TOK..TOK..TOK, Aiman terus masuk ke dalam rumah apabila sudah memberi salam. Dia meletakkan bungkusan makanan di atas meja dapur. Dia terus naik ke atas untuk mengajak isterinya makan, " Airin, bangun sayang. Jom makan. Saya dah beli makanan. Jom, kita makan sikit ya. Nanti boleh makan ubat." ujar Aiman beserta nasihat.
Aku terus bangun. Tiba tiba kepalaku berdenyut.
" Argh, sakit. Awak, kepala sakit." aku mencengkam tangan Aiman.
Aiman terus gelabah. " Okey, awak baring dulu. Saya rasa awak tak boleh angkat kepala awak ni, okey kejap eh. Saya turun bawah kejap, nak ambil makanan.
***
" Okey, nganga mulut. Biar saya suap.
" Ish, tak payahlah. Saya ada tangan. Biar saya suap sendiri." tolak aku dengan lemah.
" Tak boleh. Biar saya suap. Nganga." Aku terus membuka mulutku. Lalu Aiman menyuap nasi goreng cina ke dalam mulutku.
" Nak lagi?" aku menggeleng. " Tak seleralah." aku menolak sudu Aiman.
" Okey, Minum air. Lepastu makan ubat." arah Aiman seperti arah pada budak kecik.
Aiman terus menyuakan segelas air padaku. Aku menyambutnya laku terus meneguk sedikit. " Nah, makan ubat pulak." aku menyambut tanpa sebarang bantahan.
Selesai makan ubat, Aiman minta diri untuk ke biliknya. " Awak, awak nak pergi mana?" tanyaku sambil memegang tangannya.
" Nak tidurlah sayang. Habistu nak buat apa lagi? Awakkan nak tidur. Saya tak nak kacau." jawab Aiman lembut.
" Temankan saya sampai saya tidur, please." aku berharap Aiman terima. Aku masih lagi takut tidur sorang sorang.
" Okey, awak pejamkan mata. Saya dodoikan awak eh?" aku tersenyum. " Jangan nak ngada ngada. Temankan saya je." Aiman tersenyum nakal. " Yelah, dahlah. Tidur nanti boleh bangun awal." arah Aiman.
Aku memejamkan mata. Aku tidak tahu aku yerlena pukul berapa. Kerana aku tidak boleh tidur. Aiman sudah terlelap di sebelahku.
Aku merenung wajah Aiman yang sedang tidur nyenyak. " Comelnya dia bila tidur." tiba tiba aku teringatkan arwah. Arwah juga tidur seperti Aiman dan layan aku, apabila aku sakit atau tidak. " Abang, Airin rindu abang." rintih ku.
***
Setelah beberapa hari, Aiman menjaga aku dari sakit, aku sudah pulih sepernuhnya. Hari ni aku dan Aiman akan start kerja.
" Airin," Aiman memanggilku. Aku tidak dengar.
" Awak?" tiada reaksi
" Anja," Aiman membuat suara manja.
Aku menoleh sambil menganggkat kening. " Ya, nak apa?"
" Amboi, nak saya panggil awak anja ke, baru nak berpaling. Saya dah panggil awak dua kali dah."
" Ish, saya buat air lah. Ngada je."
" Anja," sekali lagi, Aiman meleretkan suaranya. Saja nak mengacau.
Aku berpaling, lalu menjelingnya tajam. Aiman faham akan jelingan aku lalu menyambung makan. " Nah air." aku menuangkan air teh' o ke dalam cawan lalu menyuakan kepada Aiman.
" Thank, anja." Aiman mengenyitkan matanya.
" Sayang," sengaja aku nak kenakan Aiman balik. Aiman berpaling sambil tersengih.
" Nak tumbuk." aku menunjukkan penumbuk. Aiman menggeleng. " Nak anja, tak nak penumbuk." kata Aiman dengan nakal.
" Saya tak nak awak. Penumbuk je nak awak. Nak kena ke?" aku memberi pandangan maut pada Aiman.
" Hahaha," Aiman tergelak. " Okey, cepat makan ni." arah Aiman.
" Eh, kita pulak suruh cepat. Dialah, dia yang makan lambat." aku terus berlalu ke dapur mencuci pinggan dan cawan yang telah digunakan.
" Dah siap dah." kata Aiman dengan mulut penuh.
" Tak senonoh lah awak ni. Janganlah cakap bila mulut penuh. Tak elok tau." nasihat aku. Aku mencubit tangannya.
" Sakitalah, anja." Aiman membasuh mulutnya yang comot.
" Ha, dah mula. Nak tumbuk ke ni." aku menjeling Aiman.
" Tak nak. Nak Airin. Malam nanti ye." bisik Aiman romantis. Bulu roma aku menaik. ' Ish dia ni buat aku seramlah.'
" Dah, jom." kami berjalan bersama sama. " Saya hantarkan eh?" Aiman mempelawa ku.
" Tak perlulah, awak kan balik tak menentu. So, saya naik kereta saya lah." aku menolak. Aiman mengangguk kepala. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Aiman menyambutnya lalu mencium dahi ku.
" Awak, nak cium jugak." Aiman menunjukkan pipinya. ' Ha, cium pipi dia. Nak ke tak?'
Aku ragu ragu untuk mencium pipinya. " Tak sudi ke? Ye, saya tahu saya siapa je. Dekat hati awak..." kata kata Aiman terhenti apabila aku terus mencium pipinya.
Aku terus mencabut lari lalu membolos kan diriku masuk ke pintu kereta. Aiman tersenyum. Dia memegang pipinya yang telah dicium oleh isterinya. Aku tersenyum melihat gelagat Aiman yang sedang memegang pipinya yang telah aku cium tadi. Aku terus pecut laju keretaku untuk ke office.
Share this novel