60. EPILOG

Drama Series 24790

Pagi pagi lagi ibu dan mama sudah terpacak di depan pintu bilik wad. Bekal penuh ditangan kedua dua ibuku ini. Aku tak taulah apa yang dibawanya. Mestilah lauk orang dalam pantangkan. Tapi aku tak taulah apa dia.

" Assalamualaikum cucu nenek." ujar mama dan ibu teruja.

Mama dan ibu segera pergi ke arah Aina. Tak sabar nak tengok cuculah. Papa dan Ayah hanya menggelengkan kepala.

Aku dan Aiman hanya tersenyum sahaja melihat terlatah mama dan ibu. " Assalamualaikum cucu nenek." ucap mama lalu mencuit pipi Aina.

" Siapa nama si kecil ni?" soal ibu teruja.
" Aina Adilah binti Aiman Amsyar." jawab Aiman.

" Sedap nama." mama menganggukkan kepala.

" Aiman, jadi ke kamu sambut Aina ni?" soal ibu.
" Jadi, ma." jawab Aiman lalu mencium pipi ku.

" Eh, kalau nak buat drama, tunggu ibu dan mama balik." ujar mama.

Aiman tersengih malu.

" Mama dan ibu bawak apa dalam bekal tu?" soalku. " Aiman nak boleh tak?" soal Aiman

" Oo, yang ni lauk untuk orang pantang. Kalau Aiman nak, pergi masak dekat rumah." jawab ibu.

Aiman menarik muka masam. Aku tergelak apabila melihat wajah cemberut Aiman.

" Yelah wak, kita kongsi ye. Sian sayang tengok abang." pujukku.

Aiman tersengih lalu menarikku untuk ke dakapannya.

***
PETANG,

Pada jam pukul 3 petang, kawan kawan ku dan Aiman datang melawat ku. Ummi dan Zania juga datang melawatku. Aku terharu apabila ummi dan Zania sanggup datang ke KL untuk jumpa ku.

" Mama, comellnya adik Airil. Muka dia ikut papa lah." ujar Airil teruja.

Airil datang pada waktu petang. Mama tidak sempat bawa Airil sebab pagi lagi. Di rumah, Airil tinggal bersama dengan makcik Hajar.

" Memang lah comel sebab ikut muka papa kan. Kalau ikut muka mama tak comel." ujar Aiman selamba. Sengaja hendak mengenakan aku.

Pantas sahaja tangan aku ni mencubit perut Aiman. Terjerit Aiman dibuatnya. Aina mula merengek.

" Ee, abang lah ni. Tengok Aina dah merengek dah." marahku lalu sekali lagi tanganku ini hinggap di pahanya.

Aiman mengaduh kesakitan. " Sakitlah sayang." Aiman menggosok lembut pehanya yang terkena 'sengatan' aku.

Yang lain, lihat sahaja telatah kami sekeluarga. Ummi menggeleng gelengkan kepala. ' Airin dari dulu hingga sekarang tetap sama. Perangai macam budak kecik.' gumam hati ummi.

Apabila kami tersedar, mata semua orang sedang memandang pada aku dan Aiman, kami menjadi malu. Mukaku berona merah apabila menunjukkan perangai kebudak budakan kami kepada semua orang.

***
5 HARI BERLALU,

Aku tinggal di rumah ku. Mama mengajak aku duduk dirumahnya tetapi aku tidak mahu. Aku lebih suka duduk di rumahku sendiri. Mama terpaksa mengikut kehendakku. Buat masa ini mama duduk bersamaku. Papa pun terpaksa mengikut mama di sebabkan kehendakku ini.

Suamiku pun sama dah lima hari cuti. Dia kata nak menjaga aku. Dialah yang menguruskan Aina. Setelah selesai menguruskan Aina, aku pulak yang menjadi mangsanya. Dialah yang memandikan aku. Aku bukannya tak boleh buat sendiri, tapi dia cakap biarlah dia yang buat semuanya.

"Sayang abang nak keluar sekejap ye. Ada hal. Sekejap je tak lama pun. " ujar Aiman kepadaku.

"Pergilah. Sayang ok je." balasku kepada Aiman.

"Kalau sayang nak apa apa minta pada mama atau makcik Hajar ye. Sayang tak perlu turun bawah. Tunggu abang balik dulu kalau sayang nak turun." pesan Aiman.
" Sayang tidur ye. Aina tengah tidur tu. Nanti dia jaga, sayang tak dapat tidur pulak." ujar Aiman lagi.

" Ok abang. Arahan diterima." ujarku sambil mengukirkan senyuman pada suamiku.

Aiman memimpin tangan aku menuju ke katil kami. Kemudian dia menyarungkan stokin kekaki aku. Setelah selesai, dia membaringkan aku dan menarik selimut menutupi badanku. Aiman mengusap rambutku dan mencium ubun ubun ku.

"Dah tidur. Abang nak turun ni." ujar Aiman.

Aku melelapkan mataku. Walaupun mataku ini belum mengantuk lagi. Aku nak mengambil hati suamiku ini, kenalah ikutkan sahaja arahannya.

***
Aku terjaga bila terdengar ada suara berbual diluar. Aku memandang kekanan. Kelihatan Airil dan Aina tidur disebelahku.

Bila dia naik atas katil ni pun aku tak sedar. Terlalu suka dia bila dapat tahu Aina sudah lahir. Setiap pergerakkan adiknya akan di beri tahu jika dia memerhatikan adiknya itu.

"Sayang dah bangun. Sayang nak apa apa tak abang boleh ambilkan." soal Aiman kepadaku. Entah bila dia masuk kedalam bilik.

Aku hanya menggelengkan kepala tanpa bersuara.

"Sayang tunggu kejap ye. Abang turun ambil barang kejap." Aiman keluar dari bilik.

Aku memerhatikannya berlalu pergi. Tak lama kemudian Aiman datang kembali kepada ku dengan membawa sejambak bunga yang besar sambil tersenyum kepadaku.

" Untuk sayang. Maaf abang lupa sangat sayang.Tak taulah macam mana boleh lupa tentang hari tu. Ini semua disebabkan terlampau excited nak sambut baby." kata Aiman kepadaku.

"Terima kasih abang. Tapi untuk apa."kataku kepadanya sambil mecium bau bunga itu.

Aiman terus menuju ke almari laci meja solek tanpa menjawab soalanku. Dia membuka laci dan mengambil sesuatu didalamnya. Aku hanya memerhatikan suamiku tanpa bertanya kepadanya. Aiman menghulurkan sesuatu itu kepadaku.

"Apa ni." ujarku tanpa mengambil sesuatu itu.

"Ambillah dulu...dan buka." kata Aiman menyerahkan kepadaku.

Aku mengambil sesuatu itu tanpa membukanya lalu meletakkan di atas ribaku. Bunga tadi masih berada di tangan ku.

"Sayang bukalah dulu. Sayang lupa ke lima hari lepas hari apa." Tanya Aiman.

"Kan masa tu sayang bersalinkan si kecik ni. Takkanlah sayang lupa pula." kata ku kepadanya.

"Selain tu sayang tak ingat ke. Abang pun lupa tarikh tu. Dah kelam kabut nak sambut si kecil ni sampaikan abang pun boleh lupa sama. Abang minta maaf sangat sayang...."

"20/5.... okay, sayang dah ingat " ujarku kepada Aiman sambil tersenyum.

"Macam mana boleh lupa ni." tanyaku kepada Aiman.

"Sebab tu..." Aiman memuncungkan mulutnya menunjuk kepada si kecil.

" Yang ni abang dah beli seminggu yang lalu. Sebelum baby lahir lagi. Abang nak bagi pada sayang pada tarikh tulah. Tapi lupa bila sayang dah sakit." kata Aiman.

"Sayang buka ye." ujarku sambil membuka kotak itu. Aku lihat isi di dalam kotak itu adalah seutas rantai tangan.

"Kan sayang ada ni." aku menunjukan kepada Aiman tanganku yang dihiasi rantai tangan yang di berinya ketika hari pernikahan kami dulu.

"Yang itu lain. Yang ni abang beli lain." ujar Aiman lalu mengambil rantai tangan itu dan memakaikan di sebelah tanganku yang kosong itu.

Kini kiri dan kanan tangan ku sudah dihiasi rantai tangan. Nasib baik Aiman beli yang kecil saja. Kalau besar tentu merimaskan tanganku. Takdalah terlalu berat. Lagi pun aku suka pakai yang kecil.

***
1 TAHUN BERLALU,
20/5.

Suasana di rumahku riuh dengan tetamu yang hadir. Ramai juga tetamu yang datang. Semua pekerja syarikatku aku jemput. Rakan rakan baikku dan Aiman pun sudah hadir. Hari ini aku mengadakan majlis akikah untuk anakku Aina dan sambutan kelahirannya yang pertama.

Majlis berlangsung dengan meriah sekali. Anakku Airil paling suka sekali sebab dia dapat berjumpa dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.

Melihatkan keletah si kecil Aina, membuatkan hatiku terhibur sekali. Aina masih belum pandai berjalan lagi. Dia yang tak takut dekat orang akan pergi pada sesiapa yang mengambilnya.

Tetamu sudah beransur pulang. Hanya tinggal kenalan rapatku dan ahli keluargaku sahaja lagi.
Dan juga ahli keluarga Taufiq.

Aiman menarik tanganku, ketika itu aku berada di dapur. Aku menoleh memandangnya sambil mengangkat kening tanpa bersuara.

Aiman membawa aku kebelakang rumah. Aku berasa pelik. Tetamu masih ramai didepan tetapi dia dah membawa aku ke tempat yang sunyi.

"Kenapa abang bawa sayang kat belakang rumah ni. Abang nak buat apa ngan sayang." tanyaku pelik kepada Aiman.

"Saja nak bermanja ngan sayang. " kata Aiman dengan gaya menggodanya.

"Anak mana. Tadikan dengan abang." kataku lagi.

"Aina ngan Aireesha. Aireesha ambil Aina tadi. Kan kejap lagi acara potong kek untuk anak kita."

"Jomlah. Kek dah ambil ke belum. Ada dalam petikan." Kataku lagi.

"Alah biarlah mereka yang uruskan. Abang dah bagi tugas pada semua orang. Cuma abang nak sayang ngan abang je. Dari pagi tadi lagi abang tengok sayang macam mengelakkan diri dari abang, kenapa.?" ujar Aiman lagi.

"Mana ada sayang mengelakkan diri dari abang. Sayang ada je dekat ngan abang. Kan rumah kita ni ramai tetamu. Nanti dia orang cari kita pulak. Jomlah...."ujarku lagi.

"Kejaplah. Kalau nak masuk, sayang kiss abang dulu. Kat sini, ..sini,...sini,...sini." Aiman menunjukkan kesemua arah yang aku kena cium dia.
"Cepat. Nak masuk tak ni. Abang tunggu ni." kata Aiman lagi.

"Malam tak boleh ke.Dalam bilik. Sayang janji." Kataku untuk mengelakkan diri.

"Dalam bilik lain. Abang minta lebih dari tu lagi.Tapi abang nak yang sekarang ni. Cepatlah sayang. Ramai dah tunggu kita tu."

Aiman masih dengan permintaannya itu. Dia memandang aku sambil menunggu.

" Abang rendahkan diri abang tu sikit
Sayang tak sampai tau." Aku mendekatkan diriku kepadanya.

"Abang lelap mata dulu. Baru sayang kiss." kataku kepada Aiman.

"Taknak nanti sayang lari. Sayang ni bukan boleh caya sangat ni." Aiman memegang kedua dua tanganku.

Aiman membawa aku ditepi penjuru rumah. Di situ ada sebuah kerusi. Aku tak taulah macam mana boleh ada kerusi disitu. Aiman duduk dikerusi. Tangan aku masih tidak dilepaskannya.

"Duduk sini." Kata Aiman menunjukkan keatas pehanya sambil memuncungkan mulut.

Aku menggaru kepalaku. Bukannya gatal pun, tapi berfikir. Apalah kena ngan suami aku ni.

" Kiss abang cepat. Ni dah sama tinggi dah." Aiman menarik tanganku dengan kuat sehingga aku terus terduduk diatasnya.
"Cepat sayang orang dah lama tunggu kita tu. Nanti mama cari kita." ujar Aiman lagi.

Aku mendengus geram. Perlahan lahan aku mendekatkan wajah aku ke muka Aiman. Apabila aku hendak mencium Aiman, kedengaran suara seseorang menyapa kami dari arah pintu dapur.

Aku segera mendongak. Mukaku berona merah. Malu! Aiman juga malu. " Aik, aku menganggu ke. Tak pa, sambunglah. Aku chow dulu." ujar Taufiq malu. Tidak sangka bila Aiman mengajaknya untuk ke belakang rumah, dia boleh terlihat adegan sweet.

" Eh, tak apa. Kau stay je sini. Abang, sayang minta diri dulu. Sayang nak tengok Aina." ujar ku untuk meminta diri tapi Aiman pantas menghalang laluan aku untuk aku masuk ke ruang dapur. Dah lah gelap. Bulu roma aku dah tegak dah ni.

" Sana, sayang nak tengok Aina lah." bisik ku tapi kedengaran agak keras.

" No, Sayang tak kiss abang lagi." ujar Aiman lalu menunjukkan pipinya.

CUPP! Aku terus mencium pipi Aiman di hadapan Taufiq. Walaupun malu, kenalah berani kan diri. Kita orang sudah sah jadi suami isteri.

Taufiq tersenyum malu. Walaupun dia tidak dicium, tapi dia tetap berasa malu. Mungkin melihat adegan sweet depan mata dia kut.

" Dah, sayang nak beredar." ujarku lalu bersedia untuk melangkah pergi.

Aiman pantas mengenggam jari jemariku.

" Why? Kan sayang dah cium abang. Tak cukup lagi ke?" Ujarku lalu mencium pipi sebelahnya biarpun tiada suruhan.
" Dah, sayang dah cium dah. So, let me go." tuturku lembut.

Mana boleh berkeras, nanti dapat dosa.

" No, temanlah abang." rengek Aiman manja lalu menolakku ke dinding. Tangannya mengepung laluan ku.

Mukaku mula berona. Mana tidaknya, kalau nak 'mula' boleh pergi dekat bilik. Ni, tidak. Buat depan orang pulak tu.

" Abang buat apa ni? Orang nampak lah." soalku tergagap.

" I want you." jawab Aiman romantis.

" Tapi orang nampak lah. Dekat bilik lah. Tak akanlah tak cukup lagi, dua dua pipi tu sayang dah cium. Nak apalagi?" soalku mula tidak puas hati. Dahiku sudah mula berkerut tanda adegan yang dia lakukan ini, aku tidak suka.

Aiman yang perasan keadaan aku itu, mula melepaskan ku. " Sorry, abang nak bermanja dengan sayang je." ujar Aiman dengan suaranya yang kendur seolah, berjauh hati dengan ku. Kepalanya ditundukkan.

Aku menarik nafas lega. Tapi, ni yang aku tak suka. Nak merajuk je kalau marah. Ish, macam budak kecik lah suami aku ni. Aku ni kahwin dengan kanak kanak ke?

Aku yang perasan Aiman berjauh hati dengan sikapku tadi terus memeluknya. " Sorry, sayang tak sengaja. Abang lah, buat macam ni depan orang. Malu lah Airin." ujarku tanpa melepaskan pelukan.

Aiman mengukirkan senyuman lalu membalas pelukan aku.

" Sayang, abang ada surprise untuk sayang. Sayang duduk dekat kerusi ni." ujar Aiman lalu menyuruhku untuk duduk ke kerusi. Aku menurut tanpa bantahan. Kalau bantah, mulalah dia, nak merajuk.

Taufiq mula memetik gitarnya. Aku menoleh, ke arah Taufiq. Mulutku ternganga luas apabila Aiman mula menyanyikan lagu kegemaranku iaitu KISAH CINTA KITA.

' kan ku cerita, pada dunia
kisah cinta antara kau dan aku
agar semua tahu
dan tak akan dekati dirimu
andainya mampu kan ku ukir
namamu dan namaku di bulan
agar satu dunia
melihat restui cinta kita....

Aku menutup mulutku kerana terharu apabila Aiman menyanyi lagu kegemaranku dengan romantis sekali.

' aku selalu tersenyum
bayangkan kita hidup berdua
berjalan berpegangan tangan
takkan kau lepaskan
tiba waktunya nanti
kan ku cerita pada dunia
yang telah kau pun jadi milikku
buat selamanya....'

Aiman mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita sampai habis.

Tanpa kami sedar ada beberapa orang rakan ku yang melihat kami di dapur. Dan mereka merakamkan video.

Tiba tiba Aireesha dan Aira datang ke dapur memimpin anak anak ku yang telah berpakaian seperti majlis keraian. Kelihatan Aina memakai gaun putih labuh manakala Airil pula memakai sut bewarna hitam. Aku melihat Airil sedang membawa sejambak bunga ros merah besar lalu Airil menghantarkan sejambak bunga ros merah itu kepada Aiman.

Aiman berjalan menghampiriku lalu membongkokkan badannya lalu menyerahkan bunga ros itu padaku. " For you. Happy birthday, anja Aireena Aleeya."

Aku menutup mulutku. Air mata yang bergenang akhirnya gugur juga. Aku menyambut huluran sejambak bunga ros. " Thanks dear." ujarku. Sungguh terharu. Aku ingatkan, majlis ini untuk Aina sahaja.

Aiman menghulurkan tangannya, aku menyambut. Aiman memimpin aku untuk ke ruang tamu.

Apabila sampai di sana, sungguh aku tidak jangka, kelihatan sungguh cantik. Aku terus memeluk Aiman. " Thank you so much dear. I realy appreciate." ujarku dengan tangis. Tidak sangka apabila aku pergi dapur sekejap, boleh jadi macam ni. Ruang tamuku sudah berhias dengan belon belon, reben dan macam macam lagi. Tak tahulah, apa barang yang dihias oleh dia orang.

Patutlah Aiman menghalangku untuk ke ruang tamu. Rupanya dia buat surprise untukku.

" Sayang tak perlu berterima kasih pada abang. Sepatutnya abang yang perlu berterima kasih pada sayang sebab lahirkan anak abang. Hadiah sayang paling tidak ternilai. Thank you dear." ujar Aiman lalu menghadiahkan satu ciuman pada dahiku.

EHEM..EHEM, semua berdehem. " Da dah lah tu. Kita orang lah pulak. Sana sikit Aiman, kita orang nak pinjam sekejap isteri kau ni." ujar Sahirah lalu menghalau Aiman.

Aiman menjeling tanpa melepaskan pegangan tangan Airin.

" Airin, ni hadiah daripada kita orang semua semperna birthday kau. Pakej percutian 9 hari 7 malam di Turki. Kita orang tahu, kau dah lama nak pergi dekat sana." ujar Iqa.

" We korang, thanks. Koranglah sahabat sejati aku."

" Okay dah, hadiah semua dah settle kan. Kita makan kek lah apalagi." ujar Farid riang.

Kami semua ketawa. Aku tak sangka tahun lepas semua boleh lupa hari lahir aku.

Jam sudah menunjukkan angka pukul 12.00 pagi. Majlis sudah lama tamat pada pukul 11.00 malam. Sekarang ini, masa untuk tidur. Aku dan Aiman segera ke bilik.

Kami berdiri di balkoni menghirup angin malam. Sungguh segar. " Sayang, I love you." ucap Aiman romantis lalu mencium pipiku. Tangannya mula menjalar ke pinggang ku.

Aku membalas ciuman Aiman di pipi. " I love you too." ucapku. " Abang, abang nak tahu tak yang sayang tak sangka abang akan jadi suami sayang. Sayang ingat, abang kahwin dengan orang lain. Yelah, masa kenduri kahwin sayang dengan arwah Aqeel, abang tak datang. Abang tahu tak, kita orang tunggu abang datang." soalku. Sudah lama aku hendak tanyakan soalan ini pada Aiman, tetapi masa belum sesuai lagi.

" Yeke, sayang tunggu abang?" soal Aiman tidak percaya.

" Ish, yalah. Abang kan kawan baik Aqeel." ujarku.

" Okay, sebenarnya abang dah lama sukakan sayang. Sejak pertama kita berjumpa masa dekat sekolah, abang dah mula sukakan sayang. Tapi apakan daya, sayang pilih Aqeel bukan abang. Hati abang hancur. Abang tak sanggup tengok orang yang paling abang cinta kahwin dengan kawan baik abang sendiri. Maafkan abang ya." tutur Aiman.

Segala persoalan yang berlegar di fikiranku selama ini, sudah terjawab.

" Oo yeke. Tapi, macam mana arwah boleh tahu yang abang cintakan sayang. Siap bagi amanah pada abang untuk kahwin dengan sayang?" soalku lagi.

" Sebenarnya, arwah dah lama tahu yang abang cintakan sayang. Tapi masa dia tahu tu, hari kedua perkahwinan sayang dan arwah. Tak akanlah, dia nak serahkan sayang pada abang kut. Kan baru kahwin." jawab Aiman lalu mengelus rambutku.

" Ooo, macam tu." aku menganggukkan kepala.
" Sayang, jom tidur. Abang dah mengantuklah." ujar Aiman bersama sengihan nakal.

" Haih, yelah. Kejap, sayang nak tutup pintu luar ni." ujarku lalu menutup pintu itu serta jendela.

" Sayanglah isteri yang paling terbaik di dunia ni. Mungkin kalau sayang tak ada, abang akan mati. Abang tak boleh hidup tanpa sayang di sisi abang. Thanks sayang. I love you." bisik Aiman romantis.

" I love you too. Abang lah pujaan hati sayang." bisikku lalu mencium pipinya.

Aiman mula memeluk pinggangku lalu menolak tubuh aku di atas katil.

Malam itu, malam yang terindah buat kami berdua. Aiman adalah pujaan hati aku. Pujaan Hati Aireena.


~ TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience