Zania mengejutkan Airin dan Airil setelah sampai ke rumah ummi. Aku terus terjaga apabila aku merasakan seseorang sedang menganggu lena ku. " Bangun, dah sampai dah." ujar Zania sambil mengejutkan Airil.
Dalam keadaan mamai, aku terus keluar dari kereta tanpa melihat sekeliling.
WERK..WERK, aku terus memuntahkan segala apa yang aku makan.
" Airin, kenapa dengan kau ni?" soal Zania pelik sambil menggosok lembut belakang badanku.
" Makngah Zania, kenapa dengan mama?" soal Airil pada Zania.
" Mama pening kut. Tak pe,,
Setelah puas memuntahkan segalanya, aku menutup hidungku menggunakan sapu tangan yang kubawa. Zania memimpin aku untuk masuk ke dalam rumah ummi.
" Assalamualaikum, ummi. Zania dah balik." laung Zania.
" Waalaikumussalam." laung ummi. " Ya Allah, Airin." ummi terus melangkah mendekati ku lalu memelukku erat.
" Ummi, Airin rindu ummi." aku membalas pelukan ummi. Air mata sudah bergenang.
Setelah berasa lama kami berpelukan, aku merenggangkan pelukan.
" Aiman mana? Ummi tak nampak pun kelibat dia." soal Ummi.
" Er, Aiman tak ada. Dia banyak kerja." jawabku gugup. ' Maafkan Airin, ummi sebab tipu ummi. Airin terpaksa.'
" Oo, kenapa muka Airin pucat semacam je ni? Tak sihat ke?" soal ummi lalu mengusap pipiku.
" Banyak ke pokok durian ummi?" soalku. Soalan ummi berbalas soalan.
" Haih, ummi tanya kamu, kamu tanya ummi balik." Ummi menggelengkan kepala. " Haah, banyak. Semua pokok berbuah. Kenapa, Airin nak makan durian ke?" soal ummi.
" Eh, tak. Sebenarnya.... Airin tak boleh makan durian." jawabku perlahan.
" Kenapa pulak?" soal Ummi pelik. Selama ni, Airin lah hantu durian. Kalau dusun pokok buah durian tu berbuah mesti nak makan atau bawak ke Kuala Lumpur. Ini, kata dah tak suka. Ee, pelik.
" Wan, mama dah tak boleh makan. Sebab mama pernah muntah durian." jawab Airil bagi pihak ku setelah lama aku terdiam.
" Ooh, yeke. Jadi boleh tak bau durian ni?" soal ummi.
Aku menggelengkan kepala. " Pembawakan budak lah ni. Tak ada rezeki Airin lah ni. Tapi, boleh ke duduk dekat sini. Bau durian kuat ni. Boleh ke?" soal Ummi.
" Boleh je, ummi duduk dekat sini. Asalkan jangan ada durian dalam rumah sudahlah."
Ummi tergelak. " Makin bertambah cucu ummi." ujar Ummi lalu membawa aku ke pelukan.
Aku hanya mampu tersenyum sahaja. " Dah dah lah tu, ummi. Lemas pulak baby dalam perut Airin ni. Ashik peluk je." gurau Zania.
" Ada pulak macam tu. Zania ni memandai je mengenakan ummi. Ummi rindu Airin tahu tak." rajuk ummi.
" Alah, ummi ni. Gurau pun tak boleh kan Airil."
" Haah, wan macam budak kecik."
Kami tergelak.
***
MALAM
Dari aku sampai ke rumah ummi hingga sekarang, aku tidak keluar di rumah. Apabila aku keluar, mulalah nak muntah. Sakit dada dibuatnya. Apalah nasib. Selalunya kalau datang Perak je, boleh makan durian. Sekarang ni, tak boleh.
Telefon yang berbunyi minta diangkat. Aku melihat skrin telefon terpapar nama ' MY BAE'.
Sengaja aku tidak angkat. Aku terus keluar dari bilik. Telefon yang berdering di biarkan sahaja.
" Ma, apa bising sangat telefon tu? Kenapa mama tak angkat. Telefon mama bunyi banyak kali. Bising lah." ngadu Airil.
" Mama saja biarkan. Salah nombor tu. Mama malas nak layan." bohongku.
Apalah aku ni, ajar anak suapaya tidak menipu padahal aku sendiri menipu anak.
" Ma, Airil nak pergi bilik jap."
" Buat apa? Airil jangan angkat tau." laungku. Aku tidak tahulah Airil dengar atau tidak.
Airil masuk ke bilik. Telefon ku masih lagi berbunyi. " Sepa ni?" Airil terus melihat skrin telefon bimbitku. Tertera nombor Aiman.
" Hello, Assalamualaikum, papa." ucap Airil terlebih dahulu.
" Hello, waalaikumussalam Airil."
" Airil, kenapa lambat jawab telefon. Papa risau tahu tak?" soal Aiman cemas.
" Sorry, telefon mama dalam bilik. Kami semua dekat luar." tutur bahasa Airil lancar.
" Banyak kali papa telefon. Tak akanlah tak dengar." Aiman masih tidak puas hati.
" Mama tak nak angkat. Mama kata salah nombor." jujur Airil.
" Apa? Dari tadi tau papa telefon. Mama tengok tak siapa yang telefon ni?" soal Aiman pelik plus terkejut.
" Entah, mama terus cakap dekat Airil, jangan angkat sebab orang tak kenal."
" Memandai je mama ni."
" Papa oh papa, papa gaduh dengan mama eh? Betul tak?" soal Airil manja.
" Mana ada, papa okay je dengan mama." bohong Aiman.
" Yeke, habistu kenapa mama lari pergi rumah wan? Papa jangan bohong tau. Tak baik tipu. Wan cakap, orang tipu dapat dosa. Dosa banyak masuk neraka." tutur Airil.
" Amboi, bijak nya anak papa ni. Belajar dari mana ni?" soal Aiman. Sengaja menukar topik perbicaraan.
" Mama dengan papa lah ajar." jawab Airil. " Papa, papa tahu tak mama muntah."
" Apa? Bila? Kenapa mama muntah? Mama sakit ke? Dah bawak dekat klinik ke belum?" seloroh Aiman. Sesak dadanya soal laju laju.
" Apa papa ni? Papa cakap pebenda ni? Airil tak paham tau."
" Oh, sorry. Papa risau. Bila mama muntah?" soal Aiman sekali lagi.
" Oo, sampai dekat rumah wan je, mama muntah."
' Oo, lari dekat rumah wan ye. Apalah isteri aku ni, nak lari dekat rumah ummi je. Ingat, pergi oversea ke apa. Haih, tak apa. Aku akan pujuk jugak. Mana boleh tinggalkan Airin dekat rumah ummi lama lama. Habistu aku nak tidur dengan siapa?'
" Kenapa mama muntah?" soal Aiman pelik.
" Apa papa ni? Tak kanlah papa tak tahu. Mama tak suka bau apa?"
" Sorry, papa lupa. Dekat Perak, banyak durian ke?" soal Aiman.
" Haah, wan cakap dekat dusun banyak durian."
" Untunglah, Airil dapat makan durian. Dekat KL ni pun susah nak cari. Boleh lah Airil makan banyak durian." rajuk Aiman.
" Mana ada papa ni, mama tak bagilah."
" Kenapa?" soal Aiman pelik.
" Kan mama tak boleh makan durian, nanti mama muntah. Airil kesiankan mama." jawab Airil perlahan.
" Laah, kesian anak papa. Airil makan je. Tapi make sure lepas makan durian, gosok gigi tau. Gosok banyak banyak." Aiman memberi cadangan.
" Okay papa, thank. Sayang papa. Bye, Airil letak dulu Assalamualaikum."
" Love you too. Bye, waalaikumussalam."
" Airil!"
Share this novel