Usai sahaja solat, aku, Aiman dan Airil turun ke bawah. " Awak, nak masak apa ni?" tanyaku. Aiman menoleh. " Kita makan maggi jelah. Awak masak lah maggi goreng. Boleh kan." aku berfikir sejenak.
" Alah, ma. Bolehlah. Airil tengah lapar ni." Airil mengusap perutnya. Aku dan Aiman tergelak akan kelakuan Airil.
" Yelah, sayang." Aiman terus menoleh. " Apa, kenapa pandang pandang." aku mula gelabah apabila Aiman melirik sengihan nakal.
" Awak panggil saya sayang. Uuu bestsya. Nak dengar lagi?" rengek Aiman manja.
' Ya Allah, ee perasannya suami aku ni. Bila masa pulak aku panggil dia sayang.' gumamku dalam hati.
" Bila masa pulak saya panggil awak, sayang?" soalku pelik. " Tadi.." Aiman mula melangkah setapak ke arah ku. Aku sudah bersedia untuk memukulnya dengan kuali kalau dia buat apa apa. Perasan betul!
" Ya Allah, tak lah. Saya cakap sayang tu pada Airil. Bukan awaklah." aku cabut lari sambil berkata.
" Yelah tu. Habistu, awak tak sayang saya ke?" rajuk Aiman. Aiman sudah berhentikan langkahnya untuk mendapatkan aku.
Aku mengeluh. ' Ee, tak suka betul. Merajuk je tahu. Aku sayang kan kaulah. Aku cuma takut. Takut, kalau aku luahkan lepastu kau tinggalkan aku sama macam aku kena tinggalkan Aqeel. Aku takut.' air mata ku sudah mula bergenang.
" Tak, mana ada saya tak sayangkan awak." jawabku sambil menahan tangis.
Aiman yang perasan perubahan suaraku akibat menahan tangis terus melangkah untuk pergi ke arahku.
" Hey, kenapa nangis ni?" tanya Aiman lembut. Air mata yang ditahan sudah mula mengalir laju. Aiman menyeka air mataku dengan jarinya.
" Awak risau saya tinggalkan awak ke?" tanya Aiman lembut. Aku menganggukkan kepala perlahan.
Aiman tersenyum. " Saya janji dengan awak, yang saya tak akan tinggalkan awak. So, jangan nangis lagi. Dah tak cantik dah."
Aku mengukir senyuman manis. Aku menolak tubuhnya. " Dah, sana. Saya nak masak. Lapar pulak perut ni. Shuh..shuh." halau ku.
Sebelum Aiman meninggalkan aku, Aiman sempat menghadiahkan ciuman padaku. Aku terpana. " Aiman....." jeritku. Baru hendak mencubitnya, Aiman sudah berlari mencicit tinggalkan aku.
***
" Airil, mana papa? Ajak papa makan sekali." aku menyuruh Airil.
" Mamalah, panggil. Airil nak tengok karton ni. Please." rengek Airil. Aku mengeluh.
" Yalah, anakku." aku terus berlalu untuk naik ke atas.
TOK..TOK, " Awak, jom makan. Saya dah siap masak dah." aku berkata tanpa masuk ke dalam.
Tiada sahutan. " Awak, jomlah makan." panggilku sekali lagi. " Aiman Amsyar bin Harith." panggilku. Siap nama penuh dan bin sekali. Seperti tadi, tiada sahutan.
Aku mengeluh malas. Aku terus masuk ke dalam pintu. Nasib baik tidak berkunci.
Aku terdengar pili air di bilik air. ' Oo, dia mandi. Patutlah, aku panggil tak dengar.'
Baru aku hendak beredar, pili air sudah tidak kedengaran. " Ah, habislah aku. Baik aku cabut lari dulu. Nanti dia ingat aku nak skodeng dia pulak. Chow dulu. Bye..bye." kataku sendirian.
Baru aku hendak melangkah keluar, Aiman menarik tanganku. ' Ah, kantoi. Macam mana ni.' aku menjadi cemas.
" Err, nak apa?" tanyaku tergagap gagap tanpa memandang wajahnya. Aku hanya meunduk sambil menutup mataku.
Aiman tergelak akan kelakuanku. ' Malulah tu. Tahulah aku ni sado, handsome. Tak perlu malu malu.' gumam Aiman.
" Kalau nak cakap pandang muka saya." kata Aiman lembut. Aiman memegang daguku supaya aku memandang wajahnya.
" Kenapa tutup mata. Malu ke?" usik Aiman. ' Ah, dia ni macam tahu tahu je.'
" Er, mana ada." aku membuka mataku perlahan lahan. Aku terlihat akan tubuhnya yang separuh bogel. ' Seksi jugak dia kan. Ee, wake up, Airin. Kau ni gatallah. Ish, aku kan dah jadi isteri dia. Kalau aku nak miang dengan dia pun tak apa. Dapat pahala jugak kan.'
" Kenapa? Badan saya ni seksi sangat ke?" Aiman tergelak. ' Macam mana dia tahu ni. Dia ni, sama macam Airil lah. Ahli nujum.'
" Tak adalah, jangan nak perasan." kataku selamba. Aku menjauhkan diriku. Aku terus duduk di atas katil.
" Eh, yelahtu." Aiman duduk di sebelahku. Aku bangun. ' Kacau lah.'
" Duduklah sini. Saya nak borak dengan awak." Aiman tarik tanganku. Aku mengeraskan badanku. Aiman terus rentap tanganku kuat. Membuatkan aku terduduk di pahanya. Aiman memeluk erat pinggangku.
" Awak, lepaskanlah saya. Saya datang sini pun nak ajak awak makan. Lepaslah." aku sedaya upaya untuk mencari jalan melepaskan diri. Tapi tidak berjaya.
" Boleh. Saya nak kiss dulu. Sini." Aiman menunjukkan pipinya. Aku beralah.
CUP. " Dah. Lepaskanlah saya."
" Tak nak. Nak lagi." Aiman menunjukkan sebelah pipinya. Aku mendegus.
CUP. " Dah, puas hati. So, lepaskanlah saya. Rimas lah."
Aiman terus melonggarkan pelukannya. Aku terus bangun. " Wekk," aku menjelirkan lidah padanya. Baru, Aiman hendak datang padaku, aku sudah mencicit lari seperti anjing mengejarku.
" Tak apa. Tunggu nanti ya, sayang." kata Aiman sendirian.
***
Selesai sahaja makan, seperti biasa aku akan mencuci pinggan, mangkuk yang telah dipakai.
" Anja, mana rantai yang saya beri pada awak masa hari persandingan?" tanya Aiman. Aku menoleh padanya. Mukanya kelihatan serious.
" Kenapa? Saya simpan dalam almari." aku terdengar Aiman mendengus. Aiman menarik tanganku untuk naik ke atas.
" Eh, kenapa main tarik tarik ni." aku hanya mengikut rentaknya untuk naik ke atas. Tapi, aku still tidak puas hati bila dia hanya mendiamkan diri apabila aku bertanya soalan tadi.
Setelah sampai di bilikku, Aiman menyelongkar almari pakaian ku. " Awak nak cari apa?" soalku pelik.
" Rantai mana? Saya nak awak pakai." muka Aiman serious dari tadi serious sahaja.
" Dalam laci meja solek." Aiman terus peegi ke arah laci meja solek. Dia mengambil sekotak rantai itu dan membawanya padaku.
" Saya nak awak pakai rantai ni. Selagi saya ada di sisi awak, awak perlu pakai rantai ni. Melainkan, awak dah tak perlukan saya dalam hidup awak." terang Aiman. Aiman terus menyarungkan rantai emas itu pada leherku.
Aku terkedu akan kata katanya. ' Tak mungkin. Aku nak kau sentiasa berada di sisi aku. Walaupun aku tak pernah mengungkap ayat cinta pada kau, aku sebenarnya cintakan kau, Aiman. Sejak aku sah menjadi isteri kau, aku sudah pun jatuh cinta pada kau. Aku cuma tak mampu mengungkapnya. Suatu hari nanti, kau akan dengar kalimah cinta itu menitir keluar dari bibirku.'
Share this novel