu masalah.

Dia menoleh ke arah kami. Kami bertentang mata. " Eh kejap, dia bukan ke yang langgar aku. Tak reti minta maaf ke." bisik ku dalam hati.

" Eh bukan awak ke yang terlanggar bahu saya?" kataku. Dia mengerutkan dahi.

Dia baru teringat teris berkata, " Eh, yeke tak perasan pun." katanya dengan sinis sambil melihat ku dari atas hingga bawah.

Aku yang berasa tidak selesa terus berkata, " Tak reti nak minta maaf ke?" lelaki tadi tergelak sinis.

" Kenapa I perlu minta maaf. Sedangkan I tak ingat pun I yang langgar U. You kot yang buta tak pandang jalan." katanya dengan sinis. Ee apani main I, U ni. Geli geleman aku.

" Ok kalau tak ingat, forget it. Tapi awak still kena minta maaf pada saya, sebab awak langgar meja saya." kataku sambil berpeluk tubuh.

" Oo boleh, tapi dengan 1 syarat." dia berkata. Aku mengeluh. Aduh apa syarat ni, main main lah mamat sengat ni.

" Syarat apa?" tanya ku.

" Bagi tahu nama awak apa? dan beri nombur telefon awak." katanya.

Aku berasa pelik. " Kenapa pulak." aku bertanya sambil mengerutkan dahi.

" Awak nak saya minta maaf ke tidak?" dia mengugut ku. Eh, kau silap oranglah. Aku ni Aireena. Aireena tidak akan takut dengan ugutan sesiapa.

" Oo yeke. Kalau ada syarat tu, tak perlulah." aku terus menganggkat kaki dan memimpin tangan Airil untuk beredar. Sebelum itu, aku membuat bayaran di kaunter. Aku mengeluarkan not RM 10 untuk membuat bayaran. Setelah mendalat baki, aku terus anggkat kaki untuk beredar.

Lelaki itu mengahalang laluanku membuatkan aku tidak boleh hendak keluar.

" Tolong ke tepi." lelaki itu enggan.

" Bagi tahu nama awak siapa dan number phone." aku mengalah.

" My name is Aireena Aleeya binti Hakim. Dah puas hati." kataku. Dia menggeleng. Aduh apa pulak ni.

" Your number phone." aku mengeluh.

Aku mendapat idea yang bernas. Aku terus memberi number phone yang palsu. Tetapi lelaki itu lebih cerdik. Dia menelefon number tersebut.

Dia memandangku tajam apabila dia sudah mematikan talian. " Beri number awak betul betul." katanya dengan tegas. Aku terpaksa mengalah.

Apabila sudah diberi, dia menelefon juga number tersebut. Tiba tiba telefon VIVO ku berbunyi. " Dah, puas hati. Ni number awak kan?" kataku. Dia mengangguk.

" Ok nama saya Taufiq Danish bin Muhammah Shahrul. You can call me Taufiq." dia menerangkan namanya sebelum aku bertanya.

" Tak tanya pun." kataku. " Dah ke tepi. Saya nak balik rumah." dia terus ketepi dan memberi laluan untuk aku melangkah keluar dari retoran ini.

" Kau akan jadi milik aku." kata Taufiq dalam hati. Dia tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience